Skip to main content

Harussani Berbohong?

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Dato’ Dr. Hassan Ali, yang merupakan Pesuruh Jaya PAS Selangor, beliau menyatakan bahawa perjumpaan yang diadakan dengan Tan Sri Harussani bertujuan untuk membincang persoalan tugasan beliau sebagai Exco Agama. Dato’ Dr. Hassan Ali menganggap Tan Sri Harussani sebagai seorang tokoh Mufti yang berilmu tinggi dengan pengalaman yang lama, 30 tahun sebagai Mufti. Maka di atas dasar ini, pertemuan terbuka telah diadakan demi menceduk ilmu dan pengalaman Tan Sri Harussani demi memungkinkan beliau menjalankan tugas beliau dengan lebih cemerlang lagi.




Adalah amat jelas bahawa keikhlasan dan sanjungan yang ditunjukkan Dato’ Dr. Hassan Ali terhadap Mufti Perak itu telah dikhianati apabila Tan Sri Harussani menyatakan bahawa pertemuan itu adalah bertujuan untuk meminta beliau menjadi orang tengah dalam usaha menyatukan orang Melayu. Penyatuan ini kononnya akan tercapai melalui kerjasama PAS dan UMNO. Berdasarkan kenyataan Dato’ Dr. Hassan Ali, adalah amat jelas bahawa Tan Sri Harussani berbohong! Pembohongan ini merupakan pengkhianatan terhadap penghormatan dan sanjungan yang ditunjukkan Dato’ Dr. Hassan Ali terhadap beliau.

Memandangkan ianya suatu pengkhianatan, di mana Tan Sri Harussani jelas ingin mempolitikkan pertemuan tersebut, maka Dato Dr. Hassan Ali disarankan agar menyaman Tan Sri Harussani, walaupun PAS Selangor masih belum membincangkan perkara tersebut. Ini adalah kerana imej Dato’ Dr. Hassan Ali telah pun tercalar dengan dakwaan bahawa beliau ingin mengusahakan penyatuan bersama UMNO dan dengan itu mengkhianati perjanjian PAS untuk bersama PR.

Adalah diketahui umum bahawa di antara strategi utama UMNO dalam menghadapi penolakan rakyat terhadap kepimpinannya ialah untuk mengusahakan ‘kerjasama’ dan ‘penyatuan’ dengan PAS demi ‘perpaduan’ Melayu. Persoalan ini diwar-warkan dengan harapan PAS bersetuju ataupun paling kurang, untuk menimbulkan kesangsian parti komponen PR yang lain terhadap PAS. Sekiranya ini tercapai maka dengan sendirinya kedudukan UMNO/BN akan lebih terselamat dan tidak lagi terjejas. Isu ini sengaja di heboh-hebohkan sebagai strategi UMNO dan keterlibatan Tan Sri Harussani dalam perlaksanaan strategi ini, jelas membuktikan sokongan dan kesetiaan beliau terhadap UMNO.

Sokongan dan kesetiaan ini mungkin merupakan sebab utama beliau kekal sebagai Mufti untuk tempoh selama 30 tahun. UMNO yang terkenal dengan sikap sukakan Mufti yang mengikut telunjuknya seperti terbukti dalam kisah pemecatan Al-Marhum Dato’ Ishak Baharom sebagai Mufti Selangor, akan hanya mengekalkan jawatan seorang Mufti sekiranya dia memainkan peranan yang diinginkan UMNO. Dalam kes Al-Marhum Ishak Baharom, apabila terpaksa memilih di antara Mufti dan Ratu cantik, amat jelas UMNO lebih menyokong Ratu cantik.

Kesetiaan Tan Sri Harussani terhadap UMNO/BN juga terbukti apabila beliau menyokong, dengan mendiamkan diri, tindakan UMNO menjatuhkan kerajaan PR Perak walaupun dengan menggunakan taktik terkutuk seperti upah seks dan rasuah. Mufti sebegini amat dihargai UMNO/BN. Sekarang, mengikut penjelasan Dato’ Pesuruh Jaya, maka adalah jelas Tan Sri Mufti seorang pembohong. Ini bertepatan dengan gambaran “Musang Berjanggut’ Al-Marhum Tan Sri P. Ramlee.

Keikhlasan Dato’ Pesuruh Jaya PAS Selangor dalam usaha untuk memperbaiki prestasi dirinya sebagai Exco Agama malangnya telah diambil kesempatan oleh Tan Sri Harussani. Niat yang tulus ikhlas serta penghormatan yang ditunjukkan terhadap beliau telah diambil kesempatan untuk menimbulkan polemik politik; demi mendapat kereDhaan UMNO/BN. Penipuan terhadap Dato’ Pesuruh Jaya PAS tidak sepatutnya dibenarkan begitu sahaja dan cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Harussani perlu dilakukan dengan kadar segera.

Dalam masa yang sama, ada pula yang mengatakan bahawa Tan Sri Harussani tidak berbohong dalam soal ini, kerana Dato’ Dr. Hassan Ali ingin melepaskan dirinya dari dikenakan tindakan disiplin setelah menerima amaran keras tidak lama dahulu. Ini merupakan satu kemungkinan sahaja, akan tetapi amatlah malang sekiranya PAS Selangor mempunyai seorang Pesuruh Jaya yang menipu. Berdasarkan tarbiyyah dan latihan keagamaan yang dibangga-banggakan sebagai asas kekuatan PAS, kemungkinan adanya Pesuruh Jaya Negeri yang sanggup berbohong adalah hampir mustahil! Ianya satu kemungkinan yang perlu ditolak, mentah-mentah. Tidak mungkin Dato’ Pesuruh Jaya menipu kepada ahli dan pimpinan PAS serta rakyat jelata. Tidak mungkin!
Kesilapan Dato’ Dr. Hassan Ali hanyalah kerana membenarkan dirinya ditipu oleh seorang Mufti UMNO/BN yang tegar. Kesilapan beliau adalah kesilapan menghormati dan menyanjungi Tan Sri Harussani dan menjadikan beliau sebagai seorang pakar rujuk. Kesilapan ini adalah kerana kurang bijaknya beliau dalam mengenali sifat lawan. Namun, kurang bijaknya itu bukanlah satu kesalahan. Seperti kata-kata pujangga Inggeris, “stupidity is not a crime”.

Pada masa yang sama keikhlasan dan ketelusan Dato’ Dr Hassan Ali tidak wajar dipersoalkan terutamanya oleh ahli PAS. Ini adalah kerana, sebagai ahli, tuntutan wala’ dan thiqah mesti dipertahankan. Oleh itu, kami amat berharap agar saman terhadap Tan Sri Harussani disegerakan oleh pihak Dato’ Pesuruh Jaya supaya terbukti bahawa beliau telah ditipu dan beliau tidak reDha ditipu sebeginirupa oleh UMNO dan kuncu-kuncunya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

ahli biasa said…
amat malang kita mempunyai PJ selangor seperti itu tapi apa kan daya saya dan ahli bawahan lain yg tiada jawatan ini tidak mampu berbuat apa2.bila kami bersuara kepada pimpinan kawasan di suruh wala dan dan berkata pimpinan tahu apa yg mereka buat.
kami hanya tahu berjuang untuk islam melalui PAS.

saya betul2 rasa kecewa.buat masa ini saya tawakuf dulu.

cukup sedih
pencinta pas said…
yb, ape masalah yb ni, nak rosakkan imej pas selangor ni, PAS bukan one man show yb, pas ade saluran nak luahkan perasaan, dh jadi rahsia umum yb x suke hassan ali, jumpe la de sendiri ckp, nak hentam dalam blog knp. knp x berani nak berdepan dgn, klu hasan ali takut, tggu la mase mesyuarat PAS pusat n jumpe dia time 2, orang-orang mcm yb memecah belahkan parti, pasni pilihanraya umum ke 13, bertanding dun dgn parlimen, ganti hasan ali jadi exco ek, sbb yb kan antara pimpinan pas paling bijak selepas tok guru p/s sy sendiri x suke hasan ali, tapi da takdir de jadi p/jaya PAS selangor kan, maybe ade hikmah de
nasir said…
Pak Khalid tolonglah berhenti . Banyak kerja2 untuk rakyat bukannya kerja nak merebut kuasa .

Hasrussani sendiri pun tak beritahu dengan siapa yang dia bincang . Kalau saman pun saman atas perkara yang tak jelas . Lainlah kalau Harussani kata dia jumpa Hasan ALi dan mereka bincang nak bawa masuk PAS ke dalam UMNO . Maka itulah jelas untuk disaman namun memerlukan rakaman video perjumpaan atau rakaman suara yang menyatakan apa yang mereka perbincangkan .

Takkan ini pun tak paham . Khalil Idham Lim dah awal2 lagi bagitahu ttg pertemuan dan perbincangan tapi yang Pak Khalid tiba2 panas punggung tak puas hati dengan PJ apa HAL.

