Skip to main content

Ulasan Muktamar PAS ke-55

Beberapa pengamatan setelah seminggu tamatnya muktamar PAS yang ke-55 di Shah Alam.

1. SUASANA PERBAHASAN

• Isu PR & Isu Terpinggir

Ramai yang menumpukan perhatian mereka sepanjang Muktamar yang ke 55 ini kepada hanya persoalan pemilihan dan ‘kerajaan perpaduan’. Sehingga mereka terlepas pandang satu perbezaan yang amat ketara sekali pada pandangan saya di antara Muktamar tahun lepas di Ipoh dan Muktamar yang berjalan seminggu yang lalu.

Perbezaan ini bukanlah berhubung tempat, sistem PA, pentas atau sebagainya. Perbezaan ini adalah berhubung isi kandungan perbahasan ucapan dasar. Tahun lalu, wakil Pemuda, Selangor, Terengganu dan beberapa Negeri yang lain begitu kritikal terhadap kerajaan PR dan juga Anwar. Ada yang menyatakan ‘terpinggir’, ada yang mendakwa di anak tirikan, melukut di tepi gantang dan sebagainya.

Tahun ini senyap.

Pada pendapat saya sekiranya masih ada golongan yang tidak berpuas-hati dengan PR, mereka terpaksa mendiamkan diri. Mereka melihat bahawa di sisi perwakilan, PR telah diterima secara sebulat suara. Mempertikaikan PR merupakan satu pendekatan yang tidak dapat diterima oleh perwakilan. Ini jelas terbukti apabila kita melihat kenyataan PJ Selangor di dalam Harakah keluaran minggu Muktamar yang bertajuk ‘Rakyat Selangor Bahagia di bawah PR’. Ini jauh sekali berbeza dari yang lalu.

Ini merupakan berita baik bagi penyokong PR.

• Isu kerajaan perpaduan

Isu kerajaan perpaduan tidak dibawa dalam Ucapan Dasar dan tidak juga dikemukakan semasa perbahasan. Ianya timbul semasa sidang akhbar apabila ditanya oleh wartawan. Jawapan ikhlas dan terbuka Dato’ Seri Presiden selepas itu di ‘spin’ untuk menimbulkan kegelisahan di kalangan penyokong.

Status isu ini sebenarnya adalah tertunda sehingga dibahas di dalam AJK PAS Pusat dan seterusnya oleh Muktamar khas, iaitu sekiranya diterima AJK PAS Pusat. Seterusnya ke Majlis PR untuk dibincangkan bersama dengan PKR dan DAP. Secara prinsipnya, proses ini sepatutnya terhenti sekiranya cadangan ini ditolak di mana mana peringkat.

Oleh yang demikian, hakikat bahawa ianya disebut atas sebab ‘jolokan’ wartawan perlu diambil kira dalam kita menangani isu ini. Ianya tetap merupakan pandangan peribadi dan bukan pandangan parti.

Ini juga berita baik bagi penyokong PR.

2. KEPUTUSAN PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN

• Asas Pemilihan

Ada yang berkata kepada saya bahawa kemenangan Ust Nasha menunjukkan bahawa kumpulan pro-Muzakarrah telah menang. Oleh itu Muzakarah dengan UMNO boleh diteruskan. Saya menjawab malangnya itu bukan asas pemilihan! Betul, saya telah meminta para perwakilan memilih atas dasar tersebut, iaitu siapa pro-kerjasama dengan UMNO dan siapa tidak. Tetapi pandangan saya ditolak esoknya oleh Ketua Penerangan PAS Selangor dan beliau menggesa perwakilan memilih atas dasar yang lain.

Oleh itu, keputusan ini tidak boleh dilihat dari sudut pro dan kontra kerjasama dengan UMNO.

Kedua, hakikatnya dalam beberapa program sebelum hari pemilihan, calon yang dianggap pro-kerjasama membuat penafian demi penafian bahawa mereka ingin “membawa PAS masuk UMNO dan BN”. Akhbar Sinar hari Jumaat berkenaan, muka depan, disebut sebagai berkata “Tidak mungkin di adakan kerjasama PAS dan BN”.

Penafian-penafian sebegini menyebabkan pewakilan yang anti-kerjasama turut mengundi kumpulan ini. Oleh itu ianya bukan keputusan yang menunjuk sokongan terhadap usaha kerjasama dengan UMNO.

Perlunya calon-calon menafikan keinginan bekerjasama dengan UMNO untuk berpeluang menang adalah juga berita baik bagi penyokong PR.

• 46% Nasha 28% Husam 26% Mat Sabu

Turut perlu dikupas adalah keputusan pemilihan. Ianya dapat dibahagikan kepada 3 point seperti berikut :

i.) Isu Ulama

Ada yang mengatakan bahawa keputusan ini membuktikan perwakilan inginkan ulama’ sebagai TP. Ini tidak benar kerana lebih ramai memilih calon yang bukan berpendidikan agama secara rasmi sebagai pilihan mereka. Husam dan Mat Sabu mendapat 28% dan 26% dan ini menjadikan jumlah perwakilan yang memilih bukan ulama’ sebanyak 54%.

Ini juga tidak bererti perwakilan inginkan bukan ulama sebagai TP. Ianya hanya merupakan bukti bahawa perwakilan merasakan tidak semestinya seorang ulama menjawat jawatan berkenaan.

ii) Isu Kerajaan Perpaduan

Ada juga yang menyatakan ini bukti bahawa konsep kerajaan perpaduan diterima. Ini juga tidak benar kerana ianya bukan asas pemilihan dan kedua, Ust Nasha hanya mendapat 46%.

iii) “Saya tetap menang”

Saya agak kecewa bila membaca Ust Nasha menjawab “I still won” atau “saya tetap menang” apabila disebut oleh wartawan bahawa dia hanya memperolehi 46% dari undi perwakilan. Ini adalah kerana ia mengingatkan saya kepada jawapan Dr. M bila dia menyebut “walaupun dengan majoriti satu undi, saya tetap menang”. Sebagai pemimpin dia harus lebih peka kepada hakikat bahawa dia tidak mendapat sokongan majoriti dan bagaimana PAS seolah-olah terbahagi dua dalam persoalan pemilihan ini. Jawapan “saya tetap menang”, sekiranya benar, merupakan jawapan yang agak kebudak-budakan bagi saya dan kurangnya sifat kepimpinan. Ini juga menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap kehendak majoriti perwakilan.

3. SOAL BERKEMPEN


Pengharaman berkempen diumumkan secara meluas. Namun hakikatnya unsur-unsur kempen berlaku secara terbuka. Dalam soal ini, saya tidak berpuas hati dengan beberapa persoalan seperti berikut:

• Peranan Harakah

Harakah keluaran muktamar menyiarkan lapuran ‘Fokus Selangor’. Ia merupakan kempen yang jelas terhadap beberapa personaliti Selangor yang bertanding di dalam muktamar pada kali ini. Ia tidak sepatutnya dibenarkan berlaku.

• Perasmian Muktamar Dewan-Dewan


Calon ‘incumbent’ atau yang sedia memegang jawatan dapat merasmikan mesyuarat agung tahunan dewan-dewan. Ini memberi kelebihan kepada mereka kerana mereka dapat memanfaatkan peluang ini untuk menjelaskan beberapa persepsi negatif terhadap diri mereka.

• Program Jubili Perak Kepimpian Ulama’


Program ini malangnya merupakan program kempen yang jelas bagi calon yang dilihat sebagai ulama. Termasuk dalam soal ini kenyataan oleh Ust Daud Iraqi dan Dr Harun Din. Ini juga tidak sepatutnya berlaku.

• Alternatif

Kita sepatutnya membenarkan kempen secara terbuka tetapi terkawal. Iaitu mengikut garis panduan yang jelas demi menentukan perwakilan dapat memahami agenda setiap calon. Ini mungkin lebih baik demi menjamin hanya yang terbaik akan dipilih. Seperti dalam pilihan raya kecil ataupun umum, calon perlu diberi peluang bertemu dengan pengundi untuk menjelaskan segala isu yang perlu diperjelaskan. Saudara Husam ditimpa bermacam-macam fitnah seperti mandi bunga di kubur, terlibat rasuah, agen Anwar, tak wala’ kepada pimpinan dan sebagainya. Beliau sepatutnya diberi peluang untuk memberi penjelasan dan begitu juga Ust Nasha serta Mat sabu.

Apa yang boleh difikirkan ialah sesi-sesi terbuka di setiap negeri di mana calon-calon berkenaan bertemu dengan perwakilan dan menjelaskan sikap dan pendirian mereka terhadap segala isu yang dikemukakan kepada mereka. Dalam keadaan sebegitu maka segala yang tidak jelas boleh menjadi jelas dan segala keraguan dapat dilenyapkan.


4. AKHIR KATA

Akhir kata saya ingin mengucapkan JazakaLlahu khairan kathira kepada semua yang mengundi saya untuk jawatan AJK PAS Pusat. Saya dimaklumkan saya telah mendapat 408 undi dan menduduki tempat yang ke 23. Walaupun tidak dipilih, saya akan terus memberikan khidmat saya untuk memajukan perjuangan Islam yang dibawa PAS dan berusaha untuk meningkatkan tahap penerimaan perjuangan Islam oleh seluruh masyarakat negara kita ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

kotakata said…
yb khalid,

kemenangan ust nasha juga disebabkan beberapa faktor lain. antaranya - kebanyakan perwakilan yang mengundi mungkin tidak mendapat banyak maklumat tambahan. sebaliknya lebih terpedaya dengan mainan utusan (dan melupakan bahawa utusan itulah antara musuh yang mesti dikenali). juga sinar harian tu pun sama kelas dengan utusan. takkan itu pun tak perasan...

antara masalah orang pas yang susah nak hilang adalah 'cepat seronok'. seronok tengok laporan sinar harian, misalnya.

kedua - yang tak setuju dengan ust nasha adalah orang yang tak boleh mengundi/bukan perwakilan. ia kira2 sama macam pilihan raya umum sebelum kali ke-12. ramai tak suka bn, tapi yang ramai itu tak mendaftar sebagai pengundi.

tentang komen ust nasha "i still won" itu - alahai. kemenangan dia lebih kurang dengan kemenangan khairy jamaluddin. cuma kj lebih rasional dan sedar separuh perwakilan pemuda tak menyokong dia. sebaliknya keadaan songsang berlaku kepada ust nasha.

dan, saya dah mula tak membaca harakah sejak muktamar yang lepas. cukuplah. saya bergantung percaya kepada pas setakat ini saja.
Anonymous said…
YB Khalid your analysis is excellent. You are honest,frank,broadminded and very fair and that is the trait many politician fail to have. I wish you all the best and continue the good work as an MP and at Pas
Nh said…
Terima kasih kepada Tuan Hj diatas kupasan yang cukup bernas untuk muktamar yang lepas.

Secara peribadi saya tidak gemar membeli Harakah, ini disebabkan isi kandungannya hanya meyokong satu pihak sahaja. Semasa sesi muktamar lepas memang nampak jelas Harakah menjadi lidah kempen kepada beberapa calon yang bertanding dan ini tidak adil kepada calon2 lain.

Walaubagaimana pun atas dasar perjuangan Islam, saya tetap membeli Harakah walau pun hati saya memang terasa kecewa dengan Berita yang dikeluarkan oleh Harakah.

Kepada Tuan Hj Khalid, Dato' Husam dan Abg Mat, anta bertiga bersabar dan sudah pasti Allah bersama dengan orang2 yang sabar. Kuatkan tekad dan Iltizam Insyaallah pemilihan 2 tahun lagi anta bertiga akan beroleh kemenangan.


-NH Shah Alam-
nasir said…
“Saudara Husam ditimpa bermacam-macam fitnah seperti mandi bunga di kubur, terlibat rasuah, agen Anwar, tak wala’ kepada pimpinan dan sebagainya. Beliau sepatutnya diberi peluang untuk memberi penjelasan dan begitu juga Ust Nasha serta Mat sabu.”
--------------------------------------------------------------------------------------------

Pak Khalid ! Masih tak puas hati lagi . Macam2 alasan diberikan . Saya kadang2 merasa nak tergelak pun ada dengan gelagat sebahagian pimpinan dan penyokong. Ada mengeluarkan isu kiraan undi diubah saat2 akhir !! yang betul Malaysiakini . Entah siapa yang sebarkan . Kalau Mat Sabu tarik diri Husam akan menang !!
Bukan Husam saja .. Nasha dan Mat Sabu pun teruk dihentam . Nasha dari awal lagi dah dilanyak oleh blogger dan pimpinan . Nasha dituduh kumpul harta .. agen UMNO .. tak perform .. makan komisyen .. buat perniagaan .. . Mat Sabu pula agen syiah . Tapi sepatutnya Husam beroleh kemenangan kerana bukan sedikit yang menolong beliau , hinggakan ada yang menempel surat dan akuan sms . Kalau ikut tuduhan mandi bunga tu teruk sangatlah kalau ada perwakilan yang percaya lagi .

Kalau tengok antara Husam dan Nasha nampak serangan Husam ke atas Nasha lebih banyak . Sehinggakan lepas berpuasa Husam terus bgtau sebab bertanding kerana nak buang orang itu .

Tradisi ucapan dalam muktamar tu dari dulu lagi macam tu Pak Khalid . Dulu masa Nasha lawan U Hasan pun Us Hasan berucap dalam muktamar . Janganlah sampai macam tu sekali nak cari alasan kekalahan . Patutnya , Husam kena pujuk Bg Mat dulu jangan masuk bertanding . Tapi itupun belum tentu menang . Tolonglah jangan gunakan sifir alasan sebegitu .

berkenaan perang siffin lepas Muawiyah mengambil tampuk pemerintahan Islam terus berkembang dan pesat serta melahirkan pimpinan2 hebat sehingga ada yang digelar khalifah Islam ke lima . Jadi siapa pun yang menang selagi mana mereka meletakkan al-quran dan sunnah itu rujukan maka yakinlah Islam akan menang .
abuzar said…
Perenggan (1)(b), Fasal 16, Bab Yang Kelima, Perlembagaan PAS membolehkan suatu Muktamar Khas diadakan jika diminta secara bersurat daripada sekurang-kurang satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Oleh yang demilian saya meminta Ahli2 AJK menuntut muktamar khas ini dengan tujuan singkir pemimpin2 seperti Ust Hadi Awang, Ust Nasharuddin Mat Isa, Mustapha Ali, Hasan Ali, Harun Taib, Ust Haron Din dan Ust Daud Iraqi.
Walau pun YB kalah dalam permilihan AJK PAS pusat saya harap YB dapat memahami sentiment kami yang sudah muak dengan lakonan individu2 tersebut di atas dan YB akan memajukan syor diatas kepada SEMUA yang berkenaan di dalam AJK PAS pusat.
Terima Kasih.
Manjungmari said…
Salam YB...

Dua tahun akan datang kita akan menentukan mereka yang pro muqabalah mesti di turunkan...

Blog saya sendiri saya dah mula kempenkan yang 2 orang penting muqabalah tu letak jawatan....
Anonymous said…
Kemenangan Ustad Nasa juga kerana..perwakilan yang mengundi tidak semua celik internet...hanya terdedah sumber siasah, fikrah dan harakah (dibawah pengaruh Mustafa Ali dan MSO)......
Biasalah ustad akan memenangkan ustad.........berdasar pakaian. Tapi ada juga perwakilan yg berilmu, adil dan tidak dipengaruhi oleh apa-apa. Saya hormati anda..

oleh"walohh"
Anonymous said…
2 pagi. keputusan pemilihan husam menang.

media sudah bising. wan abu bakar TF2010 marah wartawan. dia cakap nasha menang.

tiba-tiba 10 pagi. nasha menang.

lagi. muktamar dibiayai oleh puncak niaga.

isu sekarang. apa kaitan nasha dan wan abu bakar?

apa kaitan hasan ali dan puncak niaga??
kopipegaga said…
Salam YB Khalid,

Pemilihan sudah berlalu, keputusan telah diumumkan. Bagi ahli PAS ada yang gembira, ada berduka dan ada yang kurang berpuashati. Adat pertandingan. Telah jelas apa yang akan diperjuangkan oleh PAS selepas ini adalah UG, seperti yang telah diucapkan oleh Presiden dan Timbalan dalam ucapan muktamar. Sebagai ahli kenalah wala'. Sebagai penyokong PAS kenalah watelu' (wa tengok dulu).

Apa yang diperlukan kini adalah penjelasan terperinci dari Presiden TGHH berkaitan UG.
Kalau boleh buatlah macam PM kita yang sekarang telah mengeluarkan buku 1Malaysia. Jika mahal kos keluar buku, cukuplah diinternet pun tak apa. Bagaimana bayangan UG tu. Apakah fungsi PAS, apakah ia perpaduan PAS - UMNO, atau PAS - BN, atau PR - BN atau apakah yang sebenarnya. Tolonglah Tuan Presiden TGHH memberi penjelasan kepada kami ahli/penyokong PAS.
boyer said…
kepada nick pas selangor
cuba ko turun di peringkat akar umbi, dewan pemuda, unit amal. dia org tak sependapat gan ko.. pasal perbahasan ust zul.. mula lantang nak kena kan khalid.. last2 terima lah pulak sokongan khalid menolak kerajaan perpaduan.. " klu ust zul permuda pandan baca" sila perjelaskan setujukah dengan " cadangan kerajaan perpaduan.. ibarat.. kerajaan perpaduan TGHD mernolak krajaan perpaduan TGNA. nick pas selangor... naik geli aku nak pangil ko pas selangor... tukar lah nick.. yg ust zul bahas dlm muktamar bukan suara dewqan pemuda... itu suara ust zul sendiri... betul tak ust zul... lagi 1... mana PAS selangor dapat duit buat Banner besar2 gantung seluruh Negeri Selangor.. memandangkan nak sewa Pejabat PAS negeri pom tak mampu.. klu harga Banner RM1.50 oder gan akatan edar. kalau banner berukuran 10"X20" =200" dalam RM200. kalau 100 helai Banner RM20K... WAUUUUUUUUUUUUUUUU banyak duit PAS selangor yee. Malas nak tuduh2 antom pikir2 kan lah... wasalam
Anonymous said…
salm yb khalid
memang sume kene hentam... tapi ust nasha dapat pembelaan dari harakah... betul kata TGNA.. dah sampai masa untuk rombak harakah... dah lame sangat tok pa pegang... kalau dia tak buat salah.. timbul fitnah.. yb Khalid... saya tetap bersama anda...
Anonymous said…
NICK PAS SELANGOR TU XMACAM AHLI PAS PUN... HUJAH PAKAI EMOSI...

KALAU ANDA X SUKA YB KHALID PUN.. PATUT U TIRU CARA DIA BERHUJAH... ADA FAKTA... NI MAIN GORENG JE...

MACAM ORANG JUAL UBAT KAT CHOWKIT JEK

AKU SOKONG NGAN BOYER.... PAS SELANGOR DAH LAIN MACAM... KAYE SEMACAM JEK.... ADA PAPE KE NGAN PUNCAK NIAGA
Paip-On said…
Salam YB Bro..

Terima kasih atas analisis Bro yg baik.AKu rasa Yb dapat mencari sesuatu yg difikirkan perlu utk disampaikan supaya Pimpinan mendengar utk perbaiki dlm pemilihan akan dtg.

Tentang statement dr Ustaz Nasa tu aku fikir tak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yg berpendidikan tinggi dlm Ilmu Agama.Seolah2 mengharapkan jawatan...bangga diri.memang tak patut.AKu harap beliau dpt muhasabah diri.Juga statement dr Husam (mungkin YB Bro terlepas dengaq kot) yg mengaitkan kenegerian dlm pemilihan Jawatan.Beliau menyebut bersyukur kerana wakil dr Kelantan ada jugak terpilih dlm permilihan tersebut.Ini jugak tak patut.Harapan aku agar beliau dapat memuhasabah diri.Begitu juga teguran Uztaz Ahmad Awang untuk perwakilan Pemuda yg nampak sgt tertunggu2 jawatan Ketua Pemuda.Beliau jugak perlu memuhasabah diri.

Akhir sekali harapan aku agar YB Bro, diri aku sendiri dan seluruh pendokong gerakan Islam memuhasabah diri utk terus istiqamah dlm perjuangan.Yakinlah...sememangnya apa yg dah terjadi adalah Hikmah dariNya.Wallahua'lam
ahli PAS Selangor said…
puncak niaga..eh manalah aku tau pasal kontrak2 nih..gi lah tanya khalid dgn izaham..tanya khalid..apa cerita dengan porfile company yang dia submit kepada Tan Sri Khalid, dengar cerita kontrak juta-juta berteknologi tinggi dari jeman ka mana ka...!!!
ahli PAS selangor said…
hujah pakai emosi..aku timbulkan persoalan aje..kenapa yang korang tak jawab gfuna fakta...???
Anonymous said…
salam..

saya harap yb tak membangkitkan isu yang telah diputus dalam muktamar....

yang menang terus buat kerja, yang kalah terus buat kerja gak...

YB nak ape lagi...? jangan buat fitnah...

ni YB pula tukang menghura-harakan PAS....

moga-moga Allah bagi pepunjuk kat YB,kalau YB terus buat fitnah , moga-moga Allah balas dengan balasan dengan setimpa dengan nya...

PAS tidak memerlukan orang mcm YB... jika YB masih dengan sikap ego...tidak beradab dalam jemaah..

maaf, saya terpaksa cakap kasar sebab YB nampak sudah melampau...

penyokong pas
Che Mah Kuala said…
Salam,

Kepada sang anon June 14, 2009 11:18 PM, penyokong PAS.

Fitnah itu apabila kita menuduh sesuatu yg tidak benar terhadap seseorang.

Apa fitnahnya YB ni? Dimana yg tidak betul, cakap lah. Atau anon nak fitnah YB pulak?

Kamu kata orang macam YB ini tidak diperlukan dalam PAS. Tapi hakikatnya dia YDP kawasan, telah mendapat sebanyak 408 undi sebagai calon AJK PAS pusat, iaitu kedudukan yg ke23 dari 54 calon. Kamu dapat berapa?

Rasanya orang macam kamu yg membuat tuduhan tanpa asas yg tidak diperlukan dalam PAS.

Kalau nak hujah, biarlah hujah yg bernas. Jangan main tuduh saja.

Wassalam,
Che Mah Kuala.
Anonymous said…
hahaha...kalid kalid..analisisi dan saikologi org kalah..

sudahlah...kalo dah kalah tu kalah la..

kalo org lain ade je tak kena.....yg ngko tu pegi letak banner muka ngko merata2 bersepah kat keliling stadium apahal...bukan kempen ke namenye tu...

pooorahhh...mulut munafiq!
chemen said…
jangan cepat sgt perasan kuat.. 1999 baru menang byk sikit ramai yg target 2004 PAS tawan Malaysia.. sehingga ada pimpinan tertinggi yg keluar kenyataan PAS boleh berdiri sendiri.. Karpal dan Kit Siang dikatanya dinosaur yg hampir pupus.. Terengganu nak dijadikan spt Kelantan.. akhirnya 2004 termakan diri sendiri.. bag aku, yg penting ialah menepati janji, tak kira semasa kita kuat atau lemah.. kita dah janji dgn DAP dan PKR akan sama2 tumbangkan Umno/BN, mengapa tiba2 nak mungkir janji.. salah faham tu biasa la.. kalau PAS betul2 gerakan dakwah, bukan sekadar parti politik, maka PAS insyaAllah mampu jelaskan tentang Islam kpd DAP dan PKR.. Pendakwah jenis apa bila mad'u argue sikit dah cabut lari?
Anonymous said…
ooooo..yb khalid pun sibuk dok submit proposal kat selangor ke?.

patutla pertahankan PKR kaw kaw...mcm rasuah la juga kan..senang skit proposal approve.

baru sama mcm abng dia yg dlm UMNO tu
Anonymous said…
Assalamualaikum wrt wbt

TG Haji Abd Hadi teruk kena lanyak.\
TG Nik Aziz segalanya hebat seolah2 maksum.

Cuba perhati antara kenyataan dan tindakan yang pernah dikeluarkan oleh Nik Aziz :

1. Tuhan mencarut
2. Allah samseng
3. Boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk Islam termasuk Syaitan (dlm isu bekerjasama dengan DAP)
4. Terima Ibrahim Ali jadi calon PAS (hari ini?)
5. Kalau UMNO terima Islam, PAS boleh dibubarkan
6. Banyak kaset2 lama beliau menyebut ttg mengapa UMNO takut nak bermuzakarah?

Banyak lagi kalau nak dijadikan isu.. Tapi, orang tak hentam Nik Aziz.. ahli PAS yang bengang pun tetap cuba menjustifikasi dan mempositifkan perkara tersebut..demi perjuangan Islam.
Abu Razeen 2 said…
Jawapan “saya tetap menang”, sekiranya benar, merupakan jawapan yang agak kebudak-budakan bagi saya dan kurangnya sifat kepimpinan. Ini juga menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap kehendak majoriti perwakilan.


bro khalid!
sdr ni kebudak2an atau dah hilang taat, thiqah dan hormat pd pemimpin dan hilang iltizam pd amal jamaie?

sdr bercakap macam lidah musuh pd Pas!

sy tlh defend sdr dlm blog ustaz Nik Abduh spt mana sy defend Dr Mariah dlm blog roslan sms. Memang sdr tak pinta pun, tapi niat sy agar tautan ukkhuwwah ( sdr, nik abduh, Dr Mariah dan Roslan dan juga sesama pimpinan Pas) dpt dijaga drp dirobek oleh macai2 umno.

sdr juga attack ulama Pas yg bersidang pd jubili perak Dewan Ulama.!

apakah sdr shj yg sayangkan Pas? Apakah muktamar dan perwakilan yg memilih pemimpin2 yg menang tempoh hari tidak sayangkan Pas?

Bertaubatlah kerana sdr tlh mencederakan Pas samada sengaja atau tidak.

sy yakin jk disiplin Pas yg terbaca tulisan sdr ini tentu terfikir2 apa nak dibuat dgn 'budak nakal' dlm Pas ini.

sy terusterang tlh berharap Pas memilih Husam sbg Tim Presiden. ( klu sudi bacalah tulisan sy tentang Husam dlm blog sdr yg lepas2 dan bacalah teguran sy pd Tantawi terhadap tulisan tak beradapnya keatas Husam.

tapi sy yg kurang lalui proses tarbiyyah dr sdr pun tahu hormati keputusan jemaah.

pls sit back and ponder bro.

u have crossed the line.

bertaubatlah.
Anonymous said…
Salam YB,

Walaupun dah terlampau lama:

Saya ingin menyampaikan kan skit teguran dari Ust Mohd Khairuddin Aman Razali tentang perbahasan YB di Muktamar PAS tempoh hari:

http://syeikh-takiri.blogspot.com/

Harap dapat diambil perhatian tentang perkara tersebut....

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…