Skip to main content

Calon AMANAH Untuk PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar

AMANAH mengumumkan dua calon kami agak lewat kerana menghargai usaha pimpinan PKR untuk mendapatkan persetujuan PAS supaya tercapainya keadaan 1 lawan 1. Kami tunggu sehingga saat terakhir tetapi PAS terus tidak mahu berbincang apa tah lagi berunding. Maka akhirnya AMANAH mengistiharkan calon pada 1 Jun bagi Kawasan Parlimen Sungai Besar dan pada 2 Jun bagi Parlimen Kuala Kangsar. Sebenarnya sudah lama disediakan calon ini kerana amat masak serta tahu sikap keras dan tidak bertolak-ansur parti PAS. Oleh itu semua perlu jelas, tiga penjuru adalah natijah dari sikap PAS terhadap perbincangan yang dianjurkan.

Sebab kedua mengapa lewat diumumkan ialah kerana AMANAH ingin meletakkan calon sebagai mewakili Pakatan Harapan (PH). Semua pembangkang utama telah bersatu dalam PH. Persaingan antara PH dan BN adalah tema yang ingin ditonjolkan dalam PRK ini dan juga untuk Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. AMANAH akhirnya direstui sebagai mewakili PH walaupun pada dasarnya termasuk yang telah bersusah payah ingin elak 3 penjuru.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa AMANAH meletakkan seorang usahawan lulusan bidang agama di Sungai Besar dan seorang Professor bersara dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kuala Kangsar. Bagi sebahagian, dengan pencalonan mereka terbayang kembali ungkapan “Gandingan Ulama dan Profesional” yang pernah kedengaran pada zaman Almarhum Ust Fadhil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Dan memang inilah antara mesej yang dibawa AMANAH. Gadingan ilmuan dari setiap bidang perlu untuk membangunkan dan menyatupadukan ummat dan negara, bukan sekadar dari dari satu golongan sahaja.

Pancalonan mereka juga membawa mesej seperti berikut:

MUKA BAHARU: Bukti AMANAH tidak ketandusan calon atau mengongkong keupayaan ahlinya. Kalau layak dan ada keupayaan akan diketengahkan. Bukan muka sama setiap kali pilihan raya. Ramai lagi muka baharu yang layak dan berupayaan bersama AMANAH. insyaAllah akan diperkenalkan pada PRU ke 14. Mereka bagaikan lambang Harapan Baharu bagi negara kita.

ANAK TEMPATAN: Bukti AMANAH mengiktiraf kepimpinan dan keupayaan individu yang dihasilkan masyarakat tempatan. Tak perlu diimport dari luar seolah-olah kawasan tersebut ketandusan anak tempatan yang berkaliber. Kelebihan tambahan adalah mereka dikenali ramai di kawasan bertanding maka sukar untuk dituduh dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas.

LATARBELAKANG AGAMA (Sg. Besar): Bukti AMANAH tidak anti golongan ustaz atau asatizah. Sambil beliau berkelulusan agama, beliau seorang usahawan yang berjaya. Mempraktikkan ajaran agama Islam yang menggalakkan penganutnya berdikari. Mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan, bersifat progressif tidak jumud dan tertutup.

LATARBELAKANG PROFESIONAL (Kuala Kangsar): Bukti AMANAH tidak meminggirkan golongan Profesional. Pada masa sama mempunyai latar-belakang aktivisme yang tinggi dalam kerja kebajikan dan keagamaan. Seorang yang berkelayakan tinggi dalam bidang pilihannya dan mempunyai sifat berdikari yang tinggi. Mencari ilmu dilihatnya sebagi satu jihad dan amalan yang amat berharga dan telah memanjat ke puncak keilmuan dalam bidangnya sendiri. Pernah menduduki jawatan sebagai Ahli Senat di Universiti Teknoloji Malaysia.

ANAK BEKAS ADUN DAN MP UMNO/BN (SG. BESAR) DAN BEKAS PIMPINAN IKRAM (KUALA KANGSAR): Bukti AMANAH terbuka dan bersifat inklusif. Tidak memusuhi atas dasar keturunan, latar belakang keluarga dan sebagainya. Yang penting adalah prinsip Islam sejagat yang diperjuangkan bersama. Samada bekas UMNO, ABIM, WADAH, IKRAM, JIM, IRC, Suara Al-Islam atau mana-mana parti atau NGO, dialu-alukan penyertaan dan menyumbang bersama AMANAH. Budaya Islam diperkukuhkan. Tiada amalan melabel sesama ahli sebagai ‘asli’, ‘ciplak’, ‘cetak rompak’ dan sebagainya di dalam AMANAH.

‘BERJIWA KEBAJIKAN: Bukti AMANAH mementingkan jenis manusia peduli yang menghayati prinsip Islam. Menghayati konsep ‘Rahmatan-lil-aalamiin’. Banyak membantu masyarakat dan telah lama terlibat dalam kerja kemasyarakatan.

BERJIWA PENDIDIK: Bukti AMANAH mementingkan jenis manusia peduli yang menghayati prinsip Islam. Menghayati konsep ‘Rahmatan-lil-aalamiin’. Banyak berkhidmat untuk masyarakat dan negara dalam bidang keilmuan. Telah lama turut terlibat dalam kerja kemasyarakatan dengan memegang jawatan di berbagai persatuan di berbagai peringkat.

Latar belakang tambahan calon boleh didapati melalui risalah yang disertakan.



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan