Skip to main content

Coretan Selepas Muktamar Ke-59

TAHNIAH PAS SELANGOR
Saya ucapkan tahniah pada PAS Selangor yang telah berjaya menganjurkan Muktamar Tahunan PAS ke 59 dengan jayanya. Walaupun sudah pasti akan ada kekurangan di sini sana, namun secara umumnya saya dapati ramai dari perwakilan cukup berpuas hati dengan persidangan yang telah diadakan.

Ini merupakan kejayaan besar kedua yang telah dicapai PAS Selangor di bawah PJ barunya iaitu YB Dr Rani. Beliau telah mengambil-alih kerusi PJ sejak 2011 dan dalam tempoh singkat telah berjaya menzahirkan kemampuan sebenar PAS Selangor. Dr Rani telah menangani desas-desus yang timbul hasil pemecatan PJ yang terdahulu dengan baik sehingga memimpin PAS Selangor kearah kecemerlangan dalam PRU ke 13. Pencapaian PAS Selangor pada PRU ke 13 adalah yang terbaik dalam sejarahnya dan saya pasti pencapaian ini akan dapat ditingkatkan lagi di bawah kepimpinannya, insyaAllah. Ini pencapaian hebat yang pertama dan penganjuran muktamar ke 59 adalah pencapaian hebat yang kedua.

KEPUTUSAN PEMILIHAN
Harapan UMNO bahawa perbalahan rekaan mereka di antara ‘Ulama dan Profesional’ yang akan menyaksikan kekalahan calon profesional hancur berderai! Gabungan Ulama dan Profesional tetap mantap dan ampuh walaupun diserang bertubi-tubi sehingga menyakinkan sebahagian ahli PAS itu sendiri akan wujudnya perbalahan tersebut!

Kekalnya gabungan ini dengan lebih mantap lagi hanya merupakan bencana bagi UMNO dan mereka cukup menyedarinya. Tahniah perwakilan PAS yang telah mengekalkan gabungan ini dan ini adalah satu testimoni akan kematangan mereka. InsyaAllah, keputusan ini juga bermakna pendekatan melalui PR akan ditingkatkan dan diteruskan.

ISU ROCK-BAND
Kesanggupan kumpulan rock untuk hadir ke muktamar PAS adalah bukti bahawa imej PAS sebagai sebuah parti yang bersikap kasih-sayang dan rahmat terhadap semua semakin diterima masyarakat. Program itu telah disusuli terlebih dahulu dengan sembahyang berjemaah serta tazkirah agama. Selepas tazkirah pertunjukan hiburan yang turut disertai kumpulan rock diadakan. Walaupun ada yang menganggap ini satu kesilapan, bagi saya ianya usaha untuk membawa mereka mendekati PAS dan bukan sebaliknya.

PEMILIHAN NAIB PRESIDEN
Ramai yang merasa sedih berhubung kekalahan Dato Mahfuz Omar namun ianya perkara biasa bagi beliau sendiri. Alhamdulillah keikhlasan pimpinan PAS terserlah apabila Husam, Sallehuddin dan Tuan Ibrahim sendiri menyatakan kesedihan mereka dengan tersingkirnya Mahfuz sebagai Naib Presiden. Akan tetapi ianya hanya tersingkir dari jawatan Naib Presiden. Beliau masih bersama dan saya yakin akan terus bersama di saff pimpinan utama. Mungkin beliau akan dilantik kembali sebagai Ketua Penerangan atau sebagainya yang memungkinkan kedudukan beliau dalam Dewan Harian akan terus dipertahankan. Walau apa pun ianya persoalan yang kita serahkan kepada pimpinan untuk menentukannya.

ISU KIRA SEMULA DAN ‘PENIPUAN’
Saya ditanya mengenai perkiraan semula yang telah berlaku berhubung jawatan Naib Presiden. Ada desas-desus yang mengatakan ianya dituntut oleh orang tertentu dan pada awalnya orang lain yang menang tetapi selepas kira semula, yang lain pula yang menang!

Saya dimaklumkan bahawa perkiraan semula berlaku oleh kerana jumlah perbezaan undi di antara Husam dan Mahfuz adalah terlalu rapat dan jumlah undi yang dikira tidak tally. Oleh itu telah dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, termasuk wakil-calon supaya perkiraan semula dilakukan. Akhirnya jumlah undi tallysetelah dikira semula.

