Skip to main content

Pilihan Raya Kecil Sibu

*Artikel ini telah ditulis sebelum kemenangan di Sibu

Pungundian untuk PrK Sibu akan berlangsung esok. Pada jam 10 malam hari Ahad malam Isnin, akan diketahui keputusannya. Kemenangan bagi calon PR dari DAP akan mencatit sejarah baru bagi politik Sarawak dan akan menjadi petanda bahawa benteng kukuh BN telah mula retak. Malahan, prestasi yang meningkat pun sudah memadai untuk membuktikan bahawa ‘fixed deposit’ BN telah mula susut nilainya.

Saya sendiri tidak berpeluang untuk bersama sepanjang tempoh kempen. Saya dapat bersama hanya dari hari Jumaat iaitu hari sebelum hari penamaan calon hingga ke hari Isnin. Itu pun saya hanya berpeluang berceramah di beberapa tempat, kebanyakkannya di tempat masyarakat Tiong Hua yang tidak pernah mendengar penceramah PAS. Pagi Ahad saya turun berdakwah di gereja Sacred Heart di Sibu. Satu kejutan budaya bagi sebahagian.

Mungkin ada yang mengatakan saya diperkuda oleh DAP. Mungkin itulah sebabnya ada khabar angin kononnya saya di boo di Masjid Sibu. Kalau ada yang memboo saya, pasti ianya diboo secara diam-diam, mungkin dalam hati sahaja kot?, kerana saya tidak mendengar apa-apa. Malahan ramai juga yang turut bersalaman dengan saya apabila diberitahu oleh ahli PAS Sibu bahawa saya adalah Ahli Parlimen Shah Alam yang kononnya ‘penuh kontroversi’.

Bagi saya, saya sekadar cuba memperkenalkan PAS dan Islam kepada masyarakat Tiong Hua di Sibu. Saya mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menyatakan dasar perjuangan PAS adalah sebuah dasar yang ingin menegakkan keadilan untuk semua, membela semua dan menegakkan hak semua pihak. Mungkin ada yang menganggap Islam tidak seperti itu dan hanya memperjuangkan hak orang Islam atau orang Melayu semata-mata. Itulah masalah yang mereka hadapi dan saya amat mengasihani golongan sebegini. Kesesatan UMNO telah menutup mata hati mereka sehingga mereka tidak mampu memahami perkara yang sebenarnya.

Dalam semua ceramah saya, saya melihat masyarakat Tiong Hua keturunan Fu Chau di Sibu, pada mulanya agak gelisah bila saya menaikki pentas. Walaupun terdapat beberapa kali yang berucap sebelum saya ialah Kit Siang dan beliau sudah mula ‘berkempen’ untuk saya, namun kesangsian dan kegelisahan tetap jelas kelihatan. Setelah beberapa minit saya berucap, kata-kata saya yang bertujuan menghilangkan kesangsian mereka mula kelihatan berkesan. Kasihan, mereka juga merupakan mangsa tohmahan dan dakyah UMNO yang menakut-nakutkan mereka terhadap PAS dan begitulah keadaan mereka sehingga berdepan dengan orang PAS sendiri dan mendengar apa yang ingin disampaikan dan melihat akan tingkah laku mereka. Harapan saya mereka tidak lagi takut terhadap PAS dan dasar Islam yang dibawa, supaya mereka sedar penyelewengan UMNO selama ini turut dikutuk Islam.

Saya bersama Dr. Mariah telah turun ke Gereja Sacred Heart pada satu pagi hanya dengan satu matlamat, iaitu untuk membuktikan bahawa PAS tidak memusuhi orang bukan Islam dan tidak ada niat untuk kita menzalimi mereka. Islam mengajar kita untuk menjamin hak mereka untuk beragama dengan agama mereka dan mengamalkan agama tersebut tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak. Kita tidak berniat untuk merobohkan Gereja mereka atau memaksa mereka untuk memeluk Islam. Itu semua dakyah BN. Alhamdulillah, mesej saya telah diterima dengan baik. Ini semua dimungkinkan dengan kerjasama dengan pihak DAP dan YB Teresa. Beliaulah yang membawa kami untuk bertemu dengan masyarakat Nasrani di Sibu.

Kalau inilah yang dimaksudkan dengan ‘dikudakan oleh DAP’ maka saya rela untuk terus dikudakan, asalkan masyarakat bukan Islam tidak takut lagi kepada PAS dan memahami mesej Islam yang dibawa. Seterusnya Islam tidak lagi dilihat sebagai agama yang sempit dan yang menzalimi mereka. Bagi saya ianya bukan soal memperkudakan sesiapa. Ianya soal membuka ruang seluas yang mungkin untuk semua saling mengenali.
Yang menggelikan hati, di Sibu, pihak SUPP iaitu BN, menuduh DAP diperkudakan PAS! Inilah taktik BN. Di kawasan ramai bukan Islam, DAP diperkudakan PAS. Di kawasan ramai orang Islam, PAS diperkudakan oleh DAP! Keadaan yang sebenar ialah kami saling memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk menjatuhkan BN kerana BN sebenarnya yang memperkudakan rakyat! Inilah apa yang perlu dilakukan bersama, iaitu DAP meyakinkan yang bukan Islam bahawa PAS bukan anti bukan Islam dan PAS pula meyakinkan masyarakat Islam bahawa DAP tidak anti-Islam. Jika ini dapat dilakukan sudah pasti strategi utama BN selama ini, akan berjaya digagalkan.

Hakikatnya, UMNO pun tidak wujud di Sarawak. PAS jauh bersifat ‘Malaysia’ dari UMNO. Mungkin kerana di Sarawak dakwaan UMNO bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu jelas terbukti tidak benar. sesat dan menyesatkan. Majoriti Islam di Sarawak adalah orang Iban bukan orang Melayu. Maka bila hujjah utama UMNO itu tidak laku, tidak perlulah kewujudannya. Walaupun terdapat juga rakan-rakan yang melaungkan cogan kata anti UMNO semasa hari penamaan calon. Hanya sekadar membuat orang gelak sahaja kerana UMNO tidak wujud di bumi Kenyalang ini.

Sepanjang 3 ke 4 hari saya berkempen, saya melihat adanya perubahan di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam dalam persepsi mereka terhadap PAS dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Mereka melihat kestiakawanan dan kesungguhan PR mendukung sebuah perjuangan yang berpaksikan konsep pertanggung-jawaban terhadap Allah dan Rakyat jelata. Ianya pembuka-mata dan permulaan dan saya tidak menolak kemungkinan calon PR dari DAP akan menang walaupun adanya 2,000 lebih undi Pos. Walaupun BN terus dengan politik rasuah dan salah guna kuasa. Walaupun BN terus dengan politik samseng dan ugutan mereka. Saya melihat adanya harapan yang agak cerah, insyaAllah. Kalau tidak sekarang pun, sudah pasti dalam PRU ke 13.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Jazan, Saudi Arabia

Comments

zakwan said…
I would like to thank YB Khalid Samad, YB Salahuddin,YB Dzul and YB Dr Mariah for backing DAP during the early stages of the campaign

Even though you didn't do much to increase the swing the Malay-Melanau support to DAP's favour, at least ur presence managed to quash the negative perception among the voters especially the Chinese
Nevertheless, PAS's commitment to this buy election is instrumental in securing last night's victory

Past by elections has shown that the Chinese r continuing to be wit PR
Time for Pakatan to start devising strategies on how to win Malay and Indian support especially from the rural and semi urban constituencies.
The PAS for All slogan is yet to be fully realized
Ah Beng Crosby said…
The Chinese community will always welcome PAS more than UMNO and with leaders such as YB Khalid, we will vote for PAS rather than UMNO.
Hi YB,

Teruskan kempen dan pendedahan anda bersama pemimpin lain daripada DAP dan PKR bagi membuka lebih banyak mate mengenai penipuan BN bahawa kononnya PAS diperkudakan oleh DAP dan sebaliknya! Teruskan usaha itu sepanjang masa, jangan hanya menunggu sebarang PKR atau PR Umum nanti.

Setahu saya, seorang bukan Islam, Islam yang sebenar tidak menggalakkan sebarang penindasan terhadap masyarakat Islam mahupun bukan Islam.
azman kamarul said…
ALHAMDULILLAH...HARAPAN DAN CITA-CITA PAS BERSAMA PR AKHIRNYA MEMBAWA NATIJAH YANG POSITIF.bERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT KERANA DENGAN IZIN DAN LIMPAQ
HNYA PAS BERSAMA DALAM PR DAPAT MEMUKADDIMAHKAN PERJUANGAN PAS DI KAWASAN YANG TAK TERDUGA AKAN MENERIMA KEDATANGAN PAS...TAKBIR!!!!
Anonymous said…
So true YB. Dulu rakyat bukan Islam di Sarawak dan Sabah dengar nama PAS pun rasa nervous. Sekarang keadaan dah agak berbeza, anak-anak muda terutamanya sudah mula menyukai PAS setelah mengenali PAS dengan lebih dekat mostly melalui internet. Wlubgmn pun saya takut di kawasan-kawasan pendalaman yang tidak mempunyai internet, mereka cuma mendengar berita/maklumat dari MSM milik kerajaan yand sudah pasti hanya menyiarkan perkara negatif tentang PAS. So saya ingin mencadangkan supaya YB dan rakan-rakan selalu melawat Sabah terutama di kawasan pendalaman bagi menerangkan dasar-dasar perjuangan PAS. Dan seperti mana yang YB selalu buat, bertemu/berdakwah dalam gereja bukan hanya di dalam masjid. Ianya pasti akan memberikan impak yang besar esp menjelang PRU13. :-)

Thank you YB and God bless you and your family. :-)
Anonymous said…
From Dr Raffick, Rights2write

#
My research on the internet, shows the following;



1.
From the EC press release on voters turnout (BERNAMA)
1. Total No. of Registered Voters : 54,695 (including 2,537 postal voters)
2. Number of voters who cast ballots : 32,742
3.
Voter turnout : 59.86 per cent


2.
From the EC official results announcement (BERNAMA)
1. Robert Lau Hui Yew (BN) – 18,447 votes
2. Narawi Haron (INDEPENDENT) – 232 votes
3. Wong Ho Leng (DAP) – 18,845 votes
4.
Votes cast : 37,919


3.
The difference between announce turnout and actual count is 5177 votes (ballot paper)
(or about 2x postal ballot )



#
From the above we could see that 5177 additional ballot paper has come in into the final tally. A few hundred more ballot papers, PR would have lost Sibu as how they have lost Batang Ai. These is something that EC need to explain. Can it be that they made a mistake at the original announcement? It sounds so unlikely. It is time a special select committee at Parliament look at this matter seriously. They need to scrutinize each individual ballot papers and voters listing tally in detail. Credibility of Malaysian Voting system is at stake here.
Anonymous said…
YB, please continue to try to be the conduit between muslims and non-muslims which relationship was badly divided/ affected /feared , by those unislamic umno hooligans all these years.Show to the people islam is not like what umno practises.Those guys are giving a bad name to the religion.Best wishes to you YB.
Anonymous said…
WALAU PUN KALAH BN TETAP TUNAIKAN JANJI DI SIBU : MUHYIDDIN – minsider

Barisan Nasional akan tetap menunaikan semua janji yang dibuatnya kepada penduduk Sibu semasa kempen pilihan raya kecil di situ minggu lepas walaupun calonnya telah kalah kepada calon DAP, kata Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata ini kerana kerajaan tidak melihat pilihan raya kecil itu sebagai satu titik kesudahan terhadap dasar-dasar yang dilaksanakannya.

"Segala apa yang telah diumumkan oleh mana-mana pemimpin BN sebelum itu, kita akan tunaikan.


MUHYIDDIN TIPU!

CINA tak undi BN dapat habuan..
MELAYU yang undi BN habuk pon tak dapat lagi...

janji dengan CINA ditunaikan,
janji dengan MELAYU di 'punai' kan..

contoh kat MANEK URAI, HULU SELANGOR dan BAGAN PINANG.

janji di HULU SELANGOR tergendala sebaba janji bersyarat melainkan BN dapat tawan semula SELANGOR dalam PRU13.

janji di BAGAN PINANG tak jalan sebab tender tak jalan dan approval tak dapat.. "kita kena melalui 'PROSES'" kata ISA SAMAD.

janji kat MANEK URAI sudah pun TERBURAI..jangankan JAMBATAN...jamban pun tak dapak..

perlukah kah diberi pengertian baru kepada istilah 'JANJI MELAYU'?
Sivakumar said…
YB Khalid,

Sila rujuk yang berikut, untuk makluman Tuan: Haris Ibrahim on the best 1st term MPs to emerge from the 12th Malaysian general elections.

Sekian.
Anonymous said…
dap yg menang sebeno nya,bukan pas atau pkr.kerana cina dah pilih pati cina,next election MELAYU akan pilih MELAYU , india no choice , pru nanti pasti menggerunkan.....

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355

MUQADDIMAH

1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.

2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.

3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku…