PAS Kawasan Shah Alam telah mencalonkan pimpinan pusat seperti berikut:-
i) Presiden – Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. TGHH telah menerima sokongan penuh dan sebulat suara di mana tiada calon lain telah dicadangkan.
ii) Timbalan Presiden – Dato’ Husam Musa. Beberapa nama telah dikemukakan dan setelah dilakukan perbincangan, akhirnya hanya dua nama tinggal iaitu Ust. Nasharuddin Mat Isa dan Dato’ Husam Musa. Proses pengundian telah dilakukan. Dato’ Husam Musa telah muncul sebagai pilihan terbanyak.
iii) 3 Naib Presiden – Ust. Ahmad Awang, Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin. Beberapa nama telah dikemukakan dan melalui proses pengundian, 3 nama tersebut telah muncul sebagai yang mendapat undi terbanyak.
Di dalam perbahasan yang telah dijalankan, mereka-mereka yang mencadangkan seseorang calon dan mendapat sokongan telah dibenarkan membentang hujjahnya mengapa calon yang dicadangkan perlu disokong. Setelah mendengar hujjah, proses pengundian dijalankan melalui penggunaan kertas undi.
Perbahasan berhubung kriteria pilihan ditumpu kepada beberapa persoalan seperti berikut :-
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
i) Presiden – Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. TGHH telah menerima sokongan penuh dan sebulat suara di mana tiada calon lain telah dicadangkan.
ii) Timbalan Presiden – Dato’ Husam Musa. Beberapa nama telah dikemukakan dan setelah dilakukan perbincangan, akhirnya hanya dua nama tinggal iaitu Ust. Nasharuddin Mat Isa dan Dato’ Husam Musa. Proses pengundian telah dilakukan. Dato’ Husam Musa telah muncul sebagai pilihan terbanyak.
iii) 3 Naib Presiden – Ust. Ahmad Awang, Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin. Beberapa nama telah dikemukakan dan melalui proses pengundian, 3 nama tersebut telah muncul sebagai yang mendapat undi terbanyak.
Di dalam perbahasan yang telah dijalankan, mereka-mereka yang mencadangkan seseorang calon dan mendapat sokongan telah dibenarkan membentang hujjahnya mengapa calon yang dicadangkan perlu disokong. Setelah mendengar hujjah, proses pengundian dijalankan melalui penggunaan kertas undi.
Perbahasan berhubung kriteria pilihan ditumpu kepada beberapa persoalan seperti berikut :-
- Memilih calon yang jelas menyokong kerjasama Pakatan Rakyat. Setelah dipersetujui bahawa PAS Shah Alam menyokong kerjasama Pakatan Rakyat dan menolak apa-apa usaha untuk bekerjasama dengan BN, maka calon-calon dikaji dari sudut kesungguhan mereka menyokong kerjasama ini. Dalam soal ini, Dato’ Husam dilihat sebagai yang lebih menyerlah. Begitu juga di dalam pencalonan 3 Naib Presiden tersebut.
- Memilih calon yang boleh menzahirkan serta melaksanakan prinsip gabungan Ulama’ dan Profesional yang telah diperjuangkan oleh Al-Marhum TG Yusuf Rawa dan Al-Marhum Ust. Fadhil Mohd. Noor, khususnya. Kriteria ini telah juga membantu pencalonan Dato’ Husam dan juga ketiga-tiga calon Naib Presiden. Saya telah menyatakan penghargaan khas terhadap peranan Ust. Ahmad Awang dalam pembentukan kerajaan PR di Perak.
- Mengekalkan nisbah 3 Ulama’ kepada 2 Profesional dikalangan 5 pimpinan tertinggi. Ini hanya merupakan perkara ‘optional’ dan pilihan semestinya berdasarkan kebolehan dan kemampuan seseorang untuk menunaikan peranan sebagai pimpinan tertinggi.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
18 comments:
pilihan yg bijak!
xpayah tanding le , bui je husam jd presiden, khalid jd timb presiden setel kes
apa kata kita buat kejutan...
tiada lagi pertandingan presiden dan yang tertinggi..
pilih jer 20-30 orang ajk dan beri mandat kepada mereka untuk melantik Presiden.. kan lebih manis tu
tahniah PAS Shah Alam,
kombinasi ulama dan profesional yang mantap, semoga ianya dizahirkan dalam Muktamar PAS yang mendatang..
Gandingan yang akan membuatkan puak UMNO BN kecut perut inshaAllah. Takbir!
Husam byk hal..cari org lain ler
xdpt jd timbalan pn bknyer xboleh sumbang idea..kelam kabut semacam je
Datuk Paduka Husam adalah produk universiti terbuka Tok Guru.
Beliau amat digeruni oleh umno dan bn atas karisma beliau yg goncangkan lutut pemimpin umno dan hujah2 beliau yg sentiasa berasaskan fakta dan kajian yg selalu buat umno ternganga dan terkedu.
sbb itu umno taja propaganda anti erdogan spy org Pas yg tertipu dgn umno dpt jatuhkan Husam tanpa umno perlu bersusahpayah.
Sehinggalah seorang pemimpin Pas keluarkan kenyataan bahawa dunia perlu ramai lagi erdogan, barulah terkedu umno dan org Pas yg naive itu.
siapa pemimpin Pas itu? bacalah arkib Harakah .
i hope one day Ir Nizam will become the PM of Malaysia...
Hj Hadi...he'd better stop raising the stupid 'unity government' issue again...or else I and many more like me will cancel our PAS membership...
and nik abduh?...
it's a pity this guy is still retained as ketua pemuda in Peng chepa... nik aziz's son or not, this idiot ought to be booted out...
Husam jadi Timbalan Presiden???
Ayat Quran hafal dua tiga kerat... Hadis hafal dua tiga kerat...bahasa Arab tak kuasai...bahasa Inggeris pun kelam kabut...elok la tu..
Saya rasa Khalid Samad lagi layakla..
Kearah konsep "Imamul muttaqin" - kepimpinan muttaqin- yang dipikul oleh mereka yang beriman, berilmu dan ahli dalam siasah Islami.
Sama ada dari kalangan ulamak yang ahli dalam siasi dan pentadbiran ummah, ATAU dari kalangan profesional yang beramal Islami lagi ahli siasi Islami.
Yang penting mereka, ulamak amalin atau profesional muttaqin, yang memimpin ummah untuk tegakkan Syariah dan menggerak keupayaan ummah menuju redha ALLah.
TGNA
TG Haji Hadi
Dato' Harun Din
Dato' Husam Musa
Ustaz Ahmad Awang
DS Nizar
Salahuddin Ayub
dll
Mereka ini merupakan tokoh PAS semasa yang telah menunjukkan prestasi tinggi merentasi cita rasa perjuangan rakyat dan seluruh ummah- muslim, bukan muslim, melayu, cina, india, golongan tua dan muda, dsb..........
Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada mereka.
Salam YB,
Alhamdulillah nampak macam kombinasi yang balance. Walaupun HUSAM bukan dari kalangan ulama, tapi kalau terpilih sbg Timbalan, kita nilailah nanti prestasi dia, apakah dia akan melonjakkkan PAS ke hadapan atau mengkucar-kacirkan jemaah. Sekiranya beliau gagal memainkan peranan sebagai org No 2, dan tiada wala' kepada Presiden, kita akan singkirkan dan gantikan dgn org lain spt Us Ahmad Awang atau DS Nizar atau Sallehuddin Ayub atau Us Nasaruddin (come back). Pada pendapat saya Us Nasaruddin M Isa telah menjadi org No.2 yang cemerlang dan tidak pernah menimbulkan kontoversi untuk menunjukkan dia lebih hebat dari Presiden, sehingga dia kini menerima pelbagai andaian dan prasangka.Bagaimanapun sekiranya ahli PAS mahukan perubahan, ayuh sama-sama beri peluang kpd barisan baru yang dapat membantu Presiden demi kecemerlangan jemaah. Ahli2 PAS wajar bijak memilih bukan sekadar PRU, tapi lebih penting semasa memilih barisan kepimpinan PAS. Kita tidak perlu untuk membina jurang pemisah antara yang profesional dgn ulama. Apa yang penting, adalah yang terbaik dari kalangan pemimpin PAS dan ikhlas.Kalau ada dua2 ciri(profesional & ulama), itulah yg terbaik. Namun 'keulamakan' bagi saya perlu terus menjadi criteria utama untuk memilih pemimpin PAS. Solat hajat, istikharah dan doa untuk mendapat petunjuk dan kekuatan amat diperlukan. Bukan shj masa PRU tapi lebih penting lagi masa memilih pemimpin PAS.
Wassalam
AnakMaharani
Elok rasanya Husam dicalunkan sebagai Presiden..Tak perlu tunggu beberapa tahun lagi..Straight to the point.. Kalau marahkan Ust Nasha kerana berunding dgn UMNO atau kerana Unity Government,rasanya tak tepat kerana ideanya tentu datang dari Presiden sendiri..Lagi bagus Husam terus dicalunkan sebagai Presiden.. Lagi cepat cita-cita dan hasrat politik tercapai
Itupun selepas KS kempen kuat sokong Husam dan hentam Nasa secara peribadi dengan pelbagai tohmahan dan fitnah sampai ada AJK terus balik sebab tak tahan tengok perangai buruk KS menyerang Nasa macamlah Nasa dah masuk UMNO. Cuma aku nak tanya kalau Husam terror dan strategies sangat, kenapa TGNA tak lantik dia jadi TMB K'tan. TGNA sendiri tak konfiden nak lantik Husam jadi orang no 2 di K'tan tiba-tiba nak jadi orang no 2 di PAS Pusat. Heran tak ????
Sdr khalid tak patut merendah-rendahkan ulama'. Jangan hina ISLAM. lantik husham selaku timbalan, lepas tu nizar naib... 2 lagi tu ustaz yang lemah...senang nanti ikut telunjuk husham. jangan main dengan api. pilihanraya akan datang sdr pasti kalah. org yg menghina ulama' sudah pasti mendapat balasannya. saudara boleh kaya dunia...tapi akhirat???baik fikir panjang saudara...
assalamualaikum wbt tuan khalid,
"Ulama itu adalah asas PAS"
Ketika para sahabat r.a menyediakan peralatan untuk berkhemah, Nabi saw pula sibuk mencari kayu api..
Andaikata Husam musa benar dalam perjuangannya, maka berikanlah beliau jawatan sebagai ahli biasa sahaja..
Tuan guru Abdul Hadi sesuai sebagai Presiden PAS.
Datuk Seri Nizar sesuai sebagai Timbalan PAS.
Tuan Khalid, jangan kaget jika ditegur..ambillah permata dari teguran itu..
Assalamualaikum.
Markas Seksyen 18, Shah Alam.
Saudara Khalid,
Jangan sangka ilmu yang kau miliki itu adalah hak mu..tapi ia adalah HAK ALLAH...
Kami semakin kurang senang dengan gelagat mu itu. Berubah la..sebelum kami merubahkan jawatanmu..
MARKAS SEKSYEN 18 SHAH ALAM.
sokong pemimpin dari rakyat
salam
pertandingan dalam pas merupakan lumrah dan dialu-alukan...tok guru sendiri menyarankan agar semua jawatan dibuka..
kalau ada yg tak suka husam disini,tak payah ler nak memfitnah sana-sini,lepas tu memfitnah dgn ahli jemaah sendiri..apa ke jadahnya ahli pas mcm ni..kalau tak suka, tak payah undi..jangan la nak buat dosa memfitnah plak...
biasanya org yg suka melenting tak tentu fasal adalah org yg takut jawatanya hilang..
Post a Comment