Skip to main content

Tuntutan Menegur Pemimpin

Telah berkata Saidina Abu Bakar setelah dilantik sebagai Khalifah Islam yang pertama:

“Wahai manusia, telah kamu memilih saya sebagai pemimpin di atas kamu dan bukan lah aku terbaik dari kalangan kamu, sekiranya aku baik, maka bersamalah dengan ku. Sekiranya aku melakukan kejahatan, maka perbetulkan lah aku. Menyata yang benar itu adalah amanah, dan pembohongan itu adalah khianat…”

(Dipetik dari m/s 27, buku itmamul wafa fi sirah al-khulafa, syeikh Muhammad bin afifi albajuri)

Seringkali kita mendengar petikan ucapan Saidina Abu Bakar semasa beliau dipilih untuk menjadi khalifah yang pertama bagi ummat Islam selepas wafatnya Rasulullah (SAW) dan bahagian permulaan ucapan beliau saya sertakan di atas sebagai rujukan sekiranya ada yang kurang jelas. Bagi saya ianya jelas merupakan ucapan yang memohon teguran dan pembetulan dari ummat supaya memantau beliau sebagai seorang khalifah. Ini dipohon secara ikhlas kerana Saidina Abu Bakar amat menyedari betapa besarnya tanggung-jawab sebagai pemimpin ummat Islam. Tindakan beliau membawa implikasi bukan sekadar kepada ummat Islam sahaja, tetapi kepada agama Islam itu sendiri.

Sepanjang ucapan beliau itu, tiada sebarang bentuk arahan agar diberikan kepadanya ketaatan secara membuta tuli. Malahan teguran dipohon sekiranya dianggap ada yang perlu diperbetulkan. Bukan sekadar itu, Saidina Abu Bakar juga telah menyebut “Menyata yang benar itu adalah amanah dan pembohongan itu adalah khianat…”

Ini membawa pengertian bahawa seseorang itu mestilah nyatakan secara berterus terang akan kebenaran pandangan dan tindakkannya, jika setuju katakan setuju, jika tidak katakan tidak dan mengapa. Janganlah pula menjadi si pembodek yang sebelum habis lagi ayat sudah terus menjawab, “kami setuju, wala’ dan taat!” Jenis manusia yang sebegini tiada manfaat kepada jemaah. Malahan Saidina Abu Bakar menganggap mereka ini sebagai pengkhianat kerana mereka telah berdusta dengan meng’iya’kan perkara yang salah tanpa sebarang usul periksa. Terdapat kemungkinan yang di’iya’kan itu satu kesilapan besar dari sudut hukum atau strategi dan ianya membawa kerugian besar kepada jemaah.

Dalam pada itu, terdapat juga mereka berhujjah, “pemimpin sudah istikharah, kita ikut sahajalah”. Tetapi apa yang peliknya ialah, Saidina Abu Bakar sendiri yang mendapat Islam ditangan Nabi (SAW) tidak beristikharahkah? Sehingga meminta untuk diperbetulkan sekiranya salah? Golongan yang berhujjah sebegini, seperti kata DS Presiden di dalam satu muktamar di Kelantan satu ketika dahulu, “ingin memperkudakan Allah”. Mereka ingin Allah berkhidmat untuk mereka bukan mereka berkhidmat untuk Allah! Semua persoalan tidak mahu difikir atau dianalisa untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Mereka ingin Allah tentukan untuk mereka melalui istikharah pemimpin dan mereka akan ikut sahaja. Istikharah itu sememangnya digalakkan tetapi ianya tidak boleh digunakan sebagai hujjah yang qat’i dan masih perlu dibahaskan. Sekiranya perbahasan menemui kebuntuan dan semua tidak tahu jalan keluar, maka dengan itu istikharah menjadi pemecah kebuntuan.

Budaya taat secara membuta tuli ini adalah apa yang pernah dituntut oleh pemerintahan gereja suatu ketika dahulu. Kami adalah yang terdekat dengan Tuhan dan Tuhan bercakap melalui kami, kata paderi-paderi pada ketika itu. Oleh itu, sesiapa yang tidak mentaati arahan Gereja maka mereka dianggap berdosa dan melanggar perintah Tuhan. Mereka diseksa sehingga mereka tunduk kepada arahan itu demi ‘menyelamatkan’ roh mereka. Islam tidak sebegitu dan gerakan Islam tidak boleh terikut dengan budaya seperti itu. Pemimpin mesti bersedia untuk ditegur dan pengikut mestilah digalakkan untuk menegur kesilapan pemimpin, sepertimana ucapan Saidina Abu Bakar.

Itulah sebabnya dalam semua persoalan kita melihat Saidinna Abu Bakar berhujjah dengan para sahabat untuk mencari tindakan yang sebaik-baiknya. Termasuklah juga dalam persoalan memerangi golongan murtaddiin. Hanya dalam persoalan perlantikkan Usama sebagai ketua angkatan perang beliau tidak berbincang kerana keputusan itu telah dibuat oleh Rasulullah sebelum Baginda wafat dan Saidina Abu Bakar tidak akan mahu menolak pilihan Rasulullah (SAW).

Kaedah bermusyawarah ini sebenarnya dapat dipelajari dari amalan Rasulullah (SAW) sendiri. Dalam kisah peperangan Badr, Uhud dan sebagainya malahan dalam semua persoalan yang bukannya wahyu, Rasulullah (SAW) membawa berbincang dengan para sahabat Baginda. Sekiranya tidak dibincang di peringkat awal sekalipun, maka dijelaskan selepasnya apabila didapati terdapat sungutan sepertimana dalam persoalan pembahagian Ghanimah selepas perang Hunain. Namun ianya tetap dijelaskan dan kebijaksanaan serta keadilan tindakan berkenaan menjadi nyata kepada semua. Tidak pernah teguran dan sungutan dijawab dengan menuntut wala’ dan taat semata-mata. Melainkan ianya di dalam situasi kerahsiaan seperti peperangan.

Walaupun dalam perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah (SAW) berusaha menjelaskannya dengan sebaik mungkin dan apabila melihat para sahabat masih bersedih dan tidak berpuas hati, Baginda MEMINTA PANDANGAN dari isterinya Ummu Salaamah dan beliau menasihati Baginda untuk meneruskan upacara korban tersebut secara bersendirian. Apabila ianya dilihat oleh para sahabat yang lain, lantas mereka pun turut melakukan korban. Lihatlah sikap Rasulullah yang sanggup meminta pandangan hatta dari isteri Baginda sekalipun tanpa rasa segan silu. Ini amat berbeza dengan sikap sesetengah golongan yang menganggap pemimpin dewasa ini hampir maksum dan tidak boleh ditegur atau dinasihat.

Dapat kita lihat, dalam persoalan perjanjian Hudaibiyyah ini, tiada Rasulullah (SAW) menuntut wala’ dan taat dengan begitu sahaja, tetapi Baginda berusaha menjelaskan ketepatan tindakannya dan akhirnya tindakan Rasulullah (SAW) tersebut telah disahkan oleh Allah melalui wahyu yang diturunkan yang mengisytiharkan perjanjian tersebut sebagai satu kemenangan. Hakikat bahawa ianya sebuah kemenangan telah terus terbukti sehingga berlakunya Fathul Mekah hasil dari pelanggaran perjanjian tersebut oleh kaum Quraisy.

Berdasarkan semua yang di atas, konsep wala’ kepada pemimpin jelas tidak membawa erti ketaatan membuta tuli. Ahli berhak bertanya dan memohon penerangan dan pemimpin wajib menjelaskan, bukan sekadar menuntut wala’, thiqah dan taat. Pemimpin yang tidak berusaha memberi penjelasan dan hanya sekadar menuntut wala’, thiqah dan taat adalah pemimpin yang akhirnya akan menyebabkan robohnya institusi wala’, thiqah dan taat di atas sebab kelemahan diri sendiri. Mereka seolah-olah ingin menjadikan wala’, thiqah dan taat sebagai candu kepada ahli sedangkan pada hakikatnya, sekiranya difahami secara tepat, ianya bukanlah candu, tetapi lebih merupakan kepada rasa hormat menghormati dan keikhlasan dari kedua belah pihak.

Selain dari golongan pembodek yang ingin sentiasa meng’iya’kan pandangan pimpinan walaupun tidak memahaminya, terdapat juga golongan yang sentiasa ingin mencari alasan untuk membangkang. Mereka terus membangkang walaupun sudah dibahas dan dijelaskan berserta kekuatan hujjah yang telah terbukti tidak menyebelahi mereka. Golongan ini juga tidak berdiri di atas dasar “Menyata yang benar” tetapi lebih di atas dasar dengki kesumat atau agenda tersendiri yang hanya mereka sahaja yang tahu. Golongan seperti ini juga tiada manfaat kepada jemaah dan jatuh juga dalam kategori pembohong yang khianat.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa kedua golongan seperti ini jelas tidak dapat menghayati konsep wala’ yang telah dianjurkan oleh Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah Islam yang pertama.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

melihat said…
assalamualaikum.
tulisan yang menyegarkan minda saperti tulisan dr.maza.com tidak dikeluarkan surat kabar mingguan meroyan saperti biasa untuk akhbar mm tiap tiap hari ahad. guana gamak rasanya......
Anonymous said…
salam... menegur pemimpin dlm islam ada adapnya... spt juga bertanya soalan kpd tuan guru atau guru mgajar... islam cukup jaga adap dlm dan luaran termasuk insaniah....kerana ada nya konsep keberkatan sehingga pakar pakar barat tidak ada dalam kamus mereka...spt firma Allah swt maafumnya... " kadang kita rasa fikir , perancangan kita betul dan terbaik.... tetapi yakin lah hanya penentuan Allah swt terbaik........ ada hikmat di sebalik nya......

Bg pandangan saya tindakan YB dato Hassan Ali ..... berpura baik dan tikam MB selangor dari Belakang kjn perpaduan dgn Uhmmno ada hikmatnya.... tak semestinya pakar motivasi dan orang pandai bercakap blh amal aper ia cakap .... cakap tak serupa bikin.... lebih baik ambil orang gagap jadi ketua.... tapi bolh delivery .... lu... fikir sendrilah .... waallah wwalam....
Abu Muhammad Al Amriki said…
Assalamu'alaikum YB;

Dengan tidak mengenepikan pandangan YB, saya cuma musykil apakah keputusan jamaah haya dibuat oleh seorang sahaja yang beristikharah ataupun setelah diperbincangkan oleh pihak pimpinan dahulu. Kewajiban menegur jika didapati ada kesalahn perlulah dibuat secara sirr didalam mesyuarat dan bukanlah secara terbuka hingga menghilangkan kepercayaan anggota jammah kepada pimpinan. Mungkin bagi kita ianya salah tetapi tidak semestinya pandangan kita juga betul. Kendalikan PAS ini sebagai jamaah Islam dan bukan parti politik. Sudah lebih 20 tahun saya mengikuti jammah ini dan perkara sebeginilah yang nampaknya akan menghancurkan jammah kita.
Anonymous said…
Salam

"terdapat juga golongan yang sentiasa ingin mencari alasan untuk membangkang. Mereka terus membangkang walaupun sudah dibahas dan dijelaskan berserta kekuatan hujjah yang telah terbukti tidak menyebelahi mereka. Golongan ini juga tidak berdiri di atas dasar “Menyata yang benar” tetapi lebih di atas dasar dengki kesumat atau agenda tersendiri yang hanya mereka sahaja yang tahu. Golongan seperti ini juga tiada manfaat kepada jemaah dan jatuh juga dalam kategori pembohong yang khianat"

Di harapkan YB tak termasuk dalam golongan seperti yang YB sebut sendiri di atas.

Wallahua'lam
pemuda shah alam said…
Adab dalam jemaah perlu dititik beratkan supaya tidak berlaku kecelaruan dalam jemaah... nak tegur kena ada caranya bukan tegur kat blog... hubungan sesama jemaah perlu erat supaya tidak berlaku saling tuduh menuduh... inilah akibatnya... Masuk jemaah Pas, perlu fahami aqidah perjuangan supaya tiada yg bawa agenda peribadi... Manakah tidak berlakunya seperti ini, bila pimpinan dinaikkan ke atas tidak melalui proses tarbiah. Sepatutnya sesiapa yg masuk pas perlu melalui proses2 pentarbiahan seperti usrah, tamrin, muqayyam dan lain2. tapi ini tidak berlaku kepada sesetengah pimpinan Pas... masuk je Pas terus jadi pimpinan sedangkan mereka sendiri tidak memahami tuntutan gerakan Islam, memahami tuntutan aqidah perjuangan dan pra syarat kemenangan Islam dll...
pang5bugis said…
Salam.
Imam Al Ghazali.... ada mgatakan kritikan , teguran ...celaan.....wpun dari pihak musuh ada baik nya utk muhasabah diri drp... kawan rapat yg asyik mpuji dan mjilat.... ampu sana ampu sini........akhirnya hancur .... macam Uhmmno ....b.... end....
Anonymous said…
...pembohongan itu adalah khianat.

mcm mana dgn anwar yang asyik bohong kpd rakyat sejak daripada zaman umno hingga ke hari ni.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…