Skip to main content

MAIS, JAIS dan Konsistensi

Jikalau ada yang masih tidak dapat 'menangkap' isu sebenar yang dibawa dalam posting saya yang bertajuk: UMNO, Kura-Kura dan Perahu, di sini saya ingin menjelaskannya. Sebenarnya kedua-dua YB BN bukanlah menjadi sasaran saya dalam isu ini. Tetapi mereka pula yang respon. Dato' Idris respon dengan meletakkan linknya ke dalam Blog saya dan Kamalanathan pula melalui responnya dalam Utusan. Apa yang dilakukan oleh kedua-dua YB BN adalah apa yang SEPATUTNYA dilakukan oleh seseorang YB; dimana mereka berusaha berdamping dengan masyarakat termasuk dalam memakmurkan Masjid dan Surau. Saya syorkan mereka berdua teruskan aktiviti mereka yang baik ini, kerana setahu saya tiada sebarang kesalahan yang dilakukan.

Oleh yang demikian, yang menjadi masalahnya ialah pendekatan JAIS dan MAIS yang mempunyai 'double standard' dalam soal seperti ini. Apabila kegiatan sebegini dilakukan YB dari BN, mereka diam, malahan berusaha keras membantu. Tetapi apabila ianya dilakukan oleh YB dari PR, maka berbagai bentuk tohmahan yang dilemparkan. Pada pendapat saya, perkara ini berlaku kerana mereka (JAIS dan MAIS) ingin membantu BN dalam usaha BN untuk memberikan persepsi bahawa di bawah PR, titah Sultan dilanggar dan Islam tercabar. Sedangkan itu hanya satu cerita dongeng rekaan dan apa yang dilakukan PR adalah usaha mendampingi masyarakat dan ummat Islam - sepertimana yang dilakukan BN.

Sasaran kedua saya adalah seorang ahli Parlimen yang mengeluarkan 'fatwa' bahawa penyerahan sumbangan oleh orang bukan Islam kepada Masjid dan Surau adalah satu penghinaan kerana kononnya orang Islam terpaksa 'menggemis' dengan orang bukan Islam. Sekiranya perkara ini benar dan dia konsisten tentang kenyataannya tempohari, maka sepatunya dia membidas tindakan Kamalanathan dan bukan HANYA YB Teo. Ini semua adalah bukti bahawa mereka hanya berpura-pura.

Seperkara lagi, gambar-gambar tersebut tidak diedit. Ianya boleh diperolehi di dalam link yang diberikan oleh Dato Idris sendiri, malahan banyak gambar-gambar lagi. Soal di luar atau di dalam Masjid tidak relevan bagi saya. Itu sepatutnya soalan yang diajukan kepada JAIS dan MAIS bukan saya; kerana bagi saya, selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, ianya tidak merupakan suatu masalah atau kesalahan.

Berkenaan publisiti untuk Kamalanathan, saya berharap beliau tidak terlalu 'kebulur' untuk publisiti murahan seperti ini. Lebih-lebih lagi beliau bukanlah pokok kepada isu yang dibincangkan dan hanya mendapat publisiti tempias sahaja. Kalau itulah yang ingin beliau banggakan, takut-takut itu sahaja yang diketahui rakyat akan peranan beliau sebagai seorang ahli Parlimen. Saya nasihatkan, sebagai seorang MP, beliau sepatutnya membina reputasinya di atas peranannya di Parlimen, membantah rang undang-undang serta dasar-dasar yang jelas membebankan rakyat seperti penarikan balik subsidi dan rang undang-undang GST, bukan publisiti 'tempias' sebegini. Tetapi kalau beliau masih terlalu mengharapkan publisiti murahan seperti ini, maka saya redha.

Akhirnya, sebagai penutup bicara, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-ngalukan lawatan Queen Elizabeth II ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 14 Oktober 1989, walaupun telah lebih sepuluh tahun yang lalu. Selamat datang ke Malaysia, Welcome to Malaysia!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Shahrul said…
Saya hanya ingin tahu....apakah bezanya JAIS dan MAIS. Bagaimana struktur management JAIS dan MAIS ( bukan dibawah bidang kuasa kerajaan Negeri Selangor?) Sekian Terima Kasih.
Anonymous said…
Tahniah YB. Kenyataan YB jelas, nyata dan terang. Yg penting rakyat tau siapa umno sebenarnya.........
Anonymous said…
kalau tgk gambar ketiga dalam link lawatan Queen Elizabeth tu, nampaknya Baginda Queen lebih menutup aurat berbanding perempuan berbaju putih disebelahnya...

pomen seksen7
rhmyee said…
shahrul...

pergi check dgn jabatan perkhidmatan awam (JPA) tentang lantikan Pengarah JAIS/MAIS tu...

check juga kuasanya dlm badan agama islam itu...

check juga JPA di bawah kementerian apa... dan check kementerian itu dibawah pengaruh kuasa siapa..
vengai said…
Masalahnya UMBOONO menggunakan MSM untuk propoganda sempitnya.Dah tak da modal. Tu je.All the goverment mechinary they use as tools to destroy the credibility of Pakatan.But public and tax payers aint stupid like they think.
All the people who goes to grocery shop daily to buy things already knew the bullsit and lies of the present goverment only is that they think the public believe the MSN spinning news that they engineered.
Anonymous said…
NADLATUL ULAMA ,ORGANISASI ULAMA YANG TERBESAR DI INDONESIA YANG MEMPUNYAI 60 JUTA AHLI TELAH MENGELUARKAN FATWA DIMANA PEMIMPIN2 POLITIK YANG DIDAKWA BERASUAH TIDAK AKAN DIBERI DOA SEMASA MEREKA MENINGGAL KELAK. APA PANDANGAN MAIS DAN JAIS TENTANG FATWA INI ! BOLEH LAKSANA DI MSIA ?
Anonymous said…
Dlm masjid?
Lihat sini http://idrisbakar.blogspot.com/2010/08/rahmat-ramadhan-penyampaian-cek.html
Anonymous said…
Tahniah YB,Saya akan pastikan YB jadi Ahli Parlimen Shah Alam lagi pada PRU 13 ,InsyaAllah,.Kesain JAIS ?MAIS!!!!!...
Anonymous said…
Attack JAIS & MAIS la pulakkkk..
Berbelit la Khalid ni.

Dah kantoi pastu nak ada re-statement pulok..
Shahrul said…
Kenapa perlu ada JAIS dan MAIS? bolehkan kedua dua badan ini di gabungkan. Pada masa yang sama Selangor juga ada Majlis Raja selangor or something.........
MymassaVoice said…
Mengikut Mazhab As Syafie, orang kafir haram dan ditegah sama sekali untuk masuk ke dalam masjid (ruang SOLAT) sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At Taubah, ayat 28.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" surah At Taubah ayat 28.

kepada saudara Khalid Samad, selepas melacurkan Allah dalam gereja, pertahan kuil dalam kawasan penempatan orang Islam, lacur zakat kepada kafir, tolong kembangkan himar dalam daulah islamiah, dan cemar rumah Allah dengan kafir harbi yang bernadas dan najis, bertaubatlah nasuha! Jangan terus lalai dan leka dengan pangkat dan kedudukan sementara di dunia ini! Ingat azab Allah SWT itu amat berat!
Muhammad said…
Khas untuk muslimah : http://pondokhabib.wordpress.com/2010/09/23/untuk-muslimat-jadual-majlis-bersama-ustazah-halimah-alaydrus/
Anonymous said…
MymassaVoice ni nak kata majlis fatwa tu tak betul. Baca Quran tapi tak faham Quran. Larangan tu khusus utk masjidil haram aje... lain kali bodoh jgn tunjuk2 kat orang lain. simpan sendri2 ok..
Anonymous said…
kepada MymassaVoice september 23, 2010 1:09 pm dan yg sewaktu dengannya.

ayat 28 surah at Taubah itu bukan dalil pengharaman org kafir masuk semua masjid tapi hanya masjidil haram dan tanah haram mekah sahaja.

PAHAM !!! ayat tu khusus, belajo la sikit. jgn tunjuk bodoh kalaupun memang bodoh.

Kalau ayat tu umum semua masjid, macam mana Nabi Muhamma SAW banyak kali bawa org kafir masuk masjid.

KORANG LAGI ALIM DARI nABI mUHAMMAD saw PLAK. Korang nak jadi Nabi Baru ke ?

Tuduhan bahawa mazhab syafie tak benarkan org kafir adalah suatu fitnah terhadap para ulamak mazhab syafie. Mazhab syafie tidak pernah melarang org kafir masuk masjid. bacalah kitab2 MAZHAB SYAFIE.

setahu aku, yang tak benarkan org kafir masuk masjid cuma mazham UMNO jer. itupun kalau yg masuk masjid kafir PR. Kalau yg masuk masjid KAFIR BN, UMNO tetap sokong dan benarkan.

itulah realiti. seolah-olah ISLAM itu milik UMNO.
Anonymous said…
woi MymassaVoice dan para balaci UMNO....

korang memang tak reti la....org kafir tu bukan najis tubuh badannya, najis aqidah. takde masalah masuk masjid. yg najis tubuh badan cuma anjing dan babi. kalau dimandikan wajib pun tak sah, disamak pun tak suci. ngaji la woi...gi la kuliah maghrib, subuh & dhuha kat masjid & surau.

syarat sah mandi wajib tu Islam. dah org tu kafir. camner nak mandi wajib...1000 kali mandi pun tak sah. itulah kot ajaran ustaz & ulamak UMNO kpd ahli2nya. dah la sesat, menyesatkan org pulak.
Anonymous said…
mymassavoice - kalu tak tau bljr, jgn dah bodoh tp nak menunjuk pandai.......... wat malu mak bapak jek. tp ok la, org umno mmg mcm ko hehehe
Anonymous said…
Salam Saudara MymassaVoice,
Harap jangan di gunakan perkataan melacurkan Allah. Perkataan tersebut sememangnya adalah kurang akal jika di gunakan.

Walaubagaimanapun, saya bersetuju saranan supaya Khalid Samad bertaubat. Tapi nampak gaya di dalam entri ini susah bagi dia nak mengaku kalah walaupun ramai yg sokong dia. Walaupun dia sudah terjerat akibat drp perbuatan dia, percakapan dia & penulisan dia, dia tetap utk membelit, dan kelentong semua orang.

Kenapa perlu marahkan JAIS & MAIS di dalam hal ini? Saya tidak sokong sesiapa pun masuk masjid hatta UMNO bawa sekalipun tetapi di dalam hal DAP masuk masjid & memberikan ceramah beliau nak samakan UMNO benarkan MP Kamal masuk & berucap di perkarangan masjid. Ia adalah perkara yg amat berbeza sama sekali walaupun berada di dalam masjid.

Bezanya, PAS menggunakan segala kepakaran di dalam memutar belitkan ayat al Quran dan al Hadith utk memenuhi kehendak rakan kafir harbinya iaitu DAP sehingga LGE pun nak didoakannya.

Kepada ANON September 23, 2010 10:53 AM, saya sendiri akan pastikan Khaid Samad tumbang & tak akan menjadi MP lagi di masa akan datang, Insya Allah.
Anonymous said…
mari berdoa supaya saudara khalid tumbang...AMIN......siapa yg baca dikira dah berdoa k....termasuk ahli Penipu Rakyat (PR)
Anonymous said…
to mymassavoice

mazhab syafie mana yang kau ikut ni? shapie apdal ke? buat pegetahuan kau masjidil haram tu kt mekah, dalil yang kau bawa tu adalah larangan khusus utk masjidil haram saja..org kata bangang kau marah tapi hujah kau memang bangang!

eh lupa plak...komen kau ni dibayar ke?
InsanMarhaen said…
Salam semua...

Kepada MymassaVoice harap belajar agama dengan jujur. Jangan pamerkan kejahilan diri sendiri.

Berkaitan hukum musyriq masuk masjid....(kamalnathan teo queen elizabeth dll..) telah ada dalil dan nas yg jelas bahawa SELAIN Masjidil Haram, hukum orang kafir masuk masjid adalah mubah/harus. Hukumnya tertakluk keadaan dan syarat2 tertentu. Saudara boleh google "Non-muslim enter mosque..." atau yang berkaitan dengannya, pasti saudara akan dapat baca pendapat2 ulamak

Ingatlah, orang zaman sekarang tak dungu untuk menelan segala pendapat bulat-bulat...

Kepada YB teruskan perjuangan anda mendaulatkan perjuangan Islam. Pesan saya jangan ekstrim sehingga Islam dijauhi dan jangan pula liberal sehingga Islam dihina..

wsslm
Anonymous said…
satu daripada kelebihan penyokong umno adalah,semua di swastakan.
1.bacaan Surah Yassin diswastakan.
2.Doa tahlil arwah diswastakan.
3.iman sembahyang juga diswastakan.
PASAI APA?.
nak buat sendiri tak tau,tak ada ilmu.
itu pun jangan,bila bincang bab agam,depa lah juara.padahal ilmu agama sebesar habuk pun tak ada.yang ada,waktu siang bulan puasa,mesti melantak.karaoke mesti jadi juara.kenduri kahwin,kalau taka ada muzik yang bising bising mesti tak sah.inilah wajah sebenar orang umno.
geeHam said…
Queen Elizabeth II ketika dibawa meninjau ke ruang utama Dewan Solat Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah dari pinggir pintu utama dewan solat.
ali said…
inshallah YB akan kekal sebagai wakil rakyat kami.

takbir 3 x
Anonymous said…
Pada yg tak setuju dgn MymassaVoice, aku rasa lebih baik kita rujuk juga kepada Tafsir drp kita buat kesimpulan.

Takkanlah masuk PAS terus tau hukum hakam kot?
Anonymous said…
SEMOGA PAK KHALID MASIH MP SHAH ALAM PADA PRU13 AMINNNNNNN
aloya said…
Tumbangkang Khalid Samad dalam PRU 13 nanti!! InsyAllah, amin..selamat Islam, selamat Shah Alam.!!
Anonymous said…
asl kalo statement tu nmpak cam xbacking PR je korg ckp 'kne byr? mcmla pr xrasuah.. bapak baek gle dorg.. politician mostly buat utk dorg nye benefit dlu sme la bn n pr.. gne otakla.. xknla sume yg PR ckp tu btol? dorg tu maksum ke?? yg ckp psl2 dalil ni da blja dlm2 ke? bpe byk bku yg korg da bce? hafal quran ke? sdar dri la sblum ckp kt org. org tahfiz pn xsmstinye btol apatah lg org2 biase cm kita ni.
Cencaluk said…
Sudah le YB Khalid inile yang dikatakan apabila dan kena kesat dengan punggung Eli Bogel baru nak cari air untuk membersihkan bau tengik dimuka.

Masa nak buat posting tak lak engkau fikir releven ke tak releven apa yang cuba kau nak dedahkan tapi apabila dan kena kentut kat muka baru otak kau segar dan dah dapat nak fikirkan cerita yang lain lak.

Orang tak nak tau cerita lain point utamanya adalah kenapa cina yang tak mandi hadas dan tak menutup aurat berada didalam masjid dan memijak tikar sejadah tak boleh ke dibuat diluar masjid ke beranda ke kat tandas masjid ke? itu pointnya bukan derma ke apa ke selama ini banyak masjid diberikan bantuan oleh bukan Islam yang mana mereka menghargai keharmonian dan keamanan dimana mereka boleh berniaga dan bekerja dengan aman tanpa ganguan tapi sejak ada PR ni ramai yangmengeluh kerana PR yang memulakan Isu Perkauman dan mengadu dombakan rakyat supaya bergaduh dan bersangsi sesama manusia.

Kalau dah rasa tak bertuah lagi tinggal di MALAYSIA ni sila ikut apa kata Ramlah Ram. SELAMAT TINGGAL ROMEO LE KAU.
mut said…
Aiseh, apa jadi dengan status orang kafir HARAM masuk masjid ni?

Ulamak UMNO aje ke yang kata gitu? Ayat Quran dah diputarbelit oleh UMNO melalui mymassa takder pulak puak UMNO lain yang backing. Habis modal ke?

MAIS dengan JAIS ni nak tau apa masalah mereka? UMNO la. Apa lagi.
Anonymous said…
WOI Anonymous September 24, 2010 7:39 PM KO NI MEMANG TERUK. hati dah tertutup. baca la dalil yg dah dihujahkan. kalau ko ade hujah bak mai la bukan mencela org. kalau ko kata org hafal quran belum tentu baik dan betul, ko yg tak hafal lagi konform hampeh... tak guna satu sen pun dpn Tuhan sbb tolak hujah dgn nafsu.

Cencaluk pun sama. takyah la tunjuk bodoh hangpa kat org ramai. tak baca ker ? syarat sah mandi wajib tu Islam. org kafir mandi wajib setiap saat sekali pun tak sah mandinya. jgn letak otak kat bawah tapak kaki. nak ngampu pun biar la dgn ilmu.

jgn pertikai org kafir tak pakai tudung. semua bini PM msia tak pakai tudung, ramai isteri menteri UMNO tak pakai tudung pasal tak tegur.

org kafir tak wajib pakai tudung. tu la tak reti nak cakap. aku cadangkan korang ni masuk balik sekolah PASTI lagi bagus tau. bebudak PASTI pun reti sapa wajib pakai tudung.
joecharlie said…
Salam 2 all.

Teman agak terkejut membaca laporan bahawa sebuah Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Minyak Kelantan mengadakan perancangan membawa 40 orang ustad untuk sembahyang di Masjidil Haram untuk mendapatkan royalti minyak daripada Petronas (laporan penuh teman siarkan dibawah yop). Teman dah check dan double check laporan tersebut untuk pastikan kesahihannya (pase teman tak mau jadi macam setengah pak-pak jangoat main rembat je apa pemfitnah dan pembohong sumbatkan ke kepala dema yop, peh tu ngembek sakan macam fitnah tu betoi, langsung tak check walaupun ALLAH suruh check dulu). Dan teman dapati memang laporan tu betoi yop.

Sebenarnya tak salah buat sembahyang ni dan doa mintak pada ALLAH, tapi yang mengejutkan teman kos sembahyang di Mekah ini ialah RM400,000-00!! Dekat setengah juta yop!!

Isyk..isyk..isyk..tak boleh ke sembahyang hajat tu buat di Stadium Kota Bharu je yop! Atau kat Stadium Darul Aman Kedah ke, atau mana-mana masjid yang berlambak dalam negara ni.

RM400,000-00 kalau bagi orang miskin buat rumah RM25,000-00 sebijik dah lebih 15 rakyat miskin dapat rumah. Kalau bagi fakir buat haji, 45 orang susah dah selesai tanggungjawab menunaikan rukun Islam. Banyak boleh buat dengan RM400,000-00 tu yop!!


Malahan Rasulullah saw sendiri pernah berpesan (lebih kurang mafhumnya), "aku tidak takut kamu (umat Islam) di uji dengan kemiskinan, tetapi aku lebih khuatir kamu dicuba dengan kesenangan!!". Berapa ramai yang dah tumbang apabila di uji dan dicuba dengan tiga "ta" ini..takhta..harta..wanita..!

Pada teman lah, daripada perabis dekat setengah juta untuk mintak duit dan kekayaan, lebih baik kita bermunajat mintak doa supaya ALLAH berikan keberkatan dan toyyibah kepada kita. Wallahua'lam.

Tepok dada tanya iman ajelah yop!

Adios amigos..grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
13 Syawal 1431
22 Sept 2010
Anonymous said…
Apa la korang ni,komen macam budak sekolah. maki hamun dan mengutuk orang. tu la modal nak buat hujah. Pak Khalid tu buat rencana secara sopan dan santun, jadi balaslah dengan 'sopan dan santun' juga. Tak kisah la Penyokong BN atau PR.

Malu la sikit..
Anonymous said…
siapa yg sokong khalid samad tumbang pru13 sila bagi posting..

warga seksyen 2
Anonymous said…
Apa cerita Khalifah Lim Guan Eng Ketua Menteri Bekas Banduan Berlidahkan Biawak ni?

Inilah Ketua Menteri paling celaka dlm sejarah.

Kata orang dia yg paling lebih.

