Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Sambutan AidilAdha 2009

Pada 29 Disember 2009, YB Khalid Samad bersama-sama dengan PAS cawangan Seksyen 18 Barat telah melaksanakan majlis korban. Pada tahun ini sebanyak 21 satu ekor telah dikorbankan yang mana 4 ekor darinya telah dihantarkan ke Kedah bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Para petugas dan juga penduduk tempatan telah berkumpul sejak seawal pukul 7.30 pagi lagi bagi bersama-sama menyediakan tapak sembelihan. Para petugas telah dibekalkan dengan kemeja-T hijau yang bertema Korban 2009 – PAS untuk Semua, yang telah ditaja oleh Haji Azlan Jan, Ketua Cawangan PAS Seksyen 18 Barat. Pada tahun ini YB Khalid telah membantu menyembelih 1 ekor lembu bersama penduduk setempat di majlis korban Seksyen 24 dan pada keesokkan harinya 28 Disember beliau telah turut membantu menyembelih seekor lembu serta 2 ekor kambing bersama-sama ahli kariah Surau An Najahiyah Seksyen 19. Juga pada hari yang sama di surau Seksyen 8, seekor lembu telah disembelih dan kemudian di masjid al Hidayah Seksyen 18 diman

BTN Tolak Sistem Demokrasi Berparlimen

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan Biro Tata Negara (BTN),kursus yang akan mewujudkan sentimen perkauman dan menolak sistem demokrasi berparlimen. Katanya sistem ‘check and balance’ tidak lagi menjadi amalam dalam BTN kerana ia tidak memberi peluang kepada rakyat untuk menilai. BTN juga dikatakan melahirkan sikap prejudis kepada pembangkang sehingga dianggap musuh negara. “ Kalau digambarkan pembangkang sebagai musuh negara maka itu akan menjejas peranan pembangkang dalam usaha melakukan semak dan timbang ini. Dan ianya akan memberikan gambaran, rakyat yang patriotik, mesti patuh kepada semua kehendak pihak yang memerintah” ujar Khalid. Semalam kerajaan negeri Selangor mengumumkan akan melindungi penjawat awam di negeri itu dan penuntut-penuntut di institusi pendidikan milik kerajaan negeri. Bercakap kepada TvSelangor, Khalid berkata, beliau sebulat hati menyokong keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri. Ujarnya BTN adalah platform kepada kerajaan untuk menyemat prin

Wawasan Ahli Parlimen Shah Alam Berkenaan Pengajian Islam

Shah Alam merupakan ibu Negeri Selangor. Terdapat di Shah Alam beberapa Syiar Islam terbesar di Malaysia seperti Masjid Negeri, Pusat Islam, Muzium Islam dan Bangunan MAIS dan JAIS. Saya juga dimaklumkan bahawa antara visi Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berhubung Bandar raya Shah Alam itu sendiri ialah menjadikannya sebagai sebuah 'Bandar raya Islam' yang pada masa yang sama didiami warga kota yang berbilang bangsa dan agama. Imej keIslaman sememangnya ingin ditonjolkan oleh Al-Marhum Baginda, namun imej Islam yang bersifat inklusif, bertoleransi, adil dan kosmopolitan. Bukan imej Islam yang kolot, ekstrim (kepala lembu) dan jumud. Sehubungan ini, pada pendapat saya, sesiapa sahaja yang dipilih sebagai Ahli Parlimen Shah Alam seharusnya membawa imej yang selaras dengan imej Bandar raya Islam yang ingin ditonjolkan ini. Ahli Parlimen Shah Alam semestinya seorang yang bersifat kosmopolitan tetapi Islamik, mampu menzahirkan keadilan dan sikap inklusif Islam, me

JAIS Masih di Bawah ‘Mindset’ Lama

Umum memahami bahawa kerajaan PR mentadbir Negeri Selangor ketika ini adalah hasil dari perasaan jemunya rakyat terhadap pendekatan dan kaedah pentadbiran BN yang jumud, tidak amanah, mengongkong dan tidak prihatin rakyat. Inilah salah satu faktor utama yang mendorong rakyat untuk mengundi calon-calon PR semasa PRU ke 12 yang lalu. Di antara sistem jumud yang mengongkong yang dilaksanakan BN ialah sistem pentauliahan yang dipengaruhi kepentingan politik. Walaupun dilaksanakan atas alasan 'untuk menjaga kepentingan Islam, supaya ajaran sesat dapat dibendung' dan sebagainya, hakikatnya sistem tauliah sebegini digunakan untuk melarang pendakwah-pendakwah yang berkemampuan dari menyampaikan ceramah dan tazkirah mereka di Masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor. Termasuk dalam golongan yang dinafikan tauliah pada masa itu adalah Dato Dr. Harun Din, Dato Ismail Kamus dan lain-lain. Akibatnya ummat Islam tidak disedarkan akan tanggung-jawab mereka untuk menegakkan keadilan dan ke

