Skip to main content

Semoga Doa Untuk Selamatkan PR Selangor Dimakbul Allah

Sepanjang minggu lepas ramai telah mendoakan semoga Allah selamatkan Kerajaan PR Selangor. Dengan berbagai andaian, senario yang menakutkan telah dinukil oleh beberapa pimpinan dan penganalisis politik. Namun akhirnya, segala ketakutan dan kerisauan dilenyapkan dengan diambil beberapa tindakan oleh watak tertentu yang semestinya diilhamkan oleh Allah SWT.

MENUTUP PINTU BELAKANG MENGHALANG UMNO RAMPAS KERAJAAN
Untuk mengelak terbentuknya ‘kerajaan minoriti’ antara UMNO dan TSKI sepertimana yang kononnya telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor (menurut TSKI), maka PAS mengekalkan ‘sokongan’ buat masa ini untuk TSKI. Empat Exco PAS kekal sebagai Exco dan jaminan diberi bahawa tidak akan ada Exco tambahan dari PAS mahupun UMNO. Empat orang Exco adalah jumlah Exco minima yang perlu dilantik untuk membentuk kerajaan. Sekiranya jawatan ini dikosongkan oleh exco PAS, maka kononnya TSKI akan meminta pekenan Sultan untuk melantik 4 orang Exco baru dari UMNO sambil mengekalkan beliau sebagai MB. Ini boleh dilakukan atas alasan parti PR masih berbalah satu sama lain berhubung calon MB sehingga tiada yang mendapat sokongan majoriti.

Maka tindakan PAS mengekalkan 4 exco mereka dan ‘sokongan’ mereka terhadap TSKI telah memintas kemungkinan ini. Atas tindakan 4 exco PAS dan PAS Selangor menutup ketat pintu belakang kepada UMNO menyertai atau mengambil-alih kerajaan Negeri Selangor, saya ucapkan tahniah.

MEMBUKA PINTU DEPAN UNTUK MASUKNYA KEMBALI KERAJAAN PR
Sambil pintu belakang ini ditutup rapat, tindakan dua ADUN PAS menzahirkan sokongan kepada DSWA sebagai MB Selangor telah membuka pintu depan seluas-luasnya untuk PR mengambil kembali kerajaan Selangor melalui pintu depan. Hakikatnya kerajaan yang terbentuk sekarang bukan kerajaan PR tetapi kerajaan TSKI yang mendapat sokongan ikhlas dan tanpa syarat; serta disokong UMNO/BN walaupun Exconya dari PAS. Keutamaan adalah untuk mendapatkan kembali kerajaan yang telah dibawa-lari pengkhianat PR, iaitu TSKI.

Dengan sokongan dua ADUN PAS, maka PR boleh kembali berkuasa dan tiada alasan munasabah untuk menghalang DSWA mengangkat sumpah menjadi MB dan dengan itu menegakkan kembali kerajaan PR Selangor. Ini adalah kerana terbukti sudah bahawa DSWA memperolehi sokongan majoriti ADUN di DUN Selangor.

Dengan itu terbukti juga bahawa TSKI telah menipu DYMM Sultan Selangor dengan dakwaan beliau mendapat sokongan majoriti. Seharusnya setelah terbukti TSKI seorang penipu dan telah menipu Sultan, maka TSKI beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai MB secara baik dan bertanggung-jawab. Kecuali jika ada agenda tertentu?

MENIDAKKAN KEPERLUAN UNTUK DUN DIBUBARKAN
Sekiranya tiada mana-mana pihak mendapat sokongan majoriti, perletakan jawatan oleh TSKI boleh menyebabkan DUN dibubarkan sekiranya diminta oleh TSKI sebagai MB. Oleh yang demikian, Keperluan membubar DUN pada ketika ini telah tidak lagi releven. Tindakan pantas oleh 2 ADUN PAS bukan sekadar membuka pintu depan dengan seluas-luasnya untuk PR kembali memerintah di Selangor, tetapi juga menyebabkan tindakan membubar DUN tidak lagi satu merupakan satu pilihan yang perlu dipertimbangkan DYMM Sultan Selangor. Ini adalah kerana sudah ada yang mendapat sokongan majoriti!

