Skip to main content

Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda

26 Feb. 2009 - Perbahasan Usul-Usul (Membahaskan Titah DiRaja)
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]. Allah. Apa jadi ini? [Ketawa]. Aduh. Saya ini. Kuala Krau ganggu. Saya mengucapkan terima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk saya menjunjung kasih melalui perbahasan Titah Seri Paduka Baginda.

Saya melihat bahawa Seri Paduka Baginda memulakan titahnya dengan membincangkan masalah ekonomi dunia yang akan turut menjejaskan ekonomi negara kita. Ini sememangnya adalah seperti yang sepatutnya memandangkan persoalan ekonomi ini adalah persoalan penting yang akan menjejaskan kesejahteraan rakyat. Kesejahteraan rakyat tegas baginda melalui titahnya perlu dipelihara. Adalah harapan saya bahawa Mini Bajet yang bakal dibentangkan memenuhi harapan Seri Paduka Baginda dan tidak lagi merupakan belanjawan yang mengutamakan projek-projek mega demi mengayakan kroni-kroni tertentu.

Sekiranya kesejahteraan rakyat diutamakan maka perjanjian-perjanjian penswastaan yang membebankan rakyat di antaranya yang melibatkan bekalan air dan tol perlu dikaji semula. Saya ingin merakamkan kekecewaan saya terhadap tindakan Kerajaan Pusat yang ingin memintas pembelian SYABAS oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Usaha murni Kerajaan Negeri Selangor untuk membeli SYABAS supaya dengan itu melepaskan rakyat Negeri Selangor dari perjanjian yang zalim dan berat sebelah yang telah ditandatangani oleh Kerajaan BN Selangor dulu digagalkan. Maka usaha ini digagalkan.

Adakah ianya digagalkan semata-mata untuk menggagalkan Kerajaan Negeri Selangor membuktikan kemampuannya berkhidmat untuk rakyat, sedangkan Seri Paduka Baginda memesan supaya Kerajaan Pusat menjamin kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Keikhlasan Kerajaan Negeri Selangor dalam soal ini terbukti melalui dasar 20 meter kiub percuma selama ini dan ketidakikhlasan Kerajaan BN pula terbukti melalui perjanjian yang zalim yang telah ditandatangani dan melalui tindakan memintas ini. Saya difahamkan pula, bahawa kadar tol akan dinaikkan di beberapa concessionary lagi.

Ini jelas bercanggah dengan sifat Kerajaan yang prihatin dan tidak menghormati mesej yang terkandung di dalam Titah Agong sendiri. Begitu juga persoalan kadar-kadar elektrik dan telekomunikasi yang dikenakan tanpa adanya satu sistem persaingan atau pemantauan yang berkesan yang boleh mengawal harga ini.

Bajet Mini atau dasar-dasar Kerajaan Pusat bermatlamatkan sebaliknya iaitu tidak berusaha ke arah terjaminnya kesejahteraan rakyat. Hanya untuk kepentingan kroni. Sekiranya itulah matlamatnya maka ianya satu penderhakaan. Dalam soal menangani masalah ekonomi, saya kagum dengan cadangan Batu Pahat supaya sistem dinar emas diguna untuk menggantikan sistem kewangan yang sedia ada.

Keberanian ini bagaikan keberanian pengembara awalan sanggup menyeberangi Enchanted Water belayar keliling dunia. Hanya saya hairan bagaimana keberanian ini lenyap begitu sahaja apabila diajak menyeberangi Selat Melaka iaitu apabila dicadangkan supaya dasar yang selama 30 tahun iaitu DEB dikaji semula sehingga bersandarkan kepada hujah orang lain dia menganggap bahawa dengan izin survival negara Malaysia itu sendiri yang akan terjejas.

Maka satu dasar yang begitu besar yang melibatkan seluruh dunia iaitu sistem kewangan dia berani hendak cadangkan supaya cuba sistem yang baru tetapi satu dasar yang ketotkemetot yang DEB ini hendak sentuh pun tidak boleh. Lalu manalah perginya?

Seri Paduka menzahirkan kedukacitaannya terhadap persoalan perkauman yang berterusan walaupun kita telah merdeka selama 51 tahun. Baginda menegaskan bahawa hak setiap rakyat akan sentiasa dipelihara. Amatlah jelas bahawa perlindungan hak atau dalam perkataan lain keadilan amatlah penting untuk mewujudkan keamanan perpaduan dan kurangnya perpecahan dan perkauman.

Dalam soal ini, mana-mana pihak yang mengapi-apikan semangat perkauman dengan menuduh kononnya ada pihak lain yang ingin mencabar prinsip-prinsip kenegaraan yang termaktub dalam Perlembagaan adalah bukan sahaja membohongi rakyat tetapi juga derhaka terhadap Titah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ini konsep derhaka yang sebenarnya.

Walaupun kita sedar bahawa ada pihak yang tidak mempunyai modal lain selain isu perkauman untuk menjamin kesinambungan politik mereka, ini tidak merupakan alasan yang munasabah atau yang boleh diterima supaya mereka derhaka terhadap pesanan Baginda.

Baginda juga menyentuh soal kejatuhan sebuah empayar disebabkan fitnah, hasad dengki dan perpecahan. Atas sebab itu maka pengamal-pengamal media termasuk penulispenulis blog hendaklah lebih beretika dan bertanggungjawab ujar Bgainda. Walaupun ada yang suka menumpu kepada persoalan bloggers, sebenarnya bloggers ini hanya muncul dan mendapat perhatian ramai apabila media perdana jelas begitu berat sebelah dan tidak adil. Itulah sebabnya maka mengapa Baginda menyebut pengamal media sekali.

Ramai daripada bloggers ini adalah wartawan yang melihat berita yang ditulis mereka disekat dan tidak disiar oleh kerana menyentuh golongan-golongan tertentu. Akhirnya apabila tiada saluran lain yang sanggup menyiarkan maklumat yang telah mereka peroleh, mereka mula ke blog. Blog juga digunakan apabila dilihat proses pengadilan disekat dan fakta-fakta jelas yang menjadi buah mulut dan dipersoalkan rakyat tidak dijawab.

Fenomena yang berlaku adalah sebagai reaksi terhadap kepincangan pentadbiran Barisan Nasional yang menyekat, menguasai dan menyalah gunakan media masa serta institusi-institusi kerajaan termasuk kehakiman.

Kepincangan ini perlu diperbetulkan. Adalah perlu difahami bahawa membenarkan kepincangan ini berterusan adalah tindakan derhaka yang jelas dan nyata. Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda juga menyentuh peranan yang perlu dimainkan oleh polis di mana Baginda mengingatkan bahawa “PDRM hendaklah sentiasa berusaha memerangi jenayah demi kesejahteraan rakyat.” Usaha mengarahkan PDRM untuk menutup jenayah atau membenarkan mereka melakukan jenayah seperti pembunuhan dalam tahanan adalah satu tindakan penderhakaan yang terkutuk. Begitu juga penggunaan institusi ini untuk kepentingan politik golongan tertentu.

Peranan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang semestinya memainkan peranan yang ditetapkan. Menggunakan SPRM untuk kepentingan politik sendiri seperti memburu pemimpin parti lawan semata-mata sambil membenarkan rasuah ahli parti sendiri tanpa apa-apa siasatan adalah satu penderhakaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda.

Saya ingin menegaskan di sini bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan bersungguhsungguh menentang amalan-amalan penderhakaan yang seperti tersebut di atas. Lalu janganlah dianggap apa yang berlaku di Perak sahaja soal cara kita mentadbir dan menggunakan amanah yang diberikan kepada kita sebagai satu amanah yang mana pesanan Duli Yang Maha Mulia adalah amat jelas. Kalau kita langgar pesanan-pesanan ini maka ianya juga merupakan satu penderhakaan.

Dalam kesempatan ini saya ingin juga menyentuh bahasa kesat yang digunakan oleh sebahagian Ahli Parlimen di dalam Dewan ini. Perkara ini juga disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Perlu difahami perangai sebegini adalah digolongkan sebagai salah satu sifat golongan munafik yang mana sabda Rasulullah SAW mafhumnya, tanda munafik ada empat:
(i) apabila dia bercakap dia menipu;
(ii) apabila dia diberi amanah dia khianat;
(iii) apabila dia berjanji dia mungkir; dan
(iv) apabila dia berbalah dia melampaui batas.

Wa iza khasoma fajara, fajara”. Ini bererti meletup, luar kawalan termasuk keluarlah segala kata-kata kesat seperti anjing, bangsat, babi dan sebagainya. Saya ingin menasihati yang bertutur begitu jangan pandai menuduh orang lain munafik. Cermin muka sendiri dahulu.

Jangan juga kita bercakap mendabik dada, saya bercakap mewakili orang Melayu sedangkan kita ini daripada parti yang ahlinya hanya seorang. Kitalah presidennya, kitalah setiausahanya, kitalah ahlinya tetapi bangun dengan bangga kata dan bercakap mewakili semua orang Melayu.

Begitu juga soal pendidikan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Saya harap Yang Berhormat Menteri tumpukan matlamat pengajaran sesuatu mata pelajaran apabila ianya di ajar. Dalam erti kata yang lain, apabila mengajar Matematik maka apa yang ingin diajar adalah Matematik bukan bahasa Inggeris. Yang ingin ditingkatkan adalah kemahiran Matematik, bukan kemahiran bahasa Inggeris.

Sekiranya ingin menambahkan kemahiran bahasa Inggeris, apa yang perlu ialah mengajar bahasa Inggeris dan menambah masa yang digunakan untuk pendidikan bahasa Inggeris. Kalau tidak akhirnya matlamat yang kita inginkan hendak ajar Matematik pun tidak tercapai, hendak tingkatkan bahasa Inggeris pun tidak tercapai dan amat malang mungkin bagi wakil kita Yang Berhormat Kota Belud hasil daripada enam tahun maaf dia tidak ada tetapi saya hendak sebut enam tahun pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris nampak gaya pada hari itu dia pun tidak faham apa yang ditulis dalam bahasa Malaysia oleh Ketua Dewan Ulama Parti PAS iaitu apabila Ketua Dewan Ulama Parti PAS iaitu Yang Berhormat Dato’ Daud Iraqi telah menyebut bahawa perkataan Allah itu tidak salah digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam khususnya orang Nasrani dan orang Yahudi.

Akan tetapi apabila perkataan ini digunakan untuk membawa pengertian Tuhan dalam bentuk dan kefahaman orang-orang Nasrani maka iaitu Tuhan itu tiga dan sebagainya maka salah bagi orang Islam untuk berpegang kepada konsep itu. Saya rasa apa yang ditulis itu amat jelas tetapi mungkin oleh kerana kita punya standard bahasa Malaysia pun sudah jauh turun hasil daripada keadaan di mana bahasa Malaysia ini diabaikan oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri maka wakil rakyat daripada Kota Belud tidak faham tulisan dalam bahasa Malaysia.

Insya-Allah kalau berpeluang jumpa saya boleh jelaskan lagilah. Lalu saya rasa itulah yang hendak saya sampaikan pada petang ini dan saya mengucapkan terima kasih.

Transkrip adalah ihsan dari pihak MPPAS, terima kasih.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

shahirMarang said…
congrat YB..keep up the good speech..Ucapan YB nie bring a briliant messages...
Anonymous said…
KUCHING, Feb 26 (Bernama) — Parti Keadilan Rakyat (PKR) has a fighting chance of winning the Batang Ai state seat in the coming by-election following the death of its assemblyman Datuk Dublin Unting Ingkot, state PKR deputy chief Nicholas Bawin Anggat said today.

Bawin, who is widely tipped to be PKR candidate for the seat, said that this time around the battle for the Iban-majority seat would be intense as both parties had the financial and logistic support, unlike in the previous election.

“I will leave it to the party to decide who is the PKR candidate for the Batang Ai seat and it will be an honour to me if the party nominated me as the candidate,”he told Bernama here today.

00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

DONATION ? Dayakbaru is setting up “PKR Batang Ai by-election Fund” to solicit from members of the public (RM5-10) each to finance the Batang Ai by-election. On the one hand Bawin told the world & Bernama that the party has the financial support to fight BN ( see statement above).Support from poor Iban community of Batang Ai?..must be kidding. Where does the fund goes to?
I do not think its right and proper to raise fund or seek donation from the already poor Dayaks community esp. so if Dayakbaru does not have the necessary permit from the relevant authority. Let those who has the means & money talk about politic, the reality.Perhaps PKR may consider giving way to a local party SNAP who has the standby fund to nominate its candidate. If Dayakbaru and Bawin are really serious and sincere to help the community they should set up “Dayak Poverty Eradication Fund” aim to alleviate Dayak suffering instead of burdening them.
I fear that Dayakbaru and Bawin are being used as a tool by PKR leader in Malaya to raise fund to further aggreviate the burden of the Dayak community in Batang Ai.
Bear in mind also that its not the political culture in the state for politician to solicit for election fund from members of the public unlike in Malaya.
Soliciting for hard earn money among the poor Iban community is a comedy and a mockery thereby insulting thier intelligence.
I earnestly hope both Dayakbaru and Bawin could come to a term with a reality and stop this illegal fund raising activities.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.