Video Parlimen: Debat Isu Royalti

Debat Isu Royalti: MP Pakatan Rakyat vs Menteri - MP Pakatan Rakyat mencelah Ucapan Penggulungan Bajet 2010 (Peringkat Jawatankuasa JPM) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengenai Isu Royalti/Ihsan kepada Kelantan pada 17 November 2009. Video adalah ihsan MPPAS -Pejabat YB Khalid Samad-

Video Parlimen: Kereta 'Tua'

Punca kenapa rakyat Malaysia guna kereta 'tua' - MP PAS Shah Alam, Khalid Samad mencelah penggulungan Bajet 2010 Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 10 November 2009. Video adalah ihsan MPPAS -Pejabat YB Khalid Samad-

PR Akan Bebaskan Sistem Maklumat

Oleh Dzulfikar Mashoor ( HarakahDaily ) KUALA LUMPUR, 15 Nov: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, pendekatan dan tawaran yang perlu dibuat oleh Pakatan Rakyat adalah membebaskan maklumat sepenuhnya apabila berjaya memerintah negara nanti. Ini kerana, dengan cara inilah sistem demokrasi akan dapat berjalan dengan baik dan rakyat mendapat peluang untuk memilih dengan tepat berdasarkan maklumat di masa depan. Beliau berkata demikian dalam seminar anjuran Parti Sosialis Malaysia petang semalam. Dalam forum itu juga, Khalid melahirkan keyakinan, sistem dua parti adalah yang terbaik untuk negara ini dalam suasana sekarang. "Walaupun (dari) segi ideologi kita mungkin dari sumber yang berbeza, tapi akhirnya akan perjuang pada matlamat yang sama iaitu menggantikan Umno BN...dengan syarat perlu liberalisasi pendekatan agar sesuai dengan keperluan politik semasa. "Apa yang kita nak buat sekali pun, kita perlu lihat realiti politik. Saya rasa sistem dua parti (siste

Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup

Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan. Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tenteranya dalam bahaya, kejam dan zalim! Bagi yang tidak berilmu, mereka akan pantas menyatakan tindakan itu adalah haram kerana cuba membunuh diri! Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempu

Catatan Hujung Minggu

Minggu lalu sememangnya merupakan minggu yang cukup mencabar bagi saya. Bermacam-macam isu yang ditonjolkan oleh media BN untuk menempelak PR dan PAS khususnya. Melalui isu-isu ‘sensasi’ yang diberikan status ‘muka depan’, mereka telah berjaya untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu-isu yang jauh lebih utama. Ini merupakan kelebihan yang ada pada BN dengan penguasaan mereka terhadap media perdana . Namun walau sejauh mana mereka cuba untuk menggagalkan usaha-usaha kita untuk bergerak di dalam masyarakat, insyaAllah akan kita teruskan juga. Berbagai program telah berjaya dianjurkan di mana kita terus bertemu mesra bersama rakyat untuk membina kekuatan dan kepercayaan yang mantap. Program-program Ehtifal PASTI telah diadakan dengan banyaknya. Saya berterima kasih kerana ada ramai di kalangan pimpinan kawasan yang dapat mengisi program seperti ini sehingga saya sendiri hanya hadir dalam 3 dari hampir 10 program yang telah dianjurkan. Program forum-forum juga telah berjaya menarik mina

Media Biased

Speaking at Sosialisme 2009 forum organised by Parti Sosialis Malaysia, Khalid admitted that Malays were losing interest in Pas and blamed it on a "biased media". "We have a problem in gaining Malay support because we don't have the power to control the media. "They (the media) are giving the wrong impression, such as in Perak, that Pas is being manipulated by DAP." He said the media tended to highlight news which created the perception that Pas and Pakatan Rakyat were working for the interest of non-Malays. Khalid said Malay dailies were also very biased and unfair, unlike the Chinese media. "The Chinese media is more independent, which is why the non-Malays are politically smarter and advanced." Asked whether Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, often described as a weak leader, was also the cause for the lack of support from Malays, Khalid said: "That is the impression given by the media. If he is weak, he would not be the president.

Pengumuman: Solat Hajat & Ceramah Perdana Sempena 19 Tahun Pemerintahan PAS di Kelantan

Solat Hajat & Ceramah Perdana Sempena 19 Tahun Pemerintahan PAS Di Kelantan Tarikh: 15 November 2009 (Ahad) Masa: Bermula Jam 8.00 Malam Tempat: PUTIK, Pengkalan Chepa Penceramah: YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim YB Lim Kit Siang Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program. -Pejabat YB Khalid Samad-

Perbahasan Bajet 2010

PART I PART II TEKS ASAL PERBAHASAN BAJET 2010 Terima kasih Yang diPertua atas peluang yang diberi untuk saya menyertai perbahasan Bajet. Saya berucap hari ini sebagai kononnya seorang ‘Penjenayah’ yang telah melakukan jenayah rahsia yang tidak diketahui oleh dirinya sendiri. Keadaan di mana seseorang boleh dinyatakan mempunyai rekod jenayah tetapi tidak boleh dimaklumkan apakah jenayah yang telah dilakukannya hanya boleh berlaku di bawah pentadbiran BN. Sepertimana boleh berlakunya penghukuman ke atas seorang pembunuh tanpa diusahakan siasatan dan penghakiman ke atas pihak yang mengarahkan pembunuhan berkenaan. Atau kematian saksi dan suspek semasa di dalam siasatan tanpa mendatangkan reaksi yang serious dan bersungguh-sungguh untuk menahan dan menghukum pihak yang bersalah secara telus dan terbuka. Kesemua ini boleh kita senaraikan di dalam senarai pencapaian gemilang BN. Begitu juga dengan persoalan royalti yang ingin diselewengkan sehingga dilihat sebagai wang ehsan, bukan hak nege

Ulamas Not Above Criticism

By Asrul Hadi Abdullah Sani ( The Malaysian Insider ) KUALA LUMPUR, Nov 7 — Shah Alam MP Khalid Samad praised today’s PAS seminar as a key milestone in the party’s history. He said the seminar shows the party was willing to accept criticism and handle them positively. Khalid stressed that if PAS wants to become a “mainstream” party then the leadership must be willing to accept criticism. “If you want to become the Prime Minister or whatever minister you must be willing to face the criticism, you can’t say that he is an ulama so you can’t criticise. Part of the thing is that we want to educate our members,” he told reporters outside the seminar hall in Taman Melewar here. Khalid hopes the seminar will educate party members that nobody is immune from criticism. “As I said it is something new so you must expect there to be a mixed reaction. We are not used to having our ulama criticised but we are saying even the Prophet was criticised so it is the education that we have to undergo,” he

Rekod Jenayah: Wakil Rakyat PAS Ugut Saman JAIS

Oleh: Salhan K Ahmad ( Malaysiakini ) Ahli parlimen Shah Alam sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman malu terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendakwa beliau mempunyai "rekod jenayah". Khalid Samad berkata tindakan itu mungkin diambil berdasarkan surat makluman polis Selangor sebelum ini yang menyatakan beliau mempunyai rekod sedemikian. "Tapi bila saya tanya mereka tidak boleh sebutkan apa jenayah saya," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini. "Jadi saya akan buat saman malu sebab (Jais) menulis kepada pihak ketiga (polis), sedangkan saya tidak pernah hadir ke mahkamah dan tidak pernah dibicarakan atas apa-apa kesalahan." Khalid juga berkata peguamnya sedang melihat sama ada beliau mempunyai cukup bukti untuk mencabar keputusan Jais yang enggan mentauliahkannya mengajar agama di negeri itu. Tambahnya, pengarah jabatan tersebut Datuk Mohamed Khusrin Munawi juga berdolak-dalik ketika diminta menjelaskan

Video Parlimen: Soalan yang Tidak di Jawab

Soalan tambahan MP PAS Shah Alam kepada soalan asal No. 2. Dato’ Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah sebab dan faktor-faktor yang meyakinkan sehingga Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Kerajaan Malaysia dapat memainkan peranan utama untuk menganjurkan dialog antara agama melibatkan pelbagai negara bagi menjamin persefahaman antara penduduk dunia berbilang bangsa dan agama. Video adalah ihsan MPPAS -Pejabat YB Khalid Samad-

Seleweng Fakta Hak Royalti Minyak Kelantan

Khalid Samad (PAS - Shah Alam) pula menegaskan kerajaan pusat tidak berhak ke atas royalti minyak itu kerana laporan kewangan petronas mengakui negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan. "Ia bercanggah dengan laporan kewangan petronas yang menyebut negeri-negeri pengeluar minyak di malaysia adalah Sabah, Sarawak Terengganu dan kelantan. Berdasarkan kepada laporan, ia mengakui ia milik kelantan. Maka royalti itu harus diserah kepada kerajaan yang dipilih rakyat," "Ianya bererti bahawa kerajaan pusat tidak ada hak untuk memegang wang rakyat Kelantan," tegasnya. Selanjutnya: HarakahDaily Berkenaan: Video Parlimen: Royalti Petroleum Kelantan Video adalah ihsan: TVPAS -Pejabat YB Khalid Samad-

Khutbah Masjid Al-Huda

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Islam didatangkan kepada manusia sebagai Rahmat dari Allah Az-Za wa Jalla. Ianya datang untuk meletakkan manusia di kedudukan yang sesuai dengan sebab manusia dijadikan. Islam datang untuk memartabatkan manusia dan menjelaskan hakikat diri manusia itu sendiri dan seterusnya menegakkan sistem hidup yang melayani manusia dengan cara yang bersesuaian dengan kedudukan dan martabat tersebut. Hakikat dan martabat manusia serta tujuan manusia dijadikan tidak dapat diketahui melainkan diberitahu oleh Pencipta manusia sendiri. Ianya tidak dapat dikesani walaupun di makmal CSI yang tercanggih sekalipun. Ianya tidak juga dapat dinyatakan secara pasti mana-mana ahli falsafah. Ianya hanya dapat diketahui secara pasti sekiranya diberitahu oleh Pencipta manusia sendiri dan inilah apa yang dilakukan Allah dengan mewahyukan Al-Quran. Allah berfirman bahawa Al-Quran adalah “Hudal-lin-Nas” atau petunjuk bagi manusia supaya manusia tahu akan martabatnya dan peranan s

Calls for Review of Selangor’s Islamic Laws (Video Update)

By Shazwan Mustafa Kamal ( The Malaysian Insider ) SHAH ALAM, Nov 3 — PAS MP Khalid Samad today called on the Selangor government to conduct a review and study of the state’s Islamic laws, with specific references to the issue of permits or “tauliah” which is currently a requirement in order for an individual to conduct a sermon or religious lectures. At a press conference this morning, he said recent events involving former Perlis mufti Dr. Mohd. Asri Zainul Ariffin’s arrest and his own case had prompted him to issue this statement to his Pakatan Rakyat (PR) colleagues. “Pakatan Rakyat has a responsibility to change their administration, so that it won’t be like the past Umno state government, which had a totally different take on Islam... which was repressive,” said Khalid. Khalid, who is also Shah Alam MP, said that the basis of issuing permits to religious figures so they can conduct sermons “reeked of politics” and that the enactment needs to be reviewed and reassesed, as Pakatan

Video: When PAS Met UMNO...

Speaking at the PKR South Johor Fund Raising Dinner on 29/10/2009, Danga Bay, Johor Bahru with Dato' Seri Chua Jui Ming, Elizabeth Wong and Tian Chua. PART I PART II Video adalah ihsan MediaRakyat -Pejabat YB Khalid Samad-

Isu EGM dan Seminar

Dengan berbagai isu yang begitu hangat diperkatakan seminggu dua ini, ramai yang bertanya ke mana telah saya menghilang. Sebenarnya saya tidak ke mana-mana tetapi berbagai program menyebabkan saya tidak berpeluang untuk menulis dan berkongsi pandangan saya dalam isu-isu ini. Semenjak bermulanya mesyuarat ketiga, penggal kedua Dewan Rakyat, kebanyakkan masa di antara Isnin hingga Khamis telah digunakan sepenuhnya untuk persiapan Parlimen. Di samping itu, saya juga telah berkesempatan menghadiri program-program berikut sepanjang minggu ini: Selasa 27 - Forum ISA di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur anjuran SUARAM. Rabu 28 - Program Ceramah PAS cawangan Palm Grove Klang bersama masyarakat India. Khamis 29 - Majlis Makan Malam PKR Johor ( Video Part I ) ( Video Part II ) dan Ceramah PAS Kawasan Pulai, Johor . Jumaat 30 - Tazkirah dan Khutbah Jumaat di Masjid Al-Huda Seksyen 19 Shah Alam dan Ceramah PKR di Kuala Terengganu. Sabtu 31 - Jambori Jabatan Amal Malaysia 2009 di Sungai Bes