KESIMPULAN
Maka dengan itu tindakan yang berbeza dan bercanggah oleh PAS Selangor dan kedua orang ADUNnya sebenarnya adalah bersifat saling membantu untuk ‘check-mate’ TSKI. Ianya satu rahmat yang tidak disangkai pada awalnya. Pepatah Inggeris menyebut ‘Blessing in Disguise’. Ini kerana yang terhasil, samada secara terancang oleh PAS atau kebetulan adalah:
  1. Pintu belakang ditutup rapat menghalang UMNO merampas kerajaan, 
  2. Pintu depan dibuka luas untuk PR mengambil alih kerajaan dan 
  3. 3. Pembubaran DUN tidak lagi releven!
Saya tidak tahu samada inilah sebenarnya apa yang dirancang pimpinan tertinggi PAS, tetapi yang pasti inilah perancangan Allah dan saya teramat bersyukur kepadaNya. Maka tidak perlulah marah pada Exco PAS yang tidak meletakkan jawatan mereka sepertimana yang telah disarankan oleh kebanyakkan penyokong PR dan tidak perlulah juga marah kepada 2 orang ADUN PAS yang kelihatan seolah mendahului keputusan PAS pusat; hanya yang perlu ialah untuk kita mengucapkan Alhamdulillah dan redha dengan takdirNya.

Kita merancang dan Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Adakah ini jawapan Allah kepada solat hajjat dan doa untuk selamatkan kerajaan PR Selangor yang dilakukan oleh rakyat Selangor sejak krisis ini mula berlaku? Wallahu ’alam. Namun, marilah kita terus berdoa kesejahteraan Negeri Selangor dan semoga doa untuk selamatkan PR Selangor dimakbul Allah. Ameen.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Izuddin said…
Stopa Ali tak terus terang...dia dok main politik ular(setan). Mula2 PAS kata tak perlu tukarmb, pastu tukar tp bukan zah. baru skrg stopa bgtau PAS ada calon sendir(kalau YB kalid, saya setuju).

Saya mencelah PAS tikam belakang, tp sorg PAS kata 'kena pandai politik'. Saya bidas...main politik ka? Dia diam.

Sesungguhnya mainan politik PAS skrg ada lah tipu helah, menangguk di air keruh. Ia bukan Jalan2 Ku. Jalan2 Ku lurus lagi terang.
4G said…
Btuilss laa ur comment ni yb khalid...ur analysis quite rlvent n rational. ..tq smuga Allah swt memberkati hmbaNya iklas didlm mnegakn kebenaran dn memerangi kebatilan
Izuddin said…
Keputusan PAS samada zah atau azmin jadi mb terserah kpd sultan bukan ketulusan 100%. keputusan ini mengsahkan PAS disuruh mencalon azmin supaya pkr pecah.

PAS berharap azmin pertahan dgn pencalonon PAS utk jadi mb, dan PAS gagal kali ke3 bila azmin sokong pencalonon pkr supya zah jadi mb. pas tak guna langsung dah.

PAS ingat depa reti main politik cerdik(power blackmail konon), tp tindak tanduk PAS dari awal hingga hari ini hanya lah perbodoh PAS sendiri.

mat sabu, hang tau apa yang saya tau, tp hang buat tak tau dok diam tunggu bulan jatuh ke riba supaya ada peluang jadi presiden pas kot. saya lihat husam boleh jadi a better presiden.

Walaupun crisis nampak dah berakhir, namun ada dikalangan pas yg tak reda. Sekiranya mat sabu pun sama mcm hadi tak focus dan masih berharap takdir menyebelahi, penyokong pr takan mahu di perlaku sedemikian kali kedua.

majlis Syura PAS dah boleh bubar.
Izuddin said…
Madey now attacks najib, not because he is disappointed with najib (najib had given a lot to the wants of madey) but because najib reiterates, he doesn’t need to step down now that their plans to break pakatan didn’t fall through.

I am disappointed with PAS. PAS showed they were doing the dirty jobs for umno, and when things fall apart they try to wash their hands.

When asked what if Sultan wants to dissolve DUN, how could they reply it’s the Sultan prerogative? Of course it is, but the journalists were asking PAS and not the Sultan. The Sultan can say it is his prerogative; but PAS can’t speak on behalf of Sultan! Pas should have said what they want and expect from the Sultan after PAS had made the decision to ‘return’ to the fold of PR.

I see hypocrisies on the part of PAS leaders. I follow Islam and I see PAS is being hypocrites. Why? Because PAS leader were ashamed of themselves that PKR proved they followed Islam and PKR was successful.

To PAS Muslims, prayers 5 times a day are worshiping Allah. To us, we pray 5 times a day to fulfill the COVENANT between Muhamamd and Allah during the Ascension.
tarantula said…
PASAKAN HANCUR KALAU ADA ORANG MACAM KHALID SAMAT

LIDAH BERCABAG

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.