Skip to main content

Konsensus Nasional (KN)

Saya melihat ada penulisan berhubung isu Konsensus Nasional (KN) oleh mereka yang malangnya tidak begitu memahami apa itu KN. Mereka membuat andaian bahawa KN adalah sama dengan Unity Government (UG) atau kerajaan perpaduan. Setelah membuat andaian itu, mereka terus membidas sebahagian pimpinan PAS, termasuk diri saya, kerana semasa konsep UG dikemukakan dulu, kita kononnya gigih menolaknya. Tetapi apabila ide KN dicanangkan, kita kononnya tidak sabar-sabar menyokong pula! Sedangkan mengikut mereka, ianya sama. Dengan itu mereka terus membuat andaian bahawa KN diterima oleh kerana ianya datang dari Anwar sedangkan UG ditolak atas sebab ianya datang dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH). Dengan itu mereka timbulkan persoalan, di mana kesetiaan kami sebenarnya!

Tahap pemikiran seperti mereka ini agak kebudak-budakan. Perbahasannya peringkat bangku sekolah rendah. Teringat saya suasana semasa saya di sekolah rendah bagaimana ada yang bergaduh atas perosalan ayah siapa yang lebih pandai! Ayah saya lebih pandai dari ayah kamu, atau lebih kaya dari ayah kamu dan sebagainya. Begitu juga dengan mereka. Semua isu mereka ingin jadikan persoalan pemilihan antara Anwar atau TGHH! Kalau datang dari TGHH, mesti sokong. Itulah wala’. Kalau dari Anwar, mesti tolak. Itu bukti tidak ikut telunjuk! Semangat persahabatan di antara PAS dan PKR ingin mereka jadikan persaingan sehingga kadang-kala lebih sengit dari persaingan dengan UMNO/BN! Itulah sebabnya saya sebut ‘kebudak-budakan’.

Pasti golongan ini marah apabila saya sebut begitu; namun tuduhan mereka terhadap saya dan rakan-rakan lain, yang jauh lebih berat, mereka anggap tidak mengapa. Pelik bin Ajaib. Mereka bebas membuat tuduhan liar dan bodoh, tetapi apabila kita perlihatkan kebodohan mereka, mereka akan tuduh kita tidak berakhlak dan sebagainya. Biarkanlah. Semakin terserlah kebudak-budakan mereka.

Apa Itu KN?
Pada mulanya biarlah kita memahami bahawa KN dan UG adalah jauh berbeza. KN membawa erti pemerintah dan pembangkang duduk bersama berbincang mengenai isu-isu tertentu dengan tujuan mencari titik persamaan dan persetujuan terhadap cara mengusahakan sesuatu penyelesaian secara bersama. Ini dilakukan dalam keadaan parti pemerintah tetap sebagai parti pemerintah dan parti pembangkang kekal sebagai parti pembangkang dan masing-masing terus dengan peranan masing-masing.

Perkara sebegini pernah diusahakan melalui Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) pada tahun 90an. Saya pada ketika itu bersama dengan Dato Mustapha Ali, Tuan Syed Ibrahim dan Al-Marhum Ustadz Azizan telah mewakili PAS menghadiri persidangan MAPEN. Semua parti politik dijemput bersama dan begitu juga beberapa NGO. Kami membincangkan isu dan masalah ekonomi Negara secara bersama tetapi pada ketika yang sama, PAS tetap sebagai pembangkang mengkritik kerajaan BN atas isu penyelewengan dan pengabaian ajaran Islam.

KN, bagi hemat saya adalah pada dasarnya atas semangat yang sama. Ia itu duduk berbincang bersama berhubung masalah sosial, politik, keselamatan dan antarabangsa tetapi tetap dalam keadaan BN sebagai kerajaan dan PR sebagai pembangkang. Perbincangan adalah untuk menghasilkan persetujuan berhubung isu berkaitan empat tajuk utama yang disebutkan tadi. Sekiranya tercapai persetujuan atas tajuk tertentu, maka akan ditubuh jawatan-kuasa bersama di bawah kementerian berkenaan untuk melaksanakannya.

Sudah pasti akan ada banyak yang tidak dipersetujui bersama. Pada masa yang sama, akan ada juga yang dipersetujui. Yang dipersetujui perlu diusahakan bersama. Yang tidak akan dibahas secara terbuka untuk rakyat membuat pilihan dan pernilaian.

Pada masa yang sama, politik bersaing di antara parti pemerintah dan parti pembangkang terus berjalan seperti biasa. Tidak ada ‘gencatan senjata’ atau ‘politik damai’ kecuali mungkin atas perkara yang telah dipersetujui bersama melalui KN untuk tidak menimbulkannya. Sebagai contoh, apabila dipersetujui bahawa persoalan perkauman perlu dielak bersama, maka isu yang dikenal pasti dan dipersetujui akan menimbulkan sentimen perkauman tidak akan disebut oleh semua pihak.

Hanya kita harap ianya tidak akan berkesudahan seperti MAPEN. Setelah hampir setahun bersama MAPEN, akhirnya kami telah meninggalkannya. Ini adalah kerana Dr. Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak terikat dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh MAPEN. Dalam erti-kata lain, buang masa sahaja berbincang, tiada komitmen dari kerajaan untuk melaksanakan apa jua keputusan yang tercapai!

Kita harap pada ketika ini akan ada komitmen kerajaan terhadap perlaksanaan persetujuan bersama itu. Untuk makluman, pada masa ini telah ditubuhkan jawatankuasa berhubung perpaduan nasional di mana Dato Dr. Mujahid Yusof Rawa telah menjadi ahli. YB Teresa pula telah dimasukkan sebagai ahli dalam jawatankuasa pelancongan satu ketika dulu.


Apa Itu UG?
UG pula adalah pembentukan sebuah kerajaan bersama di antara BN dan PR. Walaupun ada yang berpendapat diantara UMNO dan PAS, tetapi saya memahaminya sebagai BN dan PR. Dan dalam masa yang sama pembangkang ditiadakan. Semua duduk sebagai kerajaan dan persaingan parti pemerintah dan pembangkang secara terbuka ditiadakan.

Dalam tulisan saya berhubung UG yang bertajuk: Persoalan Kerajaan Perpaduan, saya tidak membidas TGHH kerana mencadangkan UG. Saya hanya menyebut bahawa ianya penyelesaian ‘ideal’ dan boleh berlaku dalam suasana semua pihak ikhlas inginkan kebaikan untuk rakyat dan Negara. Namun, UMNO dan BN tidak begitu. Perbezaan PR dengan mereka bukan sekadar perbezaan pendapat dan pendekatan tetapi UMNO/BN mempunyai niat jahat dan merompak kekayaan negara sambil menindas rakyat.

Oleh itu saya beranggapan pendekatan UG amat berbahaya bagi PAS dan PR dan ia boleh menyebabkan berpecahnya PR dan rakyat hilang kepercayaan kepada PR sekiranya dilaksanakannya.

Adakah Bersetuju Dengan KN Bererti Mengikut Telunjuk Anwar?
Walaupun ini merupakan persoalan bodoh dan kebudak-budakan, tetapi oleh kerana ada yang beranggapan begitu maka ia perlu dijawab.

Jawapannya tidak. Buktinya ialah MAPEN. Maksudnya PAS telah lama terlibat dalam hubungan (engagement) sebegini maka terbukti PAS jauh ke hadapan. Keputusan untuk menerima atau sebaliknya sesuatu cadangan tidak pernah berdasarkan “cadangan siapa?”

Lagipun, sefaham saya, isu ini telah dibincang bersama di peringkat Majlis Presiden sebelum Anwar mengisytiharkannya. Ini disahkan dalam Retreat Pusat apabila SUA menyebut “Ya Anwar ada sebut mengenai usaha berbincang dengan kerajaan Pusat berhubung beberapa isu Negara. Kita setuju”. Begitu juga satu kenyataan bersama telah ditanda-tangani pada 2013 berhubung isu ‘Dialog Nasional’.

Hanya mungkin istilah KN tidak digunakan pada ketika itu maka dikatakan “KN tidak dibincang bersama”.

Perancangan UMNO/BN?
Saya tidak tahu sejauh mana ‘penerimaan’ konsep UG oleh UMNO/BN pada tahun 2009 merupakan helah untuk memecahkan PR pada ketika itu. Dan memang itulah di antara kemungkinan besarnya kerana saya tidak percaya UMNO/BN sanggup untuk berkongsi kuasa dengan sebenar-benarnya. Namun hakikatnya, dengan sikap kebudak-budakan yang ditunjukkan sebahagian ahli, sehingga isu wala’ dan thiqah terus ingin dibangkitkan selepas 5 tahun, itulah apa yang tetap tercapai.

Tidak ada walaupun satu peluang berlalu tetapi persoalan UG, wala’ dan thiqah ditimbulkan kembali. Sehingga peristiwa Kota Damansara di mana PAS melanggar perjanjian dan persetujuan secara jelas terus dipertahankan atas nama wala’ dan thiqah.

Penerimaan Serta Penolakan Sesuatu Ide
Sesuatu ide diterima atau ditolak atas sebab meritnya, bukan atas sebab datangnya dari siapa. Ide Rasulullah (SAW) sendiri pernah ditolak. Ini tidak bererti para sahabat tidak wala’ dan thiqah dengan Rasulullah.

Mungkin kadang-kadang ide ditolak kerana ianya tidak difahami. Apa boleh buat, takkan hendak terima juga dalam keadaan tidak memahaminya. Itu tidak bererti tidak wala’.

Adakalanya ianya ide yang baik tetapi tidak kena pada waktu dan suasananya. Seperti beperang semasa di marhalah Mekah. Atau cadangan Professor Zulkifli Muhammad berhubung keahlian bukan Islam sebagai ahli bersekutu pada tahun 60an. Ide baik tetapi belum masanya.

Kadang kala pula ianya ditolak oleh kerana menimbulkan terlalu banyak kesangsian. Mungkin kerana diusahakan secara rahsia dan apabila terdedah, suasana kurang baik untuk ianya diterima. Itu di antara risiko apabila membuat sesuatu secara rahsia lebih-lebih lagi dalam suasana politik kurang percaya atas sebab PR ‘baru berkahwin’. Harap ingat kembali suasana selepas pertemuan berhubung Selangor selepas sahaja menang PRU pada 2008. Dan juga permohonan maaf oleh Dato' Mahfuz Omar.

Walau apa sekalipun sebab sesuatu ide ditolak, menimbulkan persoalan wala’ dan thiqah hanya menutup masalah atau kesilapan sebenar sehingga pengajaran dari peristiwa berkenaan tidak dapat diambil iktibar. Pengajaran yang boleh dijadikan iktibar mungkin meliputi soal cara sesuatu ide dikemukakan dan perlunya pada perbahasan yang lebih mendalam sebelum ianya dikemukakan.

Bagi yang terus ingin menimbulkan isu wala’ dan thiqah, walaupun bukan itu isunya yang sebenar, teruskanlah. Namun tentukan bahawa anda konsisten. Apabila diputuskan PAS turun untuk menangkan calon PR di Kajang, janganlah pula mula berdalih dengan ucapan “wala’ pun bertempat”.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Izuddin said…
National Reconciliation(RC), yang disebut of najib adalah bersabit dengan keputusan GE13 dimana BN hilang lagi 7 kerusi palimen berbanding GE12. Ianya adalah suatu perkataan hebat. Namun, Najib tidak usahakanya, malah senyap setelah akbar utusan hebat menyiarkan ungkapan mencelar rakyat Cina seperti 'Apa lagi Cina mau?'

NR terus lenyap bilamana Najib membidas dengan kata2, Apa kurang dengan akbar Cina bila wartawan2 minta Najib komen ttg akbar utusan.

PKR mencadangkan National Consensus(NC) setelah melihat Kerajaan Malaysia di bawah BN tidak dapat menangani banyak isu-isu politic, bangsa, ugama, ekonomi, jenayah, etc. BN tidak lagi dapat melaksanakan polisi2, bajet, etc. In short, Kerajaan lumpuh di bawah tekana rakyat.

Unknown said…
The beginning of the article shows the childishness of YB, ironically after calling some other people as being childish.

You should have focused on the difference between UG and NC rather than being dragged into unnecessary drama.

Leader should calms things down, not making things worse and complicated.

You should amend this. Be a negarawan please!
Izuddin said…
YB, saya nak tumpang blog YB utk post komen terhadap tulisan Kassim baru baru ni.

Kassim, cara kamu tulis pun, saya rasa, kamu tak ada perasaan, malah tulisan kamu monotonous dan ada nada sombong. Tak mengapa kalau begitu kamu menulis. Harap jangan terasa dengan komen ini. Namun, itu lah luahan hati yang saya rasai. .

Your understanding of the word paderi referring to Ulama' is absurd. Where did you get this word paderi? Do you mean Pastor? Or did you mean Padre (a clergyman). Do you want me to explain what a clergyman is?

The word Ulama'is Arabic and it does not refer to paderi or Pastor or Padre. Ulama refers to one who is LEARNED about Quran and Hadis.

You got it all wrong. Enough. You wrote nothing really.
Izuddin said…
RM900,000 for child support is crazy. A child doesnt need that much. A father doesnt spend that much on a child for education, food. lodging, etc. The Syariah Court has err.

Not agaisnt anyone here, but The Syariah court decision is unwise, insensible, illogical.

The Father is only obligated to provide sufficiently for the child, the rest of his billions of money doesnt belong to the child yet until the child is elligible for inheritance.

Bekir, DO NOT PAY RM900k. Appeal and teach Islamic jurisprudence to the court Islam(sense and logics).
Assalamualaikum ! Apa Kabar ?Semoga Allah beri kesihatan yg bai dan perjuangan maksima kepada YB.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-