Skip to main content

Selamat Bermuktamar

Selamat bermuktamar diucapkan kepada semua para perwakilan, pilihlah yang terbaik dari yang baik. Bersama kita robohkan UMNO/BN, tegakkan Pakatan Rakyat demi kemenangan Islam dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
salam yb khalid.Ana ada terbaca link ini:
http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=972&postdays=0&postorder=asc&start=0

Dulu ana tak kisah pasal syiah.Sbb ana rasa syiah ni mazhab feqh yg ada dunia islam yg lain.Tapi bila ana mempelajari thread yg sangat berinfomatif itu,ana rasa syiah mmg bahaya.

yb khalid,dulu ana tak kisah mat sabu tu syiah,tetapi sekarang bahaya jemaah kita simpan mat sabu.betullah dia banyak berjasa,tapi apa guna simpan orang syiah di mana nanti bila dia jadi presiden pas nanti, ucapan alu-aluan dia ialah abu bakar dan umar adalah kafir dan aisyah kaki zina.Harap yb khalid ambil perhatian tentang situasi yang amat mencemaskan.
orang kertas said…
alahai, ngeri melihat barisan exco dewan pemuda pas pusat kali ini. dan saya tertanya2 apakah/bagaimanakah pula dewan muslimat.

perhatian seterusnya adalah pemilihan jawatankuasa pusat. jika majoriti mahukan aliran berbaik2 dengan umno berkuasa (dan rancangan itu diteruskan) - ya, saya mengaku kalah. saya akan menyertai kelompok manusia yang membenci politik dan ahli politik yang berbelit cakapnya. percayalah - kelompok yang 'tak mau peduli apa' ini semakin ramai.

sekurang2-nya akan ada seorang menyertai mereka tak lama lagi - saya.
sinner said…
sedar atau tidak,tuan YB menyebabkan ramai melihat mereka yg ke arah ulama konservative itu adalah mereka yg ingin berbaik dgn umno..tahniah kepada YB kerana berjaya membentuk satu situasi di mana org melihat pas itu berpecah pd 2 pihak.tahniah..

tp perasan atau tidak, sjak dulu pihak professional bergandingan mantap bersama ulama,even skrg pon..mahfuz ,salahudiin,mat sabu dan sebaginya xpernah ade masalah begini..parti dan perjuangann sntiasa di hadapan..sehinggalah muncul org2 mcm YB, husam yg naik sheikh, dan beberapa org lg yg makin terhakis adab jemaahnya,PAS makin nmpk berpecah..padahal mahfuz sume xde masalah bekerjasama.. yg ptg adab YB..xdinafikan setiap jawapan YB sgt bernas,tp percayalah ramai org menyampah sbb cara YB..

Arini Ust Nasha menang,teruskan perjuangan menentang Nasha, jika itu yg terbaik utk PAS..but i beg to differ,YB.

Ilmu bukan segala2nya..tp segala2nya mesti disertakan dgn ilmu..selamat berjuang lagi..
Afyan said…
Takziah dan tahniah buat YB kerana tidak terpilih dalam muktamar!
Anonymous said…
asm,
mari kita berhujah dgn ilmu..apa sebab pas patut berunding dgn umno?apa isu sebenarnya?saya nampak bukan demi kepentingan negara tetapi atas kepentingan peribadi yakni ada setengah pemimpin tak sabar nak kuasa/harta jadi pak menteri.jika utk islam,bukankah umno sendiri nak hantar tentera sekat pas laksana hudud?atau hj hadi/ust nasa ingin syeikh najib lebih baik drp dr M? jika ingin berunding demi melayu, adakah pas ingin menjadi parti assabiyah islam semsia?misi umno hidup melayu dan jika pas ingin bermain kayu tiga dgn umno,adakah pas ingin membela melayu islam saja?buat melayu saja jemput pemimpin hamas sdgkan pengorbanan mereka melangit berbanding kita.
mari kita beristigfar, buang yg keruh ambil yg jernih.

tahniah saya ucapkan kpd presiden n timb presiden.tadi saya telahpun memembuang sticker pas dlm kereta saya dan telah memberhentikan langgan harakah.harap mufassirin tersohor dpt menafsirkan dgn penuh taqwa dan menginsafi keterbatasan umur yg ada surah ahzab ayat 70 dimana Allah mewajibkan org beriman supaya bertaqwa dan bercakap benar dan tidak spt ular dlm semak!jika benar,biar bersemuka dan berunding sbg anak jantan dgn puak anti umno dlm pas.
saya sedih dgn displin ahli2 pas..saya baru masuk pas tp saya hairan knp mereka tidak menghiraukan teguran TG Nik Aziz, yg mereka lantik sbg guru mursyid mereka dan ketua majlis syura tertinggi...
saya berharap pas kelantan lebih tegas mengajar puak yg ingin bermadu kasih dgn umno ini spt ust nasa dgn meminta beliau mencari tempat di luar kelantan utk bertanding krn menderhakai tok guru nik aziz yg disegani kawan dan lawan.
kpd pas terengganu dan presiden, adalah lebih baik jika ada byk masa terluang utk memikirkan bagaimana mengambil kembali tgganu drp umno.bermuhasabah dan buat survey dgn jujur knp kepimpinan kamu tidak diterima rakyat tgganu.yg saya survey sendiri ialah mrk nampak tiada beza pas/umno, semuanya inginkan kemewahan!

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355

MUQADDIMAH

1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.

2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.

3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku…