Skip to main content

Kontroversi Berhubung Istilah 'Anak-Anak Allah': Pendirian Saya

Kebelakangan ini saya dicemuh, sekali lagi, atas penjelasan saya berhubung penggunaan ungkapan ‘We are all Allah’s children’ oleh Zainah Anuar  salah seorang ahli Sisters in Islam atau SIS. Mereka mendakwa bahawa ungkapan tersebut bermaksud ‘Kita semua adalah anak-anak Allah’ secara literalnya dan dengan itu dikatakan ianya kata-kata syirik dan menyebabkan yang menyatakannya terkeluar dari Islam.  


Saya menjelaskan ianya tidak boleh difahami secara literal dan dalam masyarakat Barat, khususnya masyarakat yang berbahasa Inggeris, kata-kata tersebut bermaksud ‘Kita semua adalah sama, ciptaan Allah, milikNya dan dikasihiNya’ dan bukan bermaksud ‘anak’ sepertimana biasanya. Kefahaman saya mengenai apa yang dimaksudkan telah saya perolehi dari penjelasan Zainah sender dan juga pengalaman saya bersama masyarakat Inggeris di mana saya berada sepanjang 7 tahun.

Namun walau apa pun yang saya cuba nyatakan, yang mencemuh saya terus mencemuh dengan terus mendakwa maksud ungkapan tersebut adalah ‘anak’ dalam erti kata biasa dan mereka berkeras bahawa itulah yang dimaksudkan oleh Zainah tanpa bertanya kepada Zainah sendiri apa sebenarnya yang dimaksudkannya. Maka tanpa soal-siasat, mereka berpegang kepada andaian dan tafsiran mereka seolah-olah mereka tahu apa yang terdapat dalam hati dan akal orang lain.

Di sinilah timbul masalahnya, apabila kita ingin memberitahu seseorang apa yang dimaksudkan dengan kata-katanya tanpa ingin mendengar penjelasannya mengenai apa yang dimaksudkannya dengan kata-kata itu. Seolah-olah kita lebih tahu apa yang ingin dikatakannya. Dalam bahasa Inggeris ini dinamakan “putting words into some body else’s mouth” atau ‘memasukkan perkataan/maksud ke dalam mulut orang lain’.

Sebelum saya menulis dengan lebih panjang lagi, biarlah kita rujuk seketika kepada Al-Quran berhubung isu ini. Seperti biasa, kefahaman mantap dan jalan keluar dari segala kemelut boleh ditemui di dalam KitabulLah.

PERKATAAN ‘Abnaa ulLah’ DALAM AL-QURAN

Dalam Al-Quran perkataan ‘abnaa ulLah’ atau ‘anak-anak Allah’ boleh ditemui dalam ayat 18 Surah Al-Maidah. Dalam ayat ini Allah berfirman;

“Dan berkata orang-orang Yahudi dan Nasrani “Kami anak-anak Allah dan dikasihiNya.....”

Jika dirujuk kepada Tafsir Ibn Kathir yang juga dipetik oleh Dr. Wahbah Zuhaili dalam Tafsir Al-Munirnya, ianya dijelaskan begini:

Mereka berkata: Kami pengikut Rasul-rasul yang merupakan anak-anakNya, yang dijagaiNya. Tuhan juga mengasihi kami.” golongan Ahli Kitab mendakwa bahawa Allah telah berkata kepada hambaNya Israil (Iaitu Nabi Yaakob), “awak adalah anakKu yang sulong”. Tetapi mereka menjelaskan maksud kata-kata ini dengan cara yang songsang dan mengubahkan maksudnya. Sebahagian dari Ahli Kitab yang telah kemudiannya memasuk Islam, menyanggah kenyataan palsu ini dengan mengatakan “Kenyataan ini hanya mengambarkan kemulian dan penghormatan sepertimana kebiasaan dalam cara kata-kata pada ketika itu.”  Masyarakat Kristian mendakwa bahawa Isa berkata kepada mereka “Saya akan kembali kepada ayahku dan ayah kamu”, bermaksud tuhanku dan tuhan kamu. Adalah diketahui bahawa masyarakat  Kristian tidak mendakwa mereka juga adalah anak-anak Allah sepertimana mereka dakwa terhadap Isa. Sebaliknya kenyataan ini hanya bertujuan untuk mengambarkan hubungan rapat dan keakraban dengan Allah. Itulah sebabnya mengapa apabila mereka mendakwa mereka adalah anak-anak Allah dan dikasihiNya Allah menyanggah dakwaan mereka,

“Katakan:Sekiranya begitu, mengapa Dia mengazabkan kamu atas dosa-dosa kamu?” 

PENGGUNAAN BAHASA SIMBOLIK ATAU KIASAN

Ulama’ zaman lampau seperti Ibn Kathir, amat memahami wujudnya bahasa simbolik atau qiasan dalam pertuturan manusia. Maka istilah dan ungkapan perlu difahami dari sudut maksud penggunaannya dan bukan dari sudut literalnya semata-mata. Oleh itu dijelaskan, bagi pihak Yahudi dan Nasrani maksud sebenar kata-kata serta dakwaan mereka dan tidak diputar-belit atau diselewengkan untuk ‘memukul mereka’ dengan lebih teruk lagi. Ini dilakukannya walaupun Yahudi dan Nasrani merupakan musuh tradisi ummat Islam.

Dijelaskan bahawa kenyataan ‘abnaa ulLah’ membawa erti kedudukan mulia dan terhormat serta keakraban dengan Allah dan bukan bermaksud ‘anak’ secara literalnya. Kecuali, mengikut fahaman orang-orang Kristian, Nabi Isa (AS) yang dianggap ‘anak’ secara literalnya (dan juga sebahagian dari Tuhan mengikut konsep Trinity mereka).

Malahan dalam soal fahaman Kristian, Ibn Kathir menggunakan perkataan “wa ma’lum..” atau pun, “dan diketahui...”, tanpa bercerita panjang lebar kerana ianya sesuatu yang difahami, terang lagi bersuluh. Sudah pasti jika mereka anggap orang Kristian sebagai anak tuhan secara literalnya, maka hancur berderailah theologi Kristian yang mendakwa Isa adalah anak Allah. Kerana sekiranya semua Kristian adalah anak Allah, maka apa keistimewaan pada Nabi Isa (AS)! Dan theologi mereka bahawa Allah mengorbankan anakNya demi menebus dosa manusia tidak akan bermakna lagi! Lagi pun, dakwaan Kristian bahawa Nabi Isa (AS) adalah anak Allah adalah bersandarkan kepada kelahiran ajaib Nabi Isa (AS) yang tidak mempunyai bapa dan ibunya seorang dara. Adakah orang Kristian semua tidak mempunyai bapa dan ibu mereka masih dara semasa mereka dilahirkan? Kalau tidak dan sudah pasti tidak, maka atas alasan apa orang Kristian ingin mendakwa mereka semua adalah anak-anak Allah secara literalnya?

Yang tidak memahami bahasa simbolik dan qiasan ini, mengikut Ibn Kathir, adalah sebahagian golongan Yahudi yang “..menjelaskan maksud kata-kata ini dengan cara yang songsang dan mengubahkan maksudnya.”

PENGERTIAN UNGKAPAN ‘Abnaa ulLah’

Maka amat jelas, maksud ungkapan ‘abnaa ulLah’ atau anak-anak Allah tidak seharusnya difahami secara literal. Masyarakat Yahudi menggelar diri mereka sebagai ‘abnaa ulLah’ untuk membawa erti ‘kaum pilihan (terhormat dan mulia)’ yang dikasihi Allah. Masyarakat Kristian pula menggelar diri mereka ‘abnaa ulLah’ untuk membawa erti golongan yang rapat dengan Allah yang dikasihi Allah. Kedua-dua golongan tidak mendakwa diri mereka sebagai anak Allah secara literalnya.

Maka begitu jugalah dengan penggunaannya oleh masyarakat Inggeris yang diguna-pakai oleh golongan SIS, khususnya Zainah Anuar. Ia bukan bererti anak secara literal tetapi sepertimana saya jelaskan, kata-kata tersebut bermaksud ‘Kita semua adalah sama, ciptaan Allah, milikNya dan dikasihiNya’.

KESESUAIAN UNGKAPAN TERSEBUT BAGI SESEORANG BERAGAMA ISLAM

Dalam usaha saya menjelaskan maksud ungkapan berkenaan, saya TIDAK pernah mempertahankan penggunaannya oleh orang yang beragama Islam. Sememangnya ianya agak janggal walaupun saya memahami maksud sebenar ungkapan tersebut. Hubungan di antara manusia dan khaliqnya yang digambarkan serapat hubungan anak dan ayah  adalah lebih mirip kepada kefahaman Kristian. Dalam Islam, walaupun kasih terhadap Allah ditegaskan, sepertimana juga kasihnya Allah terhadap makhlukNya, namun hubungan manusia dengan Allah lebih bercorak hamba dan penciptanya, bukan anak dan bapa.

Maka sememangnya adalah tidak sesuai dan salah bagi seseorang Muslim menggunakan ungkapan sebegitu kerana ianya tidak tepat. Lebih lebih lagi ianya amat mengelirukan sepertimana terbukti melalui kontroversi yang tercetus olehnya. 

Oleh itu, sekiranya ada yang ingin menyerang dan menyelar Zainah atas penggunaan ungkapan tersebut, maka serang dan selarlah sepuas-puas hati kamu, tetapi atas ketidak-sesuaian dan ketidak-tepatan ungkapan tersebut, bukan atas kononnya beliau mendakwa dirinya dan manusia kesemuanya sebagai anak-anak Allah secara literalnya. Biarlah serangan dan selaran itu tepat dan adil terhadap dirinya, seperti yang dilakukan Ibn Kathir dalam tafsirnya dan bukan sebaliknya.

Sekiranya diserang dan diselar atas tuduhan beliau mendakwa semua manusia adalah anak Allah secara literalnya, maka beliau telah difitnah dan dizalimi. Biarlah kita bertindak adil walaupun terhadap orang yang tidak do sukai, malahan terhadap musuh sekali pun.

TEGURAN TERSASAR SEORANG DATO’

Ada juga saya terbaca di dalam Sinar Harian teguran seorang Dato Melaka yang kononnya ‘pendakwah bebas’. Maaf saya tidak faham apa yang dimaksudkannya melalui tegurannya. Amat jelas bagi saya beliau tidak memahami tajuk yang ingin dikupas. Apa kena-mengena ‘We are all Children of God’ dengan konsep Triniti? Malahan tidakkah kefahaman semua manusia adalah ‘children of God’ menyanggah konsep Triniti? Kerana Triniti itu menganggap hanya Isa anak Tuhan dan bukan semua manusia?

Ditegur juga pendirian saya berhubung kalimah Allah. Tidakkah beliau lihat bagaimana dalam ayat 18 Surah Al-Maidah ini Yahudi dan Nasrani menggunakan kalimah Allah juga apabila mereka mendakwa mereka adalah “abnaa ulLah”. Maka sekiranya Dato ingin menghalang penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam, adakah Dato sanggup ‘mengedit’ Al-Quran? Dan memperbetulkan ayat-ayat di mana yang bukan Islam menggunakan kalimah Allah seperti ayat 18 Surah Al-Maidah ini. Maaf, saya tak kenal Dato ini dan saya tidak faham hujjahnya. Adakah hujjah yang dikemukakan? Atau tuduhan semata-mata?

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD

Comments

mohd shahran said…
YB jangan bimbang yang komen walaupun ulamak tak faham yang penting apa yang yb bawa kena bantah dan kritik untuyk menjatuhkan yb. Saya pernah menonton akir naik bahaskan tentang children of god dengan mubaligh kristian. Yb cari video terebut bagi kat geng serban dan jubah
mohd shahran said…
http://www.youtube.com/watch?v=BKE60ZuWGJY
grandmarquis said…
Dalam hal ini saya memang bersetuju dengan YB. Kita benarkan apa yang benar dan salahkan apa yang salah.

Dalam hal ini saya lihat banyak pihak melulu dalam membuat kesimpulan semata-mata satu perkataan "Children of God (dalam kes tu Allah digunakan)".

Namun begitu, isu SIS bukan sekadar isu Children of God. Sudah lama mereka membuat onar. Pendirian sesat SIS sedia diketahui, berjela-jela. Satu perkara yang mungkin ada khilaf tidak akan mengubah hakikat SIS bahawa mereka ini adalah terdiri dari perempuan-perempuan yang lebih menurut hawa nafsu dalam hal-hal agama.

Kalau mereka tak ada perkataan Islam dalam NGO (atau syarikat) mereka tak apa. Tetapi ni ada nama Islam. Bila mereka sokong LGBT, apakah ia memberikan implikasi bahawa Islam sokong LGBT?
Izuddin said…
Zainur, you are so MISLED in the usage of the term ANAK2 TUHAN .

There are no gods(sons, daughters, images, symbols, idols, icons, etc) of ALLAH.

Allah is AHAD, i.e. ONE - stays as HE is.

And Allah is AS SAMAD i.e. ETERNAL - neither begeths(take forms or changes forms) nor is begotten(came out of somethings).

Eternal here refers to a ‘PLACE’ without TIME and SPACE and it is there BEYOND the EDGE OF THE UNIVERSE.

There were SAINTS, HOLYMEN, RELIGIOUS MEN, RIGHTEOUS MEN, etc and all have references to as one who has relation ONLY to submissions to the WILLS of ALLAH and has not much need of this worldly life. And these are the people who were TERMED as SONS OF GOD(or ANAK2 TUHAN).

The generations of Jacob, who denoted themselves as Children of Israel, called themselves Jews(Children of God), which is different from SONS OF GOD. The Jews came to Canaan for MILK and Honey. They called themselves Children of God with referrences to as the CHOSEN PEOPLE, and which are not true. They werent CHOSEN, but it was MOSES who was CHOSEN to lead the Children of Israel.

If the Children of Israel were not the CHOSEN, why called themselves Jews(Children of God)?

So, Zainur, do you call yourself ANAK2 TUHAN because you THINK you are CHOSEN or because you are HOLY????
Izuddin said…
YB betul bila kata orang terengganu ni ketinggalan zaman duduk di dalam kemunduran akhlaq dan aqli...haha.

PAS boleh pi jahanam lah dengan umno. Dua party ni party setan. kalau nabi Isa ada, dia mesti kata kat pas, '...you are from your fathers the devils'.

LGE mahu hadi attend meetings PR untuk susun strategi politik lawan BN, itu saja.

Nampak sangat dah hadi ni melanggar ayat berikut...

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216.
Izuddin said…
hadi boleh pertahan Islam rasisma nya suka hati dia lah. dan dia akan nangis bila lihat generasi Melayu Muslims menolak PAS Terengganu !

Dan tiba masanya PAS Selangor ambil alih pucuk pemimpin PAS. Tapi susah. Jadi, PAS Selangor mesti 'break-away' dari PAS Terengganu dan tubuh Party Islam SeMalaysia Baru
Hazim Siron said…
yb tafsiran hukum agama tidak sama dengan tafsiran makna stilistik dan tafsiran makna budaya.dalam ayat Quran menegaskan Allah tidak beranak dan diperanakkan.itulah akidah yang kita kena pegang secara qati dan mutlak.kalau kita cakap"kita semua adalah anak tuhan"jelas boleh boleh disebut begitu kerana melibatkan iktikad kita selaku makhluk.janganlah YB menyatakan sesuatu yang boleh orang yang jahil murakaf beriktikad yang sesat sebegitu.lebih baik yb diam dan senyap atau bercakap serta berbicara dengan ahlinnya.jangan cakap secara umum yang boleh menyesatkan orang awam yang berfikir secara lateral sahaja
Izuddin said…
lebih baik ko aje ler diam

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355

MUQADDIMAH

1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.

2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.

3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku…