Skip to main content

Video Parlimen: Majlis Syura Tidak Pernah Bincang Kerajaan Perpaduan [MP PAS Pengkalan Chepa]

Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini.

BAHAGIAN I


BAHAGIAN II


BAHAGIAN III


BAHAGIAN IV


Ketika menjawab soalan dari ahli Parlimen BN Putatan, Marcus Mojinggoh di Dewan Rakyat, Ustaz Halim (PAS Pengkalan Chepa) menyatakan, adapun kenyataan balas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti.

Semasa menyambung perbahasan hari ini, Ustaz Dato’ Halim dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pindaan 2008. Isu kerajaan perpaduan dijawab selepas memberi respon kepada Marcus yang bertanyakan isu tersebut dalam perbahasan semalam.

Beliau merujuk pertanyaan beberapa ahli Parlimen BN yang mahu penjelasan mengenai kenyataan Ustaz Nasharudin yang dilaporkan berkata beliau positif ke atas kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai isu kerajaan perpaduan.

Kenyataan Ustaz Halim kemudian disambut oleh beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antaranya Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur) yang menyifatkan kenyataan Najib adalah hanya untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat sahaja.

Kit Siang seterusnya menyatakan, kenyataan Najib itu sebenarnya tidak terkesan kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya umpan sahaja.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, dilaporkan menyambut baik kesediaan Najib mengadakan perbincangan mengenai isu kerajaan perpaduan.

Video dan teks adalah ihsan pihak
MPPAS, berbanyak terima kasih di ucapkan.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

mymoksha said…
Saya semakin tak paham dan bercelaru dgn mainan politik PAS sekarang. Apa yg dah berlaku??? Sesetengah pemimpin PAS optimis dan positif dgn idea UG, separuh lagi menentang idea ni..PAS bersatu atau dah bercelaru? Adakah ini mainan media, UMNO atau mainan politik PAS yg memang sungguh2 nak berpakat dgn UMNO? Minya penjelasan YB. Jgn sampai Ust Nasaruddin jd mcm Ust Nakhaie dulu, rapat dgn UMNO pastu lama2 jd UMNO, masuk UMNO.
Anonymous said…
Bangkai gajah yang besar dan busuk tak boleh disembunyi. Saya harap YB terus istiqamoh membetulkan mana-mana kesilapan yang terdapat dalam PAS dgn kaedah terbaik. Mungkin ada yang menyampah dan geram, tetapi lama kelamaan yang benar insya Allah akan terserlah. Takbirrr!!!
boyer said…
assalamualikum........
malas nak ceta pasal UG.. teg lah ucapan TGNA dalam blog pas cawangan 17 shah alam
http://pascaw17.blogspot.com
maun said…
Kantoi lagi!!!Sekali berbohong, berkali-kali le berbohong....apa punya turrr
err.. bukan ke hari tu Nasha al-Bukit Mahkotai (bukan Nasa al-Pahangi) itu kata bahawa Majlis Syura dah diberitahu dan setuju ?

Rupa2nya tak bincang apa pun.

Takkan sampai tahap ni si Nasha ni berbohong ?

Rgds
Basir, No ahli: 667768
Tel: 017-3355733
Anonymous said…
Bodooooh..! dok memburuk sesama sendiri. Nate orang PAS dah kurang akal.

Popular posts from this blog

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Dua Keajaiban

Saya telah melihat dua keajaiban semasa menghadiri sidang Parlimen pada hari Khamis 26 Mei 2016 yang lalu. Besar kemungkinan dua keajaiban ini mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain. Samada wujudnya hubungan rapat di antara dua keajaiban ini, atau sebaliknya, saya serahkan kepada semua untuk menilai sendiri.

‘Perbalahan’ YB Saari dan YAB Azmin

Ada yang bertanya kepada saya berhubung tweet YAB Azmin Ali yang menempelak YB Saari Sungib tempoh hari. Saya terkejut dengan apa yang terkandung dalam tweet tersebut. Saya terus membaca apa yang dikatakan YB Saari sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Apabila saya membacanya, saya dapati tiada apa-apa pula yang disebut berhubung keinginan menjadi Exco. Maka apa sebab dituduh ‘nak jadi pengemis untuk jawatan Exco ke?”

Untuk memudahkan semua memahami isu yang telah dibangkitkan oleh YB Saari, saya senaraikan secara satu per satu supaya mudah difahami.