Skip to main content

UMNO, Kura-Kura dan Perahu

Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadhan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan Masjid dan Surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran PR. Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya. Menurut mereka lagi, ini dilakukan demi memperolehi undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri. Iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana Surau dan Masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di Masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Sehubungan dengan itu, bagi yang mengenali UMNO, segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat. Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan UMNO dalam bersandiwara, ianya turut tidak memberikan sebarang kesan. Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat UMNO yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi.

Gambar 1 & 2 :- Wakil rakyat (ADUN) UMNO memberi tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid FELDA Gedangsa. Adakah beliau mempunyai tauliah? Tidak pula ditimbulkan persoalan penderhakaan kepada DYMM Sultan Selangor oleh Pengarah JAIS.





Gambar 3 :- Ahli Parlimen Hulu Selangor bersama ADUN UMNO menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sg. Tengi Selatan. Semua tersenyum lebar dan tiada pula mendakwa di hina atau Masjid tercemar. Ahli Parlimen berkopiah yang telah mengeluarkan fatwa ‘penghinaan’ terhadap ummat Islam kerana terpaksa menerima sumbangan dari orang kafir, pun mendiamkan diri - mungkin kerana sibuk menikmati juadah raya. Saya juga difahamkan oleh seorang sahabat bahawa ada yang berkopiah kerana hendak bersikap tawaddu’, tetapi ada yang berkopiah kerana hendak menyorok ‘bald spot’. WaLlahu 'Alam.



Gambar 4 :- Pengerusi MAIS bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor, yang digelar ‘Ustadz Kamal’ oleh beberapa perayu undi UMNO semasa PR kecil Hulu Selangor, hadir bersama dalam majlis gotong royong di perkarangan Masjid FELDA Soeharto. ‘Ustadz’ berkenaan memakai baju berlambang dacing walaupun di dalam kawasan Masjid. Pengerusi MAIS tidak pula memarahi beliau kerana membawa politik ke Masjid atau menanyakan samaada beliau telah bermandi hadas dengan niat dan cara yang betul.



Gambar 5 :- Jika tidak nampak lambang Dacing dalam gambar 4, jelas sekali dalam gambar 5 ini. Lebih hebat, ‘Ustadz Kamal’ bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta. Ke mana perginya Ahli Parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya ummat Islam telah dihina?



Inilah yang dikatakan sebagai budaya pembohongan dan kepura-puraan mainan UMNO BN. Jika isu berhubung agama Islam pun mereka sanggup putar-belit demi menjaga kepentingan mereka, apatah lagi persoalan pengurusan kekayaan Negara. Ada yang memberitahu saya bahawa Khir Toyo sudah tidak beminat menjadi MB Selangor lagi. Hah! Sememangnyalah begitu! Setelah melihat pendekatan MB dan kerajaan negeri sekarang, pasti beliau menyedari jawatan MB tidak selumayan ketika UMNO bermaharajalela dahulu. Tugas dan kerja pula bertambah berat, pulangan pula hanya tinggal sedikit, tiada lagi ‘imbuhan’ sampingan dan yang dapat dikaut dari sisi kiri dan kanan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
under whose power this jais n mais fellas were appointed?if can,just change all the top gun that lick amnoapco asses,we the rakyat cant stand nomore of this bloody hipocrit that use the name of islam for their own political sake.
Anonymous said…
YB,
Sesungguhnya PAS & UMNO ada buat kesilapan.

Daripada gambar tersebut, saya tak nampak kafir tu berada di dewan solat. Mungkin di Dewan masjid.

Tetapi di dalam isu DAP masuk masjid jelas DAP MASUK KE DALAM DEWAN SOLAT UTAMA & MEMBERI CERAMAH.

Soal keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid adalah jelas untuk PELANCONG bukan untuk ahli POLITIK KAFIR MASUK DI DALAM DEWAN SOLAT & MEMBERI CERAMAH ATAU TAZKIRAH.

Adalah tidak sama atau jangan di samakan GAMBOR #1 & #2 dengan gambar DAP masuk masjid!

Jangan kelirukan orang YB.

Soal YB tidak dapat TAULIAH, adalah jelas YB tidak mempunyai sebarang kepakaran di dalam agama kecuali YB adalah golongan PAS yang perasan tau serba-serbi hukum hakam.

Cadangan saya, kalau nak bagi tazkirah atau ceramah di masjid, YB buat je. Tak perlu nak melalak bukan-bukan.

Peel YB adalah suka nak menyalahkan orang lain & dlm banyak isu YB sendiri pun berkura-kura oopppsss berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi dan tak habis-habis berdendam pada Pengarah JAIS dan MAIS.

Ingat YB, kami masih tidak lupa isu kalimah Allah. Kami masih tidak lupa kisah kuil di seksyen 23.

Masih ada masa utk YB bertaubat!
PAS forever said…
terus terang aku katakan.

aku tidak hairan kalau org dumbno yg tidak menyukai YB kerana mereka gusar dengan YB yg jelas akan membawa PAS dan pakatan ke hadapan dengan keberanian,kepintaran dan kelicikan YB dan mereka dumbno ini tidak dapat balik bermahaRAJAlela kembali terutama di selangor.

TAPI yg saya hairan kenapa masih ada juga ahli Pas(yg kebanyakan perpaduang) yg mengkritik YB?
Salam YB...

Saya punya koleksi gambar pemimpin UMNO menggunakan masjid untuk politik lagi banyak.. tengok kat sini.

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/05/koleksi-gambar-gambar-pemimpin-umno.html

Wassalam..
Anonymous said…
Syabas YB... dedah banyak lg kalau boleh!!!! Lawan tetap lawan!!!
AvanzaG said…
hentam Yb...biasa depa nie...mcm mana org bukan Islam nak dekati Islam kalau dok perangai mcm budak2.
Belia Reformasi said…
Woww... Tahniah YB! satu ulasan dan dedahan menarik!!

Puak2 sempit pasti menggelabah
Anonymous said…
Aduss..apa ke bangang YB nih? Gambar tu bukan ke orang Islam yg bagi ceramah kat masjid? Tak ada salah pun..gambar si teo nie ching terang-terangan masuk dlm saf depan masjid.

Gambar keling tu ambik rasa aku bukan dlm dewan sembahyang tapi mcm luar je..aku tak nampak pun saf..tak tau la kalau si Khalid ni nampak..ajaib sungguh..

Khalid oh Khalid..tak abis abis dengki..dah la nak ajak Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) Tan Sri Rozali Ismail meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang, lepas tu nak ajak JAIS & MAIS gaduh pulak dgn dia..hahaha..

sudah la kau khalid..dengki tak abis abis..
suffian said…
puas hati.mmg puas hati.bravo dato
DEAN said…
'ustadz kamal' tu da mandi junub ke sblum masuk dalam kawasan masjid?...huahua..nampak nya lebai-lebai dalam UMNO dah terima la apa yang pakar-pakar,ustaz-ustaz,ahli agama,ahli-ahli PAS cakap pasal isu orang kafir masuk dalam masjid..oiiii zul de apa-apa ko nak ulas pasal kau nya sekutu gelap kau bawak masuk orang kafir dalam masjid,boleh pulak bagi tittle ustadz kat orang kafir tu????..
oiii orang UMNO,ni lah perangai bos-bos korang punya perangai.bab agama pun nak buat main,bab agama pon fitnah orang.sampai ke korang la perangai bos-bos korang tu.tu la orang UMNO leh senang masuk neraka.(rasuah+fitnah+penipu+pedajal orang+hancurkan hidup orang+dll=senang sgt2 la)
Anonymous said…
tahniah YB...


kita tengok ape umNO dan sekutu2 nya nak jawab
Anonymous said…
UMNgOk = ZiONiST
Anonymous said…
just my view...all picture macam di edit background..
wallahualam...
kamaluddin said…
Yang melibatkan P Kamalanatahn semuanya berlaku diluar masjid. Pegawai MAIS itu boleh jadi saksi.

Pemimpin UMNO Islam memberikan ucapan dalam masjid lama (bertaraf madrasah) adakah satu kesalahan?

Nak buat fitnah pun agak2 lah..

Kami akan membuat laporan polis atas fitnah ini.

Allah maha mengetahui.
Anonymous said…
Siapa yang berbohong sebenarnya.

Kerana nak pertahankan pebuatan ADUN DAP maka dicari kesalahan oleh UMNO walaupun senario amat jelas berbeza. Diperkarangan masjid dan diruang solat.

Shingga timbul fitnah Kamalanatahan berada didalam masjid padahal yang sebenarnya di beranda masjid.
Link bagi gambar yang melibatkan diri saya sepenuhnya.

http://idrisbakar.blogspot.com/2010/08/rahmat-ramadhan-penyampaian-cek.html

http://idrisbakar.blogspot.com/2010/08/ihya-ramadhan-wanita-kariah-masjid-al.html

http://idrisbakar.blogspot.com/2010/08/ihya-ramadhan-wanita-kariah-hulu-bernam.html

Dato' Haji Mohamed Idris bin Haji Abu Bakar
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan N05 Hulu Bernan.
Anonymous said…
pengarah jais tu sijil 4senawi pun dia tak lepas! sepatutnya dah lama dia disingkirkan ke jabatan lain.

matparang.
Anonymous said…
Di dalam rancangan felda, perkara ini direstui sendiri oleh pengarah felda dan pengurus besar wilayah felda sendiri. mungkin utk felda, umno, yes, utk PR- no.pengurus besar berbaju biru tersenyum lebar..
Anonymous said…
alahai UMNO...

YB,

Mula-mula saya tak faham. Apa tajuk ni... lepastu baru saya dapat tangkap.

UMNO : Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu!

Memang tepat sekali!
Bagi Gambar 4 Sila rujuk
http://idrisbakar.blogspot.com/2010/08/rahmat-ramadhan-penyampaian-cek.html
Anonymous said…
Kepada yang nak komen tu sila siasat betul2 tulisan diatas.

Jangan terikut2 mencerca dan tanpa sedar membuat atau bersubahat dengan fitnah
Anonymous said…
YB Khalid, teruskan perjuanganmu itu,. biarlah apa puak2 pelesit/parasit/munafiq UMNO nak kata. Lantak pi lah!
Dizaman Rasulullah saw pun depa dok kata macam2 kat Rasulullah, dok hina, maki hamun, caci Rasulullah, itu tabiat dan budaya puak2 munafiq laknatullah ni.
Depa minta YB bertaubat, padahal merekalah yg WAJIB insaf, bertaubat dan kembali kepada Islam.
Puak2 ni dah putar alam, pusing, kelirukan ummat Islam selama lbh 50 tahun, mmg susah nak cuci balik otak2 mereka, mmg sukar sekali.
Apapun, tahniah dan syabas kpd YB kerana berani dan terus istiqamah memerangi golongan tentera syaitan, munafiqin yg terang2an menentang hukum Allah.
Teruskan perjuanganmu YB Khalid!
Allahu Akbar Wa lillahil hamd..!

Khalid
Sg. Buloh,
Selangor
Anonymous said…
Wahai puak2 UMNO yg tersangat jahil ni, aku nak tanya hampa, cuba bagi aku satu nas, takyah bnyk, SATU nas shj yg mengharamkan org kafir masuk masjid, atau bg 'tazkirah' kat dlm masjid. Cuba jawab!
Kalau hampa takleh jawab, toksah dok bising lah, toksah dok main isu ini, memalukan.
Dah lah bini ketua nombor SATU hampa tak pernah tutup aurat, asyik brdosa jer (tu dah kira fasik, brterusan dlm dosa!), hampa pulak yg dok ikut dia, dok buat dosa. Yg halal hampa kata haram, bodoh betul lah puak2 hampa ni, pi mengaji ugama, mengaji ilmu fardhu ain, toksah dok melalak kat blog orang lain pasal hukum halal haram, hampa sendiri yg dok degil taknak ikut Islam. Dok cakap PAS berbaik2 dgn DAP, yg hampa UMNO dah berkurun dok brsekongkol dgn MCA, Gerakan, MIC, dll tu hampa tak bising? Bodoh bangang betul hampa ni, memang jahil murakkap betul hampa ni..!!!
Anonymous said…
Sekarang ni kura- kura dalam speed boat, kejap lagi UMNO akan cabut.
Anonymous said…
depa ikot paih and dap...ikot teladan...pasni berebut y?b kapiaq dok masuk rumah-rumah Allah...hangpa tanggungla dosa masing-masing naaa...
mut said…
Peraturan MAIS sendiri pun UMNO dah langar - bukan ke sehingga sekarang guided tour Istana Negara masih dijalankan untuk pelancong asing? Ni saya sendiri pun pernah tengok. Tak ada pulak UMNO/MAIS bising-bising hipokrit macam sekarang. Kan memang sah bukan Islam masuk ruang sembahyang?

Aiseh, MAIS baru nak buat peraturan non-muslims tak boleh masuk masjid dan berinteraksi dengan anak qaryah? Berdasarkan fatwa dan kitab mana?

Kitab UMNO la nampaknya.
Jamna said…
UMNgOk...kalau dah dah ngok tu jgnlaa bagi alasan2 tak munasabah..senario berbeza laa...dewan solat tak sama dgn beranda laa, pelancung tak pe ahli politik tak boleh...UMNO tak pe DAP tak boleh....

Korang tahu tak UMNO tu jauh lagi hampeh dari DAP...DAP tu bukan Islam, kalau dia tentang Islam munasabah, UMNO tu mengaku Islam tapi lawan Islam, zalim, sombong, rompak duit rakyat, tipu sultan, pastu bagi alasan macam2.
Anonymous said…
Tahniah Khalid kerana berjaya menimbulkan persepsi. Mereka akan menerima apa sahaja yang saudara permainkan tanpa berfikit dan menerima kenyaaan yang sebenar walau mereka cuba menerangkan yang benar.

Segala penghinaan dah salahtanggapan pembaca adalah tanggungjawab saudara Khalid.

Teuskan... semuga saudara Khalid di rahmati Allah.
InsanMarhaen said…
Salam YB

Rupa2nya masih ada UMNO bodoh dalam bumi bertuah ini. Ruang 'Ustaz Kamal UMNO' berdiri tu (gambar 3) memang ruang boleh bersolat. Setahu aku takde pulak diperuntukkan ruang haram bersolat dalam masjid kecualilah dalam tandas masjid. Sering kali ketika solat jumaat, jemaah yang melimpah ruah bersolat pada koridor-koridor masjid. Aku cadangkan si UMNO bodoh ni pg survey kat Masid tu sama ada area 'Ustaz Kamal' berdiri tu diharamkan bersolat atau tidak.
pria malaya said…
TERBARU: Lagi bukti bergambar Umno berpolitik dalam kawasan masjid!

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/09/terbaru-lagi-bukti-bergambar-umno.html
Anonymous said…
India tersebut menyerahkan khat nama allah kepada masjid., Khalid menyerahkahn nama Allah digunakan dalam makalah dakyah kristian untuk mengajak orang mengikuti ajaran kristien.

MP Khalid juga merupakan MP yang mendapat tauliah untuk berucap didalam gereja.
Anonymous said…
Masih ramai yang memutarkan mengenai 'ruang solat utama' :)
Anonymous said…
Anon Sept 17 3:13pm,
org bersolat x semestinya diruang solat sahaja. klu sembahyang terawih tu, sampai ke serambi surau pun penuh org sembahyang. jadi sebut saja surau, semua ruang dlm surau boleh jadi tempat solat. apa lah punya sempit otak!
sinleong said…
kali ni, DYMM tak murka?
Superimpose said…
Gambar macam super impose jer khalid...budak darjah 6 enam pun cam gambar-gambar ini dah kena edit...udah khalid bertaubatlah..sebelum ajal menjelang...
Anonymous said…
hahahhaha...ni la YB paling xsedar diri..
si khalid yang menyempah imam2 DAPig ni cube menegakkan DAPig...kah2...
dulu kalimah ALLAH..pastu kuil.. lepas ni ape lagi khalid...
name nye duk bwh parti islam tp jiwa karat..xtau hukum hakam agame...
yang si DAPig bg ceramah tu ruangan utama saf..tempat imam oi... yang si kamal ni kat ruangn luar masjid..kan b'beza tu.. tolonglah khalid...stop mempolitikkan benda yang karut...jgn menipu rakyat lg..

pastikan parlimen SHAH ALAM bkn milik khalid samad pd pilihan raye akn dtg sbb khalid bkn pemimpin tp perosak agame yang lg hebat dr kafir lahnatuallah....
Hang Kelam said…
terima kasih YB Dato Haji Mohamed Idris Haji Abu Bakar kerana memberi gambar2 yang lebh jelas dari laman web YB tu. http://idrisbakar.blogspot.com/2010/08/rahmat-ramadhan-penyampaian-cek.html

Garis yang berbelang-belang tu bukankah saf dalam dewan masjid walaupun di tepi kiri kanan, di beranda, atau di belakang. Di sesetengah masjid masa solat Jumaat dan Hari Raya, biasanya melimpah tak cukup ruang, sampai atas tanah, tempat parking dan jalan pun jadi saf solat. Semuanya ruang solat.

Ehhh ... takan mereka-mereka tu tak biasa ke masjid walaupun 1@2 kali setahun :0. Jadi kedua-duanya sama le, tak da isu pun. kah, kah, kah ... xD
Anonymous said…
zaman nabi muhammad saw dulu smua org masuk masjid.yang bukan islam cari nabi utk berjumpa, bertanya, kebanyakannya di masjid.ini kerana apa2 permasalahan, informasi dan sebagainya akan disampaikan kepada nabi yang selalunya berada DI DALAM masjid. jadi apa masalahnya yang bukan islam masuk masjid? perkarangan masjid ke, dalam masjid ke, tak pernah jadi masalah.kenapa kita nak menjauhkan orang bukan islam daripada kita?
UMNO menyalahgunakan agama untuk kepentingan sendiri dan kekayaan di dunia ini.

Saya percaya, walaupun Pakatan Rakyat mungkin to berupaya untuk menjadi kerajaan persekutuan Malaysia, hukuman kepada UMNO/BN akan diterima pada dunia yang lain.
Anonymous said…
Aduss.. aku tak paham ler pemikiran org UMNO nih... apa kat mesjid hanya boleh sembahyang di dalam dewan solat aje ke ? Habis kalau kat dalam dewan tu penuh tak boleh sembahyang lah ??
Anonymous said…
Manusia perlukan keadilan. Macamana nak orang percaya atau respect kita kalau segalanya double standard? Ingat rakyat masih boleh dikaburi macam dulu? Zaman berubah!
detguaq said…
Pelik sungguh dengan urutan gambar-gambar yang di paparkan. memang ada yang tak kena di sini.

Memang persepsi yang salah akibat dari susunan gambar yang di rancang sebegitu untuk menimbulkan syak.
kanggaroo said…
Bagus Datuk HAJI M. Idris... gambar datuk menjelaskan segala2nya... apa ni YB Khalid, hang bagi gambaq kabur, mcm gambaq edit saja... hang tengok gambaq Datuk HAJI tuh, clear Ustad Kamalanathan berdiri dalam saf tuh...
Anonymous said…
YB;
kalau nak spin, spin lah cara berhemah dan tok sah menipu..kami bukanlah bodoh seperti yang disangkakan

Jauh beza antara Kamal dan Teo tu..

i)Teo tak tutup aurat - pakai pulak kebaya sendat dan tak tutup rambut, kalau berjalan dalam surau dah tentu nampak betis kaki, silap-silap peha pun nampak. Haram tu YB kalau tengok lebih dari sekali.

Kamal pakaiannya cukup syarat

ii)Teo tu berdiri betul betul sebaris belakang imam.

Kamal berdiri dah hampir nak keluar ruang solat masjid, tempat orang keluar/masuk masjid.

Bezakan YB!

Bekas pengikut PAS, Selangor
Muhammad Azha said…
Agak menghairankan orang UMNO tidak membuat protes kepada Shaiful Bukhairy yang mengaku memasuki masjid dan bersembahyang jumaat tanpa mandi hadas untuk menyimpan bukti air mani di kawasan dubur keramatnya. Adakah alasan darurat boleh diguna pakai untuk tidak bermandi hadas selama 2 hari. Kalau ia pun darurat, darurat dari segi apa?
Anonymous said…
Okaylah, kita ikut kata UMNO, bukan islam tak boleh beri tazkirah atau masuk dalam ruang sembahyang masjid. Macam mana pula kalau orang islam, boleh tak? Kalau tentu boleh, napa bekas Mufti Selangor tak boleh beri tazkirah di masjid2 Selangor suatu ketika UMNO memerintah Selangor?
Anonymous said…
Mana sama UMNO yg tentu ISLAM berceramah di dalam masjid & DAP lagi KAFIR masuk dlm dewan solat bagi ceramah.

Ini fitnah besar YB. UMNO tu kafir ke? Dulu PAS sendiri pernah kafirkan UMNO. Masa Dr M nak buka keahlian kepada semua BUMIPUTRA masuk UMNO, apa PAS tak pernah kata? KAFIR lah..parti tiada kemelayuan lah..

Tapi nah sekarang, dah terbalik..PAS for all..tak ke itu ludah jilat balik?

Satu lagi, pandai kau ni nak membelit. Kau buat andaian dalam gambar tu seolah-olah yg bagi ceramah ni menentang SULTAN walhal isu sebenarnya adalah isu DAP masuk masjid.

Aku tak kisah PAS nak bagi ceramah politik dlm masjid sebab dlm kariah aku sendiri kat Shah Alam ni memang banyak assobiyah hijau masuk masjid & surau bagi ceramah..kami semua tak pernah nak bantah.

Apa yg kami bantah adalah kenapa nak samakan orang ISLAM & KAFIR bagi ceramah dlm masjid?

Soalnya sekarang kenapa kau nak belitkan isu ni?

Apakah orang melayu PAS & UMNO nak tengok kita bergaduh sesama ISLAM?

Banyak entri yg aku perhatikan menegur KHALID SAMAD. Tapi, semua di cemuh katanya agent UMNO.

Apakah aku ni agent umno ke kalau aku kritik KHALID SAMAD wahal aku pun undi dia tahun 2008?
Anonymous said…
Kepada Khalid, Sg. Buloh, Selangor!

Apakah perjuangan PAS sama dgn perjuangan RASULLUAH SAW?

Adakah menjual kalimah Allah itu pernah di buat oleh RASULLUAH SAW?

Kepada ANON September 18, 2010 9:21 AM, kau belajar sekolah agama mana?

Kau belajar FEKAH ke?

Inilah jadinya kalau orang yg tau agama sikit tapi berlagak macam wali.

Aku nasihatkan pada kau Anon-Anon yg buta Fekah, harap bertanya pada yg pakar. Kalau aku suruh tanya ustaz umno kauorang kata ustaz umno tak pass mengaji pulak..

Tak perlu pergi jauh. Tanya TG Harun Din je..dengar apa dia akan cakap.
Anonymous said…
Khalid Samad,
Sebagai MP Shah Alam, tolong ambil masa sikit baca entri aku ni.

Kenapa di Seksyen 7 Shah Alam ni ada lebih kurang 3 hotel budget?

Yang paling musykil, ianya berdekatan dengan UITM. Aku pernah tengok student UITM keluar masuk hotel budget ni tanpa ada rasa segan silu. Apakah hotel budget ni di luluskan semasa pemerintahan BN dulu atau ianya baru di luluskan oleh PR? Tolong jawab YB.

Satu lagi isu ICT. Kenapa nak caj pengunjung RM10? Kami pergi Cyberjaya pun tak ada caj apa-apa drp PJH & kenapa kami di caj tinggi? Apakah ICT ini di bina oleh BN atau PR? Sila jawab YB.

Isu UMNO tu kura kura..aku rasa PAS pun banyak berpura-pura.

Paku dulang paku serpih. Kata orang dia yang lebih!
mo said…
Asalam saudara khalid,,,Keadaan umno bn, bukan hanya saudara dapatmemboktikab , sebenar rakyat umum dah terlalu maklum perkara non muslim masuk masjid, umno bn akan gunakan apa jua isu...Isu ini sebenar dah basi, bn umno lah yg senantiasa mengunakan masjid untuk tujuan politik mereka. Ok saudara khalid kita lupa isu yg orang kampong pun dah semua tahu. G13 akan tiba, semantara state eletion untuk negeri sarawak, yg kini di jajah oleh Taib dan bn ??? Apakah mungkin paktatan rakyat bisa menumbang penjajah yg ada kini. Persoalan yg di ertikan pengundi di desa dan kampong perlu di anjak kan pemimkiran bagi mengubah minda yg lebih terbuka. PR harus menjalan anjak kan ini dgn serious dan berani, penekatan perubahan pemerintahan bn ke pR... TQ selamta maj jaya.
Anonymous said…
Teo Nie Ching pernah kata, "saya yakin penuh dengan agama sendiri (kristian), dan jika saya berpendapat Jesus begitu hebat, mengapa pula pegangan saya kepada Jesus boleh dikalahkan oleh ilmu sihir?" kata Teo Nie Ching dalam Malaysian Insider, 4 September 2010.

Sudah jelas dan terbongkar niat sebenar DAP merayu undi dalam surau dan masjid.

Bila masa Islam gunakan sihir untuk pengaruhi saudara baru?

pergi ke http://anginperubahan.blogspot.com/2010/09/khalid-samad-ada-agenda-untuk.html

Jawab khalid
Anonymous said…
"KITA DENGAR SUARA RAKYAT, BUKAN SURUH RAKYAT DENGAR SUARA KITA"

Ingat tu Khalid! Bukan semua Melayu itu suka DAP!
Anonymous said…
Niz Aziz pernah melebelkan UMNO tu sesat sebab memisahkan agama dan politik. Begitu juga dengan Hadi Awang pernah buat kenyataan sesat dulu dalam amanat Hj Hadi.

Apa bezanya dengan fahaman baru untuk Liberalisasikan Islam dalam PAS?

Kenapa baru sekarang timbul bukan Islam boleh masuk masjid untuk tujuan politik? Apa akan jadi kalau UMNO yg buat? Adakah akan ada yg berguling-guling atas jalan bagi menunjukkan tanda protes?

Mana pergi Exco Agama di Selangor? Kenapa nak diam dlm dewan?

Kenapa biarkan Khalid Samad sesuka hati keluar kenyataan taraf senduk & mangkuk hayun?

Dah la masuk kilang Carlsberg, lepas tu siap bagi cadangan lagi nak pindahkan ke Port Klang. Lagi takbur kata dia la yg wakil rakyat pertama masuk kilang Carlsberg.

dlm 53 tahun kita merdeka & dlm 3 tahun sahaja PAS PKR & DAP memerintah negeri sahaja, habis, hancur semuanya.

Tak ke fahaman liberal lebih bahaya drp sekular? Apa Nik Aziz confuse ke dgn Liberal?
Anonymous said…
org melayu bertelagah sesama melayu..org islam, kafir mengkafirkan sesama islam...yg bersorak...bkn melayu dan bkn islam...tahniah kpd anda semua....kalo malaysia jd mcm singapura....padan dgn muke korang, ank bini korg, cucu cicit korang dan termasuk aku sekali...menumpang ditanah sendiri...
hahahahahahahahahahahahaha
Anonymous said…
Kedudukan YB Kamalanathan di dalam majlis ini bukan di dalam ruang solat masjid seperti difitnah pembangkang tetapi sebenarnya di beranda . Bukan seperti pemimpin PAS yang membenarkan MP Serdang DAP masuk terus ke dalam ruang solat di surau di Kajang bulan
Ramadhan lepas .

TERBUKTI PAS MEMANG KAKI FITNAH !!!
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs618.snc4/59877_435535842372_197344137372_5748570_7335952_n.jpg
Anonymous said…
Kami dah tahu dan jelas sekali BAHAWASANYA MANUSIA SEPERTI YB (Khalid Samad), Husam Musa, Nizar dan Mahfuz adalah PUNCA PARTI PAS menjadi semakin hari, semakin CELARU, KELIRU DAN BERTERABUR!
Anonymous said…
Bertaubatlah Khalid Samad ooi! Semua orang dah tau kamu buat fitnah. Satu Malaysia dah tengok gambar YB Kamal yg sebenar. Kamu memang berdendam dengan MAIS. Hati penuh dendam amarah! Hati busuk!Pandainya buat fitnah! YB tu bukan berada dalam ruang solat mcm YB DAP tempohari...Dia berada di beranda masjid.Yang MAIS larang ialah dalam ruang solat!Tempat orang bersujud!Saya jijiklah dengan org2 mcm YB yang mengaku kononya parti ISLAM tapi suka membuat fitnah..tak malu ke? Sikap mcm YB ni yg suka buat fitnah mcm ni lah yang membusukkan nama Islam...baik kamu minta maaf secara terbuka kesilapan kamu ni..kalau kamu benar2 anak jantan..tak malu!
bottozo said…
FITNAH DOSA LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH.

APA DAH JADI YG ? ADAKANH BULAN PUASA TEMPOH HARI GAGAL MENDIDIK YB ?
JayBosS said…
Salam YB...
Semua tu cerita lama la. YB, kalau nak menang sangat isu ini, susahpayah tegakan benang basah, buang masa je! YB Teo Nie Ching = Yg Busuk teoniaseng. Dia kata jesus lagi hebat. Cinabeng ni dah istihar Islam PAS ni hanya sihir. Fuhhhyoo! Tolonggggg!PAS = Parti Amal Sihir! YB, mohon maaf zahir bathin le, tinggalkan je PR tu, kebiaDAPig tu balun je! BEBASkan diri! atau tukar je nama YB Khalid Sihir, tolaklah semua tentang Islam...
Anonymous said…
Taniah bro khalid

saya bangga menjadi pengundi di tempat saudara.

walaupun saya yakin saudara tahu yg memberi komen negative dari puak dumbno ni datang dari org2 yg sama,saudara tidak perlu khuathir kerana rakyat sudah celik sekarang ini.

biarkan mereka memberi komen unutk hiburan kita.meraka sudah desperate dan tidak tentu arah.kita hanya boleh senyum dan ketawa tengok gelagat dumbno's ni.
Azman said…
khalid, jadilah manusia yg lebih bermaruah dan jgn menipu...



http://parpukari.blogspot.com/2010/09/gempar-khalid-gereja-kantoi-menipu.html
Anonymous said…
SALAM YB,
APA YANG YB DAPAT DARI MENULIS DAN MENGHAMBUR FITNAH DARI CERITA YANG DIREKA DAN GAMBAR YG TELAH DI "SUPER IMPOSE"KAN DIATAS..... TARIK NAFAS PANJANG2 FIKIRKAN
1)DIRI YB NI TAHU MENGUCAP LAGI KE TIDAK
2)ADA LAGIKAH JAWATAN YB PADA PILIHANRAYA 13 NANTI
3)BAIKI DIRI DULU YG MANA TELAH TERCEMER DENGAN ISU KUIL, CARLSBERG, KALIMAH ALLAH, 7 ELEVEN. RUMAH URUT, PELACURAN DAN ETC...
Anonymous said…
ADAKAH YB MASUK GEREJA ADA TAULIAH ?
KE YB ADA TAULIAH DARI GEREJA UNTUK MEMBERI CERAMAH..?
janpakburn said…
stupid YB from PAS..
Anonymous said…
Tahniah YB sebab menyebarkan gambar-gambar yang hebat-hebat ini. Moga YB akan terus-terusan menyebarkan gambar-gambar yang memburukkan Umno.
Kami rakyat negeri Selangor menyokong YB yang sentiasa berusaha memburukkan-burukkan Umno. Ia berlandas dengan Islam yang YB anuti, memburukkan saudara seIslam terutama orang Umno amatlah digalakan.
Tahniah YB, teruskan hasrat murni anda yang sukakan mengadu domba.
Hidup YB Khalid !

- bapak jijah
Noshrullah said…
Assalammua'alikum,

Khalid, hang betui memang pandai buat ayat macam Mat Pui Omar jugak. Tapi, sayang hang tak belajar Hadith abih kot. Buat fitnah dan memecahkan umat. Jangan lah buat kerja terkutuk macam tu. Taubatlah...kita janagn burukkan oranglain atau cari salah orang lain. Tapi salah kita kita betuikanlah. Nak tanya sangat dengan Orang PAS yang Jahlul lagi bebal..hangpa dah mumaiyiz ker belum..sampaikan tak tau nak beza antara betui atau salah...AKU CABAR PAS, BUKTIKAN SATU SEBAB SAJA, KEAPA ORANG MELAYU SEMUA HARUS SOKONG PAS?? Dan tak payah Khalid nak buat fitnah macam nie. Hang Wahabi ka...ALLAH MAHA BESAR..TAUBATLAH KHALID...
Anonymous said…
YB khalid, terbukti yb ni sorang penipu kenapa nak fitnah org tak baik. kerna politik yb sanggup bodoh kan org kenapa YB senyap aje. Tolong minta maaf. kalau tak bila YB mati saya akan tuntong. Gambar tu kenapa di cropkan, jadi nama macam dlm masjid kan? kenapa nak main fitnah. fight anak lelaki arrrr. YB org islam kenapa tak ikut ajaran ISLAM.
pria malaya said…
- Non-muslim masuk masjid: Penulis jawab bagi pihak Khalid Samad
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/09/non-muslim-masuk-masjid-penulis-jawab.html
Anonymous said…
PAS dan UMNO dua 2 bodoh dan x gune.sepatutnyer hal2 b'kaitan dgn agama mesti di bawak ke meje utk dibincangkan, bukan buat fitnah.xkan nak biarkan org kafir buat sesuke hati.sblm ni diaorg m'pertikai hal masjid dan azan di waktu subuh bising. bende ni pun masih nak didiamkan
Anonymous said…
Fatwa Khusrin: Orang bukan Islam adalah 'dilarang memasuki ruang solat kerana mereka dalam berkeadaan hadas besar'. Bila penyokong Perkasa, Kamalanathan, masuk dalam masjid, tak timbul ke 'berkeadaan hadas besar'? Bila terkena atas kepala sendiri, Umno kata spin. Elok juga Umno kata spin, baru orang nampak perangai busuk. Lebih banyak Umno tulis di sini, lebih banyak kita terbau yang busuk hingga ke usus. Umno busuk hingga ke usus tu Dr Mahathir yang tulis dalam blog dia.
Anonymous said…
apa nk pelik kn..PAS mmg dilahirkn ntuk mngfitnah..si kalid gereja nie plak bodoh nk mampus..nk mnipu pnyokong pn agak2 la..terang2 si india tu bkn kt ruang solat..pnyokong pn bodoh nk mmpus..ngk la gmbr tu btul2..entah2 ruang solat pn x tau kt mane kot..

p/s: PAS mmg bodoh sbb pmimpin dia pn bodoh bebal buta tuli..hehe
Anonymous said…
Masyallah...Sudah2 la fitnah YB Khalid. Terang2 gambar tu dalam dewan (mungkin dewan masjid). Kalau dalam ruangan solat tentulah lantainya berkarpet. Ni lantai biasa je. Cuba YB tengok betul2.Mais tak bagi masuk ruangan solat je. Malang sungguh YB berfikiran seperti org2 yg malas berfikir. Sebagai pemimpin YB mesti bijaksana dan teliti sebelum berkata-kata. Fikir guna akal dahulu. Org sekarang sudah bijak. Harap YB jangan memperbodohkan rakyat sebab bila YB memperbodohkan rakyat, sebenarnya YB sendiri memperlihatkan kebodohan YB sendiri lebih-lebih lagi pada org yg bijak berfikir. Maaf bahasa kesat saya. Yg baik datang dari Allah, yg kurang baik datang dari saya sendiri. Assalamualaikum...
Anonymous said…
Kepada yang bangang masih nak pertahankan bahawa gambar 4 bukan dalam dewan solat sila rujuk

http://idrisbakar.blogspot.com/2010/08/rahmat-ramadhan-penyampaian-cek.html

lantai mar marnya membentuk saff dalam solat. Kalau kamu sayang kat kafir nama kamalanathan pun jangan laa jadi barua mempertahankan dia. Kalau kamu berani kata tindakan teo salah kamu juga mesti kata tindakan kamalanathan juga biadap.
Anonymous said…
bersedialah kita pengundi shah alam untuk tolak KHALID SAMAD ! Takbir !
Anonymous said…
Aku pasti akan tumbangkan kau KHALID SAMAD!

