Skip to main content

Berceramah Bersama TS Kadir dan Dato Tamrin Ghaffar

Saya berkesempatan berceramah bersama TS Kadir beberapa kali pada bulan Mei. Dalam satu ceramah, apa yang telah disebutkan oleh TS Kadir saya sebarkan melalui laman twitter saya secara ringkas point demi point. Sejurus selepas itu, saya menerima berbagai respon dari budak-budak UMNO. Sebagai rumusan, ramai dari mereka yang menulis seperti ini, “TS Kadir duduk dalam UMNO dulu, sekarang dah kaya dah. Apa lagi yang dia nak? Patut duduk di rumah main dengan cucu”.

Itulah masalah budak-budak UMNO ini. Tanpa mereka sedar mereka mengakui bahawa bagi mereka, tujuan masuk UMNO adalah untuk menjadi kaya. Apabila sudah kaya, maka seseorang sepatutnya bersyukur dan berterima kasih. Maka duduklah diam-diam di rumah jangan cuba kacau peluang orang lain pula!

Bagi budak-budak UMNO seperti ini, mereka tidak faham soal masuk politik demi perjuangan. Apabila yang diperjuangkan itu akhirnya dinodai, maka seseorang pemimpin, walaupun sudah mula berpencen, tidak akan boleh berdiam diri. Inilah apa yang diceritakan oleh TS, iaitu bagaimana UMNO dulu dan sekarang tidak sama dan mengapa dia akhirnya keluar selepas menjadi ahli selama 56 tahun. Menurut beliau lagi, Tun Hussein Onn pernah memberitahu kepadanya apabila beliau cuba memujuknya supaya kembali menyertai UMNO, “apabila UMNO berpisah dari rakyat (tidak lagi membela rakyat), maka kita mesti bersama rakyat”. Atas sebab itu maka Tun Hussein Onn tidak kembali menjadi ahli UMNO.

Walaupun dijelaskan TS Kadir dengan baik, budak-budak UMNO ni tidak akan faham kerana mereka terlalu fokus terhadap persoalan mengguna kedudukan dan jaringan untuk mengkayakan diri.

Saya juga berpeluang berceramah bersama Dato Tamrin baru-baru ini. Beliau adalah anak kepada Tun Ghaffar Baba. Beliau pun menceritakan perkara yang hampir sama seperti TS Kadir. Bezanya beliau belum lagi keluar UMNO. Walaubagaimanapun, beliau meminta rakyat supaya menolak UMNO! Beliau ingin menyelamatkan UMNO dengan cara membiarkan UMNO mengalami kekalahan. Maka, barulah UMNO akan insaf dan kembali kepada perjuangan asalnya iaitu membela nasib rakyat, khususnya masyarakat Melayu. Itulah perjuangan asal UMNO mengikut Dato Tamrin dan sekarang ini UMNO telah terpesong dari matlamatnya.

Dalam pada itu, apa yang agak mencuitkan hati ialah apabila semasa berceramah beliau sempat pula berpesan; kalau beliau dipecat dari UMNO maka janganlah orang-orang PAS menolak dia dari menyertai PAS pula!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD