Skip to main content

Tolak Undang-Undang Zalim Dengan Memilih AMANAH

1. Genap tiga hari yang lepas, Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 telahpun diwartakan sebagai undang-undang. Kali pertama diluluskan di Parlimen pada 3 Disember 2015, rang undang-undang MKN kemudiannya juga diluluskan di Dewan Negara pada 22 Disember - walaupun menerima tentangan keras daripada Ahli Parlimen pembangkang , masyarakat sivil dan pihak berkepentingan lain kerana hal ini berkait langsung dengan kedaulatan undang-undang di bawah bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.

2. Semasa sesi belah bahagi,107 Ahli Parlimen mengundi menyokong rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara, manakala 74 orang mengundi menentangnya.

3. Kelulusan RUU MKN ini memberikan kuasa berleluasa yang boleh disalahgunakan untuk kepentingan politik pihak penguasa sepertimana yang berlaku kepada akta-akta draconian yang lain.

4. Kesungguhan yang ditunjukkan pimpinan UMNO/BN meluluskannya dengan begitu segera menggambarkan niat mereka untuk menggunakannya. Adakah pimpinan UMNO/BN sudah merasakan mereka tidak lagi disokong rakyat dan oleh itu perlu diadakan undang-undang sebegitu rupa untuk menangani kemarahan rakyat?

5. Pada bulan Februari tahun ini, Persidangan Majlis Raja-Raja memutuskan keperluan untuk menimbang semula beberapa peruntukan rang undang-undang MKN, kerana terkait dengan maslahah umum. Hasilnya, Peguam Negara Mohamed Apandi Ali telah berjanji bahawa peruntukan-peruntukan tertentu akta MKN akan diteliti lagi.

6. Malangnya, janji Peguam Negara tidak ditepati. Peguam Negara tergamak untuk mengabaikan keputusan oleh Persidangan Majlis Raja-Raja sebagai rang undang-undang apabila RUU MKN ini diwartakan sebagai undang-undang pada 7 Jun, tanpa sebarang pindaan.

7. Namun demikian , Akta MKN kini merupakan Akta Persekutuan walaupun tanpa perkenan diRaja. Menurut Perkara 66 (4A ) Perlembagaan Persekutuan, jika Raja tidak memberi kata putus selepas 30 hari, akta tersebut tetap diluluskan.

8. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, melalui akta Majlis Keselamatan Negara boleh mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "kawasan darurat" dan menggunakan pasukan keselamatan, mengikut peruntukan kuasa di bawah deklarasi darurat. Sebelum ini, Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kuasa mutlak Yang di- Pertuan Agong yang mempunyai mandat untuk mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat.

9. Dalam erti kata lain, Akta MKN membolehkan Perdana Menteri untuk memintas sekatan dan pantauan daripada sistem raja berperlembagaan Malaysia.

10. Jelasnya, Apandi Ali telah mengkhianati kepercayan orang ramai apabila beliau - mengabaikan suara daripada orang awam,masyarakat sivil, ahi parlimen pembangkang, dan Majlis raja-raja negara tidak terkecuali. Saya menggesa Peguam Negara Mohamed Apandi Ali menjelaskan kegagalannya untuk menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh Majlis Raja-Raja ke atas Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara ( MKN) pada 17 Februari 2016.

11. Kami menggesa rakyat untuk membantah rang undang-undang zalim ini dengan mengundi calon Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun - undi untuk Pakatan Harapan pembangkang yang lebih padu dan efektif di Malaysia.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA KEADILAN

KHALID ABDUL SAMAD
AHLI PARLIMEN SHAH ALAM
PENGARAH KOMUNIKASI AMANAH PUSAT

TONY PUA
AHLI PARLIMEN PETALING JAYA UTARA
SETIAUSAHA PUBLISITI KEBANGSAAN DAP

Comments

abrarmujahideen said…
Oit...dpt Tan Sri drpd Agong pun....ceh

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawas...