Skip to main content

Khusrin: Umno Pentingkan Politik, Ketepi Rakyat (Video)

Nazri Abdullah (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor membuktikan bahawa Umno lebih pentingkan politik mereka dari menjaga kepentingan rakyat negeri itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika diminta mengulas isu perlantikan itu berkata, semua orang yakin dan percaya bahawa kemasukan Khusrin tidak ada maksud lain melainkan untuk menggagalkan segala usaha yang dirancang oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.



Menurutnya, selain membelakangi semangat faderalisme, perlantikan itu juga merupakan percubaan Umno mensabotaj kerajaan negeri dalam usaha merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut akan berlaku awal tahun hadapan.

"Perlantikan itu bukan sahaja tidak menghormati rakyat Selangor, malah nak sabotaj usaha kerajaan Pakatan Rakyat.

"Ini menunjukkan betapa tidak demokrasinya kerajaan BN yang telah mengancam faderalisme," katanya ketika ditemubual Harakahdaily.

Khusrin yang kini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

Beliau menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Perlantikan itu bagaimanapun dipertikai pihak kerajaan negeri yang mendakwa tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam pada itu, Khalid Samad yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam secara peribadi menasihatkan Khusrin agar menolak perlantikan tersebut jika beliau bermaruah.

Menerima jawatan itu katanya, hanya akan menjadikan diri beliau sebagai musuh rakyat negeri itu yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri.

"Islam ajar kita, macam kenduri lah, kalau orang tak jemput, tak payah la nak datang.

"Jadi kalau orang tak nak kat kita, tak payah la nak kedepan juga seperti, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," katanya sinis.

Khalid sebelum ini antara yang sering mempertikai tindakan Khusrin sebagai pengarah Jais khususnya dalam isu orang bukan Islam memasuki masjid yang pernah menghangatkan politik tanah air baru-baru ini.

Khusrin dakwanya dilihat berpihak kepada Umno BN dalam banyak tindakannya khususnya berkaitan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal agama di negeri itu.

Dalam isu orang bukan Islam memasuki masjid, Khalid mendakwa Khusrin bermati-matian mendakwa tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu salah, namun berdiam diri bila perkara sama berlaku kepada Umno BN.

"Saya rasa itulah sebab kenapa dia dilantik oleh Umno sebagai SUK walaupun dari segi kelayakan, dia tidak penuhi kreteria," katanya.

Ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
YB, terlalu ramai pegawai tinggi Jabatan Kerajaan yang incompetent but more of UMNO slaves!
Tak caya cuba semak background KSN tu sendiri. Otak beku! masa duduk d USA dulu hanya kerja membodek dan tunggu menteri datang nak basuh punggung menteri. Kerja apa pun tarak, Jadi KSN pun apa perubahan dan kebaukan yang dah di buat? Selain membodek! Hanchur lah Malaysia sebab KSN pun incompetent!
Anonymous said…
Semua orang tau kenapa dia dijadikan setiausaha,bukan utk kerja rakyat selangor tapi tutup pagar satu hari nanti dan larang MB masuk selepas beberapa ekor katak lompat dah.Habislah Pakatan kali ni.
Shazlan said…
Salam,
YB,

I hope you guys have back-up plans. Kalau ikut RPK, dissolve the state assembly while you guys still have the majority. Bila tak ikut, we'll see another Perak.

Wassalam
Anonymous said…
Pegawai Tadbir yang profesyenal hasus sedar bahawa kerajaan boleh berubah. Tugasan mereka adalah melakasanakan dasar kerajaan. Walau pun tidak setuju seorang yang profesyenal harus ketepikan pandangan, perasaan sendiri dan menjalankan kehendak kerajaan yang dipilih rakyat.
Seorang pegawai tadbir tinggi sebagai KSN harusnya faham dan sedar tentang kehendak dan pandangan kerajaan semasa dan oleh itu beliau harus melantik seorang yang boleh diterima oleh kerajaan pilihan rakyat. Dalam kes ini nampaknya KSN tidak guna kebijaksanaanya!
Tidak salahnya jika beliau menarik balik perlantikan dan buat perubahan. Sentiasa akur kehendak rakyat!
Anonymous said…
YB patut ketengahkan pindaan undang undang negara untuk membolehkan ahli politik melantik kakitangan kerajaan.

Kalau tidak negara kita akan hancur kerana kerana pegawai kerajaan ini berpolitik, tidak seperti YB yang jujur dengan agama, bangsa dan negara.
Abu Razeen 2 said…
salaam bro. YB.

klu PR dah exhausted all channels but still fail to get immediate replacement, apa kata PR jadikan khusrin cold-storaged?

2. PR juga wajib tangani kemungkinan besar undi melayu akan swing ke umno kerana terpedaya mainan media tentang isu ketuanan melayu dan isu Pas ikut telunjuk DAP.

sy risau PR habis banyak masa ( dan berisiko bermasalah dgn istana klu silap langkah) handle isu khusrin ini hingga tak fokus kebarangkalian hilang undi dlm PRU akan datang jika tak tangani isu2 lain yg lebih mendesak.
Anonymous said…
Regarding Khusrin:

Demands of Malaysian Shia community


1. We, the Community of the Lovers of Ahlul Bayt (Shiites) in Malaysia
and the Shiites all over the world demand a public apology from
Mohammed Khusrin bin Munawi and the Selangor Islamic Religious
Department after him and his officers had infringed our rights and
defamed us terribly.

2. We, the Community of the Lovers of Ahlul Bayt (Shiites) in
Malaysia and the Shiites all over the world demand a public apology
from the media who have slandered us baselessly.

3. We, the Community of the Lovers of Ahlul Bayt (Shiites) in
Malaysia and the Shiites all over the world demand a public apology
from scholars and religious leaders who have slandered us, especially
Hassan Din Al-Hafiz who said that our children, Shiite devotees
are illegitimate.

4. We, the Shiites of Malaysia offer a dialogue and would like to
extend our greetings and offer discussions with the
religious authorities of all states, particularly the Department of
Islamic Development Malaysia (JAKIM).

5. We, the Shiite of Malaysia offer a dialogue and would like to
extend our greetings and offer discussions with the relevant
authorities, i.e. the Prime Minister of Malaysia. We believe in the
slogan that was founded by his 1Malaysia which means to embrace all
minorities which exist, and give them their rights in accordance with
the spirit of the constitution.

6. We, the Shiites of Malaysia offer a dialogue and would like to
extend our greetings and offer discussions with legislators (MPs) who
are our representatives.


7. We, the Shiites of Malaysia offer a dialogue and would like to extend our greetings and offer discussions with all political entities,
including the opposition.

8. We, the Shiite of Malaysia offer dialogue and would like to extend
greetings and offer discussion with all social entities such as
non-governmental bodies.

http://abna.ir/data.asp?lang=3&id=219052
Anonymous said…
Maaf. Kali ni aku memamg tak sokong kenyataan YB Khalid Samad!

Datuk Khusrin Munawi adalah pegawai terkanan di dalam Kerajaan Selangor. Jadi takkan nak bagi Datuk Arif jadi SUK seperti yg di gembar-gemburkan di dalam PR. Kami kenal siapa Datuk Arif di bangunan SUK.

Jadi apa agenda UMNO di dalam perlantikan SUK & apa agenda PR menolak perlantikan tersebut?

Kalau YB Khalid Samad takut perkara sama terjadi di Perak, maka kami juga takut jika lantik Datuk Arif maka segala penyelewengan PR akan di tutup rapat oleh Datuk Arif.

Datuk Ramli telah bertindak professional semasa mejawat jawatan SUK walaupun banyak perkara beliau amat tidak bersetuju dgn PR. Tapi beliau memberikan kerjasama yg baik kepada MB & juga barisan Exco.

Hancur la negara mcm ni kalau tak faham undang-undang.

Baca la undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yg secara spesifik dinyatakan SUK harus dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan.

Kalau tak faham jugak then aku pun tak tau apa nak cakap la..
Anonymous said…
Petikan ini di ambil drp Harakahonline:

"Nizar yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak turut mempertikaikan perlantikan Khusrin kerana ia merupakan satu tindakan yang jelas membelakangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana keputusan tersebut dibuat tanpa meminta pandangan Khalid terlebih dahulu.

Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai jelas tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat, walaupun semua pihak tahu, Khalid patut diberikan peluang untuk membuat keputusan untuk memilih orang yang boleh berkerja sebagai setiausaha sulitnya."

Menteri Besar mana boleh melantik SUK.

SUK adalah pegawai kerajaan & bagaimana orang politik seperti Menteri Besar boleh melantik SUK.

Ada precedent ke sebelum ni yg mana pernah Menteri Besar melantik sendiri SUK mebelakangkan kuasa KSN & Sultan sendiri? Saya tak pasti.

Seandainya ada, maka UMNO memang ada agenda tersembunyi seperti kata Nizar tetapi jika tiada maka sememangnya PKR-PAS-DAP cuba mencari isu politik yg sebenarnya memperbodohkan rakyat.

Walaupun saya undi PAS tidak semestinya saya perlu bersetuju kenyataan YB Khalid Samad.

Perlu ada pengasingan kuasa antara Kerajaan & Executive.

Itu adalah perjuangan PAS pun sebelum ini. Tapi sekarang ni tak setuju pulak perlantikan ini walaupun KSN sendiri yg meluluskannya.

Kalau PM Najib yg kata Khusrin di lantik maka saya pun akan tidak bersetuju.

P/S: Maaf, saya tidak dapat ke kediaman MB ptg tadi kerana tidak menyokong MB dlm hal ini. Maka MB & PR kena bersendirian & saya sebagai rakyat tidak mahu masuk campur.
Anonymous said…
KUALA LUMPUR, Dec 30 — Pakatan Rakyat (PR) politicians today called on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to take responsibility and publicly apologise for his aides’ gaffe at the Catholic archbishop’s Christmas tea party here last Saturday.

The Malaysian Insider had yesterday reported that Najib’s men had instructed church officials to remove crucifixes and other overt Christian symbols from being displayed at the party grounds in Bukit Nanas before the PM’s visit in their zeal to protect his Islamic credentials.


Kenapa KHALID SAMAD nak bising?

Kalau aku jadi PM pun aku akan buat perkara yg sama iaitu turunkan salib tu atas kapasiti aku sebagai muslim. So what's wrong with that?

PM datang di jemput dlm majlis agama jadi dia pasti tak mahu kontroversi.

Apa akan jadi jika PM pergi ke majlis agama kristian tersebut & ada salib? Pasti headline dlm harakah.

Itu sebenarnya Khalid Samad & PAS nak buatkan?
Anonymous said…
yb khalid samad

di bukit subang ini adalah kubu kuat Yb kononnya lah ... yb selalu boleh kata ada berkeliaran di sini ..

saya ingin bertanya apa pembangunan yang yb bawa ke bukit subang ini ?

selain dari yb selalu buat ceramah kat masjid bukit subang yang tak berapa besar itu .

yb sedar atau tidak kuih hindu itu lebih besar dari masjid bukit subang ?

rasanya tiada apa pembangunan yang yb bawa masuk untuk bukit subang ini selain memecah belahkan lagi masyarakat ada la.

apa pun tahniah yb atas apa yang orang lain buat yb tak pernah setuju . tapi tindakkan yb masuk gereja dan carlberg apa pula penjelasan yb .

yb nampak macam baru dapat kuasa sikit dah lompat sakan macam "monyet kena belacan" ..

apakah kerana Yb orang PAS maka apa yang yb semua betul ?

kenapa yb nak menentang Kuasa Sultan ? nak jadi hero ? kenapa yb nak Benarkan Kalimah ALLAH pada kristian ? kerana nak sokongan ke atau dah tak sedarkan diri ?
mae said…
Apa pasal pulak Khusrin dikata hidung tak mancung pipi tersorong2 ? Khusrin tu tak boleh buat apa, dah yang lantik majikan dia. Tak kan dia nak letak jawatan pulak. Kenapa tak marahkan KSU yang melantik dia ? Suruh KSU lantik orang lain. Nak kutuk Khusrin tak guna, yang untung Khusrin juga, kerja kurang, gaji masyuuuk.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan