Skip to main content

Persoalan Perpaduan Melayu

Sekali lagi isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh UMNO. Kononnya mereka sahajalah yang mengambil berat akan isu ini. Hakikatnya, PAS selama penubuhannya, telah sekian lama memperjuangkan perpaduan Melayu. Hanya bezanya ialah perpaduan yang diusahakan oleh PAS adalah berasaskan Islam sedangkan perpaduan yang diusahakan oleh UMNO adalah berasaskan ‘Melayu’. Yang bersetuju dengan Islam sebagai dasar yang kukuh, bersatu dibawah PAS. Semua yang setuju dengan Melayu sebagai asas, bersatu di bawah UMNO!

Persoalan perpaduan adalah sesuatu yang diusahakan semua pihak. Tiada yang siuman yang inginkan perbalahan dan perpecahan. Semua inginkan supaya bangsa dan masyarakatnya untuk bersatu. Yang membezakan ialah asas perpaduan yang diusahakan.

Bagi PAS dan mereka yang berjuang di atas dasar Islam, UMNO adalah punca perpecahan ummat Islam kerana UMNO membawa dasar selain dari Islam sebagai dasar perpaduan ummat Islam. UMNO membawa sebuah dasar yang bukan dari Islam dan dalam banyak segi, bercanggah dengan Islam. Oleh itu ummat Islam terpesong dari dasar perpaduan sebenar yang diperjuangkan oleh PAS. Usaha PAS untuk menyatupadukan ummat Islam atas dasar Islam digagalkan UMNO melalui berbagai cara termasuk fitnah, penyelewengan maklumat dan tidak ketinggalan juga penggunaan ISA terhadap pimpinan PAS. Ummat Islam ditakut-takutkan oleh media yang dikuasai UMNO dan dikelirukan dengan sengaja supaya menolak perpaduan yang diusahakan PAS. UMNO adalah punca mengapa ummat Islam tidak bersatu di atas dasar Islam!

Bagi UMNO yang ingin melihat orang Melayu bersatu di bawah kepimpinan mereka di atas dasar Melayu, PAS adalah punca perpecahan. Ini adalah kerana PAS membawa satu dasar yang berbeza, iaitu Islam. UMNO gagal menyatupadukan orang Melayu atas dasar Melayu kerana PAS membawa persoalan agama ke dalam arena politik, satu tindakan yang ditolak UMNO. PAS memberitahu orang Melayu bahawa dasar ‘Melayu’ yang mengharuskan rasuah, kezaliman, penyelewengan, penindasan, kronisma dan segala yang tercela ‘demi kepentingan Melayu’, adalah sesuatu yang menyesatkan. Oleh itu sebahagian dari orang Melayu tidak bersama UMNO dan sebaliknya memilih untuk bersama PAS. Dengan itu usaha UMNO untuk menyatupadukan Melayu atas dasar bangsa Melayu telah digagalkan oleh PAS.

UMNO memberitahu orang Melayu bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa politik sekiranya tidak bersatu di bawah payung mereka dan menakutkan orang Melayu dengan ramalan-ramalan seperti orang Melayu menggemis di Negara sendiri dan sebagainya. PAS memberitahu ummat Islam bahawa keadaan ‘lemah’ mereka adalah hasil dari perjuangan ‘Melayu’ yang diperalatkan segelintir elit Melayu untuk mengayakan diri mereka sendiri di atas nama semangat Melayu. PAS menyeru ummat Islam untuk kembali kepada Islam dan menolak dasar Melayu ini. Sekiranya tidak, maka pendekatan yang dibawa UMNO selama ini akan menyebabkan ummat Islam menjadi semakin lemah dan yang paling dikhuatiri sebagai ummat Islam ialah semakin dimurkai Allah.

UMNO menuduh PAS sebagai penghalang perpaduan Melayu dan PAS menuduh UMNO sebagai pemusnah perpaduan Islam. Hakikatnya, kedua-dua pihak inginkan perpaduan tetapi atas di dasar yang berbeza dan oleh itu kedua-dua pihak menyebabkan cita-cita kesatuan pihak satu lagi tidak tercapai dengan sepenuhnya!

Namun, persoalannya sekarang, apakah yang merupakan intipati yang terpenting? Adakah ianya ‘perpaduan’, walau di atas dasar apa sekalipun, atau adakah ianya sebuah perjuangan yang berasaskan wawasan dan cita-cita mulia yang akan menghasilkan perpaduan manusia di atas dasar keadilan sejagat?

Bagi UMNO yang tidak mempunyai sebarang asas yang boleh dianggap mulia atau boleh dibanggakan, perpaduan di bawah kepimpinan UMNO ialah di mana mereka akan terus kekal berkuasa, itulah yang mereka inginkan. Itulah cita-cita mereka.

Bagi PAS pula yang mempunyai dasar dan asas perjuangan yang mulia dan bernilai tinggi, perjuangan Islam adalah yang perlu diutamakan dan melaluinya akan tercapai perpaduan.

Kaedah yang diusahakan oleh PAS adalah semestinya kaedah dan pendekatan yang tepat dan saya yakin segala kekecohan berhubung ‘perpaduan Melayu’ yang dibawa oleh UMNO tidak akan mampu mengelirukan rakyat. Kita semua tahu dan kenal siapa itu UMNO. Mereka hanya teringat persoalan Melayu apabila mereka tersepit dan terdesak. Selama ini, semasa mereka berkuasa dalam keadaan yang selesa, PAS merupakan sasaran mereka. Tidak pula teringat akan persoalan ‘perpaduan Melayu’.

Maka adalah tidak wajar bagi PAS yang telah berjuang selama ini, membina asas perpaduan Islam di kalangan ummat Islam bagi menyelamatkan mereka dari asas perpaduan yang palsu di bawah UMNO, untuk secara tiba-tiba menyatakan, “kita tidak berbeza. Kita sama sahaja. Marilah kita bersatu”. Adalah lebih wajar untuk UMNO menyatakan “kita tersilap selama ini dan Syaitan telah menyesatkan kita sehingga rasuah, salah guna kuasa, penindasan, penyelewengan dan sekularisma diperlihatkannya sebagai penyelamat bangsa Melayu. Kita perlu bubarkan UMNO dan kembali kepada perjuangan Islam bersama PAS”.

Itu sahajalah kaedah perpaduan yang bermakna.

Ada pula yang bertanya, “kalau begitu, bagaimana pula kerjasama PAS dengan PR?”

PKR dan DAP ada wawasan mereka masing-masing yang inginkan keadilan sosial. Walaupun konsep keadilan mereka berbeza dengan konsep keadilan PAS, namun dari segi praktiknya ada banyak persamaan. Perjuangan mereka turut menolak rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, penindasan dan sebagainya dan walaupun mereka berpegang kepada fahaman politik sekular, mereka tidak menafikan bahawa sekularisme itu adalah sesuatu yang bercanggah dengan fahaman Islam. Pada masa yang sama, keadilan sosial yang mereka perjuangkan meliputi keadilan untuk semua, termasuk orang Melayu dan ummat Islam. Lagipun, perlembagaan Negara yang sediada terus akan diguna pakai di mana persoalan institusi raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, hak istimewa Melayu dan sebagainya akan terus diterima tetapi tidak disalahgunakan. Oleh itu adalah lebih mudah PAS bersama PR dari bersama UMNO yang tidak mempunyai sebarang prinsip.

Berhubung isu perjumpaan pemimpin PAS dengan Mufti Perak pula, ianya amat mudah untuk dirumuskan. SEKIRANYA ada mana-mana pemimpin PAS, walaupun atas kapasiti peribadinya, bertemu dengan Mufti Perak untuk meminta beliau mengusahakan kesatuan UMNO dengan PAS, maka pemimpin tersebut TIDAK WALA’ kepada parti. Ini adalah kerana dasar parti jelas dan ditegaskan di dalam 3 Muktamar berturut-turut. Kukuhkan PR dan tolak perpaduan dengan UMNO!

Pemimpin tersebut patut diberi surat tunjuk sebab dan sekiranya didapati benar beliau bertemu dengan tujuan tersebut, maka beliau patut diminta tinggalkan parti dan sekiranya enggan, dipecat dari parti. Tindakan beliau telah menyulitkan PAS, mengelirukan ahli-ahlinya dan menimbulkan fitnah di kalangan parti-parti rakan dalam PR. Ianya tindakan yang disambut dan disahut oleh UMNO serta rakan-rakan mereka dalam BN kerana berpotensi untuk melemahkan PR.

SEKIRANYA ianya benar berlaku maka PAS perlu menyedari bahawa, malangnya, masih ada di kalangan pimpinannya mereka yang tidak boleh membezakan di antara Melayu dan Islam dan menganggap Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Ini bermakna ada pimpinan yang ‘tidak cukup tarbiyyahnya’ dan oleh itu mereka perlu diturunkan dari kedudukan mereka sebagai pemimpin. Mereka bukanlah seperti saya, seorang ahli biasa (sehingga hujung bulan ini) tetapi mereka ‘pemimpin’ dan oleh itu perlu dipertanggung-jawabkan atas tindakan mereka dengan lebih tegas lagi.

Kalau tidak, maka akan semakin celaru.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Langsuka said…
YB. Ini soalan ikhals.

Jadi kalau dalam perjumpaan yg Harussani war-warkan ke seleuruh dunia itu memang jelas Hasan Ali dan pelobi UMNO Suwardi Yaacob ex-peguam yg telah di pecat tersebut, adakah PAS berani mengambil tindakan terhadap mereka?

Blog-blog dah mula berani berkata mereka itu adalah orang yg sama yg pernah membawa masalah kepada PAS satu ketika dahulu, namun tiada apa2 tindakan dilakukan. Tindakan tetatertib pada Hasan Ali seolahnya tetap tidak memberi kesan pada dasar perjuangannya, dan beliau meneruskan agenda yang berlawanan dengan dasar PAS.

Seriouskan PAS berani mahu melaksanakan apa yg YB cadangkan tersebut? Saya rasa kelakar....

Apa cara YB mahu bertindak dengan bukti yg telah ada? Ia melibatkan seorang ketua kepada YB sendiri di Selangor.

Dalam blog Wan Ji jelas telah menamakan kedua berdasarkan gamabar photo rakaman; Hasan Ali dan Suwardi Yaacob?

What next?
Anonymous said…
YB, lets make it crystal clear once and for all. The non-malays have no problems at all with malay unity on the condition Pas leads all the way, Umno sit quiet because very unfortunately we don't trust those Umno guys anymore after decades of mismanagement (still going on)of the nation's coffer, bad race relationship (this one malay,that one chinese,the other indian etc),cronism and favoritism (involved not just one race),egoistic,race bashing....we have enough of race majority gangsterism.If Pas cannot convince those sleek guys to abandon their bad habits, we don't understand why the need to unite then.
Anonymous said…
pantang bola tanggung libas terus ..kena pulak yg saspeknye ialah hassan ali eehhhmm lagi sedap blasah...hahahaha... politik melayu...
kapitan said…
apa sangat dengan perpaduan serumpun? lebih baik anjurkan perpaduan kebangsaan dgn semangat cintakan negara. tanah melayu sejak dulu lagi tlh diperkotak-katikan oleh penjajah inggeris, portugis dan jepun menggunakan dasar pecah dan perintah kerana kita baik melayu, cina, india & dll tidak cukup bersatu. tak paham paham lagi dgn sejarah ke UMNO nih?...takkan kita nak sejarah berulang lagi? saya syorkan PAS pecat saja 'agen' yg menjadi perantara ini dgn segera agar tidak menjadi parah dikemudian hari.
Anonymous said…
sebelum jumpa yb....mcm-mcm pandangan saya pada yb...setelah yb dtg ke kemaman, majlis dialog bersama yd baru-baru.... saya berkata inilah pimpinan yang saya cari selama ini... yb istiqamah dlm perjuagan....dulu dr hasan ali idola saya,,, sblm mengenali yb... setelah blogger mendedahkan perjumpaan dr hassan ali dgn pimpinan umnoapco pasal kerajaan perpaduan.... hancur hati saya... mari semua kita bersama-sama menjatuhkan umno di malaysia...punca kerosakan berlaku di tanah air kita...tak kenal maka tak cinta...tahniah yb
jab sp said…
YB,
beginikah sikap PAS bila berkuasa penuh nanti(Insyallah).Semua disekat,semua ditahan.
Rupanya akan lebih terok lagi PAS dari UMNO jika sepenuh kuasa diberi.
Saya bukan penyokong UG tetapi menghentam setiap kali pada individu yang sama jika timbul masaalah sudah lebih daripada yang sepatutnya.
Jika selama ini kita sanggup bertolak ansur dengan PKR dan DAP bagi memastikan kuasa dapat dikongsi bersama,sanggupkah kita kehilangan kuasa bila rakan yang bersama kita sejak awalnya dicurigai dan ingin diusir keluar.

YB,nampaknya politik kita sudah terlebih sekarang.Berbincang dan bertemu mengenai Melayu sudah menjadi satu bala agaknya.PAS(YB) mungkin suka bila Melayu bertemu Melayu jangan diperkatakan sebarang perkara bila ia berkaitan Melayu.Kalau diperkatkan juga,sah dialah pengkhianat parti?
Anonymous said…
salam...
saya dah makin tak faham dengan pimpinan PAS...
Kalau dulu saya merupakan seoarang yang kuat menyokong PAS tetapi sekarang saya amat kecewa dengan pimpinan PAS...
Adakah orang nak bersatu dan berbaik-baik kita halang...
Ingatlah sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang menyatukan kaum aus dan khazraj; muhajirin dan ansar di bawah lembayung Islam...
Kenapa pimpinan PAS mengenakan syarat untuk menukar perlembagaan UMNO kepada Islam untuk bersatu dan tidak mengenakan syarat sebegitu kepada PKR dan DAP...
PAS semakin bercelaru kerana pemimpinnya lebih politik kepartian daripada memperjuangkan Islam...
Anonymous said…
Saya pun ada satu soalan kepada YB dan amat berharap sangat YB menjawab soalan saya dgn ikhlas.

Jika Cina MCA & DAP bersatu dan Melayu itu berpecah 3, siapa akan menerajui Malaysia agaknya selepas PRU13? Apa akan jadi pada PAS & UMNO pada masa itu?

Adakah PAS boleh dapat kerusi sama adil dgn DAP & PKR di PRU13?

Adakah PAS CONFIRM boleh menang semua kerusi yg di tandingi?

Jangan kata dgn saya ANWAR itu akan jadi PM. Adakah dia akan tidak tunduk kepada tekanan drp DAP?

Satu perkara yg perlu saya betulkan. MELAYU ITU ISLAM & ISLAM ITU AD DIN.

Maaf YB. Saya UMNO pun bukan PAS pun bukan & PKR jauh sekali. Saya pengundi atas pagar yg telah mengundi YB dlm PRU yg lepas.

Saya akan sokong perpaduan antara UMNO & PAS demi bangsa Melayu & Islam.
harunn said…
Salam...

Kenapa kalau ada pemimpin Pas jumpa Ulamak .saya rasa bukan dosa besar kalau ada pemimpin Pas jumpa Ulamak ...kalau kita tengok Tok Guru pernah jumpa lee kuan yew ...tak ada sapa yang komen pun ...tapi bila ada orang jumpa Ulamak nak kena pecat ..mana akal Yb ...lebih baik Yb pegi tarbiah abang kandung lagi baik .....
Anonymous said…
Bila bercakapa mengenai Sirah Nabi.. adakah kita betul2 paham ape yg Nabi Junjungan Besar kita perjuangkan.. adakah Nabi kita memperjuangkan warna kulit bangsa lebih dari kebenaran Iman bangsa2 lain seperti Bilal.. semasa sampai ke Madinah, baginda Rasulullah telah mempersaudarakan di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar untuk atas nama Islam untuk mengikis semangat asabiyah

Sabda Nabi "Barangsiapa yang berjuang di bawah panji-panji emosi, menjadi marah karena sikap berat sebelah (’asabiyah), atau menyeru ke arah ‘asabiyah, atau mendukungnya dan kemudian meninggal, maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah.” (Sahih Muslim)

Maka Islam menuntut perpaduan, begitu juga PAS menuntut seluruh umat Islam Malaysia, tak kira Melayu, Cina, India, dan Kaum bumiputra yg lain bersatu atas dasar perpaduan Islam.. bukan dasar perkauman asobiyah seperti Firman Allah;

“Dan berpeganglah kamu semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (pada masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”(Ali-‘Imran[3:103])

Jadi seruan PAS amat mudah.. bersatulah semua Melayu Islam atas semangat perpaduan Islam bukannya perpaduan Melayu, ini kerana kita perlu berlaku adil terhadap bangsa2 yg lain yg juga sebilangan ramai diantara mereka telah memeluk Islam... Di dalam Islam, persaudaraan itu diikat dengan iman dan takwa sebagaimana Firman Allah;

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.(al-Hujurat[49.10])

Bahkan di dalam banyak keadaan, al-Quran lebih mengiktiraf persaudaraan agama berbanding persaudaraan keluarga sekiranya persaudaraan keluarga bakal mengancam survival iman dan keserjahteraan Islam..
merahsilu99@gmail.com said…
YB Sheikh Khalid,

Pada saya, sesiapa pun berjumpa dengan Mufti Perak tidak salah. Bahkan berjumpa dengan PM & seluruh ahli kabinet, pemimpin atas dan bawah umno-BN pun apa salahnya.
SEKIRANYA ada mana-mana pemimpin PAS, walaupun atas kapasiti peribadinya, bertemu dengan Mufti Perak untuk meminta beliau MENGUSAHAKAN PENYATUAN/GABUNGAN @ PERPADUAN (PerpaduWang) UMNO dengan PAS, maka pemimpin tersebut tidak faham @ sengaja buat tak faham arahan/keputusan parti. Ini adalah kerana dasar parti jelas dan ditegaskan di dalam 3 Muktamar berturut-turut. Kukuhkan PR dan tolak perpaduan dengan UMNO!

Sebagai makmun bawahan PAS Shah Alam, sejak selepas pilihanraya Mac 2008, kita tak habis2 dengan masalah dalaman PR khususnya PAS Selangor. Satu hal yang amat silap sekiranya pimpinan PAS Selangor menganggap khalayak awam yang bukan aktivis PAS adalah orang yang tak tahu mengenai apa itu, Tarbiyyah, Taa'dib, Tamrin, amal jama'i/haraki, tahrirul Wala', uslub, tassamuh, tawaquf, hazar dan banyak lagi terminology ...
Pengalaman saya banyak kali berjumpa dengan pimpinan kecil, sederhana & besar PAS di sini, seolah2 persepsi mereka kepada orang awam adalah 'daif ilmu/maklumat' lalu bertindaklah mereka di luar wilayah jamaah & hasilnya inilah; isu Mufti Perak dengan Pimpinan PAS.
Saya harap isu ini dengan 'orang itu' adalah tidak benar! Tetapi kalau benar, saya cuba mengandaikan hukumannya barangkali begini;
i. isu peribadi, tidak ada sebarang tindakan.
ii. Amaran keras
iii. Amaran sekeras2nya
iv. Amaran terakhir
v. Gantung jawatan seperti YB Khalid
vi. Letak jawatan dalam saf kepimpinan PAS.
Saya percaya hukuman v & vi sukar diputuskan oleh Ahli Shura/Ahlul halli wal Aqdi kerana sebab2 yang dimaklumi.
Akhirnya tunggu & lihatlah apa kesudahannya. Sekurang2nya strategi umno-BN mencetuskan isu PerpaduWang Melayu @ Kera-jaan PerpaduWang sedikit sebanyak berjaya menjadi rakyat sebagai pemikir/penganalisis politik yang kritis menjelang Perang Besar PRU 13.
Seksyen 18/40, Shah Alam
kaiban said…
bg aku senag je ...p mampus dgn perpaduan...kuatkan saf pimpinan2 PAS dahulu,jgn terjadi seperti HAMAS dan fatah
Anonymous said…
Khalid Samad cakap pasal wala?

Lawak. Apakah wala itu hanya menepati serakah anda wahai Khalid Samad?

Bukankah anda sendiri beria-ia mencabuli wala bila ia tak kena dengan diri anda?
hussin said…
masih ada yang tidak faham apatah lagi yakin dengan perjuangan pas -

"beginikah sikap PAS bila berkuasa penuh nanti (Insyallah). Semua disekat,semua ditahan. rupanya akan lebih terok lagi PAS dari UMNO jika sepenuh kuasa diberi."

logikkah pencetus rasa kemudian menggambarkan bahawa "Saya bukan penyokong UG tetapi menghentam setiap kali pada individu yang sama jika timbul masaalah sudah lebih daripada yang sepatutnya."

saya percaya ada sedikit kekeliruan, mungkin timbul dari ketidakfahaman asas perjuangan pas serta ketidakupayaan menghayati tulisan yb khalid.

"melayu" masih mendasari pandangan apabila merumuskan "YB,nampaknya politik kita sudah terlebih sekarang.Berbincang dan bertemu mengenai Melayu sudah menjadi satu bala agaknya.PAS(YB) mungkin suka bila Melayu bertemu Melayu jangan diperkatakan sebarang perkara bila ia berkaitan Melayu.Kalau diperkatkan juga,sah dialah pengkhianat parti?".

(1) perjuangan pas adalah berdasarkan islam. manakala perjuangan umno pula berdasarkan melayu. di antara keduanya tidak ketemu titik persamaan. yb telah perinci dengan jelas.

(2) majoriti rakyat sudah menolak umno yang dasar perjuangannya melayu. rakyat sudah memahami dasar islam pas dan mulai mendekati pas. dari perkiraan politik, pas sudah berjaya merungkai salah faham rakyat terhadap perjuangan islamnya. rakyat sudah faham dengan perjuangan melayu umno. ia mengambil masa lebih 5 dekad untuk mengubah persepsi rakyat terhadap pas dan mengenali wajah sebenar umno.

(3) dalam keadaan ini, dalam rakyat sudah mula menerima pas, adalah sumbang bagi mana2 pemimpin pas untuk berkira2 dengan umno demi perpaduan melayu. kerana pas akan dilhat sudah mengenepikan dasar perjuangan islamnya dan menerima dasar perjuangan melayu umno. siapa yang akan mendapat keuntungan dari situasi ini? tanpa memperdulikan kesinambungan kuasa bagi umno. kalau bukan kuasa yang ingin diperolehi, lalu perlu apa pas berpolitik? kalau bukan kerana dasar perjuangan umno, perlu apa kalangan ulama umno menubuhkan pas?

/2
hussin said…
4) mahathir memecat anwar kerana anwar dilihat menggugat agenda politik beliau. bukan umno. Samalah seperti tidak mengambil tindakan terhadap 'pengkhianat' parti bererti 'pengkhianat' tersebut tidak menggugat sesiapa dalam parti. umno telah menerima akibatnya kerana ahli2 umno menerima tindakan mahathir. apakah pas mahu ikut sama? sesiapa yang mengkhianati parti, perlu diambil tindakan. dalam keadaan seluruh alam tahu, keengganan pas bertindak sukar dimengerti. jangan ikut cara mahathir, selagi ia tidak menggugat kepimpinan, tidak perlu bertindak. dengan lain perkataan, tindakan tidak diambil kerana kesalahan yang dilakukan bukan kesalahan tetapi menepati kehendak dan citarasa mereka yang di singgahsana kuasa, salah?

(5) bukankah, semua ini bermula dengan pertemuan tg presiden, timbalan presiden dan pengarah pilihanraya pas pusat dengan paklah selepas pru12? salahkah kalau dikatakan ini mendorong pengarah pilhanraya pas pusat dilantik menjadi setiausaha agung pas selepas itu, untuk meneruskan usaha2 penyatuan demi “islam-melayu”? harap2 saya silap, tetapi keadaan tutup-buka, tutup-buka perbincangan pas-umno terus berlaku hatta selepas keputusan muktamar 54 dan 55 “memperkasakan pakatan rakyat” jelas berkumandang di dewan muktamar? ia diulang lagi pada muktamar ke 56. pada mulanya dijangka “ tak mahu dukung biawak hidup” akan menutup serapat2nya pintu yang tutup-buka-tutup-buka. rupanya tidak. makin hampir dengan pru13, ia makin menggila. kita tidak pelik dengan ucapan2 pemimpin umno, tetapi yang pelik disambut oleh segelintir pemimpin pas yang terasa geli apabila sahaja mendengar perkataan “perpaduan”.

(6) bukan kita tidak mahukan perpaduan. cuma ia bukan masanya. masa yang paling baik ialah apabila pas sudah mendahului dan mengatasi umno. mampukah pas mengambilalih tempat umno? itu yang perlu difikir dan diusahakan. pada ketika ini pas akan dilihat tidak jujur dengan pakatan rakyat. ada pemimpin pas yang ketagih jawatan menteri. bermacam2 lagi. yang tidak mampu ditepis oleh pas. yang bersuara songsang dengan tulisan yb khalid adalah juak2 umno walaupun cuba membayangkan mereka juga tidak sokong ug kerana apabila mendalami komen2 mereka akan terdedah wajah sebenar mereka. ahli2 pas yang mengkritik adalah, sama ada, yang tidak faham ‘kepala-ekor’ politik semasa, yang tidak dapat terima bahawa pertemuan dalam gelap benar2 berlaku, yang terlalu wala’, yang telan bulat2 apa yang disuap oleh ulama, yang langsung tidak boleh berfikir, yang terlalu jujur dan akur dengan apa sahaja yang dikatakan, yang tidak boleh terima penjelasan jika ia datang dari bukan kumpulannya

wallahu’alam..
hussin said…
4) mahathir memecat anwar kerana anwar dilihat menggugat agenda politik beliau. bukan umno. Samalah seperti tidak mengambil tindakan terhadap 'pengkhianat' parti bererti 'pengkhianat' tersebut tidak menggugat sesiapa dalam parti. umno telah menerima akibatnya kerana ahli2 umno menerima tindakan mahathir. apakah pas mahu ikut sama? sesiapa yang mengkhianati parti, perlu diambil tindakan. dalam keadaan seluruh alam tahu, keengganan pas bertindak sukar dimengerti. jangan ikut cara mahathir, selagi ia tidak menggugat kepimpinan, tidak perlu bertindak. dengan lain perkataan, tindakan tidak diambil kerana kesalahan yang dilakukan bukan kesalahan tetapi menepati kehendak dan citarasa mereka yang di singgahsana kuasa, salah?

(5) bukankah, semua ini bermula dengan pertemuan tg presiden, timbalan presiden dan pengarah pilihanraya pas pusat dengan paklah selepas pru12? salahkah kalau dikatakan ini mendorong pengarah pilhanraya pas pusat dilantik menjadi setiausaha agung pas selepas itu, untuk meneruskan usaha2 penyatuan demi “islam-melayu”? harap2 saya silap, tetapi keadaan tutup-buka, tutup-buka perbincangan pas-umno terus berlaku hatta selepas keputusan muktamar 54 dan 55 “memperkasakan pakatan rakyat” jelas berkumandang di dewan muktamar? ia diulang lagi pada muktamar ke 56. pada mulanya dijangka “ tak mahu dukung biawak hidup” akan menutup serapat2nya pintu yang tutup-buka-tutup-buka. rupanya tidak. makin hampir dengan pru13, ia makin menggila. kita tidak pelik dengan ucapan2 pemimpin umno, tetapi yang pelik disambut oleh segelintir pemimpin pas yang terasa geli apabila sahaja mendengar perkataan “perpaduan”.
hussin said…
6) bukan kita tidak mahukan perpaduan. cuma ia bukan masanya. masa yang paling baik ialah apabila pas sudah mendahului dan mengatasi umno. mampukah pas mengambilalih tempat umno? itu yang perlu difikir dan diusahakan. pada ketika ini pas akan dilihat tidak jujur dengan pakatan rakyat. ada pemimpin pas yang ketagih jawatan menteri. bermacam2 lagi. yang tidak mampu ditepis oleh pas. yang bersuara songsang dengan tulisan yb khalid adalah juak2 umno walaupun cuba membayangkan mereka juga tidak sokong ug kerana apabila mendalami komen2 mereka akan terdedah wajah sebenar mereka. ahli2 pas yang mengkritik adalah, sama ada, yang tidak faham ‘kepala-ekor’ politik semasa, yang tidak dapat terima bahawa pertemuan dalam gelap benar2 berlaku, yang terlalu wala’, yang telan bulat2 apa yang disuap oleh ulama, yang langsung tidak boleh berfikir, yang terlalu jujur dan akur dengan apa sahaja yang dikatakan, yang tidak boleh terima penjelasan jika ia datang dari bukan kumpulannya

wallahu’alam..
Anonymous said…
Saya tak akan masuk PAS.
Saya tak akan masuk PAS.
Saya tak akan masuk PAS.
Anonymous said…
PAS = ISLAM
PAS = BENAR
PAS = ALIM
PAS = AMANAH
PAS = BERSIH
TETAPI SAYA TAK AKAN MASUK PAS ...
PAS = SOMBONG
PAS = CELUPAR
PAS = TAK ADA MASA DEPAN
PAS = KELIRU
PAS ~ CAKAP BESAR TAPI ISI KOSONG
Anonymous said…
YB (Yang Berkhidmat),

Usaha ke arah perpaduan ialah usaha yg murni.Kalau pun di mata PAS ,UMNO tu syirik tetapi hakikatnya UMNO ialah ISLAM.

Usaha untuk menggagalkanya ialah hasutan syaitan.Allah SWT dah jelaskan bahawa syaitan itu musuh kamu yg nyata.Sebahagian daripada surah Al Baqarah ayat 208.

TG Nik Aziz pulak buat-buat pandai," Tak apa kita boleh bersahabat dgn syaitan.".Inilah akibatnya, mudah termakan hasutan syaitan.

Jadilah pemimpin yg.bijak(yg cerdik ramai).Perpaduan antara PAS dan UMNO satu matlamat yang sangat murni.Saya berpendapat Allah SWT sangat meredhainya.

Salam hormat,

Lat Juno.
harunn said…
Salam

Saya ada kawan2 yang boleh dikatakan orang kuat Pas ..tapi bila tanya isu perpaduan ni dan juga isu pkr ..mereka serba salah untuk memberi komen...mereka mahukan juga perpaduan dengan umno...sebab dalam keluarga kita pun ada yang yang umno , ada yang Pas malah ada juga pkr ..so tak kan kita tak suka kat abang kita kalau dia Pas ataupun umno...macam Yb sendiri pun abang dia orang kuat umno ...kalau yb kata umno makan duit haram, mahukah yb kata abang yb sendiri balun duit haram..apa masalah berbaik dengan umno...kalau tak suka kat mana ...jumpa nanti hentam la , tegur la kat mana tak kena...ni belum apa2 dah jual mahal pulalk...saya yakin ada pemimpin Pas yang mahukan perpaduan cuma tak mahu menonjol nanti dilabel sebagai sampah macam Ustaz Nasha dulu....berbalik isu pkr pula..bila saya tanya kawan berkenaan pkr ramai mereka kurang setuju cara pkr ..pkr terlalu liberal...apa pun boleh...

Saya bukan pengundi shah alam , tapi isteri saya adalah pengundi shah alam ..kalau yb masih jadi wakil Pas pada pru akan datang saya akan pastikan isteri saya tak akan mengundi YB , kalau Pas letak calon lain , Isyaallah 100 % pangkah Pas....
Anonymous said…
jgn layan.... tipu kesumat umhnooo ini.....pepaduan...melayu... buat kerja kalahkan mereka tawan putra jaya...
nasir said…
Sdr Hussin tak perlulah jelaskan panjang lebar . Nak perpaduan parti bukannya kerja seorang dua pimpinan . Dulu UMNO bergabung dengan PAS pun setelah dipersetujui dalam muktamar . Jadi kena dengan MELALUI MUKTAMAR . Bukannya boleh umum sesuka hati . Awat yang teruk sangat otak2 sesetengah pimpinan . Khalid bukan tak tau benda nie . Takkanlah Hassan Ali umum nak kerjasama dengan UMNO maka PAS terpaksa bergabung dengan UMNO ?

Kalau pimpinan pun main tunjuk teladan haram berjumpa dengan sapa2 yang UMNO maka lepas nie ahli boleh berparanglah dengan ahli UMNO ... ? Pertemuan tu bukannya dirahsiakan pun . Khalil Idham sendiri dah tahu pertemuan tu takdakpun bincang ttg perpaduan . Tapi apasal pak khalid yang terjerit2 pecat .. pecat .. Kalau nak jadi PJ pun tak payahlah kenen sana sini . Hasan Ali dulu dipilih pun bukan pasai dia pandai dedah itu ini cari salah pemimpin itu ini ... malah beliau sendiri pernah tarik diri dari bertanding Naib Presiden ... ! Pak Khalid belum tentu sanggup tarik diri ..selama nie asyik menunjuk diri sorang saja pandai pimpin .. pandai jaga diri ... pandai bergaul ...

punah..punah ....
Anonymous said…
Kalau yb jumpak dengan Shahril Samad... kami akan mintak PAS pecat YB.. sebab dia UMNO....
hussin said…
nasir,

"Dulu UMNO bergabung dengan PAS pun setelah dipersetujui dalam muktamar."

soalan saya, muktamar mana?

dan sejak pas "ditendang" keluar dari perikatan sehingga ke hari ini, apakah umno dulu lebih teruk atau umno yang ada hari ini?

cukuplah. kerjasama yang digembargemburkan hari ini hanyalah untuk memastikan pemimpin yang lebih teruk terus berkuasa dan pengkhianatan mereka dilupakan sahaja dan biarkan mereka terus merompak khazanah negara. begitulah ajaran islam gamaknya.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355

MUQADDIMAH

1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.

2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.

3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku…