Skip to main content

Transkrip Sesi Soal Jawab Nurul Izzah di Forum “Negara Islam: Versi Mana? Tanggung Jawab Siapa?”

TRANSCRIPT

Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."

Answer: When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. [clap] That is the basis.

In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society will not deter you. Thank you.

============================================================================


TERJEMAHAN DARI BAHASA INGGERIS

Soalan: "Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali? Terima kasih."

Jawapan: Bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mesti diaplikasi secara saksama. [tepuk] Inilah asas.

Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk Melayu. Inilah apa yang sepatutnya. Saya berpegang, semestinya, kepada pendapat sedia ada, tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang dimahukan, semestinya, adalah kualiti. Anda begitu yakin dengan pegangan agama anda hinggakan saya sendiri, yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati dan persatuan Katolik yang aktif tidak akan menjejaskan anda. Terima kasih.

KENYATAAN MEDIA
4 November 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Nurul Izzah Anwar
KENYATAAN MEDIA
6 November 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Supar Yop said…
3 Sept , Sabtu lepas - kau cakap kebebasan agama bukan hanya utk bukan melayu shj. Siap maaf pulak. Mesti diapplikasi secara saksama maknanya orang melayu pun bebas tukar agama sj. Siap quote ayat Dr Farouk ( tok guru pujaan papa kau)- Tiada paksaan dalam agama ..(separuh pertama)Masa tu sudah pasti kefahaman kamu, Melayu itu Islam kan? Bila orang tepuk, kembang bontot, seolah2 dalam hati berkata ornag kristian/kafir/bukan melayu dah suka kat aku!

Esok 4 Nov; kau buat kenyataan media baru sedor kau tu Islam , tertakluk dgn syariat Islam lah1 dgn perlembagaan lah.. ini kes dah terantuk baru tengadah.,. jenis langgar bendul kayu jati punya!

Tulat 6 Nov - nak ambik tindakan Undang2 lah nak saman Utusan, nak smaan BH, padahal Malaysiakini keluar dulu video ucapan tu kenapa tak saman?

Sudah lah Nurul, your days as Politician is over, tak ada orang melayu yg bahalol nak undi awak. ergi la ke kawasan yg banyak gereja baru dapat undi .. pegi lah ke Petaling jAYA SEA Park ke , ke Sabah dan Sarawak ke.. Lagi baik awak muhasabah diri awak tu betul ke akidah aku ni Islam? Ke dalam surat beranak buat syarat je papa aku letak aku Islam ?
Unknown said…
Dah la Supar Yop, Ngaku je la kamu ni Melayu TULEN yg tidak kenal bangsa dan kaum lain dan tidak hidup di masyarkat selain dari kaum Melayu kamu tu... YB dah jelaskan dgn terperinci tapi kamu nak pesongkan pulak. Kamu ingat kami sabah sarawak ni apa hmmm... tanpa kami, dah tumbang dah BN kamu tu... "Penimbang" kamu tu cakap Borneo ni "fix deposit" ye!!! kami kat borneo dah la dimiskinkan oleh pemerintah kesayangan kamu tu (BN).
Saya Islam tapi saya Cina... Saya yakin dgn Islam yg saya anuti dan Setuju dgn hujah YB. Tak macam kamu, dah la nak timbulkan dengki dan benci sesama umat,islam apa kamu ni haaaa!!! Penyesat dan menyesatkan.
Anti Parasit said…
Set2 Parasit mmg gini. Suka spin dan manipulate orang utk dapatkan kuasa. hukum-hakam takyah citer lah asalkan depa dapat yg dia nak.

Tengok link ni aku share korang perangai depa ni manipulate orang:

http://postimg.org/image/yt1vusewh/

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.