Undi aku tak akan aku bagi pada kau walaupun Nik Aziz kata jatuh kafir sesiapa yg memangkah selain drp PAS.

Pergi mampus la dgn fatwa Nik Aziz!!!
Anonymous said…
Memang patut JAIS tak bagi kau tauliah sebab kau bukan setakat menipu dan kaki kencing tapi kuat memfitnah.
Anonymous said…
Khalid Samad banyak berkura-kura...silap..berpura-pura.

Khalid Samad Kura-kura Berpura-pura
Anonymous said…
Elok la dalam UMNO ada anak Samad yang tak boleh pakai dalam PAS pun ada juara gereja dan kuil. memang sudah keturunan haprak. UMNO dan PAS 2x5, tak boleh pakai. Menyesatkan umat islam dan merosakkan orang melayu.

penduduk 23
Kuil khalid samad x jadi bina.
Anonymous said…
Yang dipertikaikan adalah sama ada bukan Islam itu dibenarkan masuk ke ruang utama solat.

Sedangkan jelas, Ahli Parlimen Hulu Selangor ini hanya berada di kawasan beranda sahaja, bukan didalam ruang solat. Sama juga dizaman Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya dahulu. Orang bukan islam juga datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W serta Baginda memberi tarbiah dianjung Masjid agar ianya turut didengar oleh orang yang lalu lalang.
Anonymous said…
Masa kes TBH & Kugan geng-geng kau punya la cepat nak mainkan isu hingga ada yg kata UMNO/BN yg bunuh.

Cepatnya kaugeng kau bagi conclusion mengalahkan CSI Miami.

Bila kes adik Amirulrashid mati di tembak polis, cepatnya kau pergi buat laporan polis. Siap bagi skrip pada kawan adik Amirulrashid hingga tanggapan kau pada polis menyebabkan ramai yg marahkan polis.

Bila kes Sosilawati & kawan-kawanya di bunuh & di bakar oleh Hindraf, mana pergi suara kau? Dkau diam sebab kau tau dah kalau kau bersuara, jangan harap nak dapat undi Hindraf.

Kau kena divert isu hingga menyibukkan diri ke kancah kontroversi macam dlm entri kau ni.

Kau sengaja nak timbulkan fitnah supaya kau boleh lari drp membuat kenyataan mengenai Sosilawati.

Apa-apa pun, gambar kau dlm entri ini sebenarnya dah makan diri kau.

Hah..padan muka kau tu. Tak tau malu. PAS seksyen 18 pun benci kan kau.
Anonymous said…
Karut betul la. Punya la nak tunjuk gambar dlm masjid. Bila Dato Haji Mohamed Idris Haji Abu Bakar bagi link baru la aku paham apa yg tersirat.

Siapa yg berkura-kura sekarang?
Anonymous said…
1) org bukan islam DIBENARKAN masuk dalam masjid...cuma ada tata tertibnya. ini berlaku sejak zaman Rasulullah lagi. Saidina Umar sendiri pernah solat dlm gereja.

2) kalau org bukan islam nak masuk masjib tak boleh...baca quran tak boleh...apply ajaran islam tak boleh...mcm mana nak dekatkan mereka dgn islam dan berdakwah?

3) apa yg islam sangat tentang UMNO? perjuangan berdasarkan KAUM. pemimpin semua jadi kaya raya SELEPAS dapat jawatan. isteri tak tutup aurat. anak2 joli kat luar negara. hipokrit semuanya. cakap mcm2. tapi anak semua study private school...overseas...hidup senang sebab atas pembiayaan kerajaan.

guna AKAL bila berkata2/memberikan pendapat...bukan kepala lutut.
Anonymous said…
PAS penjual bangsa.....cepat cepat lah bertaubat YB.
Anonymous said…
apa yg aku paham, pas bersilat pasal gambar dap masuk masjid. habis segala hadis dan ayat al quran di tunjukkan utk di jadikan hujah. tapi dlm masa yg sama, khalid samad bersilat tunjuk umno itu juga buat perkara yg sama dgn pas iaitu membenarkan kafir masuk.

jadi persoalalnnya, adakah kafir itu boleh masuk dlm masjid. pas bagi hujah boleh masuk tapi dlm masa yg sama khalid bagi buah keras pada umno.

kalau kafir boleh masuk, jadi setakat mana hadnya? itu sahaja. kalau kafir bebas masuk masjid dan berada di mana-mana bahagian hatta di dewan solat utama, sila kemukakan bukti bukan letak gambar sekerat-sekerat mcm bagi hujah hadis dan ayat al quran yg dah di kerat-kerat.

rasional sikit en khalid. boleh tak?
joehan said…
sudah2la khalid oii!!lps ko jual kalimah Allah kt gereja semata2 undi politik skrng ko sibuk2 plak psl isu msjd ni...yg org sume bsing aritu bkn psl samada org kafir blh msk msjd ke x...sbb mmg masjid2 dlm malaysia ni org kafir blh lawat pon..tp dieorg sume kene pakai jubah yg disediakn pengurusan msjd utk ttp aurat..tp yg kiteorg sume bsing2 ni sbb cine kafir harbi tu xttp aurat..kalo korng konon2 nk dakwah kt org bkn islam korng suh la pomp cine kafir tu pkai tudung..tu pon ssh ke..konon perjuangkn islam..tp yg korng tau cume cr kesalahn org lain..bile org tego kesalahn korng cpt2 ko cr jgk kesalahan org lain...korng iklas ke x perjuangkn islam ni??mn slogan hudud pas skrang!!!cukup2 la korng perbodohkn org islam..dlm islam xwujud pon parti2 pas ni!!parti islam ape kalo perjuangn korng skrng ni lebih kepada fitnah n memecahbelahkn umat islam!!!
Anonymous said…
Apa akan di kata oleh cucu Khalid Samad ni bila dah besar nanti.

Betul ke atuk aku dulu ni pernah jual kalimah Allah pada gereja?

Betul ke atuk aku bagi sokongan buat kuil hindu kat seksyen 23 tempat kawasan majoriti melayu?

Betul ke atuk aku pernah lawat kilang carlsberg?

Betul ke atuk aku pernah gaduh dgn hasan ali?

Betul ke atuk aku ni?
InsanMarhaen said…
Salam semua,

YB Khalid Samad, teruskan perjuangan anda. Puak-puak UMNO totok ni bukan penah belajar agama dari guru yang mursyid. Sekarang ini apabila air liur yang diludah menimpa batang idung sendiri mulalah meracau-racau tak tentu arah.

Aku dah tengok gambar 'Ustaz Kamal' dalam masjid, bukan 1 tapi 2 3 gambar. Untuk makluman puak UMNO jahiliyyah, maksud 'Masjid' = tempat bersujud. Kawasan 'Ustaz Kamal berdiri tu dlm masjid bahkan jelas terpampang jalur saf (tile). Nota: 'Ustaz Kamal pun dalam hadas besar jugak hehe.
Anonymous said…
Tahniah Khalid. Anda telah menaburkan satu fitnah yang membuatkan saudara seagama berbalah di ruangan ini. Semoga Allah memberi balasan setimbal atas fitnah ini.
Anonymous said…
Sudah sudah la tu. Kenapa la kita orang Islam ni suka gaduh-gaduh dan tumpu pada isu remeh. Kita ada isu lagi besar yang perlu diberi perhatian.

Sekarang ni kan tengah heboh pasal isu buang anak. Mana UMNO dan PAS? Mana dia cadangan-cadangan untuk banteras masalah besar ni? Kalau ada pun cadangan-cadangan tu tentulah tak praktikal sebab kebanyakan orang Islam kita ni malas berfikir terutamanya yang duduk dalam koridor kuasa politik. Kita umat Islam kena cepat selesaikan masalah besar ni. Apa kita nak tunggu masalah ni da sangat besar baru nak bertindak.

Benda-benda remeh ni tak payah la besar-besarkan. Banyak isu umat Islam yang boleh kita ketengahkan. Isu buang anak, isu ekonomi orang Melayu, isu rempit, isu dadah, isu pelacur, isu rasuah, isu harga barang-barangan etc.

Pejuang-pejuang UMNO dan PAS cepat-cepatla ambil inisiatif untuk berbicara masalah-masalah di atas. Apa yang dilihat sekarang ni hanya bukan Melayu (DAP) saja yang proaktif nak selesaikan masalah-masalah ni. Malu kita sebagai orang Islam. Takkan kita nak jadikan mereka sebagai pemimpin? Kita umat Islam ada tanggungjawab untuk memastikan kesinambungan kita. Jadi henti-hentikan la bergaduh pasal benda-benda remeh ni.
Anonymous said…
komen umnogok dlm ni pun ada kebenaran. tapi aku sedih komen dari hampas. asyik nak kata orang lain tak cukup ilmu. dia sorang je yg cukup ilmu.
Anonymous said…
Salam,

Muslimin Shah Alam tak lupa siapa yang tutup/kunci Surau Seksyen 9 dulu.

Muslimin Selangor tak lupa siapa yang tukar AJK masjid2/surau2 yang dipilih qariah dengan orang2 yang bukan qariah dan tak pernah memakmurkan masjid.
InsanMarhaen said…
Salam Semua,...

1) Yang PASTI si kapir DAP dan si kapir MIC ,kedua-duanya masuk masjid. tak timbul soal dewan solat utama ke koridor ke ada line saf ke tidak. Semua ruang yang bersih dalam masjid adalah tempat bersolat. Zaman nabi dulu takder pun ruang solat utama ke apa ke. Jangan main istilah. Kalau camtu mudahlah, si cina tu cuma masuk 'Surau' (surau al-huda) sedang si india masuk 'Masjid', Sedangkan takkan ada mana2 fatwa atas muka bumi ini mengharamkan orang kapir masuk 'Surau'.

2) Yang PASTI kedua-keduanya berhadas besar.

3) Yang PASTI ada fatwa mengharuskan si kapir masuk masjid selain Masjidil Haram

4) Yang PASTI ada fatwa mengharamkan si kapir masuk masjid (Masjidil Haram)

5) Yang PASTI pada zaman nabi para musyirikin banyak berurusan dengan nabi dalam masjid

6) Yang PASTI kalau anda ke US atau Eroupe, hal orang kapir masuk masjid perkara biasa....

Dalam menangani hal seperti ini kita hendaklah rasional. Bersifat pertengahan berdasarkan ajaran Islam...

Pertama orang bukan Islam boleh masuk masjid.(selain masjidil haram)...TETAPI

1) lebih beradab jika mematuhi etika yang lazim seperti menutup aurat sebagai tanda menghormati orang Islam yang berada dalam masjid agar tidak mengganggu pandangan. Malang orang Islam sendiri masuk masjid tidak tutup aurat. Ramai bini2 menteri UMNO tidak pun sanggup memakai tudung dalam masjid kecuali ketika bersolat...Abis camno


2) Tidak perlu masuk masjid jika TIDAK PERLU, nak bagi chek ke apa ke,.. tempat lain kan ada. Ini semua bagi mengelakkan salah faham dan fitnah. Maklum sahajalah perkara remeh temehnya akan dimanipulasikan. Tapi akhirnya ludah punya ludah terkena muka sendiri.

Kedua jangan bersikap ekstrim tanpa panduan al-quran dan assunnah sehingga Islam dijauhi

Ketiga jangan pula liberal sehingga Islam dihina

Keempat pejuangkanlah Islam dengan cara Islam bukannya fanatik kepartian maupun perkauman

dll hehe
pengundi shah alam said…
wow YB khalid
taniah blog tuan menjadi favourite puak cybertroopers umno.
bayaran mereka bergantung jumlah komen2 yg di hantar ke blog pemimpin pakatan yg umno geruni.

taniah YB well down..and by the way,kami sekeluarga sudah tukar alamat mengundi di rumah kami di shah alam.we will sure undi tuan akan datang,inshallah.
Anonymous said…
ni salah satu daripada beribu kes penyalahgunaan masjid untuk kepentingan mereka...Yang buat sembahyang hajat buat ustaz kamal kat pilihanraya hulu selangor ape cite...Apa fatwa dari pengarah MAis.?
Anonymous said…
Malunya, sebagai orang kuat PAS yang kononnya nak laksana hudud sanggup tuan siarkan gambar yang boleh dipertikaikan ini? Tujuan tuan hanya satu iaitu menyamakan dengan tindakan pihak yang tuan sokong memberi 'tazkirah' di dewan solat, benar? Sampai begitu terdesaknya tuan ini tuan sehingga berani bertindak begini? Islam apakah ini? Bermuhasabah la wahai tuan yang hanya sedikit memiliki ilmu di dunia ini.
Anonymous said…
hehehe mengelupur puak2 umno bila tembelang busuk nya pecah....... tahniah YB, teruskan dengan pendedahan2 yang lebih panas......
Anonymous said…
apakah ahli UMNO xnampak line2 yang ada kat lantai tuh??bukan kew kat situ pown org bley sembahyang??jadi kat situ pown org panggil ruang solat gak kan??tempat org sujud gak dah...sudah2 la org UMNO..xyah nk berdolak dalih...dah sah2 P kamalanathan tu masuk ruang solat masjid...ape beza dgn masuk ruang utama solat??bukan kew sama saja??tempat org solat juga..konklusinya...org UMNO da gelabah laa!!hahaha..bab to membebel mcm2 lam komen2 ats tuh..hahahahahahaha~
joehan said…
pelik dgn tingkahlaku ahli2 pas yg mengaku perjuangkn islam..begitu jijik pada saudara seagama iaitu umno..begitu syg pd kaum kafir..bile saudara seagama hulurkn salam perpaduan org2 pas dgn penuh prasangka buruk kate niat umno xiklas..umno xperjuangkn islam..tp bile pkr yg majoriti islam n dasar pon bkn dasar islam blh plak ahli2 pas bersekongkol tanpa prasangka..dgn dap yg kafir pon ahli pas blh peluk cium..pelik..dgn saudara seagama begitu bersangka buruk..tp dgn kafir blh plak org2 pas bersangka baik..

konon2 nik aziz kate nk berdakwah kpd bkn islam dlm dap n pkr..dakwah bkn sekadar percakapan dgn menyeru kpd islam..tp jgk perbuatan dan tingkah laku..kalo kite tunjuk kemuliaan persaudaraan islam tu pon dh dikira dakwah..ini x..org yg konon perjuangkn islam pon sama2 tolak persaudaraan islam dgn alasan perpaduan yg dihulurkn saudara seagama adalah tidk iklas dan dgn muke xmalunye org2 pas sanggup mengangkt bkn islam sebgai 'saudara'..so brape org dap yg pas dh islamkn..yg aku tgk islam pas semakin liberal..kalo dlu hudud skrng hudud bkn lg keutamaan..

pemimpin pas plak yg konon2 perjuangkn islam suke caci maki,kfirkn saudara seagama,fitnah sesama saudara n mcm2 lg..mcmmana org bkn islam kt malaysia ni nk tertarik dgn islam???!! kalo org kafir tgk umat islam malaysia asyik bergduh je jgn harap la kekuatan islam tu nk meresap dlm jiwa dieorg!!..

wahai ahli2 pas..ingt dgn berpakaian islamik n smyg tiap waktu tu org tu dikira syurga ke..xsemestinya..walaupon zahirnya mcmtu..tp byk lg yg diambil kira..adakah ibadat solat tu iklas or menunjuk2...adakah islamik tu iklas org nk kn jawatn or pangkt or nk mng PRU?? xmustahil org2 umno yg org2 pas anggp jahil blh msk syurga n ahli2 pas yg nmpk islamik dr segi luaran msk neraka..ape2 pon syurga neraka hak Allah..bkn hak sape2..so xpyh la pndang jijik n hina pada saudara seagama kita..amal itu bermula dgn niat..elok niat ko dpt la pahala..xelok niat ko ..lu pkirla sendri..

so xpyh la berdendam or marah sgt kt umno ni wahai ahli2 pas..mmg ade ahli umno yg jahil..tp xblh ke sm2 bersatu padu..sm2 tunjukkn keindahan persaudaraan islam..br la sng berdakwah pd bkn islam..ni x..suke memburuk2kn org lain..pkir la wahai ahli pas..pd khalid samad..sudah2 la memecah belahkn perpaduan islam..menimbulkn fitnah n sbgnya..
Anonymous said…
kesian puak2 umno ni, dok sebuk canang jgn sebuk guna masjid utk politik, tub2 bila masuk ramadhan sebuk pulak nak guna masjid, kononnya utk solat tasbih la, tazkirah la. solat fardhu korang x dtg plak solat berjemaah. mana lebih wajib, solat fardhu ke solat sunat wahai puak2 umno???
Anonymous said…
utk saudara joehan,

anda patut tengok cermin masa buat komen panjang lebar di atas...

-meluat-
Anonymous said…
Boleh pulok puok-puok PAS kata sekarang tak nak laksana hudud... ish ish ish... kesian aku. Dulu aku beria-ria sokong PAS kononnya nak laksana hukum Allah. Rupanya kena temberang dengan 'ular dalam semak'. http://novandri.blogspot.com/2010/09/khalid-gereja-pondan-jawab-la.html
red said…
YB khalid...

memfitnah itu berdosa...
lebih terok dari membunuh...
insaflah...
hassan said…
ish menyampah sangat aku dengan org umno,bodoh piang.
Anonymous said…
red : ko buta ke? tang mana yg fitnahnya? Kalu fitnah report polis la, kan puak2 korang suka main report2 ni hehehe.

kami rakyat selangor akan terus menyokong pendedahan yg YB Khalid buat, Teruskan...........
Anonymous said…
salam YB,

pendedahan yang baik. jgn pedulikan komen2 dari cybertrooper berbayar UMNO ni, diorang ni bukan kira halal ke haram ke, fakta ke auta ke. REMPUH TERUS YB, we the rakyat are right behind you.
kampung boy said…
petama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada yb kerana berani membuka ruang komen kepada org ramai untuk menyalurkan pendapat mengenai apa yg dicoretkan oleh yb. jarang ada pemimpin yg berani mendengar apa yg xsedap untuk telinga mereka dengar. tapi tidak lah bermaksud saya menyokong yb.

mengenai isu masjid ni sebenarnya senang je, kenape kene masuk masjid, atau dgn bahasa yg lebih mudah lagi, kenape kene buat benda yg kite tau akan buat org lain marah..?? bukan susah nk jaga hati org, nk ngan taknk je..., sbb tu zaman TUN.M dulu,dilarang berpolitik di masjid, sbb die tau org melayu ni bukan mcm org zaman Rasullullah yg tau adab ketika berpolitik. kite lihat je la skrg ni, xde benda lain yg dilakukan selain menghentam dan mencaci antara satu sama lain. ni la jdnye bile agama dan politik disatukan "di malaysia"..salam
Wong Pencen said…
Anonymous September 19, 2010 2:30 PM

"Satu lagi isu ICT. Kenapa nak caj pengunjung RM10? Kami pergi Cyberjaya pun tak ada caj apa-apa drp PJH & kenapa kami di caj tinggi? Apakah ICT ini di bina oleh BN atau PR? Sila jawab YB."

Banyak-banyak ulasan di sini, saya kira ini yang paling kesian. Dah jadi macam orang yang tak ada minda sendiri. Macam orang yang langsung tidak faham akan hak diri sendiri. Macam orang yang sudah hilang keupayaan memilih apa yang wajar untuk diri sendiri.

Memang KESIAN.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…

Keunggulan Kerjasama Pakatan Harapan Dengan Parti Pribumi Bersatu

Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 ini mungkin merupakan pilihan raya yang terpenting dalam sejarah Malaysia. Ianya merupakan pilihan raya untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dirosakkan oleh kepimpinan rakus dan kleptokratik yang mendatangkan bencana kewangan dan sosial terhadap negara. Imej negara terus merudum dan dengan itu sukar mendapat pinjaman dari sumber yang biasa. Hutang 1 MDB, seperti kepada IPIC, tidak mampu dibayar melainkan dengan mendapatkan pinjaman lain. Korek lubang untuk menutup lubang.

Pada masa sama krisis kewangan turut dialami oleh semua syarikat dan badan kewangan kerajaan yang telah memberi pinjaman kepada atau melabur di dalam 1 MDB. Turut dimaklumkan bahawa ianya melibatkan juga KWSP, Tabung Haji dan badan-badan lain.

Apabila semakin terdesak, kerajaan sediada dijangka akan sanggup menerima apa jua syarat pinjaman dari sumber yang mampu walau atas apa syarat sekalipun. Di antaranya adalah pinjaman dari negara China yang kita semua sudah sedia maklum.

Ramai ya…