Skip to main content

Video: Melaka diminta Contohi Selangor

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad membidas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang mencabar PAS Selangor supaya keluar Pakatan Rakyat (PR) jika benar parti itu memperjuangkan Islam.

Menurut Khalid, tidak ada sebab PAS untuk keluar dari PR dan cabaran yang dibuat Ali Rustam tidak kena pada tempatnya.

Malah, Melaka patut contohi segala usaha Selangor yang hendak meningkatkan kesedaran dikalnngan masyarakat berhubung keburukan dan kerosakan yang berlaku hasil daripada budaya minuman keras.



“Cabaran Ali yang dulunya pernah dihalang dam pemilihan Umno kerana didapati bersalah diatas rasuah politik supaya cermin dirinya terlebih dahulu sebelum memberi komen.

“Dan kalau Umno suruh kita keluar supaya kita bersatu dengan dia, saya rujuk kata-kata Tok Guru Nik Aziz ‘jangan jadi Majnun gilakan Laila,” kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam.

Usaha Kerajaan Negeri mendapat sambutan positif kerana akan menguatkuasa peraturan berhubung penjualan arak.

Berita ihsan Jiwokelate, Video ihsan TVSelangor dan Greenboc.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Kini ramai sangat yand tak sedar diri dan sesat...Apa dah jadi.
Anonymous said…
Isn't Melaka the "close one eye" state? How can that be Islamic? At least the Selangor government OPEN Both Eyes, even if the eyes don't agree. The BN government close one eye, and then the other eye which is open, prefers to look away.
Kucing Parsi said…
cubalah pada zaman dulu, parameswara duduk kat bawah pokok durian, mesti nama melaka sekarang bukan melaka...

mesti nama negeri diaorang durian

wah ka ka ka

visit

http://www.melodymockers.blogspot.com/
matmantau said…
kesimpulannya.. teringat pesan dialog tokmantau & matmantau…
tok : Mat… mat…
matmantau : Yea tok.. …
tok : Ingat pesan tok…
matmantau : semenjak thn. 1957 sehingga 2009, Tanah Melayu, Malaya & M’sia diperintah oleh parti Pekembar… parti Pekembar… diandaikan diterajui oleh umat Melayu Islam…
tok : jadi semenjak itu… lesen arak, no. ekor pun bertambah, tulisan jawi diharamkan.. walaupun diperintah oleh umat Melayu Islam… sehingga sekarang…
matmantau : tp. tok, parti Pekembar… kan parti Pekembar… kan diterajui oleh umat Melayu Islam… , kenapa la ni… depa dah start kepuh pasal arak2 ni… kenapa la ni… ,, tengok.. muka belakang surat khabar Utusan Melayu & Berita Harian diterajui oleh umat Melayu Islam… ada jugak… keputusan no. ekor…

tok : lagi satu… Johor, Melaka, Perak, Trengganu, Pahang, Perlis la ni diterajui oleh parti Pekembar…
matmantau : tp.. kenapa tok.. …
tok : jadi tok berharap agar… Johor, Melaka, Perak, Trengganu, Pahang, Perlis boleh la kut.. dijadikan contoh… di haramkan arak, lesen judi.. sebab negeri2 diterajui oleh la ni diterajui oleh parti umat Melayu Islam…
matmantau : tak faham ler tok…
tok : hang.. tak kan faham…
matmantau : Yea tok.. …
Wassalam…

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...