Skip to main content

Ucapan Perbahasan Bajet 2009

1. Sepanjang pembentangan bajet oleh YAB Perdana Menteri dan perbahasannya oleh wakil2 BN selama beberapa hari yang lepas, saya telah mengikutinya dengan begitu teliti. Saya mengharapkan kedengaran pengakuan serta keinsafan keatas kegagalan pentadbiran BN dalam mengurus kewangan Negara Malaysia ini dengan baik. Kegagalan yang semakin ketara tahun demi tahun apabila melihat Negara kita ini ditinggalkan oleh negara2 lain yang pada satu ketika dahulu setaraf dengannya seperti Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura. Namun, pengakuan dan keinsafan ini tidak langsung kedengaran dan sebaliknya diulangi lagu dan retorik lama bahawa kerajaan BN berjaya dan terus berjaya. Sikap sebegini hanya menjanjikan, dengan izin, “More of the same” atau yang mendatang sama sahaja dengan yang telah lalu. Kerajaan BN seakan-akan dengan izin, oblivious atau tidak sedar sama sekali akan kegagalan mereka dan bagaimana disebabkan kepimpinan mereka yang lemah, korup dan penuh ketirisan dan kebocoran, potensi sebenar Negara kita ini tidak kecapaian dan rakyat dilanda kesempitan kewangan dan jurang pendapatan yang semakin melebar. Sepertimana yang diulangi beberapa kali, dan diulangi sekali lagi dengan harapan ianya akhirnya akan difahami dan diinsafi, pendapatan rakyat Taiwan sudah meningkat sehingga 5 kali ganda pendapatan rakyat Malaysia, pendapatan rakyat Singapura lebih 3 kali ganda pendapatan rakyat Malaysia sedangkan mereka tidak dikurniakan kekayaan semula jadi sepertimana dianugerahkan Allah kepada Negara kita! Namun, berhadapan dengan kenyataan ini, kerajaan BN terus mendabik dada dan menyatakan BN berjaya, BN berjaya.

2. Kegagalan Negara kita mencapai prestasi sepertimana dicapai oleh Negara-negara seperti Taiwan, Korea selatan dan Singapura sering dipersalahkan kepada pihak yang lain. Hari itu, Kinabatangan dan Bintulu menyalahkan Ipoh Timur dengan mengatakan bahawa Malaysia tidak berjaya seperti Taiwan oleh kerana adanya pembangkang seperti Ipoh Timur! Aneh wal Ajaib, semenjak bila pula prestasi Negara ditentukan oleh pembangkang dan bukan kerajaannya?

Seringkali juga dipersalahkan sistem hantarannya atau ‘delivery system’nya. Dalam arti kata yang lain pegawai-pegawai kerajaan yang tidak amanah dan tidak mengikut arahan pemimpin-pemimpin kerajaan. Sedangkan kita semua tahu bahawa dedikasi pegawai mana-mana kerajaan adalah mencerminkan kehebatan kepimpinan kerajaan itu sendiri. Sekiranya pegawai tidak cekap dan tidak menunjukkan prestasi yang baik, ianya kemungkinan besar adalah kerana pemimpin kerajaan adalah dengan izin “mediocre” dan tidak mampu memimpin ke arah yang lebih baik. Mediocrity kerajaan BN jelas terserlah dengan keengganan pihak BN untuk mengkaji semula bajet yang jelas meleset dan tidak tepat walaupun mereka sedar perlunya pengkajian semula ini. Sikap acuh tak acuh pemimpin-pemimpin BN adalah sebab utama kegagalan Malaysia mencapai kecemerlangan walaupun dilaung-laungkan slogan ‘cemerlang, gemilang, terbilang’ beribu ratus kali. Hakikatnya, kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan BN adalah hanya atas sifat mediocre dan sambil lewanya.

Ada pula wakil rakyat BN yang menyalahkan rakyat! Ya, rakyat yang malas dan tidak motivated dan oleh itu kita gagal! Maka kegagalan BN adalah kegagalan semua pihak kecuali BN sendiri. Persoalannya, apakah yang ingin dan mampu dilakukan oleh BN untuk mengatasi apa yang mereka katakan sebagai punca-punca kegagalan ini selain dari merungut dan menuding jari? Sekiranya mereka kebuntuan, tiada ide macam mana ingin memotivasikan rakyat, masyarakat dan pegawai-pegawai kerajaan, maka saya sarankan, dengan izin, “move over and let the PR show you the way”. Kita tidak mahu mendengar alasan-alasan yang sama diulangi tahun demi tahun sambil BN sendiri tergamam dan mandul, dengan izin ‘completely impotent’, untuk membawa apa-apa perubahan!

3. Maka bajet yang bersifat ‘more of the same’ ini akan menghasilkan kesudahan yang sama, iaitu semakin ketinggalan, semakin melebar perbezaan pendapatan dan semakin terbebannya rakyat biasa. Kemampuan berbelanja oleh rakyat jelata adalah antara faktor terpenting untuk menjana ekonomi negara yang sihat dan mampan. Namun kerajaan tidak menunjukkan kesungguhan untuk menyelesaikan kekangan ekonomi terhadap rakyat jelata yang berlaku hasil dari dasar2 kerajaan BN yang tidak mesra rakyat.

Penyusunan semula subsidi minyak dan tindakan-tindakan tertentu yang diambil oleh kerajaan BN kononnya bertujuan menangani dua krisis serentak yang dihadapi seluruh dunia dan juga Malaysia. Namun ianya telah gagal dan sebaliknya berlakunya inflasi. Inflasi naik ke tahap 8% lebih dan merupakan kadar yang tertinggi semenjak dua puluh enam tahun yang lalu. Namun BN tetap menganggap dirinya berjaya walaupun di peringkat grass-root, rakyat merana dan mengharapkan perubahan.

4. Bajet yang dibentangkan bertajuk ‘Kerajaan Prihatin’ tetapi tidak ada keprihatinan yang dizahirkan oleh kerajaan BN. Ingat sahaja ucapan YB Pasir Salak pada petang semalam apabila disebut kenaikan harga nasi sepinggan dari 60 sen ke seringgit. Sekiranya harga nasi di kedai sudah mahal, katanya, makan sahaja nasi dirumah! Derita rakyat yang terhasil dari dasar2 BN langsung tidak dipedulikannya. Rakyat pandai-pandailah hadapi kesan buruk dasar2 BN, masalah rakyat bukan masalah BN! Kalau minyak dah mahal, maka naik sahaja motorsikal. Kalau tak mampu, naik sahaja basikal. Kalau tak mampu berjalan kaki sahajalah wahai rakyat Malaysia ooi! Sambil itu pemimpin hidup mewah, bermakan angin ke Taiwan dengan bajet RM 50,000 seorang. Ini mesej yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin BN.

Bukti kedua ketidak-perihatinan BN ialah soal harga minyak. Harga minyak masih tinggi berbanding Jun 2008 dan tidak hairan sekiranya kita sekarang ini sedang membeli minyak pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran sebenar. Saya ingat lagi bagaimana apabila harga minyak sebanyak USD140 se Tong, harga pasaran petrol dikatakan RM3.00 se liter. Sekarang ini apabila harga minyak mentah sudah turun ke USD70 se Tong, adalah tidak mustahil bahawa harga minyak di pam adalah kurang dari RM 2.00 se liter. Sikap sambil lewa kerajaan terhadap persoalan harga minyak adalah bukti nyata bahawa kerajaan tidak prihatin kepada kesusahan rakyat biasa. Sedangkan rakyat terpaksa menanggung kos ini setiap saat kehidupan mereka.

5. Projek-projek mewah dengan pembangunan Koridor-koridor pembangunan di Selatan dan Timur dipentingkan. Kaedahnya adalah menyediakan infra-struktur untuk menarek pelabur asing. Kita telah melaksanakan kaedah yang seakan sama di Cyber Jaya. Apakah kesudahannya? Adakah pelaburan yang dibuat telah mendatangkan hasil seperti yang dianggarkan? Berapa Billion yang telah dibelanjakan dan berapa pula pulangannya? Adakah pelaburan berbentuk koridor ini jenis pelaburan yang terbaik dan paling berkesan dalam kita menghadapi apa yang dikatakan sebagai ‘global economic melt down’? Sejauhmana ianya menjamin manfaat dan keuntungan kepada rakyat biasa? Adakah manfaat dan keuntungan rakyat biasa diambil kira atau hanya keuntungan dan manfaat golongan tertentu? Dalam suasana ekonomi dunia yang sediada, kerajaan mesti lebih bertanggung jawab ke atas cara gaya wang Negara digunakan. Kita tidak mampu dan tidak boleh membazirkannya dengan menjalankan projek2 mewah yang tidak jelas pulangannya semata-mata demi menjaga kepentingan golongan tertentu. Dalam suasana hari ini, dengan izin, “we cannot afford to spend lavishly throwing all caution to the wind” sepertimana pernah BN lakukan sebelum ini. Dulu sakit dan perit. Hari ini, mencemaskan dan parah.

Tidakkah lebih wajar dan bertanggung jawab sekiranya wang ini digunakan untuk membina prasarana yang bertujuan untuk membantu pertumbuhan dan pembangunan industry dan perniagaan tempatan? Seperti yang diceritakan oleh seorang YB Sabah tempoh hari, bagaimana projek penanaman sayur-sayuran telah gagal kerana setelah berjaya ditanam dan diambil hasilnya, tiada pula sistem jalan raya yang baik yang memungkinan hasil tanaman ini dibawa ke bandar untuk dijual.

6. PR mahu memulakan tradisi politik yang baru yang tidak mampu dan tidak mungkin dibawa oleh BN. Apabila disebut mengenai kerajaan yang bersih, bebas dari korupsi dan kronisme, ada pula ahli parlimen BN menuding jari kepada ketua pembangkang yang baru dan mengatakan pada zaman beliau, Ketua Pembangkang mengamalkan kronisme juga. Ya, mungkin benar tetapi itu dulu dan ianya berlaku oleh kerana kesilapan beliau memilih BN sebagai rakan perjalanannya. Perjalanan beliau mencabar dan penuh ranjau. BN bukan jenis rakan untuk perjalanan yang sebegini. BN merupakan rakan yang apabila berlakunya amalan kronisme mereka tidak akan membantah tetapi sebaliknya bertanya “untuk saya apa?”(dasar USA). Hari itu bahas soal ISA. Hari ini ‘USA’ pula.

Sebaliknya, cuba lihat kepada rakan perjalanan beliau sekarang; DAP yang begitu dikenali sebagai parti yang tegas dengan prinsip kebolehan, pertanggung jawaban dan ketelusan (CAT) ia itu Competency, Accountability and Transparency. Mereka berjuang sehingga sanggup hidup sebagai pembangkang dengan segala cabarannya berpuluh tahun, ditahan di bawah ISA dan dicerca dan dicaci. Namun mereka tetap dengan pendirian mereka. Satu lagi rakannya yang kuat adalah PAS yang juga terkenal dengan ketegasannya berpegang kepada prinsip2 keadilan Islam. Dan seperti DAP, PAS telah sanggup mengharungi kehidupan sebagai pembangkang, dengan segala kecelaan dan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya, namun PAS istiqamah walaupun pemimpin2nya ditahan dibawah ISA, dipukul, diseksa dan ada yang dibunuh. Dengan rakan2 sebegini, sekiranya ada kecenderungan kearah melakukan kronisme maka rakan2 ini tidak akan bertanya ‘USA’ tetapi sebaliknya akan menasihatinya dan mengatakan……“jangan”.

Begitu juga parti PKR yang ditubuhnya, parti yang terbentuk melalui perjuangan dan pengorbanan, perjuangan yang bagaikan api yang membersihkan kekotoran besi semasa dicairkan. Tidak mungkin pada kemuncak perjuangannya ia akan mengkhianati amanah yang diperolehinya dari rakyat.

Rakan perjalanan yang sebeginilah yang diperlukan oleh beliau untuk menjayakan aspirasi kami bersama. Jenis yang direndam tak basah, dijemur tak kering! Kental dan tetap dalam pendirian mereka dan tidak berubah walaupun berhadapan dengan seribu jenis tawaran. Bukan jenis rakan ‘USA’.

Kami menyeru wakil rakyat wakil rakyat BN untuk bersama kami, gabungan Pakatan Rakyat yang gagah perkasa ini, dalam usaha bersejarah ini, mengasaskan budaya politik baru bagi Negara kita supaya rakyat jelata akan melihat corak kepimpinan yang bersih dan telus yang memimpin kearah kesejahteraan rakyat. Ada yang mengatakan tidak bermoral untuk berhijrah ke PR. Adakah tidak bermoral untuk menyertai usaha yang mulia ini? Sudah pasti ianya lebih immoral untuk duduk bersama kerajaan yang korup dan tidak berwawasan ini!

Ucapan YB Marang jelas menunjukkan dasar dan asas yang kukuh untuk membina budaya politik baru seperti yang diinginkan oleh PR. Negara mesti dibina atas paksi keadilan dan atas paksi ini sahaja akan terbentuk perpaduan dan kesejahteraan yang diinginkan.

Begitu juga, beliau telah mengingatkan kita bahawa sistem Kapitalisma Barat menuju kehancuran. Ia menuju kehancuran kerana ianya dibina atas kepentingan dan keinginan setiap individu untuk memiliki dan mengumpul kekayaan. Di atas motivasi yang seperti ini maka kerangka system ekonomi Kapitalisma ini telah dibina. Dan amalan riba melalui mana duit menghasilkan duit, tanpa semestinya, penghasilan apa-apa manfaat, menjadi bagaikan tulang belakang sistem ekonomi ini. Akhirnya, riba ini menghancurkan pertumbuhan ekonomi dunia melalui masalah yang dikenali sebagai masalah sub-prime, yang pada dasarnya disebabkan peminjam tidak lagi mampu membayar hutangnya yang telah bertambah berlipat kali ganda hasil riba.

Sistem ekonomi yang adil mesti dibina atas konsep manusia yang adil, bukan sebagai haiwan ekonomi yang ingin memuaskan nafsunya sahaja. Sebaliknya manusia mesti dilihat sebagai makhluk yang mulia, seorang khalifah Tuhan yang bertanggung jawab untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Inilah di antara tuntutan yang disebutkan oleh YB Kuala Selangor melalui istilah ‘yasta’miru’ atau memakmurkan dan ‘yastakhlifu’ atau mentadbir dan mengurus sebagai wakil serta ‘Al Falah’ ataupun kejayaan. Kesemuanya ini memperlihatkan kebaikan dan keuntungan untuk semua manusia dan perlaksanaan konsep ini akan menuntut diwujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus.

7. Kebersihan dan ketelusan ini akan menghasilkan kesan yang positif di mana ketirisan dan kebocoran itu dapat dihapuskan. Hasil dari ini adalah ekonomi yang lebih produktif di mana dengan revenue yang sama, kita akan mampu mendatangkan hasil yang lebih bermakna.

Sebagai pergulungan saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan BN telah gagal. Kata apa sekalipun, pokoknya, bottomline-nya, pencapaian Malaysia di bawah kepimpinan BN jauh ketinggalan berbanding pencapaian Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura. Atas kesedaran ini, marilah kita, sebagai ahli dewan yang mulia ini, bersama dengan PR untuk memulakan satu lembaran baru dalam sejarah negara ini dengan membentuk sebuah kerajaan PR yang telus dan adil.

Terima Kasih.
*Transkrip penuh ucapan boleh didapati di laman web MPPAS

[Point2 yang tidak sempat disampaikan kerana diminta mengulung oleh Tan Sri Speaker]

8. Dalam saat-saat nazak mentadbir Negara, Kerajaan BN sibuk dengan isu-isu perkauman. Soal HINDRAF diperbesarkan. Soal kenyataan2 pemimpin Gerakan dan MCA ditonjolkan. Demi mengukuhkan sokongan orang Melayu terhadap UMNO/BN, UMNO cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan kononnya adanya cabaran orang bukan Melayu terhadap kedudukan orang Melayu. Dasar pecah dan perintah dan adu-domba kaum yang dilakukan oleh UMNO/BN merupakan bukti muktamad bahawa BN tidak mampu memimpin Negara ini. Rakyat Malaysia ‘deserve’ atau berhak mendapat kepimpinan baru, kepimpinan yang akan menyatukan dan tidak melaga-lagakan. Sepertimana kata YB Pasir Salak, rakyat Amerika mampu menghadapi krisis ekonomi ini kerana mereka bersatu. Mereka bersatu kerana pemimpin mereka merupakan pemimpin yang mengajak kepada penyatuan sedangkan pemimpin BN mengajak kepada perbalahan.

9. Akhir kata, undang-undang ISA sudah mula digunakan dengan lebih kerap. Dengan cara yang seakan-akan mencerminkan hilangnya kewarasan mereka-mereka yang berkuasa. Wakil Suaram yang membela penduduk-penduduk Plentong ditahan di bawah ISA. Apakah justifikasinya? Adakah beliau mengancam keselamatan Negara? Undang-undang ini tidak akan mampu menyelesaikan dilemma UMNO/BN. Penggunaannya hanya menzahirkan betapa terdesaknya BN dan ianya akan mendatangkan impak yang negative terhadap ekonomi Negara. Adakah kemakmuran dan keamanan Negara sanggup digadaikan oleh BN, demi survival politik mereka?

Comments

Anonymous said…
Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results. (Albert Einstein)

BN = doing the same thing over and over again and expecting different results.

BN = ?
lan said…
nice on!.. kalau semua MP PR sepakat membawa message begini memang tertekan la BN umno!

its important for any country to have a strong opposition as to challenge the rulling government and provide check and balance
Abu Salman said…
Assalamualakum YB,

saya nak tanya kenapa YB kata ahli parlimen Kulim YB Zul `Dancing to the UMNO`s tune` ? Dimana salahnya YB Zul? Takkan YB tak sedar yg serangan demi serangan serta kebencian keatas Islam dan umat islam di negara kita ini oleh ahli2 parti politik serta ngo2 atau pun badan2 seperti Bar Council? Lihatlah sendiri apa yg berlaku kpd Tun Salleh Abbas. Ataupun semata2 nak jaga karier politik YB sanggup buat tak tau?
Saya minta maaf kalau terkasar bahasa.
Mr. Smith said…
Off topic but allow me to comment on PAS Selangor State chief Hassan Ali's objection to the appointment of Ms Low as head of PKNS.
Such bigotry coming from PAS is shameful to say the least. Surely this not the Islam your party propagates.
In future PAS should confine its campaigning to Malays come next General Election.
I hope people like you put some sense into Hassan's nut head.
He talks like an UMNO man.
Mr. Smith said…
NON-MALAYS BETRAYED BY PAS.

Is PAS running with Pakatan and hunting with UMNO?

There are visibly two distinct groups in the party, both with different raison d'ētres. One group is holding religion as its forte. The other is neither here nor there – with a propensity to race based (pro-Malay) ideologies.

The former is led by no other than its spiritual leader Nik Aziz Nik Mat with a strong following of forward-looking young Turks in the form of Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Khalid Samad and the like.

The latter is a motley representation of leaders from all levels of the party- Mustapha Ali, Nasaruddin Mat Isa, Hassan Ali and Sallehudin Ayub with subtle support from party President Abdul Hadi Awang.

To this group, Islam seems to be only a façade. Deep down within this group, it is Malay. It is more Malay than Muslim. We saw its face immediately after the March 8 general elections when it almost betrayed Pakatan and the voters by aligning itself with UMNO to form the Selangor State Government.

The group is rearing its ugly head again and unashamedly so.

Recently, Hadi Awang said that he would not accept a Pakatan Federal Government if Malay MPs are in the minority. Now, Selangor PAS Chief, Hassan Ali expressed his disappointment and objection to the appointed of a Chinese as head of PKNS. Sallehuddin is now defending the much abused NEP even though he is aware that it had been used by UMNO to enrich its leaders when the Malay poor had benefited nothing from it.

If the party can object to the appointment of a non-Malay to a relatively lowly position of head of PKNS, how much more would it abhor a non-Malay heading more senior positions in the government in future? If they can betray the non-Malays even before it has won control of the Federal Government, I shudder to think what it will do to the non-Malays, when it eventually does.

All PAS wants from the non-Malays is their vote! It's all about attaining power. Can we trust PAS to defend our cause, our hopes, our rights and our future? Is PAS any different from UMNO?

This party is presently clinging and riding high on Anwar's charisma with sinister motives.

A time may come when this party will desert Pakatan and Anwar. This group's present stance, which is coming to the fore , is diametrically in conflict with Anwar pronouncements of "the best from all races will be chosen for the job", "the NEP will be modified to help the needy regardless of race", "anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Khadazan, anak Iban, anak saya".

I am wary of PAS. If and when the party has won over majority Malay support and assumes the Corridors of Power ,it will abandon the non-Malays like an unwanted child.

Unless the PAS leadership puts this group in its proper place and gets it to abide by Pakatan's manifesto, non-Malays should shun them.

Should non-Malays lend support to the creation of a Frankenstein, a monster, that will ultimately destroy us?

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…