Skip to main content

Video Sesi Soal Jawab Wacana KYT @ Melaka dan Isu Fitnah



Isu fitnah terhadap YB Khalid Samad

Saya kesal ucapan YB Khalid Samad di Melaka dua minggu lepas diputar-belit sehingga ramai orang yang tidak tahu cerita sebenar mula membenci dan menghina beliau dengan kata-kata yang kesat.

Saya lebih kesal kerana dalang yang memutar-belit itu adalah ahli parti sendiri. Mereka ini kononnya mendokong kepemimpinan ulama' tetapi perangai mereka tidak sebagaimana yang diajar oleh para ulama'. Mereka memecah-belahkan perpaduan dalam parti dan membiakkan kebencian ahli parti kepada pimpinan. Curiga dan prejudis kini berleluasa sesama-sendiri.

Kerana sikap jahat mereka ini, orang ramai juga mula prejudis dan mempersalahkan ulama' sedangkan ulama' tidak ada kaitan dengan kerja jahat mereka. Mereka ini jenis sokong membawa rebah.

2 tuduhan kepada YB Khalid Samad adalah 1) YB Khalid menuduh TGHH sebagai punca pentembungan antara kumpulan ulama' dan profesional. 2) Ahli PAS tidak perlu wala' kepada Majlis Syura.

Saya berada dalam wacana berkenaan dan mendengar setiap butir perkataan yang diucapkan oleh YB Khalid. Video penuh juga boleh dilayari di Youtube. Apa yang disebutkan oleh YB Khalid adalah pertembungan antara ulama' dan profesional dalam PAS dilihat ketara selepas PRU 12 yang lalu. Ia diburukkan selepas isu Kerajaan Perpaduan atau UG dibangkitkan secara meluas di media. Itu sahaja.

Tuduhan kedua berkenaan wala' adalah jauh terpesong. Maksud beliau, kata-kata pimpinan bukan suatu yang qat'ie (yang tidak boleh diubah) sebagaimana wahyu. Justeru ada ruang untuk bertanya dan jika ada pandangan yang lebih baik, ia boleh diajukan. YB Khalid membawa kisah Al-Habab bin al-Munzir yang mencadangkan tempat yang lain dari cadangan asal Rasulullah dalam Perang Badar kepada Rasulullah.

Al-Hubab bin al-Munzir bertanya sama ada tempat asal itu ditetapkan oleh Allah(wahyu) atau hanya merupakan buah fikiran baginda. Rasulullah menjawab bahawa ia berdasarkan buah fikiran baginda dan bukannya wahyu.

Baca selanjutnya...

Video ihsan legendz125
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…