Skip to main content

PRK 093 Sungai Besar & PRK 067 Kuala Kangsar: #Bebaskan Rakyat, Selamatkan Malaysia

1. Berdepan dengan pelbagai kebejatan tadbir-urus kepimpinan yang kini;

a. negara semakin sarat dengan amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengsolapan wang rakyat (embezzlement) yang kini dilambangkan dengan 'mercu-tanda' urusniaga 1-MDB dan 'derma' RM4.2bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

b. rakyatnya bergelut dengan derita dan hempitan kos sara hidup yang terus meningkat akibat tekanan GST dan penarikan pelbagai subsidi asas

c. rakyatnya hampir terjerumus dalam konflik perkauman yang semakin tajam dan perbalahan agama yang amat bahaya

d. institusi-institusi kritikal negara hilang wibawa akibat terus-terusan dicekik oleh penguasa politik negara sehingga hilang peranan semak-imbangnya dan rakyat juga terus dibelenggui undang-undang drakonian yang meragut kebebasan rakyat..

2. Justeru, atas keinsafan dan kesedaran yang mendalam akan hakikat ini, maka Pakatan Harapan yang diwakili oleh Parti Amanah Negara (Amanah) dalam kedua-dua PRK, dengan ini merakamkan bahawa 'Tema Besar' kami adalah #Bebaskan Rakyat, Selamat Malaysia.

3. Pilihanraya kecil ini yang merupakan pertarungan terakhir, sebelum 'peramg besar' PRU ke-14 akan datang, semestinya dijadikan ruang paling baik, untuk seluruh segmen pengundi (petani dan nelayan dan seluruh rakyat) bahawa peluang untuk membebaskan rakyat dari kesemua kebejatan yang tertera di atas tadi bakal ditamatkan.

4. Amat besar maknanya jika Rakyat-Pengundi di kedua-dua Kawasan Parlimen ini, memberikan Kemenangan kepada calon-calon Pakatan Harapan dari Amanah. Pakatan Harapan akan ditanggapi rakyat (dan pengundi seluruh negara) sebagai bersedia untuk berdepan dan bersaing dalam PRU14 akan datang sebagai 'kerajaan menanti' bagi menumbangkan kerajaan Umno-BN pimpinan Najib Razak.

5. Sebaliknya kekalahan kepada pihak Pakatan Harapan akan membawa maksud dan persepsi bahawa pentadbiran Najib dan segala dasar-dasar buruknya serta salah-laku urusniaga pelaburan 1-MDB & jenayah Jo Lho, seolah-olah dipersetujui rakyat atau tidak diendahkan sangat olih rakyat. Dengan kata lain rakyat memilih untuk terus dibelenggui segala kebejatan dan kezaliman pemerintahan Najib Razak.

6. Dalam kemelut dan krisis yang kronik hang didepani negara dan rakyat kini, yang seoalh-olah tidak berhujung ini, agenda #Bebaskan Rakyat, Selamatkan Malaysia, adalah gagasan yang menggemblengkan seluruh rakyat yang merentasi pelbagai parti politik, organisasi bukan-kerajaan, tokoh-tokoh mantan pimpinan negara, para agamawan, akademik-intelektual, korporat-birokrat dan termasuk rakyat marhain; petani dan nelayan serta warga kerja.

7. Dalam rangka menunaikan gagasan besar #Bebaskan Rakyat, Selamatkan Malaysia ini, kami tampilkan buat rakyat-pengundi di P093 dan P067 ini, untuk memilih calon-calon yang memenangkan sekaligus mengangkat Agenda Islah- Perubahan penting dan mulia ini.

Pimpinan Pakatan Harapan:

Yb Nuruh Izzah Anwar
Naib Presiden PKR
Pengarah Bersama PRaya

Yb Tony Pua
Pengerusi DAP Selangor
Ketua Publisiti DAP.

Yb Khalid Samad
Pengarah Komunikasi Amanah.

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.