Skip to main content

Perbahasan dan Bantahan Terhadap POTA di Parlimen Pada 6 April 2015

Banyak yang telah ditulis berhubung perbahasan dan peristiwa belah-bahagi yang telah berlaku semasa membahas Rang Undang-Undang Pencegahan Kegansan 2015 (POTA) pada 6 April yang berlarutan sehingga 2.20 pagi 7 April lepas. Isu yang ditimbulkan oleh sebahagian penganalis politik adalah mengapa hanya 64 Ahli Parlimen PR yang hadir semasa belah-bagi tersebut dan bukan 89 seperti sepatutnya? Ini dilihat sebagai isu terbesar oleh mereka kerana Ahli Parlimen BN yang mengundi adalah hanya 81 orang sahaja. Oleh itu, sekiranya kesemua Ahli Parlimen PR hadir, maka secara mudah dianggap usul RUU POTA boleh dihalang.

KEHADIRAN AHLI PARLIMEN PR DI PARLIMEN
Sememangnya ianya terbaik sekiranya semua Ahli Parlimen (AP) boleh hadir pada setiap ketika Parlimen bersidang, tetapi sepertimana difahami kadang kala AP terpaksa hadir program lain yang turut sama penting. Oleh itu ada kalanya ketidak-hadiran seseorang AP semasa sesuatu RUU dibahas tidak dapat dielak. Ini adalah lebih-lebih lagi apabila tarikh perbahasan sesuatu RUU hanya diketahui dengan pasti beberapa hari sebelum ianya dibentang sedangkan program Ahli Parlimen disusun sebulan lebih awal. Saya yakin tiada AP PR yang dengan sengaja ponteng sepertimana yang didakwa. Kebanyakan yang tidak hadir semasa belah-bagi telah hadir sehingga jam 9 malam dan terpaksa keluar selepas itu oleh kerana temu-janji yang telah dibuat terlebih awal. Kebiasaannya sidang Parlimen berakhir paling lewat pada jam 9 malam dan oleh itu AP PR akan menerima jemputan untuk ke program lain samada mesyuarat, ceramah dan sebagainya yang bermula selepas jam 10 malam.

Saya sendiri telah hadir sebuah forum yang disiarkan secara live oleh ‘Channel News Asia’ di studio mereka di Bangsar. Saya keluar sebelum Maghrib, solat Maghrib di Bangsar dan hadir forum tersebut pada jam 8.00 malam hingga 8.30 malam. Selepas itu saya kembali ke Parlimen dan nasib baik, tiba hanya beberapa minit sebelum berlakunya belah bagi.

ISU SEBENARNYA
Sebenarnya saya melihat isu yang lebih utama dari persoalan ketidak-hadiran AP PR semasa belah-bagi ialah bagaimana UMNO/BN telah mungkir janji dan menghidupkan kembali budaya zalim ISA melalui RUU ini! Sepertimana kita semua faham, amalan tahanan tanpa perbicaraan merupakan amalan yang dibenarkan POTA sepertimana ianya pernah diamalkan ISA. Walaupun ada kekeliruan pada awalnya berhubung ketiadaan perbicaraan sebelum seseorang ditahan, namun akhirnya semua jelas bahawa POTA adalah akta yang membenarkan tahanan tanpa bicara. Menghadirkan orang tertuduh di depan Majistret tidak bermakna apabila Majistret terpaksa membenarkan lanjutan tahanan semata-mata atas sebab adanya permintaan oleh pegawai polis.

Semasa perbahasan, amat jelas bahawa semua AP BN langsung tidak menghiraukan soal keadilan dan bagaimana keadilan akan terlaksana dalam menangani pertuduhan terhadap seseorang. Dalam menggubal undang-undang, wajib bagi semua AP menentukan bahawa undang-undang yang digubal menjamin keadilan untuk yang tertuduh. Tetapi AP BN bagaikan tidak menghiraukan persoalan ini dan hanya menyatakan kepentingan awam mewajarkannya. Dalam erti kata lain, biarlah orang perseorang ditahan dan dihukum walau pun mungkin tidak bersalah sekali pun asalkan ‘keamanan terjaga’. Sedangkan keamanan boleh tetap terjaga walaupun keadilan terjamin. Malahan dengan terjaminnya keadilan sahajalah akan keamanan itu terjaga.

Oleh itu, walau pun mungkin ada yang marah dengan AP yang tidak hadir pada ketika belah-bagi tersebut, seharusnya kemarahan seluruh rakyat lebih layak ditumpukan kepada UMNO/BN yang membawa RUU ini. Ini yang sepatutnya menjadi sasaran kemarahan, bukannya ketidak-hadiran beberapa AP PR yang kesemuanya mempunyai sebab dan alasan yang munasabah.

WAKTU BERSIDANG YANG MUNASABAH
Pada masa yang sama, wujud juga kepincangan dalam pengurusan Parlimen di mana oleh kerana RUU ingin diluluskan secara segera oleh pihak tertentu, maka tempoh persidangan boleh dilanjutkan dengan sewenang-wenangnya sehingga ke jam 2 pagi! Ini memberi gambaran bahawa Parlimen tidak mementingkan mutu perbahasan dan sebaliknya hanya mementingkan jadual kelulusan RUU. Pada masa yang sama, Parlimen tidak mengambil kira kehadiran semua AP yang sepatutnya dipermudahkan dengan mengadakan perbahasan pada waktu yang lebih wajar, bukan jam 2 pagi!

Pada hari berkenaan saya dan beberapa Ahli Parlimen PR telah meminta supaya perbahasan dibenarkan hanya sehingga 9.30 malam dan diteruskan esoknya. Namun permintaan kami ditolak. Perkara ini juga patut diberikan penonjolan supaya amalan sebegini tidak diteruskan oleh Parlimen. Tempoh Parlimen bersidang boleh dipanjangkan sekiranya perlu, sambil waktu sidang seharusnya dihadkan dari jam 10 pagi sehingga, paling lewat, 9.30 malam sahaja. Ini adalah satu-satunya cara untuk menjamin perbahasan yang berkualiti oleh AP ke atas setiap RUU yang dibentang. Namun sememangnya BN tidak begitu mementingkan persoalan ini. Yang penting adalah RUU mereka diluluskan dan kalau tiada perbahasan, mereka sekadar bersikap “itu lagi baik”!

Pada 8 April 2015, ianya berlaku sekali lagi. Parlimen bersidang sehingga jam 2.20 pagi untuk membahas RUU Securities Commission. Sekali lagi AP PR dipaksa membahaskan RUU dalam keadaan yang bukan terbaik.

TUJUAN SEBENAR DILAKUKAN BELAH-BAGI
Bagi yang menganggap bahawa BN boleh kalah melalui belah-bagi pada hari tersebut, perlu saya ingatkan pengalaman kami pada tahun 2008. Pada ketika itu, semasa melakukan belah-bagi, PR kalah dengan hanya beberapa undi. Ini berlaku oleh kerana semua AP BN yang berhampiran telah dipanggil untuk hadir ke Parlimen setelah didapati mereka mempunyai jumlah yang berkurangan di dalam dewan. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah kelihatan bergegas masuk ke dewan demi menentukan kemenangan usul BN. Keadaan yang sama akan berulang pada 6 April lepas sekiranya jumlah AP PR melebihi jumlah AP BN. Kebanyakan AP BN berada di rumah atau hotel berhampiran. Mereka boleh sampai ke Parlimen dalam masa tidak melebihi beberapa minit. Oleh itu, semua mesti memahami bahawa tindakan mengadakan belah-bagi tersebut adalah lebih untuk menzahirkan bantahan terhadap sesuatu RUU hingga ke tahap maksima dan bukan semestinya untuk mengalahkan BN melalui belah-bagi tersebut. Ini adalah kerana BN mempunyai 133 AP sedangkan PR hanya mempunyai 89. Semenjak pengalaman mereka pada 2008, secara kebiasaannya BN akan mewajibkan kehadiran 80 AP BN pada bila-bila masa sambil yang lain berada berhampiran ‘on standby’. Maka itulah hakikat sebenar pemerintahan di bawah kerajaan BN.

KESIMPULAN
Oleh itu, adalah diharap bahawa semua memahami matlamat sebenar diadakan belah-bagi seperti yang telah dinyatakan. Kefahaman ini akan dapat mengelakkan terhasilnya silap faham dan kemarahan terhadap pihak yang pada hakikatnya tidak bersalah. Jika tidak, ada kemungkinan, pihak AP PR akan merasa khuatir untuk mengamalkan belah-bagi kerana mungkin ianya akan menghasilkan kemarahan terhadap AP PR yang tidak hadir atas sebab yang munasabah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

king said…
Enemy to my enemy is my friend. Especially now when PR suffers so much sickness for all wrong reasons we really need a Doctor, which is none other Dr Mahathir Mohamad.
We need all the help, to all Malaysian, PR, Bersih and all NGO need to group behind him we need his leaderships ! # Lawan tetap Lawan
Mohd Noor said…
Yang tidak hadir perbahasan malah menyokong POTA macamana pula??
Johan said…
Kalau dah dibom barulah tangkap. Itu pun mesti ada bukti. Tatacara polis hadapi penjenayah mesti profesional. Tak boleh terus tembak. Padtikan penjenayah ada senjata atau tidak. Jika bersenjata pastikan ada peluru atau tidak. Bukannya susah sangat, polis tanya je pada penjenayah itu. Jika dia kata pistol ini tak ada peluru tak payahlah temvak. Jika penhenayah tembak dulu itu pun tidak membolehkan polis terus balad tembak. Kena siasat dulu adakah benar peluru itu akan kena pada dirinya. Dah dipadtikan kena kenalah elak. Jika terkena tembak pun tak bolehlah terus balas tembak. Tak jan baru kena dekat kaki nak bals tembak. Kena usahalah agar nyawa penjenayah itu selamat. Kebenaran menembak hanta boleh dilaksanakan jika peluru yg dilepaskan penhenayah menyebabkan kematian. Bila dah pasti contoh peluru itu akan kena kepala barulah polis berkenaan menembak. Baru adil.
Nik Abrazak said…
one word... pathetic
two words... excuses excuses
three words... ignorant of priorities
devidmark said…
I appreciate you and I would like to read your next post.
We will help you for finding any important News that you need for
every information.
Bangladesh online news
Live bangladesh
BD News
News

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355

MUQADDIMAH

1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.

2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.

3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku…

Video Parlimen: DOJ Go Fly Kite, our Country is Clean!

Video ihsan MP Amanah Tv.
Berkaitan, Mengapa Kita Tubuhkan 1MDB?

-Pejabat YB Khalid Samad-