Skip to main content

Tabung Haji Juga Tangguh Jamaah Haji Ke Makkah

SHAH ALAM, 15 JUN: Isu menangguhkan ibadat haji tidak seharusnya dijadikan isu besar kerana selama ini pun Lembaga Tabung Haji dan kerajaan Arab Saudi juga turut menangguhkan pemergian jamaah haji ke Makkah berikutan koata yang diberikan amat terhad.

MP Shah Alam, Khalid Samad berkata ilmuan agama disaran supaya mendengar dan meneliti semua hujah yang dikeluarkan sebelum membuat tafsiran atau sebarang hukum berhubung isu pengguhan ibadah Haji sekiranya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ketika musim Haji.

Beliau dalam temuramah khas dalam program terus terang terbitan TV Selangor menegaskan, hasrat yang disuarakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya kerajaan tidak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ketika musim haji merupakan cadangan yang disokong oleh pihak lain.

Menurutnya, soal memilih pemimpin dan pemerintah merupakan satu perkara yang terkandung dalam agama Islam dan bukannya bersifat duniawi.

Katanya, sekiranya Umno-BN benar-benar menghormati suara orang Islam, perkara ini perlu diberikan perhatian serius dan bukannya diputar-belitkan.

“Pilihanraya ini bagi PAS satu perkara yang amat penting kerana ianya masa bagi menentukan pemimpin dan pemerintah kepada masa depan negara dan umat Islam itu sendiri.

“Ini merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh dan kita pisahkan sebagai tanggungjawab keagamaan kita,” katanya

Tegasnya, PAS sejak dahulu sehingga kini kekal dengan pendirian bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

Khalid yang juga AJK Tertinggi Pas Pusat menambah, meskipun tidak berada dalam sausana menjelang pilihanraya, umat Islam yang berkemampuan juga terpaksa menagguhkan hasrat mengadakan ibadat haji ekoran sisitem kuota yang selama ini diamalkan oleh kerajaan menerusi Tabung Haji serta kerajaan Arab Saudi.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno-BN akan menafikan hak sebahagian besar rakyat jika mengadakan PRU-13 pada musim haji tahun ini.

Hadi menyatakan, hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan di antara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh.

Abdul Hadi berkata, Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.

Berita ihsan Selangorku
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

mahaza said…
Jika kita ada sedikit imaginasi yang mungkin tampak bodoh dengan berandaian SEMUA calon muslim yang hendak dicalonkan mengerjakan haji dan tidak menangguhkan haji mereka atas saranan ramai juak-juak, maka akan tinggal calon-calon bukan Islam. Bagaimana kesudahan kepimpimanan negara? Siapa akan ditanggungjawabkan kelak?
kadiak said…
Takkan buduh betoi bn nak buat pilihanraya waktu musim haji ape? Ingat ahli pas jer sorang pegi haji? Mereka pun mesti ade strategi politik yg baik jgn sangka buruk?
bluequartz said…
betul tu kadiak.. aku naik heran apa la yg PAS terdesak sgt sampai fikir camtu. dengar cerita kaum bukan melayu sume nak undi PR, so apa yg takut sgt klu undi masa haji?
bluequartz said…
DIa igt org PAS jer yg tau g haji, lgpun dengar crite yg bukan melayu sume nak undi PR, so...apa yg takut sgt?

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…