Skip to main content

Video Perbahasan Muktamar ke-55

Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad ketika menyokong usul tergempar ini berkata, penubuhan badan tersebut penting untuk mendedahkan "kejahatan dan keburukan" BN yang mengambilalih kuasa secara tidak berprinsip dan tidak menghormati undang-undang, termasuk undang-undang tubuh Perak sendiri.

Bahagian 1


Bahagian 2


Dalam ucapannya, Khalid juga menggesa agar kepemimpinan PAS dan perwakilan untuk mengenali pihak lawan termasuk Umno yang menghulurkan tangan untuk berdamai dengan PAS.

"Kita kena kenal lawan kita ... tetapi hakikat mereka jahat membawa kerosakan dan perpecahan kepada PAS, PKR dan Pakatan Rakyat.

"Jangan kita sebut tentang perpaduan, perundingan walaupun ada banyak persamaan kecil antara kita," katanya dengan nada marah, tegas dan bersemangat, kemudian disambut dengan laungan takbir kira-kira 2,000 hadirin, termasuk pemerhati.

"Kamu sayang kepada mereka, tetapi mereka tidak sayang kepada kamu," kata Khalid, sinis.

Beliau cuba membawa perwakilan mengingati peperangan Siffin antara Muawiyah dan Ali apabila tentera Muawiyah meletakkan al-Quran di hujung lembing sebagai jalan damai kedua-dua pihak walaupun taktik itu hanya muslihat semata-mata.

Khalid, juga ahli parlimen Shah Alam, turut menggesa perwakilan bersatu untuk memberi tekanan kepada Umno demi mencapai kemenangan dan kesatuan jamaah.

"Jangan kita lepaskan mereka (Umno), jangan berhenti asak mereka. Dan dengan asakan kita itu, kita dapat menyatukan saf jamaah dan Pakatan Rakyat," katanya.

"Kalau berhenti (mengasak) dan sentiasa menyebut perkataan perpaduan, kesatuan, berdamai (dengan Umno) maka perpecahan melanda kita".

Berita oleh Abdul Rahim Sabri (Malaysiakini) dan Video oleh Jiwo Kelate.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

kerabu said…
yb...saya sokong ucapan yb..umno patut dia jar! takan xdak caralain pas nak dakwah umno? ramai penyokog umno masuk pas sebab kekuatan pas sekarang! umno dah semakin hancur!

http://kerabubersuara.blogspot.com/
umar said…
assalamualaikum..

sekadar selingan ,
yb , cuba rujuk ayat 61 ; surah al anfal..

apakah Tuan guru haji hadi mencadangkan perkara ini disebabkan ayat ini?

sekadar renungan kita bersama.
Salaam Tuan Umar,

Isu ayat 61-62 Surah Al Anfal telah pun dikupas dengan panjang lebar oleh YB Khalid pada bulan Oktober tahun lepas yang boleh di capai DI SINI. Sekian harap maklum.

-Pejabat YB Khalid Samad-
Hanz_Azdi said…
Aku bersama (taat & patuh) kpd. pemimpin yg bijak politik sahaja dlm kes UG ni(tak kisah ulama' ker umarak/professional). Tu pasal aku rasa (personal view) UG ni memang idea mengarut & gila, sebab TGNA sendiri tak berkenan (takkan dia tak paham politik, sapa kita nak persoal kewarasan beliau? Sapa us. Nasharudin TP tu?) & lain-lain pemimpin gak rasa UG ni memang tak boleh diketengahkan..merugikan kita PAS & PR gak.
Aku memang nak sangat 'pengkhianat setengah-setengah pemimpin PAS' yg nak sgt UG masa Perak tu kita dedahkan supaya kita tau dah jenis manusia ni perlu dibuang terus drp PAS. Memang depa ni tak reti/pandai politik cam TGNA, & sanggup bersekongkol dgn UMNO-BN demi sama-sama 'merasa kuasa'.

