Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Selawat Perdana: “Khalid Samad Cemburu?”

Saya memerhati dengan penuh minat, kata-kata yang dilemparkan terhadap diri saya oleh UMNO/BN serta penyokongnya terhadap ucapan saya di Stadium Kajang pada malam 21 Mac yang lalu. Ada yang menuduh saya ‘cemburu’, ‘iri hati’, ‘hati berpenyakit’ dan lain-lain. Kata-kata saya turut digambarkan sebagai ‘mempertikaikan’ dan ‘perlekeh’ majlis Selawat Perdana tersebut. Program Selawat Perdana ini telah diadakan di Putrajaya pada malam yang sama saya berucap di Stadium Kajang.

Campur Tangan Eksekutif Dalam Urusan Judisiari

Pembahagian Kuasa atau "Separation of Powers" merupakan komponen penting dalam sistem pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga bahagian utama iaitu: Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman. Oleh yang demikian, bagi mendokong sistem demokrasi tersebut, kebebasan institusi judisiari (Kehakiman) semestinya satu prinsip yang perlu dipertahankan oleh seluruh rakyat, lebih-lebih lagi pimpinan politik. Malangnya di Malaysia, ianya merupa sesuatu yang apabila seolah-olah dilakukan oleh pihak berkuasa, iaitu kerajaan BN, pimpinan UMNO/BN bersikap berdiam diri. Pada hakikatnya persoalan campur tangan eksekutif dalam urusan kehakiman telah dianggap berlaku beberapa kali dalam sejarah pemerintahan UMNO/BN.

Tragedi MH370: Pengajaran Yang Perlu Diambil Setelah 7 Hari

Hari ini genaplah 7 hari pesawat MH370 dilaporkan hilang. Kita semua bersedih dengan peristiwa yang berlaku. Kita semua turut sama mendoakan semoga mereka semua selamat dan akan dijumpai dalam tempoh terdekat. Seluruh negara, termasuk juga yang di luar negara bersama kita. Namun kesedihan kita ini tidak seharusnya menghalang kita dari bertanya soalan dan mempertikaikan ketidak-cekapan yang jelas terserlah sejak dari hari pertama ianya berlaku. Janganlah kita menutup rentetan kelemahan ini di atas alasan kesedihan dan menghormati perasaan keluarga yang terlibat. Tetapi kesedihan dan rasa hormat inilah yang sepatutnya mendorong kita untuk mempersoalkan kaedah yang telah digunapakai kerajaan serta pentadbirannya bertindak dalam menangani trajedi dan krisis ini. Mempersoalkan ini adalah sebahagian dari menghormati mereka yang terlibat kerana ia merupakan bukti bahawa nyawa dan keselamatan mereka benar-benar dihargai.