Skip to main content

Video: Mind Games by an Old Master - TGNA

EXCLUSIVE Long-serving Kelantan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat is only prepared to say that his successor will come from the PAS hierarchy.



Video ihsan Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Senario politik negara selepas PRU-12 telah memperlihatkan munculnya pelbagai isu yang tidak sepatutnya dipertikaikan kini mula diungkit dan dibangkitkan oleh puak pelampau, khususnya puak biaDAP ini. Satu demi satu perkara yang berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam terus menjadi sasaran puak ini, kononnya untuk mewujudkan semangat Malaysia Malaysian.
Implikasinya peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan telah menjadi sasaran serangan, malah demi kepentingan politik, puak-puak pelampau ini melakukan tindakan yang cenderung ke arah menggugat peruntukan yang sudah ditetapkan oleh Perlembagaan.
Antara isu yang paling gemar dimainkan melibatkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan khususnya berkaitan dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Kononnya atas prinsip untuk menegakkan kesamarataan dan keadilan, peruntukan ini cuba diganggu gugat dan kalau boleh mahu dilenyapkan terus. Apakah orang Melayu mahu terus mendiamkan diri dek kerana dibuai oleh arus modenisasi dan globalisasi?
Sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menjadi sumber utama kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program affirmative yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera dalam bidang sosio-ekonomi. Perkara 153 inilah yang menjadi sumber kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN).
Hakikatnya, peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia perlu difahami sedalam-dalamnya oleh semua pihak, termasuk puak pelampau, khususnya si biaDAP. Janganlah kerana Malaysia tidak mahu disisihkan oleh arus globalisasi dan dek kerana salah tafsir gagasan 1 Malaysia oleh sesetengah pihak, maka dasar, strategi dan program yang melibatkan orang Melayu dan Bumiputera mahu diubahsuai, dipinda atau dimansuhkan terus sehingga orang Melayu dan bumiputera kehilangan identiti dan jatidiri.
Sesungguhnya puak pelampau ini telah didorong oleh rasa tidak puas hati dengan agenda mereka selama ini yang terang-terangan ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia. Puak pelampau ini juga cuba memainkan isu sensitif dan sensasi seperti isu berkaitan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan juga hak keistimewaan orang Melayu, bertujuan memesongkan fahaman masyarakat. Apabila isu ini berjaya diputarbelitkan maka sudah pasti akan mewujudkan suasana kucar-kacir dalam negara, .lantas mereka akan menunding jari kepada kerajaan BN, khusus UMNO yang dikatakan menjadi dalangnya.
Yang pasti hal-hal tersebut bukanlah isu baru yang cuba dimanipulasi oleh puak pelampau ini khususnya biaDAP yang sememangnya lantang menyuarakan gagasan Malaysian Malaysia. Sesungguhnya tindakan si biaDAP yang mencabar Perlembagaan ini bukanlah kali pertama dilakukan, malahan mereka sentiasa mencari peluang melalui keangkuhan, tidak senang dengan kemajuan negara meskipun mereka gagal menafikan bahawa mereka juga mendapat kesenangan daripada kemakmuran negara yang dikecapi selama ini.
Bagi mereka yang dangkal dan cetek pemikiran maka tentunya akan termakan dengan dakyah buruk puak pelampau dalam cubaan memusnahkan kedaulatan negara dan cuba mengganggu gugat Perlembagaan yang selama ini terpelihara dengan baik.
Perlu dijelaskan semula bahawa konsep ketuanan Melayu yang digembar-gemburkan tidak pernah menjadikan bangsa Melayu sebagai tuan dan bukan Melayu sebagai hambanya. Sesungguhnya ketuanan Melayu hanyalah simbol atau lambang yang membawa maksud kepada kedudukan Raja-raja Melayu sebagai tonggak negara; menjaga kepentingan agama Islam, memelihara istiadat Melayu dan bahasa Melayu sendiri.. Dengan lain perkataan, ketuanan Melayu yang digunapakai berlandaskan kepada Perlembagaan Negara. Kesimpulannya puak pelampau ini amat dangkal mengenai pemahaman Perkara 153 dan konsep Ketuanan Melayu, atau sengaja pura-pura mendangkalkanya demi cita-cita politik sempit mereka.
Anonymous said…
nasib baik dr yusuf qardawi tak kena tangkap sebab bagi ceramah tanpa tauliah mais

pomen seksen 7

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.