Tapi mungkin UG berguna gak tu pun lepas kita (PR not PAS alone) kita leh ajak la UBN yg kalah teruk tu (tau laa perangai orang tak penah kalah ni e.g. kes Perak) supaya mereka sejuk hati, tak mengamuk & buat perkara yg bukan-bukan. Tak gitu YB Khalid? Bukan kita menentang tak pasai-pasai...kita tegur kot depa silap kita (PAS) semua gak malu & rugi..jadi teguran, bantahn kita ni adalah untuk kepentingan bersama. InsyaAllah, moga yg kritik YB akan paham bacaan politik.
Afyan said…
Muktamar PAS mewakili suara PAS.

Keputusan ini amat-amat ditakuti oleh golongan-golongan yang gopoh dalam perjuangan.

Mereka mahukan kemenangan yang cepat.

Mereka mahukan kemenangan dengan cara MP melompat parti.

Nabi Muhammad menegakkan Islam di atas runtuhan jahiliyah.

Muhammad tidak menerima pelawaan Quraisy jika semata-mata untuk menjadi PM

Bukan jawatan yang Islam ajar. Yang penting adalah perjuangan.

====
Ramai yang idamkan PAS.

Anwar idamkan PAS untuk mencapai cita-citanya menjadi PM.

UMNO pula idamkan PAS untuk mengekang cita-cita Anwar.

Apa yang pasti, PAS tidak akansanggup diperkuda Anwar demi cita-citanya yang tidak kesampaian.

Juga PAS tidak akan memungkiri janji di dalam PR semata-mata mengejar dunia.

========
Propaganda telah dimainkan untuk merosakkan imej kepimpinan ulama PAS.

Propaganda tersebut ingin mengaitkan kepimpinan ulama dengan Umno.

Maka berbunyilah dengungan "pas nak masuk umno' yang dimainkan oleh media dan blogger.

Ia adalah usaha terancang pihak yang ingin memperkudakan.

Dengan memperkudakan PAS, mereka dengan mudah mendapat sokongan PAS untuk mendakap cita-cita menguasai negara.

=====
PAS tidak akan tertipu.

PAS belajar daripada sejarah.

Sejarah telah menunjukkan telahbanayk kali jemaah islam dan para ulama diperguna untuk kemenangn nasionalis.

di mesir dan indonesia pernah berlaku.

Kini agenda sama cuba dimainkan di malaysia.

Ulama dan para profesioanl Islam berjaya mengesan perkara ini dan tidak akan membiarkan PAS diperkudakan.

=====
Perjuangan memerlukan ranjau yang berduri, bukan semudah MP melompat parti.

Kemenangan sebegitulah yang mengilhamkan Umno apa yang berlaku di Perak.

Akibat ketidaktahanan ujian dua ADUN belot.

Di Kedah dan PP pula ADUN dari parti sama turut meletak jawatan atas alasan sama.

Memalukan dan jijik sekali

Apa yang PASTI, ia tidak datang daripada PAS, tetapi PKR.

Yang sedihnya, ramai pula penyokong PKR dan Anwar daripada dalam PAS yang sanggup membelakangkan keputusan muktamar jemaah.

Adakah YB Khalid salah seorang daripada mereka?

Saya harap tidak.

Mujurlah YB tewas dalam pemilihan.

Jika tidak , tentu lagi lantang berkokok dan bersemboyan.
Abd Razak said…
Jgn bimbang YB Khalid...walaupun yb kalah tetapi ramai lg yg menentang usaha puak2 tertentu dlm PAS yg ingin bawa PAS kerjasama ngan umno yg mng...jgn saudara jadikan kekalahan itu sebagai pelemah smgt...walaupun tanpa jawatan saya percaya YB Khalid dan lain2 seperti YB Husam akan berjuang habis2 utk menentang usaha puak2 yg tidak bertanggungjawab ini...Alhamdulillah Ustaz Ahmad Awang sendiri dh mengesahkan wujudnya puak2 ini di dlm PAS...kami akan sentiasa berada di belakang YB utk menghalang usaha mereka ini...Insyaallah Allah akan sentiasa bersama yg benar2 ikhlas utk berjuang bersama PAS...sama2 kita berdoa semoga usaha puak2 ini walaupun terdiri drpd ulamak gagal sama sekali...TAKBIR!!!!
Anonymous said…
yb khalid

support u all the way sir!

chinese ok with pas leaders like u. i hope u become pm one day.

4RAKYAT
Orang Baru said…
YB, kami tetap bersama YB dalam melawan fraksi UMNO di dalam PAS. Teruskan perjuangan YB. Kami bersamamu.
BryanChoong said…
Peliknya Nasha yang bergelar Ustaz! Bergia-gia untuk bermuzarakah dgn Umno kononnya utk perpaduan Islam. Tetapi dari segi hudud apakah hukumnya kepada perasuah perasuah yang sanggung menelan bejuta juta kepunyaan fakir fakir rakyat.

Adakah Islam mengajar manusia untuk berpuak-puak menindas kaum manusia yang lain? Wahai rakan rakan Muslimat tolonglah memperjelaskan dari perspektif Islam sejati

Aneh juga gelagat Pas yang menolak Tok Guru Pak Nik. Kami akan tetap menyokong Tok Guru Pak Nik kerana beliaulah merupakan penyuluh Islam yang sebenar!
Hidup Pak Nik
Malaysian said…
Saya amat bersetuju dengan pendapat Datuk Seri Nik Abdul Aziz.

Saya undi PAS pada pilihan raya yang lepas kerana saya tidak undi untuk UMNO.

Saya undi PAS kerana saya ingin beri peluang kepada PAS supaya untuk memerintah dengan saksama.

Sekiranya PAS ingin bersama dengan UMNO yang mengamalkan perkauman saya tidak teragak-agak untuk tidak mengundi PAS pada pilihan raya yang akan datang!

Regards,

Malaysian Come First
GoMalaysian.Blogspot.Com
Anonymous said…
salam yb

saya cadangkan kita buat parti baru...
Pemburu Syahid said…
Salam......

Aku menyokong penuh KEPIMPINAN ULAMA. Aku akan pertahankan KEPIMPINAN ULAMA selagi mana Allah swt memilih aku untuk mempertahankannya.

Tapi AKU MEMANG PANTANG BILA KADUK NAIK JUNJUNG. PAS kalah sampai tersembam pada PRU Ke 11 dulu pun kerana KADUK KADUK ini. Dan sekarang KADUK KADUK ini buat hal lagi.

Ingat !! Yang masuk syurga adalah golongan MUTTAQEEN. Bukannya golongan bertitle ULAMA ataupun PROFESIONAL.

Ayuh !! Saudara saudara ku sekalian !! Bangunlah !! Pertahankan jemaah ini daripada KADUK KADUK ini !!

Yang menghancurkan PAS bukan ERDOGAN !! Yang menghancurkan PAS bukan ULAMA !! Tetapi yang menghancurkan PAS adalah KADUK KADUK YANG NAIK JUNJUNG !!

Siapakan KADUK KADUK YANG NAIK JUNJUNG itu?! H1N1 !!

www.saynotomunafiqeen.blogspot.com
aZRoy said…
Salam YB,

Maaf sedikit menyimpang dari tajuk entry. Bagaimanapun, saya nak mengambil peluang ini untuk melahirkan kebimbangan saya berkenaan isu muzakarah PAS-UMNO yg semakin rancak diketengahkan oleh ketua pemuda umno, khairy terutama di dalam facebook milik beliau. Harap YB dapat sedikit input untuk tindakan susulan.

TQ.
Anonymous said…
yb,
sy sokong penuh ucapan YB dalam muktamar..sy harapkan YB teruskan berjihad dan mempertahankan Pakatan Rakyat..sy tidak rela melihat PAS jatuh ketika diambang kemenangan..insya Allah, Allah menyelamatkan Parti Islam melangkah..TAKBIR!!!!!!!
Anonymous said…
salam yb,

saya suka tgk style yb
tegas dan bergaya
maharajatoga said…
salam YB..

macho la yb dlm hujah..cool jek!
DepoT said…
Teruskan perjuagan yb,Yb sedia maklum Yb tidak keseorangan..
Umno tetap perlu dikalahkan...
tidak sesekali perundingan dgn umno..jikalu ada pemimpin yg bersetuju,pemyokong pas akan pasti melawan,syabas pd Yb di HUJAH TV9...
wassalam
Anonymous said…
stuju...elok sangat kalo yb buat parti baru.
pastu angkat Husam jadi Presiden.
Gobala bole jadi mursyidul am.
zam said…
Yb betul. Ucapan yg penuh makna yg jelas.

Saya selalu layari sejarah jatuh bgn pas dan saya tgk, setiap kali menang besar, sure kalah besar sebb pas kdg kala suka reverse ke belakang.

Ambil contoh seblum 2008. Rata-rata mau pas reform dgn sambutan terhadapa golongan professional. Dah kalah teruk, mula menagih simpati golongan pro dan masyarakat non-muslim tetapi what happen bila sekrg, tetiba nak kekal ulama malah meletakkan usul yg tidak munasabah..mana pi engagement kalau betul sister islam itu haram..why no discuss or muzakarah instead of cuba nak sensor segalanya.

YB..teruskan usaha anda
faizal zainol said…
salam,

walaupun saya agak sedikit kecewa dengan tertewasnya YB dan Dato Husam Musa, bagi saya, tewas bukan bererti salah, dan menang bukan bererti benar.

Perjuangan harus diteruskan dengan apa jua keadaan dan kedudukan yang masih dimiliki. Teruskan bersuara dan teruskan memperjuangkan kebenaran. Mungkin Allah tangguhkan seketika untuk golongan profesional PAS memimpin, Tertewasnya pemilihan kali ini bererti Tuhan telah memberi ruang dan peluang untuk menilai strategi dan memperbaiki nilai prestasi diri.

Kalau disifirkan, jumpa undian Mohamad Sabu dan Dato Husam Musa = 281 + 261 = 542 undi, manakala Ustaz Nasharudin = 480, ini menunjukkan sokongan terhadap ustaz Nasha hanya mewakili 46.96% undian dimana tidak mencapai separuh. Mungkin seandainya wujud pertembungan 1 lawan 1 akan mencatatkan kemenangan berpihak kepada Dato Husam Musa.

Walaubagaimana pun, sifir Allah s.w.t adalah segala2nya, Allah lebih tahu hikmah disebalik segalanya. Semoga kita sama2 mencari dan menemui hikmah yang hakikat dan hakiki yang cuba disampaikan olehNya...

wallahualam
Anonymous said…
bukan Gobala jadi Mursyidul Am
tapi Ust Nga Kor Ming boleh jadi Mursyidul Am Parti Erdogan Malaysia.
HaHs said…
Kulilhaqqi walau kana murroh!

YB teruskan usaha dan perjuangan!
Saya hormat yb dan tabik spring atas keberanian yb dlm parlimen, muktamar dan Hujjah walaupun dicemburui dan dibenci sebahagian pimpinan, ahli dan rakyat mahupun BN. Hanya jauhari mengenal manikam!
Teruskan mencungkil kebenaran dan mendedahkan kepincangan.
Anonymous said…
alangkah beruntungnya penduduk shah alam mempunyai ahli parlimen spt anda.

tempat saya pun yb pas juga di parlimen,tapi saya pasti 98.5% dr anda semua tak kenal.tempat nya di selangor yg melayu cuma 52%, kalah di semua upu majority melayu, menag besar di tempat cina cth sg long.di upu ini sahaja yb ni dapt maj undi 1501.

lu pikrla sendiri di mana tempat ni.

exit 706
ahli pas sejak 96
ramlan said…
ahli PAS selangor kena berhati-hati dgn agen yahudi dalam parti yang sedang berusaha menghasut dan memecahbelahkan parti.

yang dikenalpasti setakat hari ini ada 3.
1. YDP Shah Alam - Khalid Samad
2. YDP Kelana Jaya - Izham Hasim (Anak Bapa)
3. YDP Kapar - YB Dr Rani

Inilah makhluk perosak di dalam PAS atau seperti yang dikatakan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas - musuh dalam selimut..
Johan TTDI said…
Kau sewel ke apa ramlan ooi? salah makan apa tgh tadi? Main cakap merapu2 takde bukti usul periksa nk tuduh2 orang pulak. Semua orang boleh tuduh2 macam tuh... Aku boleh tuduh yang ramlan lah sebenarnya agen UMNO yang membuatkan mereka menaja Muktamar PAS ke 55 di selangor bersama hassan pengecut (baca ala2 sarjan hassan). Bukti? Apa barang bukti2 kita tuduh aje, bukti lain kali boleh cerita.

Admin blog ni pun satu, lain kali kalau komen2 bodoh macam tuh tak payah la siarkan.
ramlan said…
saya ada bukti sms dari Izham sendiri..bukan menuduh
ramlan said…
eh..kalau pon UMNO taja muktamar PAS bagusla.
kan Tok Guru Nik Aziz pernah keluarkan fatwa : "kalau UMNO bagi pitih kita ambil, tapi undi tak boleh bagi"
hebat lah hasan ali kalau dia bole buat umno taja muktamar pas.
boyer said…
assalamualaikum
ramlan ni tertelan bijik getah kot
tu cakap cam org meroyan... tak pom datang sawan babi.. nak tuduh bagi lah bukti...... jgn main terjah je.. klu ko depan aku ramlan memang dah kena sepak terajang aku. suka2 cakap org lain yahudi.. Yb mana ada Admin daaa tak ada org nak taja.. PUCAK NIAGA nak taja... HARAM...... tak tahu lah kalau PUNCAK PAS SELANGOR lak.. kalau terima tajaan.. al maklom lah KERAJAAN PERPADUAN...
Johan TTDI said…
Apa sms tu kata lan? (mcm manja je aku panggil nama timang2 kau) "Saya, Izham adalah agen yahudi yang dibenci semua umat Islam diseluruh dunia"? Bengong la kau nih... Yang TGNA tu kata pasal kain tu jauh bezanya dgn apa yg jadi dgn muktamar dgn puncak niaga. Kalau tak tau buat kiasan hukum, baik jgn buat la beb. Haru biru bodoh nampak nya. So betul la hassan ali yg kowtim puncak niaga mintak sponsor? Aku sebenarnya tadi taram aje, kau pulak yang ngakukan. Elok lah tuh, nanti bleh plak mintak diaorg sponsor utk Manek Urai.
boyer said…
mana bukti izham bagi sma.... dia kata dia agen yahudi. jgn buat fitnah......
ramlan said…
laa..aku buat kiasan camtu pon si Johan TTDI leh kata aku confirmkan sihasan ali cowtim ngan puncak niaga?

sah dua kali bengong!

kan ari tu bila mat iraq sebut pasal rasuah dan politik wang yang Husam amalkan tu, Tok guru nik aziz cakap kalau orang beri rasuah kita ambil tapi jgn bagi undi.

ha.ha.ha..
Masa Depan Politik Husam


http://muktamarpas.blogspot.com/

.
nabil said…
saya hairan melihat org PAS bergaduh.
sampaikan org korporat nak beri sumbangan pun dah dilihat salah.

sepatutnya sebagai org Islam kita kena bertermakasih dan bersyukur bila ada orang korporat ingin menyumbang untuk PAS, bukannya berprasangka buruk sesama sendiri.

inilah saat-saat kehancuran PAS.
Anonymous said…
Saya ambil petikan dari blog YB Iskandar Samad untuk renungan bersama :

http://iskandar56100.blogspot.com/

"Saya tidak bercadang untuk mengulas tentang sebarang pertemuan PAS dengan UMNO yang nazak itu tetapi ramai yang tidak tahu pemimpin-pemimpin rakan Pakatan di dalam kerajaan juga ada bertemu dengan korporat-korporat BN. Bukan sekadar korporat-korporat tetapi proksi tuan-tuan politik (political masters) mereka. Bukan sekadar bertemu tetapi bersungguh untuk membantu mereka. Membincangkan kepentingan bersama. Ianya satu rahsia yang terbuka. Bukan orang-orang politik sahaja yang tahu, pemandu-pemandu orang politik pun tahu. Tetapi tidak pula ia dijadikan isu. Tidak pula dikatakan akan memecah belahkan Pakatan Rakyat. Tidak pula dikatakan mengkhianati mandat pengundi. Kita sahaja yang terkinja-kinja bagai beruk terkena belacan ........"
Anonymous said…
Ramlan nie mengong ke pe..Kalo,betul lu ada bukti sume YDP yg di nyatakan adalah agen Yahudi dalam parti..TOLONG!!Kemukakan!!Lu,turun Shah Alam dtg bawa bukti..Kalo,lu rasa lu punya bukti kukuh..Kalo,takde bukti kukuh..jgn turun Shah Alam ler..takut lu tak jumpa jalan kuar plak..Lu,jgn sebarang ckp beb..Ayat tu jaga sikit..
Anonymous said…
Wei..Nabil..lu ingat kita org nie gaduh suka2 ke..gaduh ada sebab beb..sape,tak nak berterima kasih kalo ada org yg nak menyumbang untuk PAS..Memang kami alu-alukan..
Tapi kalo menyumbang untuk tujuan rasuah mcm UMNO tu..bleh jalan dah..Kita org PAS tak amik Rasuah beb..Biar miskin Harta janji Agama dan Akidah dapat di pertahankan..
jinjang pelamin said…
faizal mane kau tahu orang yang undi abg mat sabu akan undi yb husam musa,
kau lupa nak bahagi...
andai kata separuh yg undi mat sabu pegi kat husam musa...husam musa masih kalah lagi...
x kira sape saja memimpin aku sokong...
bila yb utz nasa kita nak joint UMNO masa tu tiada wala' nak ikut dia..
tapi utz nasa kata kita tidak akan masuk UMNO....so jgn fikir bukan-bukan..klu asyik fikir bukan-bukan bini kita nak gi keje pun susah..
Gpo said…
Tahniah YB...Teruskan perjuanganmu..saya dengan sekeras-kerasnya menentang Kerajaan Perpaduan utk bersama dengan UMNO...
Anonymous said…
taniah YB terus berjuang.sy sokong pas sebab benci umno ni plak nk berbaik2 dgn umno.lepas nl sy nk sokong parti mane plak.
boyer said…
Assalamualikum
Nabil oiii Si nabil ko ni dah macam si nabil Raja lawak lak
Puncak Niaga..... opoppp lupak lak tanya ko dari negeri mana
klu kan selangor buat penat jari aku menaip je
Dalam Harakah ada satu yg menarik... bertajuk " sudalah bertelinga 1 ( satu ) pekak lah pulak.....
rasa2 cam kena je gan ko wahai si nabil
Anonymous said…
isu puncak niaga...bagi saya dia bagi ambik...undi tetap PAS...

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup

Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan.

Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tenteranya dalam bahaya, kejam dan zalim! Bagi yang tidak berilmu, mereka akan pantas menyatakan tindakan itu adalah haram kerana cuba membunuh diri!

Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempur…

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…