Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Maka Berakhirnya Hubungan PAS dan DAP?

Ada yang mengatakan bahawa kerjasama di antara PAS dan DAP sudah tiada lagi. Ini adalah atas sebab kenyataan DAP yang baru-baru ini menyebut bahawa mereka telah memutuskan hubungan dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sambil menuduh beliau sebagai seorang yang tidak amanah dan penuh tipu-helah. Sambil mengkritik Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH) sebegitu rupa, DAP pada masa yang sama menyebut bahawa mereka ingin terus kekal bersama PR. Sedangkan PR itu termasuk PAS! Maka ini bermaksud bahawa DAP ingin juga meneruskan hubungan dengan PAS, akan tetapi tidak dengan TGHH!

Kenyataan yang pelik ini menghasilkan berbagai komen. Ramai yang menyoal samada ianya mungkin dilakukan. Adakah mungkin diputuskan hubungan dengan Presiden sesebuah parti politik tetapi terus berkerjasama dengan parti berkenaan? Ianya sebuah kenyataan yang membingungkan.

Tidak kurang juga yang melenting dan menjawab tuduhan DAP terhadap TGHH dengan kata-kata yang sama kasar. Sehingga ada yang isytihar sanggup “menumpah …

Penyelesaiannya Adalah PAS Pecah Dua?

Ada yang memaklumkan kepada saya bahawa dalam sesi dialog saya dan Zuhdi, dia ada menyebut kononnya saya bersetuju dengan cadangannya supaya PAS berpecah dua. Menurut Zuhdi, inilah apa yang telah disampaikan kepadanya oleh pimpinan PAS Kawasan Parit Sulong, Johor. Mereka bertanya, adakah ini benar? Memandangkan ini merupakan persoalan penting, maka saya diminta untuk menjelaskan pendirian saya terhadap cadangan Zuhdi bahawa PAS perlu pecah dua demi masa depan yang lebih cemerlang.

Video: Jangan Biar Pindaan Hudud Pecahkan Pakatan

Keunikkan Politik Kelantan


Video ihsan Malaysiakini dan Sinar TV
-Pejabat YB Khalid Samad-

Majlis Pelancaran ‘Expo Home Deco’ IDCC Shah Alam: Kempen Kotor Telah Bermula

Pada hari Khamis 12 Mac saya telah hadir di Parlimen pada jam 10 pagi. Saya telah hadir awal walau pun tiada soalan saya yang ‘naik’ untuk dijawab Menteri pada pagi itu kerana program saya pada hari itu agak penuh dan padat. Jam 12 tengahari hari saya dijemput pihak pengurusan IDCC (Interior Design Convention Center) atau Pusat Persidangan Perhiasan Dalaman untuk bersama dalam program pelancaran ‘Expo Home Deco’ di IDCC Shah Alam. Pada jam 3 petang saya dijadualkan pula untuk hadir di majlis penyerahan cek kepada mangsa kebakaran Uptown Shah Alam di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam. Pada waktu malam ada pula pertemuan dengan beberapa sahabat untuk berbincang suasana dan situasi dalaman PAS yang kelihatan semakin keliru dan terumbang-ambing.

Maka pada jam 11 pagi, setelah mendengar jawapan Menteri terhadap beberapa soalan dan membuat pencelahan seperti biasa, saya telah bergegas ke Shah Alam untuk bersama dalam program IDCC. Setibanya saya di IDCC pada jam 11.50 pagi, saya di…

Kedudukan Muktamar, AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama

Ada yang masih keliru berhubung tiga institusi utama dalam PAS, iaitu Muktamar, AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama’ dan mana di antara mereka adalah yang ‘tertinggi’. Sebenarnya soalan ini amat penting untuk dijawab dan difahami, khususnya semua ahli PAS dan pimpinannya. Saya pernah memetik ‘Kertas Mesyuarat 7/2005 Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat’ dan mengulas ringkas mengenai perkara tersebut di dalam blog saya ini sekitar September 2013.

Struktur organisasi PAS mengadakan 3 institusi ini untuk menentukan dasar dan matlamat PAS akan sentiasa terpelihara. Pada masa yang sama ianya menjamin kelancaran perlaksanaan agenda perjuangan selagi mana fungsi setiap institusi PAS ini difahami dan berjalan sepertimana yang sepatutnya.

Dalam soal perjalanan parti, ketiga-tiga institusi ini berfungsi dalam suasana di mana Islam adalah dasar perjuangan dan hukum tertinggi adalah Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias. Ini merupakan asas yang diterima oleh setiap ahli PAS sepertim…

Dongeng Tidak Bertempat

Tempoh hari ada seorang telah menelefon saya dan bertanya beberapa soalan. Oleh kerana soalannya saya fikirkan baik, ‘the right questions’, maka saya nukilkan kembali soalan dan jawapan yang telah saya berikan kepadanya kerana mungkin ada juga yang berfikiran seperti beliau. Beliau sendiri bukanlah wartawan tetapi ahli PAS biasa yang pening dan keliru dengan apa yang sedang berlaku sekarang di dalam PAS.