Dalam soal tuduhan-tuduhan yang melulu bahawa kononnya telah berlaku penyelewengan dan penipuan, harap semua mengakui bahawa yang menuduh adalah mereka yang tidak terlibat sama-sekali dan tidak bermaklumat tetapi hanya banyak berburuk sangka. Hakikatnya kalau ada yang ‘tidak kena’ sudah pasti calon dan wakil calon akan membuat bantahan. Mereka terlibat dan mengikuti seluruh proses pengundian dan perkiraan! Sebaliknya kita dapati mereka menerima keputusan dengan baik dan dengan itu mengiktiraf proses pengundian dan perkiraan adalah bersih dan bebas dari penipuan.

KESIMPULAN
Muktamar telah selesai. Pilihan telah tamat dan saff pimpinan baru telah dibentuk. Walaupun ada isu-isu yang mungkin tidak dipersetujui bersama, anggapkan ia sebagai perbezaan pendapat dalam soal furu’. Persoalan yang lebih besar berada di depan kita bersama.

Oleh itu saya menyeru supaya dirapatkan kembali saff untuk kita hadapi lawan sebenar iaitu UMNO/BN.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Izuddin said…
Umno nak muzkarah dgn PAS supaya PAS blah dari PAKATAN. Tapi PAS ingat UMNO nak PAS gabung dengan UMNO ! UMNO tak hingin PAS laaaa.

Awat laaa PAS ni bodoh betoi.
Dan said…
Pas pun xinginla kat umno. Penipu besa. Awat bodoh sgtla umno ni
Izuddin said…
Jangan jadi bodoh. Hentikan muzakarah dengan umno.

Satu jalan saja untuk hapus umno dulu, kini dan selamanya ialah PAS buang ahli2 PAS melayu rasis lagi fanatik agama Islam.

Kefanatikan agama yang dianuti oleh Melayu PAS bodoh bersama kekufuran agama yang di lakukan oleh Melayu umno ni lah yang buat kerosakan......

Popular posts from this blog

Kerana Tidak Istiqamah Maka Akhirnya Terpinggir

Keputusan PRU14 sekarang telah diketahui umum. Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih Putrajaya dan negeri-negeri di seluruh Negara kecuali Perlis, Pahang dan Sarawak yang kekal bawah BN sambil Kelantan dan Terengganu jatuh pada PAS.

Walaupun akan ada yang berkata bahawa PAS telah berjaya dengan keputusan anatara yang paling cemerlang dalam sejarahnya, hakikatnya ianya sebenarnya boleh jauh lebih baik dari itu. Malangnya, sifat gopoh dan kurang yakin kepada pendekatan yang diikutinya sejak zaman reformasi telah menyebabkan PAS semakin terpinggir dari arus perdana politik negara. Ia kembali sebagai parti pantai timur dan kawasan kampung Melayu setelah beraksi cergas di pantai barat dan kawasan bandar pada tahun-tahun pasca reformasi. Cogan kata “PAS for all” kian tidak kedengaran dan PAS kembali sebagai parti bersifat eksklusif memperjuangkan agenda khas bagi masyarakat Muslim dan Melayu.

Dakwaan Kosong Hj Hadi: Antara Kebenaran dan Khayalan

Pada 14hb April Hj. Hadi membuat satu 'pendedahan' mengenai sebab sebenar AMANAH ditolak. Kononnya ianya adalah kerana pimpinan AMANAH semasa menjawat jawatan dalam PAS ingin meminda perlembagaan PAS sehingga dikurangkan kuasa Majlis Syura Ulama. Tuduhan tersebut merupakan satu pembohongan yang nyata yang dibuat dengan penuh kesedaran bahawa ianya satu pembohongan! Saya tidak tahu mengapa Hj Hadi kebelakangan ini kerap berbohong.

Sekiranya ianya dianggap bukan satu pembohongan oleh beliau dan beliau benar yakin akan kebenarannya maka ahli-ahli PAS haruslah berwaspada. Kerana ini bermakna bahawa beliau sudah mula mengalami satu keadaan yang tidak dapat membezakan di antara kebenaran dari khayalan. Situasi 'delusional' ini menyebabkan beliau sentiasa dalam keadaan cemas dan menganggap dirinya dan Islam dimusuhi oleh semua, kecuali oleh PAS dan UMNO.

Tuduhan ini sebenarnya bukanlah baharu maka yang dikatakan sebagai 'pendedahan' selepas 3 tahun ini adalah dakwaan …

Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup

Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan.

Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tenteranya dalam bahaya, kejam dan zalim! Bagi yang tidak berilmu, mereka akan pantas menyatakan tindakan itu adalah haram kerana cuba membunuh diri!

Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempur…