Skip to main content

Bilamana UMNO Tidak Menyerang PAS...[Tuan Ibrahim Tuan Man]

Oleh : Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man

Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.

Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.

Bilamana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor , Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markaz PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapanan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum berbual-bual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya hubunginya di luar Negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.

Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bilamana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin. Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato’ Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.

Saya memaklumkan kepada YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan. Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: “Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak.” Saya menjawab : “ InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini.” Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan –cawangan yang telah membuat jemputan tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.

Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid ( bukan menggantungnya ) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya. Mereka bertanya: “Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?” Beliau menjawab: “Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!” Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada penglima baru bilamana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.

Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikuti kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan. Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa kepada satu hukuman jangkaan yang mereka ada agenda tersendiri.

Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama. Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?

Saya sebenarnya cuba untuk menjawab tohmahan itu, tetapi sebarang jawapan hanya akan menimbulkan polimik yang lebih besar dan berpanjangan. Tambahan pula ada beberapa fakta yang ditemui tidak sesuai jadi tatapan umum. Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli PAS atau penyokong PAS. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hassan Ali.

Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak. Beliau sebenarnya telah menghantar surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat Negeri Pahang. Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau.sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau keluar Negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.

Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendak massa. Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan. Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tudak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman. Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosidur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.

JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak diluar perlembagaan parti.

Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu, tapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh. Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti. Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.

Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah. Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan keputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.

Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.

Wassalam.

Dari blog Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

pas forever said…
saya suka yg paragraph yg terakhir sekali.
"kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah yg paragraph yg terakhir sekali "

oleh itu saya syorkan dr hassan ambil iktibar dari perengan di atas.anada telah banyak menyusahkan PAS terutama di selangor.saya bercakap atas kapasiti saya sebagai ahli pas yg aktif di selangor.
INFO DPPSA said…
Tahniah buat YB yang mmg terbuka dgn segala komen... Imej YB perlu dibersihkan setelah dipalitkan dengan sombong,keras kepala , suka melawan...Saya suka statement Tuan Ibrahim...Jelas dan mudah difahami...
Semoga PAS Selangor akan meninggalkan zaman sukarnya dan kembali ke trek kegemilangan....
Anonymous said…
Salam.

Saya sebenarnya penyokong PAS sejak di bangku sekolah lagi tetapi tidak pernah menjadi ahli PAS

- terasa macam ahli PAS juga.

Saya kurang senang dengan perkembangan kini - tidak menyebelahi sesiapa kerana saya hanya melihat dari jauh sahaja.

Diharap akan bertemu kejernihannya nanti.

Saya juga suka perenggan akhir itu. ""kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah"..fikir jangan tak fikir...wallahu aklam.
Anonymous said…
Apa yang Tuan Ibrahim cuba kelentong ni?

Abdullah Karim TELAH PUN menyampaikan segala maklumat mengikut saluran parti.

Namun, segala penyampaian beliau telah DIBAKULSAMPAHKAN.

Kenapa isu ni Tuan Ibrahim tak berani nak komen?
Anonymous said…
Salam , saya sedih dan keliru dgn kptsan JK Disiplin YG BUAT HAL HASAN ALI ... LEPAS YANG BETUL BERJUANG YB KHALIT TAPI KENA 6 BULAN ...... Utk JK Disiplin jgn jadi mgm j/k displin UMNO dah lah... ALI RUSTAM , KHIR TOYO DAN KJ semua di tuduh dgn tuduhan yg sama tapi hukuman berbeza... wallahualam
Anonymous said…
Kepada Anon2
Kan Datuk TITM dah kata, jk disiplin mcm hakim, kena hantar aduan kat SUA yg bertindak mcm peguam negara. So kita blh agak siapa yg tlh bakulsampahkan aduan tu...
sallyaww said…
Mustapa Ali memang licik...
Yang bermasalah adalah Musatapa Ali, Hassan Ali, Bakar Chik, Nasaruddin Mat Isa. Yang kena Khalid Samad dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Konspirasi 1986 muncul kembali.....
Anonymous said…
Apa saja keputusan yang dibuat akan dinilai oleh rakyat. Jika inilah keadilan dari perspektif PAS, rakyat akan menilai samada inilah yang mahu mereka alami jika PAS berkuasa. Bukankah slogan PAS ialah PAS untuk semua, termasuk kaedah and cara mendisiplinkan ahlinya? Harapnya Islam tidak terseret sama dengan kelakuan sebuah parti politik.
Anonymous said…
Salam~

Sebenarnya bukan ahli tak terima keputusan JK Disiplin keatas YB Khalid tapi geram dengan keputusan atas YB Dr. Hassan. Kalau nak kira kesalahan tuh...YB Dr.Hassan lebih berat dan besar implikasinya kepada PAS dan PR. Tapi kenapa hukumannya tak sama atau YB Dr Hassan lebih berat hukumannya yang dikenakan keatas YB Khalis.

Tu yang ahli kata JK Disiplin tak adil tuh......Kalau bleh minta la Dato TITM jelaskan.
sudirumusibarat said…
Salam Ustaz,

“Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati”
Saya suka kenyataan ini.Kenapa orang yang kena berpuas hati ? Sebabnya ia pejuang yang ikhlas dan redha dengan ketentuan Allah.
Namun penyokong melihat dari sudut yang berlainan . 2 tokoh yang disabitkan, menerima hukuman yang berbeza .Pada mereka tokoh2 ini dilihat agak jelas bertentangan/berbeza dr segi penampilan .Jadi bukan suatu yang luar biasa ! Mereka bukan sokong yang membawa rebah.



Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri”


Kenapa UMNO tidak ambil peluang ini? Itulah bijaknya UMNO kerana ia pandai menyimpan/memanipulasi SESUATU itu untuk dijadikan sebagai TENAGA TAMBAHAN supaya suatu hari bila betul2 perlu,masa itulah(masa kita telah lupa@ melayu mudah lupa(pinjam kata2 TDMahathir) ia akan meledakkannya!Pejuang Pas harus faham itu! Bodohlah pasukan A menyerang sedangkan pintu gol B telah ditembusi/bolosi oleh pemain B sendiri!

Dan pelbagai sumber TENAGA TAMBAHAN yang UMNO /BN ada . Awas PR!

Maaf jika saya salah membuat andaian!


Sekian terima kasih
Anonymous said…
Kena jaga adab dalam jamaah. Walaupun saudara berasal dari irc, tp kita dh bersatu mlalui jamaah pas

Kepada Dollah Karim..hentikan kritik parti secara media..anda telah mnjaringkan gol di dlm gawang sndiri. rentikan smua ini..orang dh meluat tgk pemimpn pas..ckp pasal islam..tp tindakan x ubah sperti umno..Apapun..serhkn pada yg pakar..buat Dr Hassan Ali dan Khalid..bertaubatlah..anda bukannya malaikat..tntu banyak dosa yg anda lakukan sblum ini..ujian ini..mgkin kaffarah buat dri anda..
Haziq Al-Fateh said…
sedih la pulak baca post ni. tahniah dan saya kagum dgn semangat juang pimpinan pas. yakinlah, insyaallah kemenangan akan kita capai sekiranya kita berjuang utk Allah dgn sepenuh hati.

tabik saya kat pimpinan PAS pusat dan tahniah YB Khalid atas smangat juang yg tinggi !!!
Ali Zaidan said…
Mula-mula fitnah TITM. Kemudian fitnah Datok Pa pulak.

Nak bela Khalid, bela la. Knp nak bela dgn fitnah dan tuduhan melulu pulak?

Kan ke TITM sendiri sebut:

Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak di luar perlembagaan parti.

Hentikanlah bersangka buruk. Makin teruk perangai orang PAs ni. Patut la dapat kuasa kat Perak pun Allah tarik.. Ish ish..
zakwan said…
In the interest of fairness
If YB Khalid is slapped wit a 6 month ban,then Hassan Ali should be slapped wit a 12 month ban from active duty as PAS member

No way a slap on the wrist in the form of a warning is gonna stop Hassan Ali from continuing his attempts 2 go 2 bed wit UMNO n get raped
nasir said…
Masing2 handal membuat ulasan dan kritikan . Entah apa neraca yang digunakan . Akal semata2 atau hati turut serta . Bangunlah malam solat tahajjud dan istikarahlah mohon ketetapan dari Allah .Saya yakin orang seperti TITM sudah tentu bersolat dah beristikharah sebelum membuat keputusan sebegini . Sudah tentu beliau tidak menggunakan nafsu amarahnya sepertimana pengomen2 yang hanya tahu menyerang tidak ada unsur bertolak ansur . Yang kena boleh bersabar yang melihat gelabah tak menentu . Macam penyokong bolasepak pula .. penyokong bertumbuk gaduh sedangkan pemain bersalam2 man ...

Kalau anda tak membantu jamaah usahlah merosakkannya .

Kalau anda dah benci dengan PAS .. tak ada sedikitpun kerugian kepada Pas sendiri . Biarpun saya sendiri bukan ahli PAS tapi saya kasihkan perjuangan dan dasar ... selagimana apa yang dilakukan tidak melanggar syariat maka apa salahnya kita terima ? Janganlah menyokong kerna tokoh .. ia datang dan pergi . Yang ada mungkin kita suka mungkin kita benci ...tapi selagi ia dalam lingkungan syariat tak salah kita menerimanya
Anonymous said…
Sebab UMNO dah tahu JKP Dislin PAS sudah buat silap besar dan tahu akibatnya..ahli Pas akan serang pimpinan mereka sendiri atas dasar menuntut keadilan yang sejati...mak tak perlu mereka menakong di air yang keroh yang tu pun Tuan NRAHIM tak reti nak baca politik UMNO .Tak layak jadi Naib Presiden.
Anonymous said…
Salam..Perkara ni biasa dalam perjuangan..Kita berjuang atas nama ISLAM..platform parti PAS bukan perjuangan individu tertentu..siapa yg memimpin ikut syariat kita sokong..diam2 dh la..ambill jalan selamat..
Anonymous said…
terus live from mahkamah tinggi Putrajaya...

hakim: apa bukti atas pertuduhan?

pendakwa: kami akan membukti kan kami ada cukup bukti termasuk hasil ujian dna, laporan doktor, laporan kimia & bukti dokumentasi. terdapat kesan air mani tertuduh tertinggal didalam dubur mangsa (saifool)!

hakim: apa benar tertuduh telah merogol anda?

saifool: ya.

hakim: bila?

saifool: 26 haribulan yang arif.

hakim: bila laporan polis dibuat?

saifool: 28 haribulan setelah mendapat pekenan si najis?

hakim: bila pemeriksaan doktor dibuat?

saifool: sebelah petang 28 selepas membuat laporan polis.

hakim: bagaimana kamu boleh mengekalkan (mengandungkan) air mani mangsa untuk selama lebih 2 hari didalam dubur kamu?

saifool: saya kemut yang arif.

hakim: kamu tidak basuh?

saifool: tidak.

hakim: tidak mandi?

saifool: tidak juga yang arif.

hakim: jadi kamu tidak ketandas, tidak basuh & tidak mandi selama lebih 2 hari?

saifool: benar yang arif. saya buat begitu untuk mengekalkan bukti dna yang arif.

karpal singh: yang arif, nampaknya perbicaraan ini melibatkan edegan 18sx & saya mohon perbicaraan dijalankan secara tertutup.

hakim: baiklah. perbicaraan ditangguhkan ke esok pagi.

sekian laporan terus live dari mahkamah tinggi Putrajaya.
Anonymous said…
salam, sangat setuju dgn PAS for ever, Hassan Ali telah banyak menyusahkan Jemaah yang dicintai ini, apa lagi, ambillah jalan terhormat yang akan dihormati sepanjang zaman dan mekar dlm sejarah PAS itu sendiri. TITM pulak, kenapa nak sibuk dengan serangan UMNO, memang kerja UMNO sejak azali lagi akan dan terus menyerang PAS selagi tidak mengikut telunjuk mereka,perkara yg abdullah karim timbulkan itu, kenapa suruh serah pada Mustafa Ali, MA juga adalah salah seorang yg dikaitkan dgn UG, kenapa tidak suruh serahkan pd sekretariat Jawatankuasa Disiplin, mungkin takada sekretariat, tetapi kenapa takwujudkan? inilah kesan kalau takpatuh keputusan muktamar, segalanya berpunca dari isu UG, Mustafa Ali juga sebagai orang kuat akhbar Harakah juga memuatkan PC Hassan ali yang menyentuh keputusan kesnya, amboiiii, istimewanya HA ini dgn MA, kenapa tak beri peluang yang sama pd Khalid samad, kenapa pembesar2 PAS, tolong selesaikan bibit2 yang melanda PAS kini, ingat PRU 13 semakin hampir, harap2 PAS tidak diselesaikan oleh pengundi, kembalikan keperkasaan PAS seperti zaman almarhum Fadhil Nor dan sebelumnya,- Ahli PAS Putrajaya
Anonymous said…
Kan Datuk TITM dah kata, jk disiplin mcm hakim, kena hantar aduan kat SUA yg bertindak mcm peguam negara. So kita blh agak siapa yg tlh bakulsampahkan aduan tu...

sua pas, Mustapa Ali memang licik...
Yang bermasalah adalah Musatapa Ali, Hassan Ali, Bakar Chik, Nasaruddin Mat Isa. Yang kena Khalid Samad dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Anonymous said…
YB,
Isu YBK adalah satu isu yg mengguris perasaan saya, bila mana YB Menteri Besar kerajaan Selangor mahu merampas tanah YBK.

Harap YB perjelaskan kepada kami di Shah Alam kenapa isu sebegini di pandang sepi. Adakah salah UMNO juga?

Tolong jelaskan kerana ini bukan soal politik. Ini soal anak yatim. Mana merekan nak duduk jika tanah di rampas?
Anonymous said…
Menjatuhkan hukum bermodalkan alkesah Penglima Perang Kalid AlWalid. Menerima perlucutan dengan hati & jiwa dengan Tabah....

Kononnya begitulah.. kiasan bidalan budaya melayu habprak..
Anonymous said…
Tok...
Muskilnya Hassan Ali tu...
hussin said…
"JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama."

confirmed pas ngan umno sama!
mlayukrala said…
elok la...nak jd pengerusi jk tapi dok cari jaln nak lepas diri,,,malu la sikit,,,tak bole buat ngaku je,,,jgn jd geng ganu rakyat sndri dah tendang dari krusi sbb tak tau matematik wpun sstengah tu ada master,,,
Anonymous said…
[[ hussin said...

"JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama."

confirmed pas ngan umno sama!]]


Kita semua sama, yg berlainan tu, cara kita menyampaikan... Mereka makan nasi, kita makan nasi, tp, adakah perangai sama?? Ada yg rajin, ada yg malas...
ahli section 19 said…
A,KUM PADA AHLI2 PAS SHAH ALAM,RUKU' DAN SUJUDLAH MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH,MALAM INI JUMAAT MALAM YANG BAIK,BERDOALAH DENGAN KUSYUK,RABBANA AKHRIJNA MINHA FAIN U'DNA FAINNAZOLIMUUN.FOKUSKAN KPADA MEREKA YANG SEKIRANYA ADA AGENDA DISEBALIK HUKUMAN KPD YB YG KITA SAYANGI DAN BERANI BERLAWAN DENGAN UMNO INI SUPAYA DIBERIKAN TAUFIQ DAN HIDAYAH OLEH ALLAH AGAR MEREKA BERTAUBAT,DAN JIKA TIDAK MAKA TERSERAH LAH PADA ALLAH MENENTUKAN NYA,AMEEEN.
INGIN JUGA NAK JAWAB TITM KATA KALAU TIDAK BOLEH MENOLONG JAMAAH JANGAN MENYUSAHKAN JAMAAH,BUKAN KAH HUKUMAN JKD YANG TELAH MENAMBAH SUSAHKAN JAMAAH?ORANG LUAR SEKARANG MELIHAT SENDIRI BAGAIMANA PAS SENDIRI GAGAL UNTUK MENEGAKAN KEADILAN ISLAM DALAM RUMAH TANGGA SENDIRI,BAGAIMANA KITA NAK LIHATNYA ADIL SEDANGKAN IYA AMAT BERLAWANAN SAMA SEKALI DENGAN ISLAM?
Semuanya mahukan Islam. I-Allah,rapatkan saf,rapatkan ukhwah dan banyakkan berdoa. Semoga Allah bantu. Kerana semuanya bertujuan untuk mendapatkan Keredhaan Allah,itu matlamat paling utama,bukan?
Unknown said…
TERLALU INNOCENT DAN SUCI...
AHLI PAS SESUCI ITUKAH?
YG HAPRAK PUN MASUK PAS JADI SUCI JUGAK KER?

KENYATAN YG TAK KENA!
DAH KENA BARU TAU!
Anonymous said…
"Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah."

ayat ni, dah jenuh dengar TITM sebut kat program2 jamaah. Tapi jadi halua telinga saja. Sedap didengar dan diucap, tapi lain pula dibuat. Org yg cakap pun tak buat!
Keputusan yg JK disiplin buat bukan sekadar menyusahkan jamaahya
tapi memporak-perandakan jamaah. Boleh jadi punah PAS! Tengok berapa ramai ahli2 yang keciwa dengan TITM & JK Disiplin.
Itupun tak boleh baca ke, orang jadi pemimpin kita berebut2 nak jadi pemimpin sedangkan bacaan politik kita macam org ganu, kerusi, negeri, yg dok ada dikebas orang.
Cuba paham-paham la sikit.
Anonymous said…
TITM jangan pandai cakap saja tapi Tak serupa bikin. Allah tak bg kemenangan besar kepada PAS lg sebab ramai pemimpin yang duduk dalam PAS ni berjuang kerana nak kepentingan dan nak disanjung. Aku dan fedup dgn PAS ni. Dulu aku pegang jawatan besar gak, keja siang malam utk PAS masuk cawangan2. Tp ada pimpinan yang tak suka sebab mereka takut aku naik atas cepat sangat. Dah lah semua orang cawangan kenal aku. Lagi la jelous mereka. Aku buat kerja untuk Islam semata-mata tapi depa ni ingat aku nak jawatan dan nak soho. Last2 depa pecat suami aku. Aku dan suami buat apa2 semua ikut saluran tapi depa tak terima pun. Dah tu TITM kata apa2 kena ikut saluran tapi ikut saluran pun depa tak terima juga. Betul la Khalid samad kata ikut saluran pun diorang tak nak dengar juga. Last2 ikut ikut saluran sendiri kena pecat. Serupa apa yang berlaku kat Khalid samad berlaku juga kat suami aku. Aku duduk byk negeri. Aku paham benar perangai pemimpin2 PAS ni. Patutnyya JK displin ambil tindakan tegas kat orang yang tingalkan bukit uhud baru2 ni. Bunuh saja ahli parlimen yang tak gi persidangan parlimen pembentangan budjet baru2 ni. Kalu mereka semua datang kan dah boleh londehkan seluar Najib. Sebenarnya banyak lagi kerja yang pemimpin PAS tak buat. Pandai ceramah saja. Skrg ni berapa ramai anak melayu yang dah tingalkan agama , apa mereka buat. Berapa banyak makanan dan ubatan yang ada kat Malaysia ni ada alkohol apa MP kita buat di parlimen. Pemimpin PAS sibuk buat kerja kat luar negara, negara sendiri ditinggalkan. Buat kerja sekadar nak tulis dalam buku laporan tahunan saja.
umur 33thn said…
kenape jd cam tu....kerana ahli2 pas sdh tidak menghadiri usrah haraki....ye la kerana pd hari ini pemimpin2 pas sedang sibuk menguruskan negeri masing2....tanye pd diri anda brape kali selepas pru 2008 anda menghadiri usrah.....brape kali usrah diadakan selepas pru 2008 di cawangan2,,... di peringkat kawasan...ngeri!

orang yg tk pernah menghadiri usrah hanya hear say saje...
umu33thn said…
saya menyeru kpd ahli pas....supaya gerakkan usrah diperingkat kawasan dan cawangan serta ngeri....kelemahan pas di akhir ini terutama di selangor krn usrah tidak dihidup dengan lebih aktif...
umur33thn said…
org yg cakap sedap dlm blog ini merupakan org yang tercicir dlm jln dakwah.......kadang2 org ini pernah berjawatan tinggi dlm jemaah tetapi tidak membantu jemaah selepas terasa disingkirkan....ahli2 pas sudah lamer tidak menghadiri usrah....sbb tu ahli semakin lama semakin berani mengkritik pas....ahli2 pas sudah lupa ttg adAB2 APABILE MEMBICARAKAN TTG PIMPINAN PAS TERUTAMA ULAMA' DLM PAS... AHLI PAS SUDAH TK SABAR UTK MENEGUR PEMIMPIN KRN MERASEKAN PEMIMPIN SUDAH LARI DR LANDASAN JEMAAH...LANTAS MEDIA MENJADI KAWANAN....AHLI PAS..SUDAH TK INGAT BILER KALI TERAKHIR...BERUSRAH BERSAMA PIMPINAN CAWANGAN....KAWASAN ....NEGERI....WAHAI AHLI PAS....TINGGALKAN KRITIKAN ANDA YG SIA-2.....ANDA TAHU BAHAWA KRITIKAN ANDA TIDK SAMPAI KE PRINGKAT ATASAN.....JD KRITIKAN ANDA SUDAH JD BEBANAN JEMAAH.......
PEDULIKAN APA ITU....WALA'.....PEDULIKAN APA ITU USRAH....PEDULIKAN APA ITU ADAB.....YG PENTING MATLAMAT AKU SAMPAI....INILAH IMPIAN YG ADA DLM AHLI2 PAS KINI.....WAHAI SAHABAT SEKALIAN.....KEMBALILAH KEPADA ALLAH, RASUL DAN ULAMA....GERAKKAN USRAH.....JGN HANYA PANDAI BERMAIN KATA DLM BLOG....TETAPI LUPA UTK JOINT USRAH....AHLI2 TIDAK DIDIDIK DGN DISIPLIN JEMAAH....AHLI CAWANGAN ....KAWASan....negeri....sudah lupa ttg tamrin.....biler kali terakhir tamrin diadakan sudah lupa......kembali lh kepada usrah....usrah bermula di peringkat cawangan.....jgn harapan pimpinan negeri utk gerakkan usrah....anda ahli jemaah...andalah yg memulakan usrah
umurthn33 said…
hari ni ahli pas merasakan....akulah yg paling cerdik dlm politik.... hari ini ahli sudah tik hormat kpd mursyidul am...... hari ini ahli sudah tk hormat kpd presiden.....hari ini ahli sudah tk respek pd titm....hari ini ahli pas sudah tk endah pd keputusan jk disiplin....kerane aper.....kerane ahli pas awal-2 lg tidak berdiplin dlm usrah....jgn ditunjukkan kpd org lain.....lihat pader diri anda sendiri......kerana ahli pas sudah lama tk joint tamrin.....ya...saya merasakan adil utk menyebut ahli pas berada dlm situasi tk menetu pd hari ini...
umur33thn said…
sya memilih pas pd hari ini bukan kerana pimpinannya.....tetapi saya memilih pas kerana dasar islam.....disiplin....usrah....tamrin...hari ini ahli pas terdiri dr bermacam background.....ahli pas menyuarakan kritikan melalui media.....kerana ahli pas sudah luper ttg usrah.....ader ahli pas yg tidak pernah ikut tamrin....kembalikan kpd usrah cawangan anda masing...gegarkan idea anda dlm usrah...
umur33thn said…
pada hari ini ...... sayang pd pas sudah menjadi terlalu subjektif..... ader org sayangkan pas dgn cara kritik secara terbuka krn saluran dalaman tidak sampai.....ader org sayangkan pas dengan cara mengenakan tindakan disiplin kpd ahli pas yg bertindak diluar batasan jemaah..... ader org sayangkan pas dengan cara menghentam atau komplen tatacara perlaksanaan disiplin jk disiplin...... ader org sayangkan pas dgn cara meminggir sahabat yg tk faham dasar jemaah dn pr.....ini baru conoth spontan...... ader banyak lagi cara ahli sayang pd pas pd hari ini....ianya telah menjadi begitu subjektif........kare aper.....jawapannya...segala perasann sayang pader pas sudah tidak dpt disatukan dlm usrah....sbb usrah....hanya tinggal pd nama sahja....sbb tu saya tidak pelik.....ahli pas pder hari ini punyai pelbagai pendapatan yg kekadang terlalu jauh menyimpang dari....dasar jemaah.....yg mementing kan wala'.....usrah......syura....tamrin.....
umur33thn said…
ahli pas hari ini biler sudah lama tidak berusrah.....maka ianya sudah meletakkan aspek politik...telah melebihi aspek...adab....usrah...wala'... tamrin...

ahlli pas pd hari ini terlalu takut sekiranya tidak berpolitik dlm cara yg betul kemungkinan pr tk kuasai selangor dlm pru13......

apabila ahli pas yng syangkan pas....berada dlm ketakutan...bimbang pemimpin tidK bijak berpolitik.....maka peduli apa itu......sahabat, yg penting sahabat yg tidak bijak perlu ditegur. maka peduli apa itu ....adab, yg penting pr dpt memrintah selangor dlm pru13. maka peduli aper itu .....usrah, yg penting matlamat tercapai.

kesian ahli pas.....ketakutan yg amat sangat bimbang disebabkan kurang bijak berpolitik pr akan jatuh dlm pru13..... menyebabkan.....nilai sahabat terpaksa diketepikan.....nilai wara' terpaksa diketepikan.....nilai adab terpaksa diketepikan. yg penting mesej samapai.....

alangkah seronok nile dikenang balik semasa pas tdk menang pilihanraya....nilai ukhuwah....nilai usrah....adab...thiqah... cukup tinggi.....berbahgialah ahli2 pas dizaman kekalahan....krn anda mendapat ilmu yg berguna ketika menang....berbahgialah ahli2 pas dizaman kekalahan kerana anda masih menjaga adab walaupun sakit hati dizaman menang...... berbahgialah ahli2 pas dizaman kekalahan kerana nilai shabat....wala' ....thiqah...menjadi bekalan di zaman menang......

saya mula mengenali pas ketika tingkatan 2......berusrah bersama abang2 senior di sekolah menengah.....seterusnya diperkenalkan...aper itu tamrin ketika di alam universiti.....ketika di awal pekerjaan .... masih lg aktif berusrah bersama alumni jemaah kampus....dn cawangan...tmpt sya.... itu semua dizaman pas belum menang.tp hari ini sudah kurang aktiviti usrah.....kerana ahli banyak terlibat dgn masjid utk atur program masjid.....usrah di kedai makan menjadi kawanan hampir setiap ahri...tajuk2 haraqi usrah yg penting sudh ditinggalkan...dn diganti dnegan isu2 semasa dlm pas dn umno....tajuk ttg perlembgaan pas tidak dibaca kerana al-maklum ahli lebih tahu.......tajuk ttg adab dengan peminpin sudh tk dibaca kerana sudah dibaca..

kecian ahli2 pas....akhirnya...ahli pas mempunyai buah fikirannya sendiri....ahli pas mempunyai daya pemikiran politiknya yg tersendiri.... ahli pas sudah ada kehendaknya politiknya tersendiri.... ahli sudah tahu apa yg patut diluahkan atau tidak.....ahli pas menjadi serba tahu..... tahniah ahli pas.. anda merasakan anda berada dlm landasan jemaah yg tepat...ahsan tum

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.