Skip to main content

Respon Pengunjung Blog November 2014

Saya jarang berpeluang menjawab pandangan yang dikemukakan di blog ini walaupun amat berkeinginan melakukannya; dan apabila berpeluang, seperti pada pagi ini, saya amat bersyukur.

Komen pertama yang ingin saya respon adalah dari bat8 yang telah memberi komen di dalam posting saya yang bertajuk Usaha Mewajibkan Kehadiran TGHH Di Mesyuarat Majlis Presiden PR:

YB,



TGHH bukan pemimpin calang-calang. Dia menghadiri pelbagai mesyuarat didalam dan ─║uar negara berpuluh-puluh tahun lamanya. TGHH juga adalah bekas MB Terengganu. Dia telah menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja, mesyuarat antara kerajaan, mempegerusi mesyuarat exco kerajaan dan bermacam-macam mesyuarat lagi.



Dia tentu dan amat arif tatacara dan protokol mesyuarat yang diamalkan di seluruh dunia. Apa juga alasan yang YB cuba beri untuk menutup kesilapan TGHH menentang keputusan wakil PAS ke mesyuarat MPP tempohari akan tetap seperti cuba menegak benang basah yang dah tenggelam didasar Sungai Terengganu. Its impossible....



Mesyuarat yang dimaksudkan itu di jadualkan berlangsung pada 17 ogos 2014 selepas JKPP PAS mengadakan mesyuarat mengenai krisis MB Selangor yang berlangsung di KL. Mesyuarat MPP ditetapkan begitu untuk memudahkan kehadiran TGHH yang mempegerusikan mesyuarat JKPP. Tidak ada sebab mengapa TGHH tidak boleh hadir setelah kemudahan yang sebegitu telah diatur untuk memudahkan beliau menghadir8nya.



Apakah TGHH tidak boleh menjangka bahawa mesyuarat MPP itu penting kerana keputusan mesyuarat JKPP itu begitu penting untuk dibincangkan didalam mesyuarat MPP mlm itu? TGHH tidak boleh menjangkakah kehadirannya amat penting untuk menjelas sendiri keputusan JKPP kepada rakan didalam PR agar satu jalan sepakat yang mengambilkira kepentingan bersama dapat dicapai dalam isu yang kontroversi ini?



Jadi, YB gagal dan tidak berupaya untuk melindungi kesilapan yang sekali ini yang dibuat oleh TGHH kerana ia memang satu kesilapan besar. Soal sebelum ini tak pernah terjadi bukanlah hujah yang boleh diterima kerana ketidakhadirannya yang sekali ini tidak boleh menutup tindakan-tindakan unilateral beliau sehingga menyebabkan krisis MB Selangor ini berlarutan. Sekarang kita sedang mengira damage yang dibuat oleh TGHH. Damage yang paling jelas sekarang ialah pembayaran pampasan vss oleh TSKI kepada 8 pembantunya yang berjunlah 4M 2.6 juta. Damages lain masih belum timbul lagi.



Pasal jawapan dengan nada berseloroh itu saya tak hingin pun sentuh. YB dan saya tahu ia tidak sepatutnya keluar dari seorang ulamak bertaraf dunia dalam keadaan yang hangat mengenai dirinya.

November 21, 2014 at 6:19 PM

Tuan bat8,

Saya ucapkan terima kasih atas teguran tuan. Saya tidak bercadang untuk menafikan kebenaran kata-kata tuan, tetapi pada masa yang sama, saya harap tuan juga mengakui ada juga kebenaran dalam penjelasan saya.

Penjelasan saya tidak bertujuan ‘melindungi kesilapan’ mana-mana pihak. Malahan saya sebum secara jelas, “ianya perkara yang tidak sepatutnya berlaku” dalam perengan pertama di bawah tajuk ‘Kali Pertama Dalam Sejarah PR’. Maka ianya jelas diakui sebagai satu kesilapan.

Begitu juga, saya akui, hakikat bahawa ianya kali pertama dalam sejarah selama 6 tahun bukan alasan. Tetapi ianya adalah bukti bahawa ketidak-hadiran adalah bukan masalah sebenar. Ini adalah kerana dalam tempoh 6 tahun itu, ketidak hadiran Presiden tidak menghalang keputusan tercapai dengan baik dan dipersetujui semua.

Saya cuba tentukan punca kesilapan ini, bukan sekadar menyatakan ianya kesilapan dan terus menyalahkan individu tertentu. Kaedah itu bagi hemat saya kurang bermanfaat. Sebaliknya mencari punca dari segi pendekatan dan proses adalah bagi saya lebih bermakna. Maka di atas sebab itu saya rumuskan bahawa masalahnya adalah persoalan had mandat yang perlu diperjelaskan kepada wakil yang hadir mesyuarat bagi pihak Presiden dan AJK PAS Pusat.

Ya, sepatutnya telah dijangka lebih awal bahawa PKR dan DAP akan berusaha menyakinkan wakil PAS supaya dicalonkan hanya satu calon, iaitu DS Wan Azizah. Dan sememangnya ini telah pun dijangka dan diberitahu supaya PAS mempertahankan dua nama tersebut. Akan tetapi yang tidak dijangka bahawa Azmin sendiri mengisytiharkan depan semua anggota mesyuarat bahawa beliau memberi laluan kepada DS Wan Azizah!

Dalam keadaan tuan badan sendiri sudah menyatakan untuk memberi laluan, maka pada ketika itu, mungkin dianggap janggal sekiranya PAS masih ingin pertahankan beliau. Dan oleh kerana nama DS Wan Azizh turut dicalonkan oleh PAS, maka wakil PAS mungkin terlepas pandang dengan menganggap ianya tiada masalah setelah menyebut terlebih dahulu bahawa Azmin Ali turut sama dicalonkan dan hanya digugurkan setelah beliau memberi laluan pada DS Wan Azizah, serta calon tunggal PR adalah DS Wan Azizah. Namun tindakan sebegitu dilihat melampaui mandat yang diberikan.

Oleh itu, sekiranya dari awal disebut, bahawa dua nama perlu dikekalkan walau apa sekalipun dan mandat wakil tidak meliputi menggugur atau menukar mana-mana nama, maka mungkin masalah ini dapat dielak. Itu yang saya maksudkan dengan “had mandat perlu dijelaskan” dari awal kepada wakil yang dihantar ke mesyuarat tersebut.

Sementara itu, komen kedua pula adalah dari Hazim Siron berkenaan artikel Kontroversi Berhubung Istilah 'Anak-Anak Allah': Pendirian Saya yang berbunyi;

YB tafsiran hukum agama tidak sama dengan tafsiran makna stilistik dan tafsiran makna budaya. dalam ayat Quran menegaskan Allah tidak beranak dan diperanakkan.itulah akidah yang kita kena pegang secara qati dan mutlak.kalau kita cakap"kita semua adalah anak tuhan"jelas boleh boleh disebut begitu kerana melibatkan iktikad kita selaku makhluk.janganlah YB menyatakan sesuatu yang boleh orang yang jahil murakaf beriktikad yang sesat sebegitu.lebih baik yb diam dan senyap atau bercakap serta berbicara dengan ahlinnya.jangan cakap secara umum yang boleh menyesatkan orang awam yang berfikir secara lateral sahaja.

November 18, 2014 at 8:39 PM

Tuan Hazim,

Saya faham maksud tuan. Maka itulah sebabnya saya telah rujuk pada tafsir Ibn Kathir dalam menjelaskan ungkapan tersebut. Dalam tafsir tersebut Ibn Kathir menjelaskan bahawa ungkapan tersebut tidak dimaksudkan ‘anak’ secara literal.

Begitu juga dalam keadaan ini. Namun, sepertimana telah saya jelaskan, ianya tidak wajar digunakan oleh orang Islam, walaupun dalam keadaan tidak memaksudkan secara literal.

Oleh itu kesilapannya adalah penggunaan ungkapan dan istilah yang tidak betul dan tidak sesuai, bukan iqtiqad kerana tiada yang beriqtiqad mereka adalah anak Allah secara literal.

Sebagai contoh mudah, perkataan ‘anak Malaysia’. Ini tidak membawa erti ‘anak’ secara literal. Kalau ditafsirkan secara literal, maka bererti telah beriqtiqad bahawa negara Malaysia ini boleh beranak. Dan anak Malaysia adalah mereka yan telah muncul dari perut bumi Malaysia secara ajaib dan sudah pasti ini juga adalah ajaran sesat. Tetapi kerana kita semua faham yang dimaksudkan adalah rakyat Malaysia dan kelahiran Malaysia, maka tiada yang mengambil tindakan melaporkannya sebagai ajaran sesat.

Saya yakin rakyat tidak selemah itu dan mampu memahami penjelasan saya walaupun ada yang berfikiran lateral.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Izuddin said…
Islam isnt a religion. ISlam is WAY OF LIFE, not Arabic way of life or Malay way of life or Chinese/Indian way of life, but WAY OF LIFE which are derived from the COMMANDMENTS therein innate in all races of HUMANS.

Arab Orthodoxy had gotten into ISLAM...and these Muslims have strayed away.

Malay Orthodoxy had gotten into Islam and Malay Muslims are now racist bigots.

Roman Church Orthodoxy had gotten into Christianity, and these Christians have strayed away

Greek Orthodoxy had gotten into Judaism and adulterated it

Come let us INJECT ISLAM(Way of Life derived from Commandments) into Christianity and Judaism

The Commandments had been taken out of Christianity and Judaism and replaced with RELIGONS(DOGMAS AND DOCTRINES)!
Mubaza Abkaver said…
Wawawa...syoknya blogger ni sembang kasi pokok tumbang...sudahla...cukup2..!
Sblum tulis lg mcm2,tlg nyatakan dulu NO KEAHLIAN PAS yer..emel me the answer..if no i think this is my last view for this stupid fuckin* blog.
-Malabar bin Hj Kassim-
-NO AHLI PAS BERDAFTAR PAS CAWANGAN SUNGAI BULOH JERAM : 315873-
Mubazabkaver@gmail.com
Izuddin said…
The US government never said it doesnt want Anwar convicted because it wants Anwar to be the Prime minister.

But, the US government condemns Najib for the U-turn on the Sedition Act.

It is Madey who wants the Sedition Act. But Najib is the PM, not Madey.

As for the US government, Najib can stay as PM but the Sedition Act must be abolished....to be FAIR for both ANWAR AND MADEY to fight on.
Salam YB, sekadar nak menokok tambah - Apakah 'Rumah Allah' atau BaituLlah itu membawa makna Allah memerlukan tempat kediaman mcm kita?
Izuddin said…
Allah, tiada tuhan melainkan Dia. (There are no bits and pieces of Allah. Even the SOULS taht was and is presently used to create mankind(humans, animals, plants, etc) are not pieces of Allah)

Ramai berfahaman Allah ni tuhan dan Allah lah saja tuhan yang ada...haha. Tetapi, ayat diatas menyatakan Allah tidak ada tuhan atau tuhan2 iaitu Allah tidak ada anak atau anak2 mau lelaki atau pompuan atau pondan.

Maksud istilah tuhan, yang ramai tak faham-faham, adalah manifestasi atau inkarnasi dalam bentuk, seperti manusia atau 'images'. Ini lah yang di katakan tuhan atau tuhan2.

Saya boleh tanya dimana kediaman kamu. Saya tak boleh tanya dimana kediaman Allah.

Kaaba tu bukan rumah Allah atau kediaman Allah. Kaaba bukan rumah/tempat penyembahan Allah. Kabba itu mulanya adalah tempat dimana Ibrahim bina dan memasuki setiap kali bila dia 'mediate' dgn dirinya ttg Pencipta (Khaliq).
Izuddin said…
Dey Madey, logik ka kalau tidak berlaku adil kpd Kafir, maka undang2 Islam tak boleh dilaksana? Hang ni loklak laaaa....haha

Dey madey, keadilan bukanya sorang kena potong tangan, sorang lagi kena jail.

Keadilan yg dimaksudkan ialah adil dua2 pencuri dipotong tangan, atau dua2 kena jail, ikut diskrisi perundangan(atau Qisas. Hang ingat curi 5 duit hukumnya potong tangan ka???? Dalam Qisas, orang yang curi, curi dan curi sehingga menjadi 5 billion ringgit yang kena potong tangan sampai ke bahu...haha.

Dey madey, adil bagi hang ialah pencuri tak perlu potong tangan tapi di jail, dan bila depa keluar penjara depa boleh pi curi lagi. Tak adil lah bagi pencuri yang dah tak da tangan sebab tak boleh curi lagi. Analogy hang ni PALSU.

Dey Madey, Hudud bukan Islam, t api British Civilise law and PEnal Code tu Islam kot?

Dey maDEY, KALAU PENCURI TAK DIPOTONG TANGAN, PEMCURI2 LAIN SERONOKLAH BOLEH PI CURI LAGI LEPEH DEPA KELUAR PENJARA...HAHA
Izuddin said…
Chegu Beard, kurniaan atau penarikan darjah kehormat kpd Anwar adalah hak peribadi Tunaku, bukan hak MB mana2 negeri. Azmin tiada langusung ada kuasa keatas kurniaan atau penarikan darjah2 diRaja
Izuddin said…
YB, youre busy with petty things now , for example you pi sibuk pasal UM student cause. Hal student tu bagi saja laa dekat izzah..dia tu dah tak popular.....haha

YB, go create havoc in PAS and take over the Presidency....like stop HUDUD for the time being until UMNO is totally destroyed.

For Hudud to be implemented, it must be via PAKATAN and not PAS or combination of PAS-UMNO. Fight PAS !
Izuddin said…
melayu tak tipu konon...piiiiiiraaaaa....haha.

Saya ada sorang kenalan cina. Saya kata kat dia cina tipu, dia senyum dan kata...lu melayu bolo ingat cina tipu.

Dey madey.....ko memang teror tipu daripada cina, dan ko senang2 tipu melayu.

Tapi nampaknya cina sedang menyelamat melayu supaya tidak tertipu dengan madey tipu...haha
CEO Siber said…
...


Pemimpin BN Sindir Anak Muda Pahang TerLAJAK BODOH!

Kenapa?

Anak Muda Pahang Kecik Hati dan Merajuk..

Kerana UMNO - Setiap Anak Pahang tanggung HUTANG!


* Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.

Saya Ulang..

Kelantan habis bayar hutang BN, Pahang negeri BN menimbunkan hutang.

Sumber Berita

>> Sumber 1 <<

>> Sumber 2 <<






...


Anak Muda Johor Terguris - Inilah UMNO... Jahat dan tiada hati perut langsung!!... Kesian Betul!!
( Lihat Bukti Di Youtube )

https://www.youtube.com/watch?v=5WEaBZcx-WE

https://www.youtube.com/watch?v=vw2B1XMax04

https://www.youtube.com/watch?v=0tRzqwkqrC0

https://www.youtube.com/watch?v=0NuxFlS80bg

https://www.youtube.com/watch?v=SviwJnhNA-Q

https://www.youtube.com/watch?v=RowxovebgI4



Sumber Berita

>> Klik Di Sini <<






Izuddin said…
Amar, penubuhan jawatankuasa teknikal pringkat pusat adalah strategi politik utk menarik pas keluar dari pakatan. Umno tak hingin laa pas masuk umno bila keluar pakatan. Lepas pas kelaur pakatan, umno akan tinggal pas terkontang kontang. Kamu pun tak tahu keikhlasan umno ttg jawatankuasa tersebut.

Kedua, jwatankuasa tersebut kalau diteliti, ia ditangguh, tangguh dan tangguh adalah muslihat politik.

DAP terang2 menyata depa tolak hudud..atas sebab2 percanggahan dgn constitution. Apa kah sebab2 yg membolehkan umno melaksana hudud di kelantan dan tidak keseluruhan negara?

Amar, umno ni berpegang kpd constitution dan depa kena gubah constitution baru utk laksana hudud di kelantan. Dan ini TAK MUNGKIN kecuali umno buat REVOLUSI.

Saya pasti madey gelak ketawa dgr ketidakpastian kamu tak reti reti apa itu UMNO.
bat8 said…
YB

Terima kasih kerana sudi memberi respon kepada komen saya. Saya amat hargai dan amat berbesar hati . We are on the same side YB.

Saya bersetuju dengan pandangan YB bahawa terjadi kekeliruan bagi wakil PAS apabila Azmin menarik diri untuk memberi laluan kepada DSWA sebagai calon tunggal - akibat mandat yang tidak jelas dari JKPP. Understandble.

Suprising dalam isu-isu penting wakil-wakil PAS tidak diberi arahan2 spesifik dalam isu sepenting ini. Ia adakah standard practice. Surprising sebuah organasasi yang besar seperti PAS boleh overlooked. Saya sentuh mengenai arahan kepada wakil ya g diberi mandat di blog yang lain.

Alasan ini bolehlah dipakai tetapi jika ia telah mencetuskan kegawatan di pihak PAS. Pun ianya masih boleh diselesaikan jika PKR dan DAP dimaklumkan dan meminta satu pertemuan baru untuk menjernihkan pendirian PAS ekoran azmin menarik diri. Masa itu saya percaya semua ahli JKPP yang menghadiri mesyuarat pada 17 ogos 2014 madih berada di KL termaduk TGHH. So isu keputusan wakil PAS membuat keputusan tersebut akibat mandat yang diberi tidak lengkap is not a big issue.

The big issue yang merosakkan ialah apabila TGHH membantah keputusan yang dibuat oleh wakil PAS tanpa merujuk kepada JKPP. Yang saya faham, Presiden juga bertindak didalam kerangka kuasa JKPP.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…