Skip to main content

PAS Shah Alam Mencalonkan Gandingan 2H

PAS Kawasan Shah Alam telah mencalonkan pimpinan pusat seperti berikut:-

i) Presiden – Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. TGHH telah menerima sokongan penuh dan sebulat suara di mana tiada calon lain telah dicadangkan.
ii) Timbalan Presiden – Dato’ Husam Musa. Beberapa nama telah dikemukakan dan setelah dilakukan perbincangan, akhirnya hanya dua nama tinggal iaitu Ust. Nasharuddin Mat Isa dan Dato’ Husam Musa. Proses pengundian telah dilakukan. Dato’ Husam Musa telah muncul sebagai pilihan terbanyak.
iii) 3 Naib Presiden – Ust. Ahmad Awang, Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin. Beberapa nama telah dikemukakan dan melalui proses pengundian, 3 nama tersebut telah muncul sebagai yang mendapat undi terbanyak.

Di dalam perbahasan yang telah dijalankan, mereka-mereka yang mencadangkan seseorang calon dan mendapat sokongan telah dibenarkan membentang hujjahnya mengapa calon yang dicadangkan perlu disokong. Setelah mendengar hujjah, proses pengundian dijalankan melalui penggunaan kertas undi.

Perbahasan berhubung kriteria pilihan ditumpu kepada beberapa persoalan seperti berikut :-
  • Memilih calon yang jelas menyokong kerjasama Pakatan Rakyat. Setelah dipersetujui bahawa PAS Shah Alam menyokong kerjasama Pakatan Rakyat dan menolak apa-apa usaha untuk bekerjasama dengan BN, maka calon-calon dikaji dari sudut kesungguhan mereka menyokong kerjasama ini. Dalam soal ini, Dato’ Husam dilihat sebagai yang lebih menyerlah. Begitu juga di dalam pencalonan 3 Naib Presiden tersebut.
  • Memilih calon yang boleh menzahirkan serta melaksanakan prinsip gabungan Ulama’ dan Profesional yang telah diperjuangkan oleh Al-Marhum TG Yusuf Rawa dan Al-Marhum Ust. Fadhil Mohd. Noor, khususnya. Kriteria ini telah juga membantu pencalonan Dato’ Husam dan juga ketiga-tiga calon Naib Presiden. Saya telah menyatakan penghargaan khas terhadap peranan Ust. Ahmad Awang dalam pembentukan kerajaan PR di Perak.
  • Mengekalkan nisbah 3 Ulama’ kepada 2 Profesional dikalangan 5 pimpinan tertinggi. Ini hanya merupakan perkara ‘optional’ dan pilihan semestinya berdasarkan kebolehan dan kemampuan seseorang untuk menunaikan peranan sebagai pimpinan tertinggi.
Secara umumnya, saya sebagai YDP merasakan ketiga-tiga kriteria pemilihan telahpun dicapai. Persoalan gabungan ‘Ulama’ dan Profesional’ merupakan satu kriteria yang penting yang saya harap akan diambil kira oleh semua kawasan lain. Melalui gabungan ini, imej PAS dilihat lebih terbuka dan tidak terlalu dikuasai oleh golongan yang berpendidikan agama secara rasmi semata-mata, mahupun yang sebaliknya. Profesional Islam yang berpegang kepada prinsip Islam juga haruslah boleh diterima. Imej ini adalah di antara sebab berlakunya penerimaan yang lebih luas terhadap PAS khususnya dikalangan masyarakat bukan Islam dan juga masyarakat Islam yang tidak berlatar belakang pendidikan agama secara khusus.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

WAi said…
pilihan yg bijak!
Anonymous said…
xpayah tanding le , bui je husam jd presiden, khalid jd timb presiden setel kes
Anonymous said…
apa kata kita buat kejutan...

tiada lagi pertandingan presiden dan yang tertinggi..

pilih jer 20-30 orang ajk dan beri mandat kepada mereka untuk melantik Presiden.. kan lebih manis tu
faizalzainol said…
tahniah PAS Shah Alam,

kombinasi ulama dan profesional yang mantap, semoga ianya dizahirkan dalam Muktamar PAS yang mendatang..
BN Kecut Perut said…
Gandingan yang akan membuatkan puak UMNO BN kecut perut inshaAllah. Takbir!
Anonymous said…
Husam byk hal..cari org lain ler

xdpt jd timbalan pn bknyer xboleh sumbang idea..kelam kabut semacam je
Abu Razeen 2 said…
Datuk Paduka Husam adalah produk universiti terbuka Tok Guru.

Beliau amat digeruni oleh umno dan bn atas karisma beliau yg goncangkan lutut pemimpin umno dan hujah2 beliau yg sentiasa berasaskan fakta dan kajian yg selalu buat umno ternganga dan terkedu.

sbb itu umno taja propaganda anti erdogan spy org Pas yg tertipu dgn umno dpt jatuhkan Husam tanpa umno perlu bersusahpayah.

Sehinggalah seorang pemimpin Pas keluarkan kenyataan bahawa dunia perlu ramai lagi erdogan, barulah terkedu umno dan org Pas yg naive itu.

siapa pemimpin Pas itu? bacalah arkib Harakah .
Greenbottle said…
i hope one day Ir Nizam will become the PM of Malaysia...

Hj Hadi...he'd better stop raising the stupid 'unity government' issue again...or else I and many more like me will cancel our PAS membership...

and nik abduh?...
it's a pity this guy is still retained as ketua pemuda in Peng chepa... nik aziz's son or not, this idiot ought to be booted out...
prokalid said…
Husam jadi Timbalan Presiden???
Ayat Quran hafal dua tiga kerat... Hadis hafal dua tiga kerat...bahasa Arab tak kuasai...bahasa Inggeris pun kelam kabut...elok la tu..
Saya rasa Khalid Samad lagi layakla..
Abuzar said…
Kearah konsep "Imamul muttaqin" - kepimpinan muttaqin- yang dipikul oleh mereka yang beriman, berilmu dan ahli dalam siasah Islami.

Sama ada dari kalangan ulamak yang ahli dalam siasi dan pentadbiran ummah, ATAU dari kalangan profesional yang beramal Islami lagi ahli siasi Islami.

Yang penting mereka, ulamak amalin atau profesional muttaqin, yang memimpin ummah untuk tegakkan Syariah dan menggerak keupayaan ummah menuju redha ALLah.

TGNA
TG Haji Hadi
Dato' Harun Din
Dato' Husam Musa
Ustaz Ahmad Awang
DS Nizar
Salahuddin Ayub
dll

Mereka ini merupakan tokoh PAS semasa yang telah menunjukkan prestasi tinggi merentasi cita rasa perjuangan rakyat dan seluruh ummah- muslim, bukan muslim, melayu, cina, india, golongan tua dan muda, dsb..........

Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada mereka.
AnakMaharani said…
Salam YB,

Alhamdulillah nampak macam kombinasi yang balance. Walaupun HUSAM bukan dari kalangan ulama, tapi kalau terpilih sbg Timbalan, kita nilailah nanti prestasi dia, apakah dia akan melonjakkkan PAS ke hadapan atau mengkucar-kacirkan jemaah. Sekiranya beliau gagal memainkan peranan sebagai org No 2, dan tiada wala' kepada Presiden, kita akan singkirkan dan gantikan dgn org lain spt Us Ahmad Awang atau DS Nizar atau Sallehuddin Ayub atau Us Nasaruddin (come back). Pada pendapat saya Us Nasaruddin M Isa telah menjadi org No.2 yang cemerlang dan tidak pernah menimbulkan kontoversi untuk menunjukkan dia lebih hebat dari Presiden, sehingga dia kini menerima pelbagai andaian dan prasangka.Bagaimanapun sekiranya ahli PAS mahukan perubahan, ayuh sama-sama beri peluang kpd barisan baru yang dapat membantu Presiden demi kecemerlangan jemaah. Ahli2 PAS wajar bijak memilih bukan sekadar PRU, tapi lebih penting semasa memilih barisan kepimpinan PAS. Kita tidak perlu untuk membina jurang pemisah antara yang profesional dgn ulama. Apa yang penting, adalah yang terbaik dari kalangan pemimpin PAS dan ikhlas.Kalau ada dua2 ciri(profesional & ulama), itulah yg terbaik. Namun 'keulamakan' bagi saya perlu terus menjadi criteria utama untuk memilih pemimpin PAS. Solat hajat, istikharah dan doa untuk mendapat petunjuk dan kekuatan amat diperlukan. Bukan shj masa PRU tapi lebih penting lagi masa memilih pemimpin PAS.

Wassalam

AnakMaharani
Anonymous said…
Elok rasanya Husam dicalunkan sebagai Presiden..Tak perlu tunggu beberapa tahun lagi..Straight to the point.. Kalau marahkan Ust Nasha kerana berunding dgn UMNO atau kerana Unity Government,rasanya tak tepat kerana ideanya tentu datang dari Presiden sendiri..Lagi bagus Husam terus dicalunkan sebagai Presiden.. Lagi cepat cita-cita dan hasrat politik tercapai
Anonymous said…
Itupun selepas KS kempen kuat sokong Husam dan hentam Nasa secara peribadi dengan pelbagai tohmahan dan fitnah sampai ada AJK terus balik sebab tak tahan tengok perangai buruk KS menyerang Nasa macamlah Nasa dah masuk UMNO. Cuma aku nak tanya kalau Husam terror dan strategies sangat, kenapa TGNA tak lantik dia jadi TMB K'tan. TGNA sendiri tak konfiden nak lantik Husam jadi orang no 2 di K'tan tiba-tiba nak jadi orang no 2 di PAS Pusat. Heran tak ????
Anonymous said…
Sdr khalid tak patut merendah-rendahkan ulama'. Jangan hina ISLAM. lantik husham selaku timbalan, lepas tu nizar naib... 2 lagi tu ustaz yang lemah...senang nanti ikut telunjuk husham. jangan main dengan api. pilihanraya akan datang sdr pasti kalah. org yg menghina ulama' sudah pasti mendapat balasannya. saudara boleh kaya dunia...tapi akhirat???baik fikir panjang saudara...
saifulmuslim said…
assalamualaikum wbt tuan khalid,

"Ulama itu adalah asas PAS"

Ketika para sahabat r.a menyediakan peralatan untuk berkhemah, Nabi saw pula sibuk mencari kayu api..

Andaikata Husam musa benar dalam perjuangannya, maka berikanlah beliau jawatan sebagai ahli biasa sahaja..


Tuan guru Abdul Hadi sesuai sebagai Presiden PAS.

Datuk Seri Nizar sesuai sebagai Timbalan PAS.

Tuan Khalid, jangan kaget jika ditegur..ambillah permata dari teguran itu..

Assalamualaikum.
Markas Seksyen 18, Shah Alam.
saifulmuslim said…
Saudara Khalid,

Jangan sangka ilmu yang kau miliki itu adalah hak mu..tapi ia adalah HAK ALLAH...

Kami semakin kurang senang dengan gelagat mu itu. Berubah la..sebelum kami merubahkan jawatanmu..

MARKAS SEKSYEN 18 SHAH ALAM.
Anonymous said…
sokong pemimpin dari rakyat
achoksabah said…
salam

pertandingan dalam pas merupakan lumrah dan dialu-alukan...tok guru sendiri menyarankan agar semua jawatan dibuka..

kalau ada yg tak suka husam disini,tak payah ler nak memfitnah sana-sini,lepas tu memfitnah dgn ahli jemaah sendiri..apa ke jadahnya ahli pas mcm ni..kalau tak suka, tak payah undi..jangan la nak buat dosa memfitnah plak...

biasanya org yg suka melenting tak tentu fasal adalah org yg takut jawatanya hilang..

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.