Kalau nakkan sangat kuasa PJ dah kalah AJK pusat tunggu tahun depan . Muktamar nanti masuk pencalonan Presiden untuk ubah PARTI . Tak payah jerit2 lagi . Jemaah kata itu Pak Khalid kata ini . Kalau dah tak dapat nak selari dengan Jemaah takut dikata WALA BUTA berhijrahlah ke PKR yang apa2 boleh buat ... semua boleh halal ...
IbnAbdHalim said…
Adakah ini strategi serampang dua mata dari YB?
Sivakumar said…
Saudara Khalid:

Saya bangga kerana saudara bersuara demi kebenaran dan keadilan, tanpa gentar atau memilih kasih ("without fear or favour").

Walaupun seseorang itu berpangkat mufti, ini tidak bererti si dia itu manusia yang dijamin akan bertindak adil atau bercakap benar.

"Musang berjanggut" yang dirujuk di dalam tulisan saudara ialah contoh yang paling ketara. Yang menarik sekali ialah Harussani ini tidak dikritik oleh para mufti yang lain ataupuun oleh sultan.

Tapi apa yang lebih malang ialah sikap masyarakat kita sendiri. Rakyat dengan buta tuli menyanjungi, menghormati dan patuh dan akur kepada golongan yang berpendidikan agama, tidak kira apa panggilan atau pangkat mereka -- ulama, mufti, ustaz, priest, sami.

Rakyat seolah-olah takut untuk berfikir dan mempertimbangkan sama ada pandangan, ajaran dan sahutan golongan alim ini itu adil atau tidak.

Walaupun golongan alim ini bertindak salah, rakyat takut untuk menyanggah sahutan mereka. Mereka lagi rela berdiam diri.

Rakyat takut menyoal apabila berhadapan dengan golongan alim. Mereka takut dilabel sebagai 'liberal' atau sebagai 'pembelot kepada agama' atau istilah-istilah yang sewaktu dengan ini.

Dan seperti kata seorang pujangga, kezaliman akan berterusan jika orang-orang baik duduk berdiam diri.

Secara asasnya, masyarakat kita perlu dididik untuk berani berfikir secara kritikal dan berani menyoal dan bertindak. Selagi ini tidak dicapai, sehingga bila-bila kita akan terperangkap dalam belenggu kezaliman.
M Kapoor said…
Saya sokong.....

Kita tak boleh biarkan seorang Mufti yang pembohong....

Beliau (Harusani) benar2 menjatuhkan imej seorang Mufti.
Anonymous said…
did Hasan Ali get his boss approval, that is MB of Selangor before he met the Mufti of Perak since he went to him on Selangor business
kaldai mad said…
engko ni memang gila meroyan la kalid.
bodoh bahlul wal bangang..dak tak da isu nak main ke??
Anonymous said…
YB,

Apa hal gila meroyan ni? Saya pun dah meluat dgn perangai YB sendiri. Dulu saya respect jugak dgn kelantangan YB, tapi akhir2 ini dah lain jadinya.
Saya setuju dgn Nasir...buat apa nak saman. Harusani pun bukan cakap dia jumpa Hasan Ali utk perpaduan melayu..budak tadika pun paham. Tolonglah YB, jgn rendahkan akal kita kerana nafsu/dendam/irihati etc..
The Highlander said…
Salam YB,

Saya sokong tindakan YB. Biarkan apa orang nak kata, pakatan rakyat perlu diperkukuhkan. Jangan biarkan pintu fitnah terbuka.
iqra said…
Salam...Apa2 pun masalah, samada rakyat atau pun pihak atasan hendaklah bersikap rasional, tak perlu menggunakan kata2 yg boleh menyinggung perasaan org lain.
Itu adalah sifat kemanusiaan yg semulajadi, malah mana2 agama pun menyuruh begitu, lebih2 lg yg beragama Islam.
Ia merupakan tanda kematangan seseorang, berilmu dan bertanggung jawab sebagai manusia. Malangnya masih ada lg manusia yg menggunakan perkataan2 yg tidak beretika bila memberi pendapat, ia sangat2 tidak membantu utk menyelesaikan masalah malah boleh membosankan sebagai manusia yg bertamadun dan beradab.
Adakah ini insan2 dan masalah2 yg lahir dari hasil kemerdekaan sejak lebih 50 tahun yg lepas, kalau begitu sebenarnya kita telah gagal dlm memperjuangkan Malaysia ke arah yg seperti yg termaktub dlm rukun negara apatah lg rukun Islam.
Bagi pejuang2 yg ingin memperjuangkan Islam berjuanglah dgn penuh insaf dgn nama Allah dgn penuh keikhlasan dan keadilan, kerana Islamlah harapan terakhir utk rakyat Malaysia setelah sekularisma, kapitalisma dan nasionalisma gagal.
Kerana Islam adalah benar dan al Quran adalah benar melalui Rasul yg bercakap benar yg menerima wahyu dari yg Maha Benar.
Kalau semua ini di ikuti tidak ada sebab kenapa perjuangan Islam akan gagal.

Wallahu'alam...
Anonymous said…
tindakan YB lebih bersifat politik sebenarnya..dua dalam satu..nampak perselingkuhan Yb dgn asan ali masih belom padam..sepatutnya dalam hal ni Yb berfikir scr matang..usahlah diserang mufti dgn cr menyaman w.pon dia org tgh umno..dan jgn pula nak memalukan asan ali dgn mewar2kan sinisan yb tu..cukuplah..keje byk nak buat..
Anonymous said…
lepas hentam hospital, hentam pulak hassan ali. hentam la khalid selagi boleh hentam.

sedangkan kalimah Allah pun khalid boleh hentam keromo kata boleh di gunapakai oleh kristian, hah..hassan ali lagi la dia boleh bantai..tapi setakat bantai dlm blog apa barang YB!!..
Anonymous said…
Salam Iqra.
Sebenarnya yang mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan banyak dilakukan oleh individu-individu yang kononnya berjuang atas nama parti Islam. Cuba saudara kaji dan renungkan balik yang sebenar-benarnya, mereka-mereka ini lah yang main ikut sedap mulut mencaci dam memaki orang yang tidak sealiran dengan mereka dengan pelbagai gelaran yang kita tak sedap dengar.
Sebenarnya-benarnya juga, dengan gelagat mereka yang kononnya berjuang atas nama Islam, kini ada orang bukan Islam berani mengatakan bahawa mufti atau ulama yang mengajak kepada perpaduan melakukan kesilapan. Cuba fikir, orang bukan islam kata orang Islam silap kerana mengajak kepada perpaduan. Cukup2 lah politiking, semoga Allah memberi pentunjuk kepada para pengkhianat seperti saudara Khalid.
Anonymous said…
Saman , Jangan tak saman supaya tiada lagi manusia yg akan berkata " Saya mufti takkan saya nak berbohong";Mufti atau tidak kita bukan maksum.....

Kalau lah akal pendek macam tu semua manusia boleh tipu like saya PM tak kan saya nak tipu?

or like, saya ustad mengajar mangaji takkan saya nak buat perkara tak senonoh kat anak murid saya sedangkan budak tu dah report kat mak dia apa sebenarnyer berlaku......etc.

Boleh percaya ke ?
Dayang said…
Teguran YB memang bernas.

Syabas....

YB telah meneliti jauh kedalam kerana kita tahu puak2 UMNO akan menggunakan tipudaya mereka utk memecahbelahkan perpaduan dalam PAS dan dalam Pakatan Rakyat dengan melaungkan isu perpaduan Melayu dan bukannya berdasarkan Islam.

Jadi, memang wajar patut di tolak.
Jonsen said…
Salam YB,
memula sekali sy nak mintak maaf dulu sbb apa yg sy tulis ni mungkin kontra dengan tulisan yb. Pada pendapat sy, tindakan menyaman mufti ameno tu hanya akan menyebabkan back fire kepada pas. Ameno akan memukul gendang "pas menentang mufti, institusi agama, dan sultan" x henti2 pagi petang siang malam. Sementelah pulak snap election dikatakan akan berlaku seawal tahun depan. X selesai masalah pas selangor, tambah pulak isu kepada pas pusat...
Oleh yg demikian, dalam banyak2 pendapat yb yg sy sokong, tp yg ini sy terpaksa mufaraqah.. Harap yb dapat fikirkan semula artikel ni..

Ps: harap2 dapat lagi sambut yb di klia..
sayur said…
buat apa nak suruh hassan saman harussani? harussani x sebut pun nama hassan. tiada tuduhan secara langsung. tak mungkin menang pun. membazir masa.

tolong la yb. yb skrg ni yg kurang cerdik. jgn tunjukkan sgt yg yb ni bermusuh dgn hassan. x puas hati, jumpa dia blkg2. memalukan pas selangor je.
Anonymous said…
salam tuan haji,

bapak saya pesan "kalu kita layan orang gila, kita pung akan gila sekali"

tuan haji org bijak pandai, kitorg kat bawah nie jadi bingung.

kita KALU BOLEH taknak la dengaq org pas tibai org PAS.

beza PAS dgn parti lain tak payah la aku habaq mai, hang pung tau.

aku doakan moga hang dikurniakan umur yg panjang, pemikiran yg waras, sihat tubuh badan agar dapat menegakkan keadilan di bumi malaya ini.

wassalam
Anonymous said…
Awat huja Pak Khalid dangkal kali ni ye?Mufti blum bgtau siapa lg yg dia bertemu,,kenapa plak hasan ali nk p saman dia..ntah2 lepas ni mufti kata dia jumpa dgn Nik Aziz ke?Nizar ke?Hj Hadi ke?mcm2 bleh berjumpa..

So khalid,,cuba tutup rapat2 kemarahn anda itu pd Hasan Ali,,rakyat tahu anda ada dendam peribadi kpdnya,,so jgn tunjuk sgt nnt makin meluat org tgk..
jemang said…
Apa nk jadi en khalid oi...
Dah macam budak skolah dah.

Nk bising2 mrh sgt kat Mufti tu apasal nye.

Ntah2 suratkabar je yg lebih putar belit fakta. Mane ilang sikap bmunaqasyah, muraja'ah kita?

Tindakan yb y keterlaluan ni mmburukkan imej PAS sendiri.

Sudahla bw hal dalaman parti ke newspaper.

Dah xde adab berjemaah ke kite ni?
Isu2 YB ni dah jadi liabiliti dkt PAS la pulak da.

harap YB dpt nilai blk. Amik pndgan org laen

TQ
jab sp said…
Khalid,apa lagi yang kamu mahu ni.Aku dah hilang respect pada kamu,segala nya bermula sejak kebelakangan ni(kalau bolih refer balik komen aku sebelum ini yang selalu menyokong mu).Kamu ingat pendapat kamu saja yang penting,yang benar.Wahai Khalid,hentikan sebelum aku mengatakan kau bertindak melebihi apa yang Zul Nordin dan kawan kawan nya buat.
Aku tau ,perbalahan kau dengan Hasan Ali bukan lagi dari segi politik tetapi lebih kearah dendam peribadi.
Kalau kau nak bohong pada diri sendiri,kau bohonglah semahunya,tapi kalau kau nak bohong pada ahli PAS,tahab munafik jadinya.
Adakah selama ini kau membuang saudaramu Sharir Samad dari darah dagingmu.Jika ya,kau berhak untuk terus melalak,tetapi kalau Sharir masih saudaramu(dia UMNO totok yang amat kau benci),kau lah raja segala masaalah sekarang,bukannya Hassan Ali.
Anonymous said…
The way I see it, YB had other political agendas. Sometimes, I do not understand why PAS members like yrself like to belittle Mufti. Sometimes the argument lies on ilmiah discussion. It is a matter of furuq not usul. Point of disagreement should be seen as enrichment to religion not as a conflict. The problem with certain quarters, everything is seen as political rather ilmiah discussion.

PAS people should be tought on "ADAB" when dealing with Ulama or Mufti. Calling them like "haramjadah" is not Islamic nor advocated by Islam. Maybe "Islam PAS" there is. I do not know.

Imagine if people were to call /slur Dato Nik Aziz with the words "Unta, bodoh" how would you feel? There must be some mutual respects. Dato' Sri Najib pun pandai beradab when dealing with tok guru!!! unlike people like you who claim "lebih beragama, lebih alim, arif". You guys are bunch of nonsense people. A disgrace to Islam. Leveraging on Islam to gain political mileage...

Why don't you wait until the next party election to fight against Dr Hassan rather than abusing ulama to achieve yr political mission. Sampai nak jual nama Allah..Malulah malulah sikit YB...cukuplah...

TQ
Anonymous said…
Ramai pulak yg duk marahkah Pak Khalid? Sebab apa? Yg pegi jumpa Hasan Ali, yg kasi bocor mufti, yg ngaku lps tu Hasan Ali, nak marah apahal?

Hassan Ali mintak tolong tulihkan ke masa mesyuarat perhubungan mlm tadi yg hanya panggil kelompok yg dia suka?? Apa lagi dia kelentong korang? Yang dia dh telepon presiden? Presiden kata OK jumpa Harusani?

Cukup2 la kena kelentong dah tua2 dah ni...
Anonymous said…
saya ada baca pasal gesaan yb supaya hassan ali saman harussani dlm malaysiakini.
saya nak kata, adakah semua kesalahan perlu dihukum di dunia? sebelah pihak kata lain yg satu lagi kata lain. siapa yg betul, ALLAH saja yg tahu. seperti saya, yb juga cuma mengagak2 saja.
bukankah hukum akhirat ada? penghakiman oleh ALLAH adalah tepat setepat2nya. yb lupa? atau yb tak percaya, atau yb ckp sj percaya, tp meyakininya tidak?
fikirkan
ahli pas manjoi said…
aku naik confuse dengan yg bagi komen negative pada pak khalid..

samada mereka2 ini balaci umno,pemyokong tegar UG atau penyokong dr hassan? lagi malang kalau mereka ahli PAS tapi kurang bermaklumat,sehingga tidak kenal v siapa harusani.aku org perak tinggal di kpg manjoi dan ahli PAS tegar menyokong apa yg di perkatakan oleh pak khalid.
agak tersinggung aku jika ada ahli pas yg masih memuji harusani sedang mengetahui apa yg telah dia lakukan.
yg prihatin said…
Apalah YB khalid. Sedih saya tengok tulisan saudara, adakah ini pejuang Islam?
Anonymous said…
Kau ni bodoh le Khalid. Kau tak sedar ke kau tu jadi tunggangan DAP. Bangang punya manusia. Aku tengok semangat islam kau makin nipis.
Lembayung Taqwa said…
YB,

beberapa kenyataan YB sangat janggal dan menampakkan YB ada agenda dan dendam dengan dato Hassan Ali. Saya tak sokong Hassan Ali, tapi kenyataan dan cara YB meluahkan tulisan menampakkan YB ada dendam. Sudah2 lah YB, tumpukan kepada kerja2 parti.. lebih baik.
Jonsen said…
Salam..

Dalam komen2 ni, sy rasa x ramai pun yg sokong hassan ali. Cuma yg banyak, yg x setuju dengan tindakan saman hassan ali terhadap mufti sahaja. 2 isu yg berlainan tu.. Bila kita x setuju dengan yb khalid, x bermakna kita ni penyokong hassan ali.

Dalam hal ni, kita kena tengok the bigger picture. impak kepada tindakan menyaman mufti ameno tu sgt tidak bijak dari segi political mileage sbb akan timbulkan isu yg lain.. Yg lebih menyusahkan pas secara keseluruhannya..

Isu perjumpaan hassan ali dengan harussani, lebih sesuai sekiranya kita benarkan rakyat menghakimi siapa yg bercakap benar, siapa yg berbohong. Mufti ka, PJ ka, selagi dia manusia, x mustahil dia berbohong..kita bg rakyat jadi hakim..
korban said…
walaupun panjang lebar kalid samad tulis kononnya nak tunjuk yang dia tu wala' kat hasan ali dan berulang kali kata hasan ali tak bersalah dan jangan kita salahkan hasan ali.... tapi mesej jahat yang dia cuba nak sampaikan hanyalah satu - hasan ali tu BODOH bila pegi jumpa harusani.

bagi aku, yang paling BODOH kat sini anak pak samad sorang ni la.
ari tu beriya benar nak suruh siapa yg jumpa harusani letak jawatan atau dipecat, sekarang bila dah tekena kat batang hidung sendiri ada hati nak kata kat orang bodoh. engkolah yang paling bodoh kat sini!

yang paling cerdik - hasan ali, bila dia pegi jumpa harusani utk mengangkat martabat agama. Semua pimpinan besar PAS tidak pandang salah tindakan hasan ali melainkan anak pak samad sekor ni.

kalid samad pegi gereja tu nak angkat martabat agama ke? kalid samad mcm orang bangang nak jaga hati PKR dan DAP tu mengangkat martabat agama ke? kalid samad dok junjung hindraf melangit tu mengangkat martabat agama ke? kalid samad dok bela dan pertahankan kuil tu mengangkat martabat agama ke?

memang sah bahlul dan gila meroyan anak pak samad sekor nih!!
mcm mana dia boleh sesat dalam parti ISLAM semalaysia???!!
member biasa said…
confirm sekarang ramai penulis upahan dumbno merayap ke blog2 pro pakatan unutk kucar kacir kan.upahan mca/mic ramai di blog bahasa english.

YB khalid percayala kami ahli PAS yg tidak punyai apa2 kepentingan ini menyokong tuan dalam tindakan tuan pertahankan PAS dari di lemahkan oleh puak UG ini.

jangan hiraukan balaci dumbno ini.
Ummu Ainul said…
Salam YB Khalid,

As a moslem, I think it's extremely rude to propose such action to a mufti, however bias people may think he is. It's a simple thing called adab, and you have no idea how your harsh suggestion will reciprocate to younger generations into "ulama bashing" etc. UMNO had done similar things in bashing Moslem scholars in the past, but seriously, PAS doesn't have to stoop that low....

A DAP councillor has been embroilled in allegations of using MB's letterhead and I did not see the same level of "bashing" as had been bestowed to Dato Harussani. Why? If you want to be fair, be fair to all...
Anonymous said…
Kepada sapa2 yg rasa YB Khalid hendak sgt hentam Harussani tu kena baca semula artikel kali ni byk kali dan fahamkan cara penulisan sebelum ini, serampang dua mata ni kalau mau tau...
anas nazri said…
salam,

anda boleh tuduh saya orang UMNO, UMNgok, DumbNO, tapi saya memang ahli PAS.

Ketua DP PAS Shah Alam yang sekarang di Australia kenal saya secara peribadi.

Saya bukan orang baik, tapi saya ahli PAS dan saya dokong perjuangan PAS.

Tapi, tak payahlah nak cucuk sana-sini nak suruh orang sokong kita dan benci orang lain.

YB Khalid mungkin x suka Dr Hasan, tapi, dah Dr Hasan tu PJ, terima la hakikat tu...

Sangat bahaya bila tulisan tu mengandung makna-makna tersirat dan bukan semua yang dapat menangkap apa yang tersirat.

YB Khalid, sudah-sudah laa... saya sayang YB dan jugak Dr Hasan...

Sinergi daripada gabungan kedua-dua anda mampu memacu PAS di Selangor, tapi kalau terus-terusan macam nie, susah laa kami nak buat kerja...

Wassalam...
Pujangga Ilmu said…
Kepada pengulas yang bernama 'Ummu Ainul' di atas:

Tolong jangan silap konsep.

Kalau seorang mufti itu tiada prinsip, terima sahajalah hakikatnya. Mufti pun manusia sahaja, bukan pilihan istimewa Allah S.W.T. yang bebas dari kesilapan, keangkuhan, kezaliman atau kerakusan.

Adab itu adalah bagi mereka-mereka yang beradab.

Hormat itu adalah bagi mereka-mereka yang benar-benar mengundang hormat.

Adab dan hormat tidak boleh diminta atau dipaksakan.

Sikap Harussani yang sekian lama tidak jujur, bersifat perkauman tebal, tiada prinsip dan dengan itu tidak Islamik, seharusnya ditolak.

Orang-orang seperti ini tidak sesuai menjadi contoh kepada masyarakat, tidak kira Muslim atau bukan Muslim.

Seorang mufti yang agung akan disanjungi semua. Tidak perlu dipromosikan atau dimeminta adab bagi pihaknya.

Jadi adab apa yang mahu kita berikan kepada dia yang menderhaka kepada kebenaran atau keadilan sejagat?

Kalau anak-anak muda kita mengkritik atau menolak golongan mufti jika golongan ini tidak berprinsip, berbohong atau bersikap keterlaluan, maka ini hakikat yang wajar. Adab dan hormat apa yang mahu kita berikan kepada mereka yang seperti ini?

Ingatlah:

Adab dan hormat itu tidak pergi kepada seseorang cuma kerana dia "berpendidikan tinggi di dalam agama".

Adab dan hormat itu diundang apabila seseorang itu berlaku baik, bertindak adil kepada semua dan bercakap benar secara konsisten.


Seorang buruh kasar yang bercakap benar dan berkelakuan baik kepada semua lebih mulia daripada seorang mufti yang bersikap perkauman dan berbelit-belit cakapnya seolah-olah takut dengan kebenaran, walhal kebenaran itu dipandang tinggi Allah S.W.T.
Jahamy said…
Dato,

Mana ada "Mufti" berbohong?..:)
Ummu Ainul said…
Kepada Pujangga Ilmu,

Dimanakah dikatakan "Sikap Harussani yang sekian lama tidak jujur, bersifat perkauman tebal, tiada prinsip dan dengan itu tidak Islamik, seharusnya ditolak" ?

Hanya semata-mata beliau tidak mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli PAS maka pandangan beliau akan sentiasa dikategorikan sebagai BOHONGAN?

Masalahnya PAS hanya memandang dirinya sahaja sebagai orang yang bekerja untuk Islam sedangkan masih ada ramai lagi yang prihatin tentang Islam, termasuk mereka yang duduk di institusi2 kerajaan yang cuba sedaya upaya mempertahankan Islam melalui saluran yang ada. Dulu, melihat kepada kejujuran PAS, ya... serasanya Islam boleh terbela melalui PAS, tetapi hakikatnya sekarang, ramai yang merasakan PAS sudah "BERPOLITIK" terlalu jauh, sanggup menggadaikan Islam demi meminta sedekah undi orang-orang bukan Islam.

To people of Perak (except PAS, DAP and PKR members) they knew that Dato Harussani has done much to the society, in his own way, without much political hoohaah...The issue of apostasy for example triggered awareness among Moslem community, but sadly PAS downplayed it for the fear of hurting non-moslem friends. PAS is only seeing the political side of things. As I said he might be biased, but he doesn't deserved to be belittled in such away by calling him a liar, when obviously, "perpaduan Melayu and Islam" is in the interest of everybody, it's not surprising if Dato Hassan Ali or any PAS members meeting him would have brought up the subject upon seeing him.

Akhir sekali, adab mengajar kita untuk berlemah lembut dengan saudara semuslim, walau bagaimanapun kita berbeza pendapat, atas prinsip persaudaraan dan sebaliknya bersikap lebih keras pada non-Moslem jika di hati mereka tidak ada sebesar zarah pun menegakkan Islam dalam diri mereka. Sayangnya, selepas PRU 12, prinsip ini DITERBALIKKAN oleh PAS.
Semerah Padi said…
Ya ada. Yang pandai berbohong tu Mufti UMNO lah. Susah sangat ke ko nak pikir?
Wesley... said…
Buat ape nak gaduh2....sesama islam pun nak suruh saman menyaman...tp mengaku bukan anti perkauman....saman menyaman bukan solve problem pun..macam xdak kerja lain dah nak buat....saman org tu...saman org ni..ahli politik ni mcm diorg semua jer yg bijak pndai dan btul.....dok cari salah org jer.....org tu xkena, org ni xbtul..macam la hebat sgt....ckp jer pndai..tanam tebu lebih.......Dlam kes ni...perbincangan yg dikatakan satu penipuan tu cuba membawa ke arah kebaikan....kenapa YB benci sgt kebaikan....just nak berkawan...perpaduan...xpyh gaduh2..mcm org main bola...after game salam2 peluk2...tanda friendly...nmpknya salah pilih la org shah alam....pilih org yg suka saman menyaman...bergaduh dgn rakan se agama...

Yang kedua....perlu kita ingat kita ni org islam....dalam agama kita hanya Allah s.w.t yg tahu semua perkara....so, bagaimana YB ni bole kata mustahil plak PJ Pas selangor berbohong, pastu macam confirm plak mufti perak tu menipu.......kita semua pun sebenarnya tak tau sape yg ckp benar sape yg ckp bohong....Hnya Allah jer yg tau...xpyh nak tunjuk hebat or nak jadi hero kt dunia ni dgn menghukum org sebegitu rupa...sesungguhnya di akhirat nanti sapa yg bersalah xakan terlepas dr hukuman Allah s.w.t...bersabarlah kita wahai umat islam..tunggu di akhirat nnti sapa yg bersalah akan dpt balasan...perkara mcm ni very subjective...exspecially YB Khalid yg mayb kekurangan activity dok asyik nak suruh saman jer....
iqra said…
Salam...nampaknya perdebatan dlm isu mufti Perak ni semakin hangat, jgn hangat2 tahi ayam sudah, sekadar menegak benang basah takkan ke mana.

Sebagai org Islam kalau ada perselisihan di antara kamu kembalilah pada Quran, kalau tidak terdapat carilah hadis Nabi s.a.w, kalau tak jumpa juga carilah amalan2 sahabat2 baginda.

kalau masih tak selesai gunakan kepakaran kamu dgn ilmu tentang Islam (ijtihad), alim ulama yg sebenar dan bercakap benar di anatara kamu.

Tapi saya percaya isu sekarang tak sampai ke tahap itu pun dah boleh selesai, cuma masalah politik, kuasa, wang dan lain2 kepentingan dunia sahaja yg menggelapkan mata semua.

Wallahu'alam...
Anonymous said…
Salam Tuan YB

I will not follow a mufti who is bias and uses wrongful/improper scripts and verses to protect the interest of the wrong.

Therefore, i find that this will lead to the gates of melancholy.

-SCIROCCO-

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…