Skip to main content

Cerpen YB

Ada yang bertanya saya (Jed Yong, Joe, dll) berhubung cerpen Mingguan Malaysia yang menceritakan kisah ‘YB Josephine’. Komen awal saya, dari sudut literari dan kesasteraannya, tiada mutu! Kalau SPM pun hanya mendapat kredit lemah. Plotnya cetek dan kesudahannya sudah diramal dari awal lagi. Tetapi saya bukan ahli bahasa atau sastera, hanya berkelulusan kejuruteraan. Tetapi, kalau jurutera pun menganggap tidak bermutu, hai… apa lagi ahli satera? Jauh berbeza dengan tulisan Sri Aurobindo yang sering si Anonymous poskan ke blog saya ini. Bahasanya hebat, isinya juga sama hebat.

Isi cerpen berkenaan tiada benda yg boleh kita ulas secara ilmiah. Kosong seperti kosongnya imaginasi orang yang menulisnya. Ianya merupakan ‘wishful thinking’ kumpulan yang dinamakan POM dalam cerpen itu. Harapan mereka, masalah yang dihadapi mereka dapat diselesaikan oleh orang lain untuk mereka. Mereka kaku dan tidak tahu macam mana hendak menghadapi suasana baru yang sedang mereka hadapi. Rakyat menolak mereka dan usaha mereka untuk mengapi-apikan suasana perkauman tidak berjaya. Tidak seperti tahun 1969 dahulu.

Suasana politik telah berubah. Sepertimana yang digambarkan di dalam cerpen itu sendiri, orang Melayu di kawasan ‘YB J’ mengundi ‘YB J’! Rakyat memahami retorik kosong yang dibawa POM dan menyokong gagasan baru yang dibawa ‘YB J’ dan rakan2nya. Melayu dan bukan Melayu melihat perpaduan dan keadilan yang sebenarnya hanya mampu dibawa oleh pakatan baru ini. Mereka sudah bosan dengan lagu lama POM, iramanya membosankan dan liriknya lapuk!

Dari sudut kepentingan Melayu, rakyat Melayu melihat POI turut bersama pakatan ini dan oleh itu tidak mungkin pakatan baru mengkhianati kepentingan Islam mahupun Melayu. POI yang bagaikan bukit yang terpacak kukuh yang tidak pernah berganjak dari dasar perjuangannya walaupun dicaci dan dicerca, pemimpinnya dibunuh dan ditahan, dipukul dan ditembak, sudah pasti istiqamah dengan perjuangannya. Kredibiliti dan integriti pimpinan2nya menggunung berbanding pemimpin2 POM. POI sekarang ini berada di arus pedana politik Malaysia bersama rakan2nya yang lain dalam pakatan. POM yang terpinggir, melonjak-lonjak mengharapkan perhatian rakyat tetapi tiada siapa yang pedulikannya.

Hormat dan pegun yang ditunjukkan rakyat terhadap pemimpin2 POM adalah kerana POM masih berkuasa. Tarik kuasa itu, mereka akan dilupai semua, mundar mandir tanpa jawatan sebagai ‘mantan’ ini dan itu. Pakatan perlu menambah jumlah hospital sakit jiwa dan mutu perkhidmatannya untuk menghadapi keadaan yang bakal menimpa.

Hakikatnya rakyat Malaysia tidak seperti yang digambarkan oleh cerpen berkenaan. Kita bukan sepertidi Iraq, Afghanistan atau Palestine di mana rakyat tidak mempunyai pilihan serta jalan keluar, disekat dan ditindas begitu rupa. Rakyat Malaysia jauh lebih waras dari apa yang digambarkan dalam cerpen yang tidak bermutu ini. Cerpen ini hanya ‘mimpi di siang hari’. Masalah yang dihadapi POM tidak akan diselesaikan begini. POM kena akui hakikat dan mengundur diri. Seterusnya pelajari dari pengalaman mereka, perbaiki diri dan keluar kembali sebagai pembangkang yang berwawasan. Atau sekiranya wawasan dan imaginasi yang ada di pihak mereka tidak lebih dari cerpen ini, maka berpencen sahajalah dan jangan menyusahkan orang lain.

Kami ada tugas dan amanat besar yang perlu kami laksanakan. Budak2 pergi main jauh2…

Akhirnya ada juga yang menyatakan cerpen ini ingin rakyat berbangsa Cina bertindak terhadap YB Teresa Kok sepertimana anak muda berkenaan bertindak terhadap YB Josephine di dalam cerpen tersebut. Sekiranya itulah tujuannya, maka saya mengutuk niat dan tujuan seperti itu. Ianya hanya menggambarkan betapa terdesaknya UMNO/BN dalam keadaan sekarang. Namun tindakan terdesak mereka tidak akan dapat mengelak ‘the inevitable’. InsyaAllah mereka akan terus tumbang.

WaLlahu 'Alam

Comments

macam burung botak tu la......

ini bukan zaman perkauman lagi da....

ni zaman keadilan dan semangat majmuk.....


yang masih perkauman kita tolak tepi.....
lan said…
si penulis article tu memang berniat jahat.. kalau bab menulis untuk orang BN bagus aje, macam buku dia tulis pasal Khir Toyo tu.. buku buku begitu tak layak duduk di rak toko toko buku pun!

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-