Skip to main content

Video: When PAS Met UMNO...

Speaking at the PKR South Johor Fund Raising Dinner on 29/10/2009, Danga Bay, Johor Bahru with Dato' Seri Chua Jui Ming, Elizabeth Wong and Tian Chua.

PART I


PART II


Video adalah ihsan MediaRakyat
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Terima kasih kepada brader Toyib..penjelasan anda amat bernas.

Terima kasih sekali lagi..
hopeless said…
alot of points highlighted made alot of sense to me..good to have such personality within PAS
Anonymous said…
Thank you YB. From the bottom of my heart, thank you for doing this for the rakyat.
Anonymous said…
YB,
Apa komen YB pasal penahanan Dr Asri?

Apa motif?

Dulu kata BN. Sekarang apa PAS nak kata?

Apa salah Dr Asri?

Cuba saudara-saudara sekelian tolak ketepi fahaman politik & baca komen pembaca di bawah ini. Saya adalah di antara yg sembahyang di masjid yg di sebut pada hari tersebut.

Ada tauliah ke?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
Sivakumar said…
Selamat sejahtera YB Khalid Samad,

Saya seorang bukan Melayu dan bukan Islam, tetapi saya seorang anak bangsa Malaysia yang lahir di tanahair ini sama seperti semua pembaca yang lain.

Setelah mendengar ucapan YB ini, saya sedar betapa kemaruknya UMNO itu dengan kuasa dan apa bahayanya sekiranya negeri-negeri kita jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional.

Setelah mendengar ucapan YB ini, saya sedar betapa bertuahnya saya kerana dalam zaman gelap begini ada juga seorang pemimpin yang bagai cahaya benar-benar memahami jiwa kami, rakyat yang majmuk, dan berpegang teguh pada prinsip lebih dari wang atau pangkat atau warna kulit atau kepercayaan.

Sekiranya Tuhan izinkan, saya berharap satu hari nanti YB Khalid menjadi menteri atau perdana menteri. Begitu juga dengan YB Nizar Jamaluddin dan Tok Guru Nik Aziz.

Terima kasih kerana meneruskan perjuangan bagi kami rakyat Malaysia tanpa membahagi-bahagikan kami mengikut kaum atau agama, tapi hanya atas nama prinsip dan nilai-nilai baik yang semua agama percayai dan semua insan hargai.

Terima kasih.
Dr. Arshad Jamil said…
Dear Khalid

I think you have to read this concise article on interfaith dialogues and secularism in Malaysia. I think it will be of value to your political development and progress.
Anonymous said…
Ahli parlimen Shah Alam tersepit apabila didakwa mempunyai "rekod jenayah" tetapi sehingga kini gagal mendapatkan penjelasan polis berkenaan perbuatan jenayah yang telah dilakukannya.

Akibat "rekod jenayah" beliau itu, Khalid Samad tidak diberikan tauliah menyampaikan kuliah agama di Selangor walaupun beliau mendapat kelulusan awal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam surat jabatan itu bertarikh 10 Julai 2008, pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori-kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardhu ain atau berkitab).

Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan olej Jais dalam suratnya 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor mendapati Khalid, adik kandung bekas menteri Datuk Shahrir Samad, mempunyai "rekod jenayah."

Setelah Khalid meminta penjelasan dalam suratnya hujung September lalu, polis Selangor berkata semakan polis Bukit Aman mendapati beliau mempunyai "rekod jenayah".

Jenis jenayah yang didakwa dilakukan oleh bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu tidak pula dinyatakan dalam surat ibu pejabat polis kontinjen Selangor bertarikh 27 Oktober lepas kepada beliau.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, beliau menyifatkan tindakan Jais tidak meluluskan permohonannya untuk mendapatkan tauliah "terlalu berbau politik."

"Ini juga mengejutkan sebab (Jais) sebelum itu sudah akui kemampuan saya untuk mengajar agama," katanya lagi, yang telah lulus temuduga daripada jabatan itu sejak Jun tahun lalu.

Pada Oktober 2008, jabatan agama itu kemudiannya tidak mempertimbang permohonan beliau untuk mendapatkan tauliah penuh.
Anonymous said…
6 ministerial posts were on the table...

a deputy premiership post was hinted at too...

i salute u YB!

4RAKYAT

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…