Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Majlis Aidilfitri Shah Alam (24 Jun 2018)

Semua dijemput hadir.
KHALID ABD SAMAD

Video Ucapan Selamat Hari Raya

Dengan ingatan tulus ikhlas. Taqabbalallahu minnaa wa minkum
KHALID ABD SAMAD

Video Ucapan Balik Kampung

Dengan ingatan tulus ikhlas. Taqabbalallahu minnaa wa minkum.
KHALID ABD SAMAD

Salam Aidilfitri

Dengan ingatan tulus ikhlas. Taqabbalallahu minnaa wa minkum.
KHALID ABD SAMAD

Faktor Kemenangan PRU 14

Banyak telah dikatakan berhubung kemenangan yang diperolehi Pakatan Harapan dalam PRU ke 14 yang baru berlangsung sebulan yang lepas. Sememangnya ada banyak faktor dan kesemuanya penting dan menyumbang. Tidak perlu diperlekehkan atau mengutamakan mana-mana satu faktor kerana semuanya penting. Tanpa salah satu darinya, mungkin keputusannya berbeza.

Ini mengingatkan saya pada apa yang berlaku pada tahun 1999 apabila PAS memenangi Negeri Terengganu dan membentuk kerajaan. Golongan tertentu pada ketika itu berusaha sekeras-kerasnya untuk menafikan faktor ‘reformasi’. “Kemenangan ini”, kata mereka, “adalah hasil 20 tahun tarbiyyah yang dijalankan di Terengganu”. Maka dengan sikap sebegitu, sumbangan reformasi dinafikan dan kerajaan yang dibentuk melaksanakan dasar yang berasaskan keyakinan ianya kememangan atas sebab tarbiyyah yang dijalankan. Tiada ruang diberikan untuk pendukung nilai ‘reformasi’ berfungsi. Lima tahun kemudian, dalam pilihan raya seterusnya, kerajaan PAS dijatuhkan.

Video Harapan Coin: Terima Kasih Tak Terhingga

Sumbangan Harapan Coin yang telah dilancarkan sebelum PRU14 telah pun diterima dan dimanafaatkan untuk kemenangan Pakatan Harapan tempohari. Terima kasih kepada semua penyumbang.

KHALID ABD SAMAD

Video Ucapan Terima Kasih Rakyat Malaysia PRU14

Ucapan ribuan terima kasih kepada pengundi di Shah Alam di atas kemenangan Pakatan Harapan dan kepada seluruh rakyat Malaysia.
KHALID ABD SAMAD

Air Asia: Extra Balik Raya Flights

Pengumuman Khidmat Awam
-Pejabat YB Khalid Samad-

Kerana Tidak Istiqamah Maka Akhirnya Terpinggir

Keputusan PRU14 sekarang telah diketahui umum. Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih Putrajaya dan negeri-negeri di seluruh Negara kecuali Perlis, Pahang dan Sarawak yang kekal bawah BN sambil Kelantan dan Terengganu jatuh pada PAS.

Walaupun akan ada yang berkata bahawa PAS telah berjaya dengan keputusan anatara yang paling cemerlang dalam sejarahnya, hakikatnya ianya sebenarnya boleh jauh lebih baik dari itu. Malangnya, sifat gopoh dan kurang yakin kepada pendekatan yang diikutinya sejak zaman reformasi telah menyebabkan PAS semakin terpinggir dari arus perdana politik negara. Ia kembali sebagai parti pantai timur dan kawasan kampung Melayu setelah beraksi cergas di pantai barat dan kawasan bandar pada tahun-tahun pasca reformasi. Cogan kata “PAS for all” kian tidak kedengaran dan PAS kembali sebagai parti bersifat eksklusif memperjuangkan agenda khas bagi masyarakat Muslim dan Melayu.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1439