Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Coretan Selepas Muktamar Ke-59

TAHNIAH PAS SELANGOR Saya ucapkan tahniah pada PAS Selangor yang telah berjaya menganjurkan Muktamar Tahunan PAS ke 59 dengan jayanya. Walaupun sudah pasti akan ada kekurangan di sini sana, namun secara umumnya saya dapati ramai dari perwakilan cukup berpuas hati dengan persidangan yang telah diadakan. Ini merupakan kejayaan besar kedua yang telah dicapai PAS Selangor di bawah PJ barunya iaitu YB Dr Rani. Beliau telah mengambil-alih kerusi PJ sejak 2011 dan dalam tempoh singkat telah berjaya menzahirkan kemampuan sebenar PAS Selangor. Dr Rani telah menangani desas-desus yang timbul hasil pemecatan PJ yang terdahulu dengan baik sehingga memimpin PAS Selangor kearah kecemerlangan dalam PRU ke 13. Pencapaian PAS Selangor pada PRU ke 13 adalah yang terbaik dalam sejarahnya dan saya pasti pencapaian ini akan dapat ditingkatkan lagi di bawah kepimpinannya, insyaAllah. Ini pencapaian hebat yang pertama dan penganjuran muktamar ke 59 adalah pencapaian hebat yang kedua.

Coretan Terakhir Menjelang Muktamar

Muktamar PAS akan diadakan hanya sehari dua sahaja lagi di Shah Alam dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bermuktamar kepada semua. Semoga usaha-usaha kita diterima sebagai usaha ‘fii sabiliLlah’ insyaAllah. Pada masa yang sama ada beberapa isu yang timbul kebelakangan ini yang perlu saya berikan komen dan penjelasan.

Coretan Menjelang Muktamar

Muktamar PAS yang ke 59 kali ini merupakan muktamar yang akan diadakan pemilihan. Ianya amalan biasa, pemilihan diadakan setiap dua tahun. Namun buat kali ini, banyak sangat yang berlaku yang lain dari yang lain. Mungkin ini adalah kerana PAS sudah menjadi parti yang mempunyai kedudukan di beberapa negeri dan sudah membentuk kerajaan melalui PR. Mungkin inilah yang dikatakan ujian ‘kemenangan’. Yang paling berbeza adalah corak kempen yang sedang berlaku. Facebook dan media baru dipenuhi dengan corak kempen fitnah menfitnah dan adu-domba. Suasana persahabatan dan ukhuwwah dirosakkan. Yang anehnya, ianya dirosakkan oleh golongan yang mendakwa ingin ‘menyelamatkan PAS’.