Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Hujjah Terdesak Ala Desperado KP UMNO

Setelah gagal mempertahankan amalan kronisma dalam pemberian konsesi penjanaan kuasa kepada syarikat IPP, Ketua Pemuda UMNO terpaksa menggunakan hujjah terakhir yang paling lekeh iaitu dengan menuduh PR bersikap hipokrit! Ini, menurutnya, adalah kerana kerajaan Negeri Selangor mempunyai saham sebanyak 25% dalam Genting Sangyen melalui anak sayrikatnya dan tidak menjualnya tetapi sebaliknya turut menikmati keuntungan dari konsesi yang dikutuk mereka.

Selamat Hari Raya Eidul Adha

Selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha. Bagi mereka yang sedang melaksanakan ibadah Haji, semoga memperolehi Haji yang mabrur. Kepada mereka yang pulang ke kampung semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali. Bagi mereka yang menunaikan ibadah korban, semoga diterima Allah. Akhir sekali, kepada seluruh ummat Islam semoga Allah menambahkan kita dalam keimanan dan ketaqwaan terhadapnya. Semoga kebenaran dan keadilan Islam dapat bersama kita zahirkan melalui kepatuhan dan ketaatan kepada syariatNya. 9 Zulhijjah 1433 KHALID SAMAD

Perasuah Dalam Kes Scorpene Pengkhianat Negara

Oleh Mohd Martin Kahar ( Keadilandaily ) KUALA LUMPUR 16 Oktober: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menempelak tanggapan bahawa pihak yang mendedahkan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene sebagai pengkhianat negara. Katanya, usaha pendedahan rasuah oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) perlu disokong, bukan dihina dan dilabel sebagai pengkhianat.

Perbahasan Bajet 2013 [Video]

Video ihsan MPPAS -Pejabat YB Khalid Samad-

Video: Bajet 2013 Mengakhiri Era Politik Lama Negara

Buku pertama siri kajian dan penulisan badan pemikir dan penyelidikan Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah diterbitkan. Program peluncuran dan bedah buku “Parlimen di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia” oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah diadakan pada 9 Oktober 2012 di Bangunan Yayasan Selangor. Buku ini disunting oleh Pengarah Eksekutif KPRU saudara Ooi Heng, merupakan anjuran bersama Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) dan KPRU, dengan kerjasama Akademi Pak Sako dan Alumni Sekolah Politik. Majlis peluncuran telah disusuli dengan Forum “Diskusi Buku dan Belanjawan: Bajet 2013 Mengakhiri Era Politik Lama Negara”. Video ihsan MediaRakyat -Pejabat YB Khalid Samad-

Kenyataan Nasharuddin Mat Isa

Semasa sidang akhbar di Parlimen, saya telah ditanya wartawan berhubung kenyataan Ust. Nasharuddin Mat Isa mengenai sebuah ‘majlis sambutan kemenangan’ DAP di Sarawak yang menurutnya mendoakan Malaysia menjadi sebuah Negara Kristian. Saya menjawab secara ringkas persoalan tersebut dengan mendedahkan 6 faktor utama mengapa kenyataan tersebut diragui kesahihannya. Ianya adalah seperti berikut:

Isu Rohingya

Kerajaan BN, khususnya PM tidak boleh melepas tangan dalam soal membela ummat Islam Rohingya yang sedang ditindas dan dizalimi di Myanmar dengan alasan “dasar tidak campur tangan adalah sebab mengapa ASEAN berjaya dan terus wujud hingga hari ini”. Hakikatnya, ‘The ASEAN Charter’ mengandungi juga (selain persoalan tiada campur tangan dalam urusan Negara jiran) persoalan menghormati undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Di atas sebab ini PM digesa untuk bertindak lebih tegas dan pro-aktif dengan menjemput Duta Myanmar ke pejabatnya untuk menyampaikan taklimat berhubung apa yang sedang berlaku dan perancangan kerajaan Myanmar untuk mengatasinya.

Program Peluncuran Dan Bedah Buku "Pendedahan di Parlimen"

Buku pertama siri kajian dan penulisan badan pemikir dan penyelidikan Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah diterbitkan. Program peluncuran dan bedah buku “Parlimen di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia” oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim, akan diadakan pada 9 Oktober 2012 di Bangunan Yayasan Selangor. Program peluncuran buku ini yang disunting oleh Pengarah Eksekutif KPRU saudara Ooi Heng, merupakan anjuran bersama Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) dan KPRU, dengan kerjasama Akademi Pak Sako dan Alumni Sekolah Politik. Majlis peluncuran akan disusuli dengan Forum “Diskusi Buku dan Belanjawan: Bajet 2013 Mengakhiri Era Politik Lama Negara”. Buku ini merupakan terbitan bersama KPRU dan SIRD. Berikut ialah butiran dan aturcara program: Tarikh : 9 Oktober 2012 (Selasa) Masa : 8.00 – 10.30 malam Tempat : Tingkat 16, Bangunan Yayasan Selangor (18A, Jalan Persiaran Barat, Menara Yayasan Se