Skip to main content

Ahli Parlimen PR Melawat Pelantar Minyak & Gas 4 Ogos Ini

Beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan disamping para wartawan dan Blogger serta pemimpn masyarakat setempat akan di bawa ke Pelantar minyak dan gas yang dikatakan berada di perairan Kelantan pada 4 Ogos ini.

Turut dipelawa menyertai rombongan tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Rombongan yang turut disertai Ahli Parlimen Pembangkang ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Exconya, Dato’ Husam Musa.

Dato’ Husam ketika dihubungi Siasah berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk membuktikan bahawa ada pengeluaran minyak dan gas di kawasan pertindihan antara Kelantan dan Thailand.

“Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri apa yang didakwa sebelum ini bahawa Petronas mengeluarkan minyak dan gas dari perairan Kelantan,’ katanya.

Mereka dijangka akan berlepas dari Jeti Pengkalan Kubor dengan Kapal Laut Dalam yang akan mengambil masa hampir 12 jam meredah Laut China Selatan sebelum sampai ke Pelantar minyak tersebut.

Ahli Parlimen Pembangkang yang telah mengesahkan untuk hadir akan diketuai Dato’ Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena), Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian), Khalid Samad (PAS Shah Alam), Dr Mujahid Yusof (PAS Parit Buntar), Saifuddin Nasution (PKR Machang), Abd Aziz Kadir (PKR Ketereh) dan lain-lain akan dimaklumkan kemudian.

Sebelum ini Kerajaan Kelantan telah menghantar surat kepada Petronas dan Kerajaan Pusat menuntut royalti RM1 bilion yang menjadi hak kepada rakyat Negeri Kelantan.

Sebagaimana Terengganu dan Sabah, Kerajaan Kelantan juga berhak mendapatkan royalti sebanyak lima peratus dari Petronas.

timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan dalam kenyataannya meminta Petronas menjawab isu ini dalam masa 48 jam namun sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari Petronas mengenainya.

Sumber: MPPAS
Gambat pelantar dari Wikimedia Commons sekadar hiasan
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

MBA said…
naik chopper je.
letih woo naik crew boat.
Anonymous said…
kenapa tak naik helikopter je? cepat ckit sampai. tapi cuma nak ingatkan jangan guna helikopter nuri sudahlah. karang tak pasai-pasai pilihan raya kecil lagi. kami dah letih dah
LAU WENG SAN said…
Kalau saya tak silap, ini ialah satu-satunya pelantar gas (bukan minyak) yang pernah saya bekerja lima tahun dahulu. Saya masih ingat saya perlu naik helikopter dari Lapangan Terbang Kota Bharu. Nama pelantar ialah Cakera....
Hamba_Prihatin said…
Salam YB Shah Alam,

Selamat sampai ke pelantar hendaknya...tapi harap semua aspek "health & safety" & "all the possible risks" telah diambilkira...al maklumlah mcm-mcm boleh berlaku.

Takut ada insan yang diC4kan, ada yg diTBHkan, atau mcm-mcm lagilah yg hari ini tak menyenangkan perut mendengarnya.

Kenapa, pihak Petronas macam tak bersedia menawarkan perkhidmatan sokongan utk rombongan politicians / ahli parlimen ke tempat mereka.??

Wsm.
Anonymous said…
semuga tokpa dan tok alwi bersama rumbungan.
serta dapat meyakini mereka berdua
bahwa rakyat kelantan berhak menerima royalty.agar mereka tidak
menjadi duri dlm daging,mempolitik
kan isu royalty demi kepentingan
politik sempit utk tidak menguatkan
kerajaan pas kelantan dgn pendapatan dari royalti minyak.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-