Dulu semasa menentang perjudian bolasepak Piala Dunia yang dicadangkan oleh kerajaan be end, bukan main lagi Guan Eng bermadah menggunakan ayat amal maaruf nahi mungkar.

Tetapi, dalam ketika ramai yang teruja dengan lakonan mantap Guan Eng sebagai khalifah Umar, diam-diam si pembohong ini telah memalukan umat Islam dan seluruh rakyat P.Pinang dengan meminta derma dari pusat-pusat judi untuk dihabiskan kepada program basmi kemiskinan.

Jika dimaksudkan program basmi kemiskinan, ia termasuklah sekali program pemberian wang ehsan bernilai RM 100 kepada warga emas P.Pinang.

Apa cerita dgn geng YB sorang nih? Ada jawapan ke YB? Tolong bagi hujah YB yg 'BERNAS' tuh..yang mana puak-puak bawah lembayung assobiah hijau tu pun boleh la bagi pendapat kauorang.
Anonymous said…
Sebenarnya di bawah undang-undang tubuh negeri Selangor, seperti mana di kebanyakkan negeri lain di Semenanjung, urusan agama adalah di bawah kuasa Sultan. Alat pentadbirannya diketuai oleh MAIS. Kelihatan seolah-olah macam ada dua kerajaan. Sememangnya begitu, MAIS nampak sama status dengan Mesyuarat EXCO kerajaan negeri cuma ia terhad kepada urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.

Daripada MAIS lahirlah anak-anaknya termasuk lembaga zakat, KUIS, dan JAIS. JAIS bertanggungjawab terhadap urusan pentadbiran agama Islam negeri. IA seperti jambatan antara MAIS, kerajaan negeri dan persekutuan dalam urusan agama Islam.

Masaalahnya perlantikan ahli MAIS adalah di bawah Sultan. Daripada MAIS pula melantik yang lain-lain di dalam anaknya. Jika Sultan nak Azib UMNO dan Khusrin UMNO maka Dato Hasan ALi boleh nganga aje lah.
Anonymous said…
Posting Pak Khalid buat nampak sopan dan santun dan ada tertib dalam bahasa.

Tapi masalahnya kalau benda yg tak boleh macamana sopan santunnya pun tak akan diterima oleh masyarakat islam.

yang di tanya adalah kenapa bawak masuk kafir dap dlm saf sembahyang bukannya bagi derma.

tak ada orang nak mempersoalkan bagi derma.

satu lagi hujjah khalid tentang kalimah ALLAH banyak terpesong. Kenapa sebagai orang Islam dia tergamak nak bagi pada kristian? adakah kerana undi atau kerana Allah?

Kepada semua.
Aku sokong Pak Khalid tumbang dlm PRU13. aku warga shah alam akan pangkah selain drp dia.

Warga Shah Alam Protes Khalid Samad
Anonymous said…
YB Khalid,
Jom lepas solat Jumaat kita demo bantah LGE guna duit judi.
Ada berani?
Anonymous said…
dasar munafik tak akan mengaku salah sendiri..biasalah puak puak ni mana mengaku..semuanya salah umno..anak sendiri kencing malam salahkan umno..dia langgar kereta orang lain salahkan umno..agaknya kena seksa dalam kuburpun nanti salahkan umno juga.
Anonymous said…
dah memang UMNO salah, takkan nak kata betul... ade ke dalam majlis hari raya buat joget tungging punggung.. amacam, best tak tengok?? ni pakai mazzhab mana pulak?
Anonymous said…
Sebab tu najib kena reform umno.
aku pun muak dgn umno kalau ada pemimpin buat joget tungging punggung dlm majlis hari raya.

bukan tu je..kalau ada isu tertentu saja baru nampak muka. hari lain tak tau pi mana.

sama mcm khalid samad. isu tertentu je jadi jaguh tapi isu tersebut bila dia nak menongkah arus, semua orang marah. tak kira la pas ke umno ke pkr ke atas pagar ke..
Anonymous said…
Dr Asri menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

Umno sepatutnya lebih ke hadapan dalam isu ini, bukannya bersikap jumud dan terkebelakang.

http://www.malaysiakini.com/news/143838

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355

MUQADDIMAH

1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.

2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.

3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku…