Skip to main content

Sesi Khas Parlimen: Isu Palestin

Pada hari Isnin, 5 Januari 2009; rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat telah sekali lagi bersatu hati dan berganding bahu bagi menyerahkan memorandum meminta PM memanggil satu persidangan khas Dewan Rakyat bagi membincangkan isu Palestin. Beberapa hari kemudian kabinet telah pun bersetuju untuk mengadakan satu Sidang Khas di Dewan Rakyat, pagi hari Isnin 12 Januari - khusus bagi membincangkan konflik dan kekejaman Israel di Semenanjung Gaza.

Petikan berita dari HarakahDaily
"Malaysia perlu menunjukkan contoh pertama dengan memanggil segera wakil rakyat untuk satu sidang khas di Parlimen untuk menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum meminta Perdana Menteri memanggil satu persidangan khas Dewan Rakyat bagi membincangkan keganasan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bersama 12 Ahli Parlimen PR yang lain menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Yaakob, di Jabatan Perdana Menteri di sini pagi semalam.

Memorandum itu ditandatangani Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ahli-ahli Parlimen PR sepakat meminta Perdana Menteri memanggil persidangan itu.

Salahuddin berkata, persidangan khas tersebut perlu diadakan segera bagi membolehkan semua wakil rakyat sama ada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang menyatakan sokongan terhadap perjuangan menentang keganasan dan pencerobohan rejim Zionis di bumi Gaza"



Juga lihat kemaskini terbaru album gambar-gambar di Hari Penamaan Calon KT
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa