Skip to main content

Sedih Jika ada Konspirasi PAS Selangor

Oleh: Jimadie Shah Othman & Rahmah Ghazali (Malaysiakini)

Menyedihkan jika benar wujud konspirasi dalam PAS bagi menyingkirkan wakil-wakil rakyatnya yang pro-Pakatan Rakyat di Selangor, kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Kalau betul, saya sedih. Kita harus ada (semangat) silaturrahim dengan mengetepikan perbezaan," katanya.

Beliau diminta mengulas usaha terancang bagi memastikan beberapa wakil rakyat PAS – termasuk dirinya – supaya tidak dicalonkan semula dalam pilihan raya umum akan datang kerana dianggap tidak sehaluan dengan Datuk Dr Hasan Ali, pesuruhjaya PAS negeri.

Menurut blog Malaysia Waves, ADUN dan ahli parlimen yang bakal disingkirkan termasuklah Saari Sungib (Hulu Kelang), Dr Halimah Ali (Selat Kelang) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Khalid dan Saari masing-masing dipecat daripada timbalan pesuruhjaya II dan ketua penerangan PAS negeri hujung tahun lalu akibat berbeza pandangan dengan Dr Hasan, juga exco hal-ehwal Islam Selangor.

Dihubungi Malaysiakini baru-baru ini, Khalid berkata, walaupun dakwaan penulis blog berkenaan 'Tulang Besi' itu mungkin ada kebenarannya, beliau yakin pakatan seumpama itu tidak akan menimbulkan masalah kepadanya.

"Ia (halang bertanding) mungkin juga apa yang mereka harapkan. Tetapi bagi saya, ini bukan masalah besar. Pada akhirnya, (pemilihan calon) kena rujuk dengan (PAS) kawasan Shah Alam.

"Macam saya, setakat ini tiada masalah, macam yang lain juga," kata bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu.

Khalid juga berkata, pada kelazimannya, nama yang dicadangkan oleh akar umbi parti di peringkat kawasan untuk calon pilihan raya tidak boleh ditolak sesuka hati.

Sementara itu, Saari pula berkata, setelah menyemak sendiri daripada seorang pemimpin kanan parti yang dikaitkan dengan konspirasi tersebut, ADUN itu yakin tidak wujud sebarang usaha mencantas mereka.

"Saya buat panggilan kepada seorang yang disebutkan namanya dalam (tulisan) itu, (setiausaha PAS Selangor) Khairuddin (Othman). Beliau kata 'tidak ada' (konspirasi).

"Saya pegang (penjelasannya) yang itulah. Kalau ikut kaedah Islam, apabila datang sesuatu berita itu, hendaklah kita semak dahulu. Yang boleh kita semak, kita semaklah," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan lebih berjaga-jaga selepas ini, Saari hanya berkata:

"Parti ini bukan (bergantung) atas individu (tertentu)."

Malaysia Waves - yang sering mengulas politik dalaman PAS - menarik balik artikel tersebut tidak sampai 24 jam sejak diterbitkan 13 Ogos lalu.

Tindakan itu dipercayai akibat wujud penafian Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, dan juga bimbang dikenakan tindakan undang-undang.

Pengendalinya bagaimanapun terus mempertahankan kebenaran artikel 'Konspirasi Membuang YB Saari Sungip dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor'.

Tambahnya, artikel tersebut dibuang "untuk melindungi pemberi maklumat."

Sumber: Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Reformis Jalanan, komen tuan terpaksa diedit. Harap maaf.

Salam Ramadhan, YB.

Bagi saya YB dan beberapa pemimpin PAS pro-Pakatan yang lain tiada masalah, malah melakukan tugas yang baik sebagai yang berhormat.

Yang patut disingkirkan, bukan sahaja dari menjadi calon pilihanraya, bahkan yang patut dibuang daripada parti adalah puak-puak yang terhegeh-hegeh nak dekat UMNO ni. Dasar tak sedar diuntung. Itulah masalahnya sesetengah pemimpin di dalam PAS. Bila dah menang sikit mulalah lupa diri.

*************************

Mudah-mudahan Allah menggagalkan rancangan jahat mereka. Amin.

Buat YB, dan beberapa pemimpin PAS pro-Pakatan yang lain, ingatlah, kami semua berdiri teguh dibelakang YB sekalian, dan komited dengan Pakatan Rakyat. Usah gentar atau gusar. Lakukan tugas sebagai wakil rakyat dengan jujur dan amanah. Saya di sini hanya mampu berdoa.

Walaupun saya bukan ahli parti, tapi saya sokong perjuangan parti ini. Mana boleh kita campur perjuangan Islam dengan perjuangan sekular yang bersumberkan kuffar. Sekian.
Anonymous said…
Salam YB,
Selamat berpuasa dan salam muhibah. Saya amat berharap agar YB teruskan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor. Perkhidmatan YB yang melambangkan seorang khalifah Islam amat disanjungi dan disegani.Ingat ,segala-gala yang kita lakukan akan sentiasa diperhati oleh Yang Maha Esa. salam.
Anonymous said…
YB Khalid,
Im a non muslim and very strong suppoter of Pakatan. At current political scenario im Malaysia, the non Malays are putting more believe in PAS due to there are now crossover by any PAS ADUN eversince the GE12 and even before that to UBN .NON of PAS assembley person Or MP for the sake defect to and become frogs and take the offer of millions "Haram"money offered by UBN.
We the non realy salute PAS for the that.And the support for PAS among the non Malays will increase in GE 13 if PAS can keep the promise and non of the PAS Rep defect to UBN just for the duit "HARAM.
Anonymous said…
YB,if the allegations are becoming true, then I think it's stupid for PAS as a whole.Whether you or those too pro_PR guys will be dropped in the next election will be a non-issue then bcos nobody will a give a damn about a party who is so frickle-minded,expect a lot of spoilt votes then and lose big time.How could they do this behind the respectful Tok Guru's back?.
master said…
Kami berdiri teguh di bawah kepimpinan YB Khalid Samad dan YB Saari Sungib. Menyekat dan mencantas pemimpin PAS tertentu bukan penyelesaian ..

Penyelesaian adalah rapatkan saf dan rampas kerusi dimiliki UMNO dalam pilihanraya akan datang.

Shah Alam bukan kubu kuat PAS. Memang ramai ahli PAS dan penyokong PAS tetapi belum cukup untuk menang. Banyak pengundi atas pagar yang menentukan keputusan pilihanraya. Jangan sebab politik dalaman kerusi tergadai. Teruskan berkerja YB Khalid Samad.
Anonymous said…
YB,

It took us a lot of courage to overcome UMNO-BN's propaganda and vote for the opposition. We never believed that WE will win, but win we did! But UMNO was still in denial, and launched an onslaught to capture back the states by hook and by crook, as we saw how crude they did in Perak. Now Najib has given the marching orders to capture Selangor back. I must say the majority of Pakatan ADUNS / MPs have been reasonably approachable,and helpful. I am happy with how YB Nik is responding to our complaints in Kelana Jaya. We have experienced how things can be run in a more rakyat friendly way when the state puts the rakyat's welfare first. And we want to see the state to continue with the implementations, within their power as we know a lot of decisions still lies with Putrajaya. It doesn't help with a pro-UMNO civil service and UMNO controlled police force and MACC, among others. But we have faith that it will change with time. However, time may not be on our side should any of the Pakatan MPs cross-over to UMNO-BN. The rumours are very unsettling. We hear that certain people are already missing, and a few have been in talks with UMNO.

YB,

So far PAS ADUNs / MPs have been very principled and none has crossed over. However, should it happen in Selangor, it will no doubt collapse the state govt. I can tell you that the rakyat will be very, very crossed if PAS ADUNs is the cause of the fall. Everyone already half-expect the traitors to come from PKR as there are a lot of ex-UMNO men in that party. We hold DAP and especially PAS with a higher regard. So if the PAS ADUNs are the culprits for the fall of Selangor govt, the urban population will blame PAS as a whole and will never forgive PAS forever. Please send this message to all your colleagues. If they cross-over, they will sacrifice the whole party and all the PAS struggles since pre-Merdeka will be forgotten. All the goodwill gained since 8th March 2008, especially from the non-Malays, non-Muslims will be lost. People only remember the bad, seldom the good.

Lastly, Salam Ramadhan and I wish all the Muslims commentators a peaceful month!
Salam jihad ramadhan; pertamanya agak terkejut atas perkara yang YB bangkitkan lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan ini.
Sebagai kepimpinan, sudah lama saya merasakan adanya konflik tersebut.
Tetapi saya yakin kepada ALLAH SWT, samada ahli ataupun pemimpin dalam jamaah ISLAM yang tidak ikhlas dan jujur dalam perjuangan lama kelamaan akan gugur @ terkeluar dari jemaah ISLAM, walaupun dari segi zahir mereka hebat di mata manusia tetapi ALLAH SWT jugalah Maha Mengetahui.

Faisal b. Abdul Raman
Setiausaha PAS Cawangan Taman Bukit Subang
moeinuddin said…
Salam YB

YB kena muhasabah diri, kadang2 ada pekara yg kita lakukan tetapi tidak perasan atau kungkin juga YB perasan tapi oleh kerana politik YB terpaksa berkorban keimanan.

Pada pekara yang baik saya sentiasa menyokong biar dimana saya sekali pun, tapi kepada pekara yang saya rasa boleh menjejaskan dan boleh di lihat kepada unutk menjadikan Malaysia seperti republik saya akan menentang.
Salam Saudara Khalid.....Pesanan saya pada Saudara SUDAH-SUDAHLAH BERSANGKA BURUK KEPADA YB DR HASSAN ALI.....saudara khalid banyak-banyakkan bertaubat di bulan ramadhan ni......JAGA ADAB SAUDARA DGN PESURUHJAYA PAS SELANGOR SEKARANG.....KALAU Saudara Khalid Sudah DIPECAT DR JAWATAN Timbalan PesuruhJaya PAS SELANGOR TERIMALAH KPTSN PIMPINAN ATASAN.....CERMIN-CERMINLAH DIRI SAUDARA.....CERMIN-CERMINLAH ADAB DAN AKHLAK SAUDARA KHALID TIKA BERSAMA DGN KPTSN PRESIDEN,TIMB PRESIDEN dan PESURUHJAYA PAS SELANGOR........Saudara jgan melampau sangat.............ADAB DGN PIMPINAN KENA JAGA....JGN INGAT DGN HANYA LULUSAN ENGINEER SHJ tanpa mendalami ILMU USUL FIQH DAN QAWAIDH FIQH Bleh terus menghentam-hentam GOLONGAN ULAMA DLM PAS.......saya tengok saudara khalid EGO tersangat-sangat EGOIS DLM ISU Unity Government.....saudara bukan ulama tp hentam ULAMA tanpa ilmu yg mendalam.....KAEDAH-KAEDAH FIQH Yg Saudara nyatakan untuk berhujah dgn TGHH dlm Isu UG langsung tak bertepatan dgn KAEDAH-KAEDAH FIQH......JAGA ADAB SAUDARA KHALID........ALLAH TAHU PERANGAI SEBENAR KHALID.......TULAH SBBNYA SAUDARA DIPECAT DR JAWATAN TIMB PESURUHJAYA PAS SELANGOR....MUHASABAH DIRI SAUDARA.....INGAT KISAH SAUDARA KHALID DULU-DULU.....ALLAH BERSAMA PAS...............
Bertaubatlah Saudara Khalid dr Sifat Mazmumah
Harap Saudara Jangan EDIT KOMEN SAYA......Dan Siarkan KOMEN SAYA....SAYA CABAR SAUDARA KHALID SIARKAN KOMEN SAYA....NI BULAN RAMADAHAN........ATAUPUN SAUDARA MINTA MAAF DULU DGN TGHH dan Ust Nasarudin Mt Isa Dan Dr Hasan Ali......SAYA CABAR SAUDARA KHALID SIAR KOMEN SAYA.....INGAT ALLAH LEBIH SAYANG PAS INI LEBIH DARI SAUDARA KHALID....INGAT JAUHI SIFAT MUNAFIQ KALAU NAK DUDUK DLM PAS.....Ana Org PAS SEDIH TENGOK AKHLAK SAUDARA KHALID.....Saya Cabar Saudara Khalid Siar komen saya tanpa DIEDIT SEPATAH PUN......maaf
Anonymous said…
Dear YB,

So far apart from the SIS blip, you have been doing a very good job as a representative of ALL Malaysians, regardless of race and religion. This is very different from your Selangor Party boss, Dr Hassan who are more interested in only serving himself.

I dare say that the wave of goodwill and support that PAS and Pakatan partners received from the rakyat from the last G.E. is because of this kind of attitude and therefore a paradigm shift of support had been archived especially from PAS.

Of course with People such as Dr. Hassan all this gain are in danger of being wipe out and if the PAS leadership listened to such a bigot like him, all the hardwork would count for nothing and Pakatan and PAS especially would go back to square one.

This is of course something that UMNO had been dreaming of and since they can't win back Selangor from the rakyat, they hope to do so especially by toppling the govt especially since Najib himself had given the signal. Now what better way to archieve this by enlisting the help of UMNO frienly faces in AS such as Dr. Hasan, your Deputy President and last but not least the PAS president himself. If Tok Guru were not so firm in his stance, the above 3 would have tear PAS apart.

As mentioned before, if Pakatan continue to serve the rakyat diligently regardless of race and religion, UMNO have much to fear because THEY CAN NEVER EVER HOPE TO ARCHIEVE THIS. The only way to get back into power is to turn Pakatan another BN just like themselves, so to the rakyat, there is no difference. They already experience this in Perak so with Najib blessing they went to topple the govt originally elected by the rakyat, one way or another. On Perak i would stop here as there might be some sicko out there who would try to twist and manipulate what i say to insinuate that i am questioning the rights and wisdom of the Perak Sultan, which i want to put on record i am not. Its the perogative of H.R.H to appoint the govt. based how he sees fit according to the constitution.

Going back to the original issue, as i said UMNO is actually a very sad party, as they had lost support of the non-Malay and now they try to gain more support from the Malays by equating UMNO = Malays=Muslims. So go against them = going against the Malays. They had been using this sickening tactics since our beloved first P.M. the revered T.A.R is no longer P.M. but this last few years is more intense. The only way for them to survive is perpetuate this divide and rule policy. However what is more sad is that there are elements in PAS as mentioned above and also in PKR that is more than happy to help UMNO to archieve this despicable plan of theirs.

To the PAS leadership and the Pakatan leadership in general, its time to think of the original reason you are in power and you keep/purge certain people at your own peril.

And lastly, if Najib and his men is so confident of their support now, why don't they call for an election and win back their 2/3 rd in Parliment nad also whatever state they had lost. Cost should not be an issue as since when they are so mindful of the peoples's money?
Abu Abdurrahman said…
Salam buat semua,

Sekadar peringatan Saudara pembukakebenaran, kenapa emosinal sangat! Komen secara beradap. Juga perlu ingat manusia tidak maksum, termasuk para pemimpin PAS. Para ulama juga tidak boleh dikritik?

Beringat juga - apa kata orang yang kita tuduh menampakan sifat munafiq bukan munafiq sebenarnya? Tidakkah Munafiq itu jatuh pada orang yang menuduh.

Abu Abdurrahman - orang PAS lama
karim said…
Tahniah Khalid, nta telah memulakan permainan mengikut rentak musuh...tahniah khalid...tahniah.

Org mcm nta lah yg melariskan 'lidah2' musuh seperti utusan meloya, berita hairan dan termasuk Malaysia Wave.

Tahniah sekali lg : )
karim said…
Adakah nta mengharapkan rating pembaca blog nta akan meningkat..?? @pun mengharap kasihan belas dr masy. utk menunjukkan bhw nta & 'shbt2 seangkatan' nta shj lah pejuang tulen di Selangor...?

Kalau itulah tujuannye...maka tahniah khalid...tahniah berkali2 ana ucapkan. : )

Ana 'suka' org mcm nta.
Moeinuddin said…
Salam YB dan semua....:)

Saya pun rsa begitu juga jangan emosional sangat, kena berhemah dalam semua hal, sya sokong bab tuduh menuduh ni orang PAS lama, kalu kita menuduh tapi tak benar akan berbalik pada kita semula, ini lah yang berlaku dengan perjuangan PAS sekarang yang dah bercelaru, apa sahaja tuduhan mereka terhadap orang lain dah pun mula Allah SWT balik kan.
kuzy said…
masih ramai pencacai umno yang berminat kat web YB.... kadang2 sebab tak suka kat YB yang bukan jemaah mengaku jemaah, yang bukan ahli mengaku ahli..... dengan alasan, NAK MENYEDAPKAN HUJAH.....

saya setuju dengan abu abdurrahman... ramai yang menyatakan YB munafik... tetapi mereka lupa cermin diri.... kesian mereka ni..
matmantau said…
memang betui.. sdr ‘semua di atas’,…… kalau dah bukan PAS… dah tentu… Pekembar@UMNO kut… tp… sejarah 52 thn… dr. Tanah Melayu… jadi Malaya.. jadi Malaysia… Setau aku… bangsa Melayu.. hanya tinggal baju & seluar Melayu aje.. mungkin yg. perintah… PAS kut…. dah tentu… Pekembar@UMNO kut… Tak tau lak aku…. Kehidupan serba panjang boleh menyebabkan kejemuan… boleh ku tahu.. sdr ‘semua di atas’ suka makan apa… biasanya org.. Melayu suka makan sate… agak2 selama 52 thn… makan sate.. cemuih jugak… bosan jugak…. jemu jugak.. tukar2kan ler… makan chicken chop ker… nasi hailam ker..…. baru berkembang otak & perut…
Muhasabah KESILAPAN KITA SEMUA DI Bulan Ramadhan ini...
ALLAH LEBIH TAHU SIAPA DIA MUNAFIQ DAN SIAPA DIA YANG IKHLAS.....
Moga Khalid Samad menjadi Ulama yg betul-betul ulama dan Taat Pada PIMPINAN PAS......sptmana KHALID AL-WALID Menjaga ketaatan nya pada Rasulullah...Memang rasullullah itu Rasullah yg Sempurna takde dosa...TAPI APA GUNANYA ALLAH JADIKAN RASULLAH KALAU BUKAN UNTUK IKUTAN KITA UMAT ISLAM.....ulama PAS bukan Semuanya Sempurna Tetapi Bukankah Ulama itu Pewaris Para Anbiya'.....KALAU KITA NAK MENILAI SESEORANG Itu Ulama' atau tidak kita perlu cukup ILMU-ILMU AGAMA dan Akhlak kita barulah kita layak MENGHENTAM DIA ITU ULAMAK ATAU BUKAN ULAMAK....Ulamak juga bleh ditegur....Khalid Samad juga Sepatutnya Boleh Ditegur.....Ana buka tuduh Saudara Khalid Munafiq cuma Ana nyatakan pada Saudara Khalid Samad dan diri agar menjauhi sifat MUNAFIQ...Jauhilah SIFAT MUNAFIQ....harap jgn edit komen ini..
Anonymous said…
khalid sudah macam cacing kepanasan. Tapis komen orang yang tidak sekata dengannya. Inikah jenis pemimpin yang kita mahukan? Ana tidak mahu orang jenis ini!
Anonymous said…
Salam YB Khalid,

Don't just be sedih. Get even.
I think this faction in PAS is getting to be arrogant. They forgot that the YB,s in PAS is elected by the raakyat. Who is is say that the raakyat will elect them again.

I voted for the PAS candidate in the last GE. If they nominate characters like Hassan Ali and the likes, they can forget about my vote. I would rather abstain.

UMNO is destroying the country and PAS is trying very hard to drag us back into the stone age. We are caught between the rock and a hard place. PAS is bent on making this country into a Middle Eastern one. I have lived there and it was hard for me eventhough I am a muslim who keeps the faith. I wonder how the non muslim can handle this.
Vote with their feet perhaps???
malam kliwon said…
Keputusan Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir menyaksikan Barisn Nasional kalah di semua unit peti undi kecuali undi pos.

Majoriti paling tinggi yang diperolehi oleh PAS ialah di UPU Samagagah, dimana calon PAS memperolehi 1397 undi berbanding BN yang memperolehi 594 undi. Majoriti di Samagagah ialah 803.

Majoriti paling kecil ialah di Kg. Pelet dimana PAS mendapat 738 undi manakala BN meraih 546 undi menjadikan majoriti sebanyak 192.

Sementara majoriti di UPU yang selebihnya adalah di dalam lingkungan 300 - 700 undi.

Sebanyak 8 pengundi pos, daripadanya PAS hanya memperolehi 2 undi dan 6 untuk BN.


Samagagah
Pas 1397 BN 594 Majoriti: 803

Permatang Ara
Pas 1397 BN 1075 Majoriti: 322

Permatang Pauh
Pas 875 BN 354 Majoriti: 521

Bukit Indera Muda
Pas 1302 BN 862 Majoriti: 440

Kg Pelet
Pas 738 BN 546 Majoriti: 192

Kubang Semang
Pas 773 BN 275 Majoriti: 498

Tanah Liat
Pas 971 BN 500 Majoriti: 471

Cross Street
Pas 938 BN 300 Majoriti: 638

Permatang Tengah
Pas 1225 BN 555 Majoriti: 570

Undi Pos
Pas 2 BN 6 Majoriti: -4

Jumlah PAS 9618 BN 5067 Majoriti: 4551
Petikan dr. - http://www.negarakita.com
abu said…
saya sokong 1000% kalau Hasan Ali gugurkan kalid samad sbg MP S.Alam dlm PRU13 nanti.
kami di shah alam tak perlukan wakil kuil india spt kalid samad utk menjadi wakil rakyat kami.
Anonymous said…
One thing for sure.BN/UMNO is getting very desperateeTheir propogandas,strategies,tactics are failling.Nothing seems to be working on their favour.BN,will not rest.I suspect,they will resort to something really nasty to stay in power.I hope Pakatan leaders are on alert,and take all the safety measures,and have plans for counteroffensive
Gva said…
Salam Bhgia YB

I think YB and other Pakatan YB doing a good job. Masalah memang ada dimana mana juga mahu BN bermasalah tapi pandai cover so dengan itu jangan rasa tergugat dengan khabar angin. Just do work as MP and majority of people will vote PAS again next election, I mean MAJORITY... ¡ In fact I would be more than happy if PAKATAN take over Federal Government in next Election!! So we got to work hard for that.
Anonymous said…
time ni la kate tuduh org munafiq diri sendiri yg munafiq. tapi korang tuduh org islam lain yg xsealiran dgn pakatan, munafiq xpulak jatuh munafiq pd korang.
mut said…
Kepada penyokong-penyokong puak-puak pro-UMNO, sebenarnya bila dan bagaimana Pak Kahlid ni menghentam Ulamak, dan siapa ulamak yang dimaksudkan? Apa hujah ulamak-ulamak pro UG ni dalam tindakan-tindakan mereka? Adakah tindakan mereka ini mempunyai kesepakatan oleh semua kepimpinan PAS? Setahu saya kalau sesatu itu telah diputuskan dalam mesyuarat, Nabi sendiri tidak suka mengubah keputusan itu (kita lihat bagaimana idea pro-UG ini diselindungi dari pengetahuan ahli biasa), sedangkan yang mencadangkannya tu Nabi ker? Tak boleh buat silap? Kalah dah bukan taraf maksum, kenapa nak disorok-sorokkan usul tu?

Adakah sekarang percaturan politik peringkat kedua untuk remove pemimpin PAS yang menolak idea UG ni bermula untuk memberi ruang dan nafas baru kepada idea UG ini?

Rata-rata jawabannya kena kembali kepada ahli PAS sendiri. Mereka kenalah menilai dan meneliti apa-apa pengumuman dan juga gerak-geri (maklumlah, pisang berbuah 2 x, usul UG secara stealth mungkin diumumkan tanpa melalui mana-mana channel parti yang sah) untuk memberi input yang sesuai mengenai halatuju parti mereka. Mungkin usul "untuk menolak apa-apa jenis UG dengan UMNO/BN" perlu dikemukakan dalam AGM PAS tahun hadapan.

Bukan apa, nak elak kecelaruan sesama ahli dan pimpinan.
Anonymous said…
Is it a coincidence that just before the Permatang Pasir by-election that Hassan Ali, Zul Nordin and Nas say things that undermine non-Muslims' trust in PAS? What are they trying to achieve with their statements? It is fortunate that the non-Muslims in Permatang Pasir still stand united for Pakatan Rakyat, and still chose to vote for PAS against UMNO. UMNO's strategy was to cause a split within Pakatan, and I would expect Pakatan leaders not to fall for the trap, and evn worse to do things to aid UMNO!
AyahDi said…
salam ramadhan kareem,

khas buat pembukakebenaran, orang lain jangan baca.

cukup pedas komen mu itu. Terasa sampai ke serambi mekah. Kawe pun rasa pijar ni.

Tapi barang harus diingat.... setiap patah kata yang terhasil oleh hujung jari mu adalah datang dari hati mu.

Sudah barang tentu akan ada pertanggungjawaban di hadapan ALLAH Azzawajall.

Ingin kawe ubah sedikit kata Tok Guru, hujung jari itu mencerminkan hati.

Dok gitu PEMBUKAKEBENARAN.

AyahDi
zaidipucuk@gmail.com
Mesra Sokmo said…
SPRM dengan kejadian kematian Teo ada baiknya, kalau tidak BN perkudakan SPRM bagi lingkupkan Selangor macam Perak. Diselangor semua DUN dikaitan dgn rasuah. Walau pun 5 sen. Dengan cara menyingkir yg terbabit rasuah dgn ISA, penjara - supaya BN dapat ambil aleh Selangor.

Dr Hassan, Utz Zulkifli - Kulim dll bukan KITA nak kondeng atau perli PR yang perintah tetapi yg penting bersatu jatukan UMNPigs/BN dulu. Lepas itu bermuafakat seadilnya. Sikit-sikit kesalahan maafkanlah. Jatuhkan sipembunuh dahulu. Lepas itu kita terapkan nilai Islam utk semua bangsa, sekuranfnya kita telah jelaskan tentang ISLAM
Salam Buat AYAH DI-(Orang lain jgn baca).....maaf kalu terasa pijar sampai ke serambi mekah.....ALLAH Sayang PAS lebih daripada kita sayang PAS jika PAS ini dasarnya betul dan ahli-ahlinya pun betul caranya dgn ISLAM........Saya komen khalid samad krn ARTIKEL nya ini....baca betul2 artikel ini........Saya menulis komen ini bukan berniat jahat....Biar ape org nak kata tapi ALLAH akan tunjukkan kebenaran seluas-luasnya kelak.....HAL isu Unity Government adalah satu PROSES TAPISAN DARI ALLAH s.w.t untuk menapis ahli2 perjuangan PAS yg mane disitulah diuji Wala' kita kpd pimpinan PAS ketika mana keluar arahan pimpinan..TETAPI TGHH dah tarik balik idea UG kerana ape?Kerana ramai ahli pas tak paham POLITIK ISLAM dan hanya politik sekular shj dan..TGHH baru lontar IDEA....ramai yg dah melatah dan idea UG ini hanya pada zaman PAK LAH bukan pd zaman najib.....Saya tak nak ada org cuba lagakan TGHH dgn TGNA dlm hal UG.... buat ayah Di...kelak ayah di akan paham insyaallah.....ALLAH tahu siapa kah musuh luar dan musuh dlm PAS............UMNO musuh kita yg jelas TAPI Musuh dlm selimut sukar diketahui kerana kadang-kadang ianya spt ikhlas berjuang tp yg sebetulnya bukan....maaf-sila baca artikel ustaz nik abduh nik abdul aziz.....HARAP jgn edit komen ni....Selamat berpuasa.....Banyakkan Muhasabah diri.....cuba-cubalah bersangka baik dgn pimpinan..Harap jg edit komen ini...maaf
Anonymous said…
Salam Semua. Lihat corak komen tuan-tuan dan puan-puan. Ada pro dan ada yang kontra. Jelas, kita sudah pun berada dalam perpecahan. Ekstrem mana perlakuan seterusnya, adakah ianya tulisan sahaja atau bentuk-bentuk lain yang boleh memecahkan saf perjuangan. Musuh sedang ketawa. Mari kita melihat semula objektif perjuangan. jangan mudah tergelincir dari landasan.Mudah benar kita lupa. Baru sahaja dapat beberapa negeri sudah kelam kabut.Seri Serdang

To my dear fellow readers. I have read through some nasty comments. Nevertheless,there are few rational one too. If we continue to post comment which hurt others, this will tantamount to more damages. Isn't that silly. So, if you want to post your comment, pls reason it out. Put in your facts and while other readers will just appreciate even it is antagonizing.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…