Skip to main content

Menggigit, tergigit dan digigit

Pada minggu ini semasa di Parlimen terdapat seorang Ahli Parlimen ‘bebas’ menimbulkan isu yang kononnya YB Batu, pakar strategi PKR, telah menggigit seorang anggota Polis. Ditertawakan Saudara Tian Chua sambil memperlekehkan ‘strategi’ sebegini dan mempersenda ‘kepakaran’ beliau sebagai seorang ahli strategi. Hakikatnya kenyataan samada Saudara Tian Chua benar-benar telah menggigit anggota polis tersebut atau tidak masih lagi dipertikaikan. Tian Chua menafikannya dan telahpun membuat tindakan undang-undang untuk menolak keputusan mahkamah tersebut.

Sebaliknya tindakan Ahli Parlimen tersebut yang jelas 'menggigit' tangan seorang yang pernah membantunya, jelas terdedah untuk semua melihat. Begitulah apabila seseorang merupakan ahli politik murahan yang sanggup dirinya diperalatkan demi keuntungan duniawi. Tindakan khianat terhadap orang yang pernah membantunya adalah jauh lebih hina berbanding isu yang ditertawakan oleh dirinya yang sendiri pun tidak tahu hujung pangkal. Namun apa yang lebih menyedihkan ialah beliau tidak menyedarinya dan tidak juga menyedari bahawa yang turut gelak ketika itu ialah kerana menggelakkannya dan BUKAN gelak bersamanya. Jarang sekali seorang badut menyedari betapa kelakar dirinya dipersepsi orang lain. Tetapi ini bukan sebarang badut.

Orang yang pernah membantunya termasuklah DSAI, orang yang turut menjadi sasarannya pada ketika itu. Tian Chua hanyalah sekadar sasaran rambang, dikenakan tempias kata-kata sinis seorang pengkhianat. Semua tahu bahawa DSAI adalah sasaran sebenarnya. Ketua pembohong, kononnya. Mengajarnya berbohong, putarnya lagi. Sedangkan ini sesuatu yang agak mustahil kerana dirinya ialah seorang pakar dan tidak memerlukan sebarang tunjuk ajar dalam bidang itu. Menurut kata Al-Marhum Ustadz Fadhil, “kalau dia beritahu saya 10 perkara, 12 perkara saya tak percaya!”

Maka di saat itulah bermulanya bantuan DSAI terhadap dirinya. Setelah ditolak untuk menjadi calon PAS pada 2004, maka terhegeh-hegehlah bertemu DSAI. Dia merupakan seorang ahli PAS pada ketika itu, tetapi terus teringin menjadi calon walaupun ditolak oleh PAS. Mungkin di atas dasar kasihan dan mungkin juga terdesak, maka DSAI menerimanya sebagai seorang calon PKR. Beliau bertanding di Parlimen Kuala Langat dan seperti ramai pada 2004, telah turut terkandas.

Mulai saat itu, menyedari tiada masa depan untuk dirinya di dalam PAS, oleh kerana pimpinan PAS sudah mengenali sifat putar alam dan putar belitnya, maka diteruskan mengatur langkah untuk menjadi ahli PKR. Dan sepertimana yang disebut oleh SU Agung PAS baru-baru ini, apabila menjadi ahli PKR (atau mana-mana parti lain), dengan sendirinya keahliannya bersama PAS gugur. Tidak perlu ada surat menyurat dalam soal ini. Tiada siapa yang ingin membuang masa dan membazir kertas serta dakwat untuknya.

Manakan mungkin seorang peguam tidak memahami perkara yang semudah itu, tetapi sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum, beliau ini bukan sebarang peguam.

Dari sudut ini pun boleh dinilai komitmen dan prinsip perjuangannya. Berpindah parti, dari parti Islam ke parti yang lain sambil mendabik dada sebagai seorang pejuang Islam, semata-mata kerana tidak boleh bertanding di atas tiket PAS. Apakah prinsip perjuangannya kalau tidak kerana kedudukan dan kepentingan diri sendiri? Satu sifat yang jelas terbukti untuk semua melihat kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama, ke mana sahaja perginya, akan ditumpang populariti DSAI. “Saya peguam DSAI, saya peguam DSAI”, serunya berulang kali. Setahu saya, dirinya itu tidak pernah berperanan di mahkamah, berucap di hadapan hakim untuk membela DSAI, tetapi hanya menumpang popularitinya untuk hidup. Ini bolehlah diibaratkan sepertimana seekor parasit yang mendapat talian hidup dari yang ditumpang, tetapi pada masa yang sama mendatangkan mudarat pada yang ditumpangnya itu. Itulah yang sebenarnya! Dan sebagai parasit, menggigit kembali yang membantunya untuk terus hidup adalah perkara biasa.

Sekarang ini pula terus menerus mendakwa dirinya sebagai ahli PAS walaupun PAS menafinya. Bertambah kronik kesnya ini. Bukan sahaja pembohong dan parasit, ditambah pula gila talak! Kononnya banyak programnya bersama PAS. Bak kata pepatah, “Once a liar, always a liar”. Sekali pembohong, sentiasa pembohong dan tiada contoh yang lebih jelas dan lebih nyata akan kebenaran kata-kata ini selain dirinya. Kalau dalam konteks perubatan dinamakan ‘clinical case’.

Maka dalam persoalan ini, ada satu kebenaran lagi yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. PAS tidak mahukannya. PKR juga telah memecatnya (atau menendangnya keluar kalau ikut kata orang Kedah). UMNO pula tidak teringin untuk menerimanya. Oleh yang demikian, pada PRU ke-13 ingin kita saksikan kemana dirinya bersama dengan empat lagi yang sekapal dengannya membawa diri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Salam,

Sounds like tergolong ke dalam golongan munafiq jer mamat tu.

Orang melayu kata Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri.

Trinora
Anonymous said…
Good piece of reminder to the sacked MP.

Banyak kacau bilau from this MP who will meet his end in GE 13.

You can see that BN is now making use of him to bark at DSAI & the opposition so as to throw the opposition off the tracks.

But this MP seemed to have forgotten that come GE 13, there is no solid platform that he could stand on except as Bebas with some sort of a funny logo.

Together with the other frogs, they will die a natural death.
Anonymous said…
To me, he seems to be a man of morality. There are many frogs in Keadilan or even PAS for that matters.

I pray to Allah, the truth will prevail in the end of the day.

Let me remind all of us that when DAP lost many of its seats during the previous GE, Haji Hadi was labelling them "dinousour". Came the next GE, PAS had to swallow the same defeat. Be a humble ummah.

I can't wait to see in the next GE, whether Tuan Haji Shah Alam will remain to be an MP or history. Time will tell. The way I see it, and I could be wrong, Shah Alam will crumble like a brick to BN. The way you acted arrogantly as if "lebih sudu dari kuah" in many issues; championing the word of Allah, proliferation of liquor in Selangor, more than the Christians do. Is that PAS's concept of Maqasid al shariah?

Good Luck to all PAS MPs. They think that the non-muslim are all behind them/ supporting PAS's struggle...Wake up my brothers..

We will see whether PAS's arrogance will take them closer to Putrajaya or Muzium Negara.
Anonymous said…
With BN you can lie, with Pas better don't try. The more you try to lie, the sooner you die.

Kepada semua katak katak, kami Rakyat akan tanam kamu semua sedalam dalam PR 13 akan datang.
Anonymous said…
Salam YB, awas jangan terperangkap dengan taktik Zul Nordin. Nasib baik PAS segera bagi feedback dia telah dipecat selepas sertai PKR. Jadi itu telah menutup peluang dia untuk 'bermain-main' dengan PAS pulak.

Lagi satu YB, mungkin Zul Nordin ni mahu bertanding guna logo PAS macam Ibrahim Katak. Pastikan tiada pimpinan PAS setuju pulak untuk terima dia sebagai calon.

Musim PRU 13 sudah bermula awas!!!
arrazzi alhafiz said…
He is the man who have no pride! Absolutely he is!!!
pakTehPas said…
YB,
Kawe terpaksa simpan dulu kopiah yang sama bentuk dgn kopiah Zoo Naudin, malu nak pakai, takut saya juga disamakan dgn katak.
Namun janggut masih tak tergamak nak cukur, terpaksalah buat model fesyen janggut terkini, yg amana berlainan 100% dari janggut katak puru tu.
dino.yp@gmail.com said…
hang buat apa masa anwar masuk jel ? kalau setakat jual air liur, budak darjah 6 pun boleh. sudah lah khalid, nama baik perangai buruk.
Anonymous said…
apa nak heran ustaz dan ulama2 parti yg ada ats muka bumi m'sia ni semuanya "DUNIA"...x de keikhlasan LILAHITAALA dlm perjuangan baik dlm PAS PKR UMNO..semua sama aje......tutur kata tidak melambangkan seorg yg bertaqwa....that why dlm quran allah berfirman "wahai org2 yg BERIMAN"....bukan wahai org2 PAS, PKR,UMNO...sebab yg beriman tu susah nak amal...

mcm tuan empunya laman web nii kes aminul rasyid berjuang bagai nak rak...kes yg tian chua langgar org kat johor tu apa citer?????......apa laaa nasib keluarga arwah tu...

sikit demi sedikit segala kebenaran akan terselah dan terserah kpd pengundi samada nak undi Pakatan ataupun BN....

aku rindu mendengar ceramah ilmu drp "tok ayah leh" tok ayah mud, tok guru bakok"...sebab dlm ceramah ada keberkatan ilmu...satu sen upah pun x ambil sebab berdakwah kerana Allah Taala...
pas forever said…
fuyoo! ramai pulak puak dumbno merayap sekarang ni.suddenly zul nordin become their hero,YB khalid u hv my family and friends support
Anonymous said…
Bila ingatkan si Zul tu teringatla pulak kisah Aisyah Bukhori. Saya rasa cerita aisyah tu pun tak seberapa je tapi telah di olah oleh Zul supaya menampakkan dia sebagai hero. Dia tak tahu pasal undang2 sebab tu Aisyah berjaya di bawa lari. Begitu juga dlm kes Altantuya, sebelum berjuang dia tarik diri sbb tak tahu nak buat apa lepas tu buat cerita pasal tekanan politik.

Tapi selama mana dia nak berlakon last2 orang tahu juga. lepas ni apa pulak cerita yg akan dikarang..mungkin dia akan mengesahkan Anwar alat CIA pulak.. dia tetiba akan mengaku menjadi orang tengah.

Orang macamni tak ada nilai pun.

P.S: Sapa yg pertikai tentang YB Pertahankan budak kena tembak tu harap lebih peka. Kes itu berlaku dalam kawasan Parlimen Shah Alam, selaku YB shah Alam dia tak perlu masuk campur kes dalam Parlimen Johor...biarlah Yb sana yg perjuangkan.
PR Fan said…
bagi saya, Zul sudah pun tewas setelah dipecat dari PKR. Tunggu masa kecundang tahap maksima di PRU13, itu saja.
Anonymous said…
1 zul hilang ada beribu zul,zol, dzul ada mari apa susah. Tapi satu Malaya Orang Islam tau ALLAH hanya satu bukan Allah ada Emak ada Anak macam Blogger ni berkempen dalam Gereja Kristian tu betul tak?Takbetul tolonglah betulkan...
Anonymous said…
Dia nie btoi2 jadi anjing umno lah..terkena jerat umno.
Mmg patut kena pecat.
Pendirian PAS untuk tidak terima si katak ni adalah adil.
klin said…
Yb Khalid teruskan perjuangan dan usaha murni...kami sokong

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…