Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

PM owes Christians an apology for aides’ Christmas Blunder

By Debra Chong (The Malaysian Insider)

KUALA LUMPUR, Dec 30 — Pakatan Rakyat (PR) politicians today called on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to take responsibility and publicly apologise for his aides’ gaffe at the Catholic archbishop’s Christmas tea party here last Saturday.

The Malaysian Insider had yesterday reported that Najib’s men had instructed church officials to remove crucifixes and other overt Christian symbols from being displayed at the party grounds in Bukit Nanas before the PM’s visit in their zeal to protect his Islamic credentials.

Khusrin: Umno Pentingkan Politik, Ketepi Rakyat (Video)

Nazri Abdullah (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor membuktikan bahawa Umno lebih pentingkan politik mereka dari menjaga kepentingan rakyat negeri itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika diminta mengulas isu perlantikan itu berkata, semua orang yakin dan percaya bahawa kemasukan Khusrin tidak ada maksud lain melainkan untuk menggagalkan segala usaha yang dirancang oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.


PAS Mohon Agong Tangguh RUU Pengangkutan Jalan

PAS hari ini menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon Seri Paduka menitahkan supaya Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan, dibahaskan semula di Parlimen.

Proton Comes Under Fire on Twitter

KUALA LUMPUR - A government backbencher has defended the high price tags on imported cars and the government's policy of protecting Proton, only to attract a litany of grouses against the national car brand.

Responding to Shah Alam MP Khalid Samad's earlier statement that foreign car prices were high because of protective policies by the government, UMNO's Kota Belud MP Abdul Rahman Dahlan said Proton cars' high local contents was the reason behind their lower taxes.

Respon Pengunjung: Isu Hospital Shah Alam

Maka telah berkata Anonymous December 8, 2010 12:53 AM:

“Mengenai hospital shah alam tu YB tahu ke cerita sebenarnya? Syarikat GM Healthcare tu baik sangat ke? Ia adalah tipikal syarikat chinaman yang menikam melayu dari belakang dan penuh dengan muslihat dan manipulasi. Cuba tanya staff yang terlibat projek tu.

By the way siapa yang mula-mula usulkan isu jkr ni? Dari isu istana, isu hospital yang sub con nya Cina, benarkah tekaan saya kalau DAP yang usulkan semua ni dan PAS dan PKR cuma terhangguk-hangguk setuju. PAS cubala cari idea lain kalau nak komplen pun. Janganlah hanya menempek keatas isu yang DAP ada kepentingan (untuk bangsanya saja)

Demo Air

Sambungan dari posting saya pagi tadi, Minggu Lepas dalam Perspektif, akhirnya program kemuncak untuk minggu lepas ialah demo air. Pada pagi itu, saya telah hadir satu program pada jam 8 pagi di bangunan SUK iaitu program Hari OKU (Orang Kurang Upaya) Negeri Selangor. Tetapi ini OKU yang betul, bukan OKU (Orang Kuat UMNO). Selepas itu saya ke pejabat di Sek 13 untuk menghadiri mesyuarat PAS kawasan Shah Alam. Pada jam 11.30 saya bergegas ke Masjid Negara, sampai di sana dalam jam 12.30. Masuk dan berjumpa rakyat yang telah berkumpul seterusnya ambil wudu’ dan ke dalam Masjid bertemu Tan Sri MB. Solat Tahiyat dan selepas itu berbincang dengan Tan Sri tentang program selanjutnya. Masuk waktu Zuhr, solat dan seterusnya membuat pengumuman solat hajat selepas solat sunat bagdiah. Selepas itu menuju ke anjung Masjid bersama Tan Sri yang mula berucap menyampaikan amanat beliau kepada rakyat Selangor yang prihatin. Gambar yang sempat di tweet diambil dari anjung berkenaan.

Minggu Lepas dalam Perspektif

Minggu ini memang banyak perkara yang menarik. Bermula dengan Konvensyen MB pada Isnin 29hb, usul undi tidak percaya kepada Menteri Kerja Raya pada Rabu 1hb dan kemuncaknya Ahad 5hb bersama rakyat membantah penswastaan air.

Walaupun tidak dapat saya hadir Konvensyen tersebut, saya ikuti perjalanannya dari jauh semasa menghadiri sesi Parlimen. Ianya merupakan langkah pertama ke arah penyelerasan kerajaan-kerajaan Negeri di bawah PR dan insyaAllah akan membantu memantapkan lagi kedudukan kerajaan-kerajaan tersebut. Keadaan dan suasana di kesemua empat Negeri berbeza dan oleh itu sudah pasti akan terdapat perbezaan dalam sudut perlaksanaan, namun prinsipnya tetap sama.

Gambar Demo Air Rakyat

Usul Potong Gaji Menteri Kerja Raya

Pada mulanya saya ingin menyatakan bahawa usul ini dibawa bukan atas sebab-sebab personaliti atau peribadi yang menjadi Menteri Kerja Raya. Saya memahami bahawa sebahagian besar dari masalah yang menghantui Menteri Kerja Raya hari ini adalah masalah yang diwarisinya dari semenjak sebelum beliau memegang Kementerian berkenaan. Oleh itu, personaliti yang menjawat jawatan Menteri Kerja Raya bukan isunya. Isunya adalah budaya kerja yang telah diasaskan dari dahulu lagi yang tidak kelihatan noktah padanya dan tidak nampak ianya akan dihentikan atau mampu dihentikan oleh pentadbiran sediada.