Skip to main content

Soalan Yang Keliru dan Mengelirukan

Soalan saya sebenarnya soalan nombor empat pada hari pertama sessi Parlimen kali ini, iaitu 13 Oktober. Namun soalan itu telah terubah semasa pejabat ahli parlimen PAS menghantarnya ke Pejabat SU Parlimen sehingga saya sendiri tidak memahaminya. Kesilapan berlaku disebabkan amalan ‘cut and paste’ di pejabat kami. Bahagian awal soalan saya dicantumkan dengan penghujung soalan lain! Walaupun diberitahu kepada pejabat SU Parlimen semasa bulan Ramadhan lagi, ianya tidak boleh dibetulkan, mengikut SU, oleh kerana telah dimasukkan ke dalam sistem.

Memandangkan keadaan ini, dan kebetulan pula saya memang mempunyai temu-janji di Hospital, maka saya telah maklumkan kepada pimpinan semasa mesyuarat Lujnah Politik dan ahli2 Parlimen PAS, bahawa saya tidak akan hadir. Saya sebut kekhuatiran saya soalan yang begitu keliru itu akan diperlekehkan oleh Menteri (iaitu abang sendiri) dan pihak ‘back-benchers’. Kita nak jelaskan kesilapan teknikal berlaku boleh, tetapi hakikatnya ianya kesilapan oleh pejabat kita juga.

Pimpinan serahkan kepada saya dan saya memutuskan ke Hospital. Selesai di Hospital saya ke Parlimen dan kebetulan teserempak dengan abang saya di Parlimen, lebih kurang jam 1 tengah hari. Beliau bertanya kenapa saya tidak datang sedangkan dia dah siapkan jawapan. Kebetulan malam sebelumnya saya ke rumahnya kerana open-housenya untuk keluarga dan sahabat handainya. Dia sebut, “tak sebut pun semalam”. Saya jawap “tak tanya maka saya tak sebut”. Lagipun ianya hanya soalan biasa bukan soalan yang nak bawa ke undi tak percaya.

Shahrir seterusnya menyebut, “tapi soalan kamu tu, hujungnya saya tak faham. Apa yang kamu maksudkan”? Tak sempat saya nak respon, datangnya MP2 lain, termasuk DSAI yang menyebut patutlah tak tanya soalan di dewan, dah jawab malam tadi di rumah!

Saya sebenarnya nak respon pada Shahrir, “hebat Menteri BN. Tak faham soalan pun jawapan dah siap”!

Saya naik ke atas dan ceritakan insiden kepada ahli2 Parlimen PAS di pejabat kita di tingkat 14. Tuan Guru Hj. Hadi menyebut, “itulah, sepatutnya anta datang pagi tadi. Jawapan dia dah siap dan sebenarnya dia pun takut dengan soalan anta. Anta khuatir dia tempelak anta kerana tak pandai buat soalan, tetapi dia lebih takut setelah dijawab, anta pulak yg tempelak sebab dia tak faham soalan”!

WaLlahu ‘Alam

Comments

Anonymous said…
he hee.. kelakar jugak YB ni yek!
Anonymous said…
ok je dato presiden.. dia x bengang ke kat enta?

BOTOK
Unknown said…
ha ha ha ha best. best.
Anonymous said…
Saudara BOTOK,

Ana rasa, para pengikut kita ni je yg lebih2 sensitifnya kalau mereka terasa ada org 'usik' pemimpin mereka. Walhal antara saf pimpinan semua OK sbb semua faham tugas masing2 dan yakin dgn tali ukhwah islamiah yg dipegang bersama. Kalau setiap kali berbeza pendapat nak bermasam muka, tak tegur berbulan bulan tak payah la nk masuk politik - masuk akedemi fantasia je la...

geng batu 3 1/2
Amri Mat Saaid said…
betul tu baru kami di www. telokbakong.com kritik ayahcik dan lain-lain pimpinan ada Ketua Penerangan PAS Parit, Perak menghantar SMS sinis menyindir kami ni macam Atartuk,mcm Kasim Ahmad -GAH tu lah, dll yang menyakitkan hati, nanti kami publishkan kandungan SMS tu di laman kami. Padahal yang kami krtik bukan ape sangat pun cuma satu pandangan lain dari perspektif yang berbeza. Memang menarik YB artikel anta.
Anonymous said…
This comment has been removed by the author.
lan said…
ni adalah entry yang lucu sekali... terhibur saya di pagi ini YB :)
Khalid Samad said…
Salaam semua. Saudara Botok, TGHH tak bengang dengan saya, sebaliknya bergurau dengan saya dan MP2 yang lain yang sedang bersembang bersama. Kesudahan episod ini adalah kami semua tergelak sambil TGHH tersenyum memikirkan episod tersebut.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.