Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Dari Kuching Ke Jeddah

18 April 2016 bersama dalam mesyuarat Deklarasi Rakyat.

19 April 2016 kes mahkamah akta hasutan yang akan dimulakan perbicaraannya pada 21 Jun setelah diminta tunda atas disebabkan YB Hanipa masih di hospital.

Petang 19 April 2016. Turun di Kuching dihalang masuk dan dihantar balik. Saya diminta beli tiket utk balik saya jawab "maaf takde duit". Lagipun bukan saya yang mahu balik!".

Pengumuman: Ceramah Isu Semasa Sarawak (2 Mei 8 PM @ Dewan MPSJ SS15 Subang Jaya)

Walaupun tidak dibenarkan untuk masuk Sarawak tetapi perjuangan untuk membawa perubahan terus diusahakan. Semua dijemput hadir terutamanya pengundi DUN Sarawak di Lembah Klang. Kaunter penyemakkan status pengundi disediakan.

-Pejabat YB Khalid Samad-

PKR-DAP Clash Shows Leadership Failure in Harapan

The clashes between Pakatan Harapan allies DAP and PKR in Sarawak are an unfortunate situation that happened due to leadership failure in the opposition coalition, Amanah information chief Khalid Samad says.

The clashes between the two parties in six seats after nominations closed on Monday should have been avoided at all costs, Khalid told Malaysiakini.

“No one benefits, besides BN. Some, however, insist on learning the hard way. Learn the lesson well so that we do not commit the same mistake again,” the Shah Alam MP stressed.

However, Khalid added that the current situation did not spell the end of Harapan, formed to replace the previous Pakatan Rakyat opposition pact comprising PKR, DAP and PAS.

“It only means there are issues to be worked out… It’s unfortunate that we had to start in Sarawak, but then the hardest is over.

“If Harapan can survive this test, although there are seats we are contesting against each other, it means we can stay together through thick and thin,” he said.

Deklarasi Rakyat dan Kerjasama Bersama Tun Mahathir

MUQADDIMAH

Terdapat pihak yang mempertikaikan penglibatan AMANAH dan Pakatan Harapan bersama Tun Mahathir dalam Deklarasi Rakyat. Mereka sentiasa mengingatkan kami bahawa kesemua masalah Negara, khususnya dari sudut sistem pemerintahan dan kuasa semak imbang telah dirosakkan Dr. Mahathir. Oleh itu, menurut mereka ini, berkerjasama dengan Tun Mahathir adalah satu pengkhianatan dan tidak wajar dilakukan.

Turut ditekankan adalah bahawa beliau hanya ingin menjatuhkan Najib dan bukan kerajaan UMNO/BN. Oleh itu menurut mereka lagi, kebersamaan dengan Mahathir akan hanya menyelamatkan UMNO/BN dan bukan menjatuhkannya. Ini adalah kerana sekiranya Najib dijatuhkan dan diganti dengan pimpinan UMNO yang lain, maka UMNO/BN akan mendapat nafas baru di bawah pimpinan baru.

Saya akan cuba menjawab kegelisahan pengkritik dengan menjelaskan niat dan matlamat di sebalik keterlibatan bersama Tun Mahathir dalam usaha menjatuhkan Najib. Matlamat kami sebenarnya bukan sekadar menjatuhkan Najib tetapi UMNO…

Pengumuman: Akhbar AMANAH

Akhbar AMANAH edisi ke-2 boleh didapati di pasaran sekarang. Untuk langgani sila Whatsapp Bahagian Pemasaran +60122281762 atau +601132334322 dengan memberikan nama dan alamat penghantaran. Harga melalui pos adalah hanya RM2.50 senaskah atau boleh melalui agen di kawasan berhampiran dengan hanya RM 2.00 senaskah.

Bagi pihak pengurusan.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Video: 'Laporan PAC 1MDB: Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah?

Video ihsan Malaysiakini.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Kenyataan Media Isu Dr. Zakir Naik: Reaksi Amanah Terhadap Tulisan Prof. Ramasamy

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan terima kasih kepada Prof. Ramasamy kerana telah menggugurkan perkataan ‘Satan’ yang digunakannya terhadap Dr. Zakir Naik dalam penulisan asalnya. Budaya gelaran menghina dan mencaci adalah sesuatu yang wajar dihalang kerana amalan ‘name calling’ ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat kecuali menyemarakkan lagi kepanasan suasana yang sudah panas.

2. Tindakan Prof. Ramasamy menggugurkan perkataan tersebut boleh dipuji kerana walaupun tidak bersetuju dan tidak berpuas hati, beliau masih rasional dan bersedia menerima teguran. Ini berbeza dengan sikap sebahagian yang lain yang terus mempertahankan penggunaan istilah menghina walaupun mengetahui ianya amalan tidak berakhlak.

3. Prof. Ramasamy menyatakan bahawa Dr. Zakir Naik menyeru orang Islam untuk membenci orang bukan Islam. Kami tidak faham dari mana datangnya tanggapan sedemikian. Setakat yang diketahui Dr. Zakir Naik hanya menjelaskan bahawa terdapat aspek-aspek tertentu di dalam kitab-kita…

Pengumuman Forum Laporan PAC 1MDB: Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah? (Khamis 14 April 8.30PM @ IDCC Shah Alam)

Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Parlimen dan PAC Di Bawah BN

Video ihsan MP TV AMANAH
-Pejabat MP Shah Alama-

Pengumuman: Info SYABAS Shah Alam

Info SYABAS: 07/04/2016

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Wilayah Klang akibat penurunan paras bekalan air Kolam Kayangan Seksyen 13,Shah Alam.

Kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

1) Seksyen 4
2) Seksyen 6
3) Seksyen 8
4) Seksyen 9
5) Seksyen 10
6) Seksyen 11
7) Seksyen 12
8) Seksyen 13
9) Seksyen 14
10) D'Kayangan

Jangkamasa pemulihan bekalan tidak dapat ditentukan buat masa ini.

Pihak kami akan memaklumkan status terkini dari masa kesemasa dn berusaha untuk mempercepatkan proses pemulihan.

Mohon kerjasama Ketua Penduduk/Ket Kg/Ket Taman untuk memaklumkan kepada penduduk.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, harap maklum.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Pengumuman: Pelancaran Pakatan Harapan Shah Alam (Sabtu 6 April 2016 8PM @ IDCC Shah Alam)

Semua dijemput hadir.
-Pejabat YB Khalid Samad-