Skip to main content

Facebook Friend Requests

Pada ketika ini terdapat lebih 1000 Facebook Friend Request untuk YB Khalid Samad. Walaubagaimanapun, sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, akaun Facebook YB Khalid telah mencecah jumlah maksimum sebanyak 5000 orang. Sehubungan dengan itu, beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah sudi menjadi sahabat FB beliau selama ini. Pada masa yang sama, beliau juga ingin memohon maaf kepada semua “Friend Requests” yang tidak dapat lagi dipenuhi.

Oleh yang demikian, pihak kami telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan Facebook Page untuk YB Khalid yang boleh dilayari di http://www.facebook.com/pages/Khalid-Samad/38348181435, atau klik badge di bawah. Dengan adanya Page ini, YB Khalid berharap akan dapat berhubung dan berkenal dengan lebih ramai lagi pada masa akan datang. Jumpa di sana!!



Currently there are more than 1000 Facebook Friend Requests for YB Khalid Samad. However, as we mentioned earlier, YB Khalid’s Facebook account has reached the 5000 friends limit. Therefore, he wishes to thank all his FB friends and at the same time, he would like to apologise to all the “Friend Requests” that can’t be approved.

Hence to overcome this, we have created a Facebook Page for YB Khalid at http://www.facebook.com/pages/Khalid-Samad/38348181435, or click on the badge above. With this page, YB Khalid hopes that he will be able to connect and befriend with many more in the future. See you there!!

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Unknown said…
Parlimen Ukraine :
http://petai.my/2010/04/antara-parlimen-malaysia-dengan-ukraine-mana-lebih-hebat/
Anonymous said…
bro yb..
kenapa berucap dlm majlis kristian kat sibu?

tolong bagi penjelasan.

adakah yb menjelaskan tentang ajaran islam atau ajaran pas?

apakah yb masih mengiakan kalimah Allah berhak digunakan oleh kafir kristian laknatullah?

Popular posts from this blog

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

Oktoberfest dan Pendirian Saya

Temuramah saya yang dibuat oleh ISMA berhubung isu Oktoberfest telah banyak menimbulkan kontroversi. Mungkin kerana ramai hanya membaca tajuk. Sepertimana biasa. Malas untuk membaca dan faham tetapi teringin sangat mengutuk. Lebih-lebih lagi bila yang memberi komen itu adalah diri saya. Malang sungguh nasib mereka ini. Tidak faham dan terus menceritakan mengikut selera mereka. Sampai ada yang mengatakan saya ‘sokong’ dan ucapkan tahniah. Biasalah. Kalau semua sudah faham, kurang pulalah kerja untuk saya!

Menjawab Najib Razak

1. Bekas SU Politik saya Ahli Lembaga Penasihat DBKL. Ianya jawatan non-executive dan hanya berfungsi menasihati Dato Bandar dalam isu-isu dasar. Lembaga tersebut tidak memberi kelulusan untuk apa-apa permohonan.
2. Ya saya yang lantik kerana dia berpengalaman sebagai Ahli Majlis MBSA selama dua sesi dan merupakan seorang profesional lulusan Kejuruteraan dari sebuah Universiti Amerika. Dengan Pengalaman dan ilmunya dia dipercayai boleh menasihati Dato Bandar DBKL dalam banyak persoalan.
3. Ya dia juga Ketua AMANAH Kawasan Shah Alam sejak 2015 dan merupakan pimpinan pelapis yang insyaAllah akan gantikan saya.
4. Saya Ahli Parlimen Shah Alam sejak 2008, kawasan 80% pengundi Melayu yang telah menangkan saya dengan majoriti sebanyak 30 ribu lebih pada 2018. Shah Alam kawasan Melayu dan mereka inginkan wakil dan kepimpinan yang bebas rasuah.

5. Maksud 'broker' adalah orang seperti Jho Low. Takkan Jib tak tahu? Bukankah Jib dikatakan banyak gunakan khidmat beliau untuk bantu Melayu khus…