Skip to main content

Respon Pengunjung : Is PAS Really for All


Email SL Chan: Is PAS Really for All telah dikirimkan di sini pada 17 Julai untuk memahamkan ahli dan pimpinan PAS betapa sesuatu isu yang boleh dieksploitasi pihak lawan seperti isu UG dan sebagainya boleh merugikan PAS. Sekiranya timbul isu yang merugikan, jangan kita rasa ianya mudah diselesaikan dengan mengeluarkan ‘gag order’ atau ‘arahan tutup mulut’ sahaja. Untuk ahli dan penyokong tegar ianya mungkin boleh dilihat selesai diperingkat itu. Tetapi bagi masyarakat umum, termasuk mereka yang baru mula mengenali dan berjinak dengan perjuangan kita, ianya memberi satu persepsi yang menyebabkan mereka kembali sangsi terhadap sikap dan pendirian kita selama ini. Berdasarkan komen-komen lain, amat jelas ramai dikelirukan oleh kita dan bukan sahaja saudara SL Chan.

Dengan itu usaha yang bertahun-tahun lamanya, semenjak zaman CCC lagi, untuk menyakinkan masyarakat bukan Islam bahawa Islam bukan Melayu dan Melayu tidak semestinya Islam, terjejas seketika.

Kalau kita hanya mementingkan ahli dan penyokong tegar kita, tidak apa lah. Tetapi hakikatnya kita memerlukan sokongan masyarakat umum. Oleh itu kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham dan kesangsian wajib dielak.

Walaupun ada yang saya tidak bersetuju dengan pandangan SL Chan tetapi amat penting untuk kita sedar kesan tindakan kita yang menghasilkan pandangan yang seperti itu. Kita boleh kata dia yang tersilap, dia yang tidak faham dan sebagainya, tetapi hakikatnya, tugas kita adalah untuk memaham dan menyakinkan dia dan golongan yang sependapat dengannya. Dalam soal ini amat jelas tindakan kita menyebabkan kekeliruan terhasil. Dalam erti kata lain, kita yang tersilap, bukan dia.

Dalam soal ini bukan kita yang hendak ikut sesiapa, termasuk SL Chan. Masalahnya kita yang telah mengelirukan dia dengan ‘mixed signals’ yang kita beri. Kecuali kalau apa yang dimaksudkan dengan kenyataan “kalau rakyat bertonggeng” pada komen terakhir itu bertujuan untuk menyamakan usaha menjadikan Islam sebagai pembela kepada semua golongan masyarakat sebagai ‘bertonggeng’! Kalau begitu maka jelaslah tukang komen terakhir itu yang tersilap. Yang ‘bertonggeng’ adalah UMNO yang mahu menyamakan Islam dengan Melayu dan perjuangan Islam dengan perjuangan Melayu. Kita ingin menyatakan sebaliknya dan itu jugalah harapan SL Chan! Ini bukan soal kita yang hendak ikut SL Chan.

Istilah PAS for all bererti PAS membela hak semua, Islam dan bukan Islam, Melayu dan bukan Melayu. Ini yang diharapkan beliau dan ini jugalah yang dipersoalkan beliau.

Adalah amat diharapkan bahawa melalui pendedahan tulisan saudara SL Chan kita semua memahami betapa pentingnya kita elak dari mengukuhkan lagi persepsi silap yang telah lama wujud di dalam masyarakat bukan Islam terhadap PAS.

Kita kena faham juga bahawa masalah yang terhasil dengan kenyataan yang sedemikian tidak akan terhapus dengan hanya mengeluarkan komen:
ado lagi ko isu U.G ni..bo bo lah..
Masalah tetap terhasil dan kita sendiri yang kena menyelesaikan masalah ini dengan membuktikan sekali lagi keikhlasan kita dengan cogan kata ‘PAS for all’. Mahu harapkan siapa lagi? Takkanlah UMNO? Maka, sebaik-baiknya kita perlulah membuktikannya sebelum tibanya PRU ke-13. Adalah amat rugi kalau kita hilang undi masyarakat bukan Islam disebabkan signal yang tersilap dari pihak KITA sendiri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

zmas said…
p Samad
pas kena berubah....dah banyak kali saya ke ceramah dan majlis pas di johor....pas tetap degil
AnakWatan-d'rantau said…
Salam YB SA,

Memang wajar untuk PAS terus menerus menerangkan dasar "PAS for ALL" yang dimaksudkan selama ini.

PAS sewajarnya menerbitkan leaflets, handbook, flyers ect dan disebarluaskan kepada "target groups" untuk menjelaskan dasar ini untuk difahami semua pihak.

Lantiklah beberapa jurubicara dikalangan PAS "to articulate" this concept / ideas clearly, terutama untuk mengelak salah-faham atau salah tafsiran.

Lebih menarik leaflets / flyers ini dibuat dalam pelbagai bahasa, untuk difahami oleh semua pihak.

Sekian, my 2cent comment.
Anonymous said…
Pas for all ....if pas fails to act according to your slogan, you not only lose the trust of the non-muslims, but islam image will be affected.
Anonymous said…
Salam YB..

Komen "rakyat bertonggeng" tu sy yg komen..

utk makluman YB, demi Allah, xpernah ada niat dihati menyamakan Perjuangan Islam sbg "bertonggeng"..sy jg ada sedikit kecewa sb sy tulis agak panjang tp perkataan "bertonggeng" YB komen..

lg satu sy nk tanya.. apa pendirian YB tentang Makkal Sakti ni?

-Amirul-
Dr. Rico Gucci Pierre Cardin said…
Soalan paling penting dalam perbincangan ini: Sekiranya kita mahu bebas mendakwah agama kita kepada orang lain, maka harus kita terima hakikat bahawa dengan itu orang lain pun boleh bebas berdakwah kepada kita mengenai agama mereka. Inilah yang dikatakan berkelakuan adil. Tapi sanggupkah kita menerima hakikat ini?

Inilah masalah dan kelemahan yang paling besar dalam PAS dan Islam, masalah di mana satu agama dianggap lebih sempurna dari agama lain ('religious superiority'). Selagi ada sikap cam ni dalam PAS dan Islam, macam mana umat manusia tak kira bangsa dan agama nak bersatu dengan sebenar?

Fikir-fikirkanlah Dato' Khalid Samad dan para pembaca sekalian
fidarulmiah said…
Salam YB,

Apa komen YB pasal Jeff Ooi yg mahu Razali quit sebagai Penang municipal councillor.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/2/nation/4440859&sec=nation

Cina mcm ni ke yg YB risau akan menjauhi PAS? yg akan confius? yg di confusekan oleh kita?

Pada saya, pergi mampus lah dengan DAP, mcm TGNA kata pergi mampuslah dgn umno.
Khalid Samad said…
Fidarulmiah,

TGNA tak kata pergi mampuslah dgn UMNO. Tapi pergi jahane UMNO.

Itu kerana UMNO nak kelirukan orang ramai dgn mengatakan kononnya, TGNA nak berkerjasama, berbaik2 dgn UMNO. Penipuan UMNO itu memang layak di jawab sedemikian rupa kerana ianya merupakan satu pembohongan secara yg tidak bermaruah.

Soal Jeff Ooi, adakah sama? Dia tak setuju dgn Razali dan mereka berbalah (itu perkara biasa) tetapi tak ada pula dia cuba membohongi rakyat berkenaan peribadi Razali.

Biarlah mereka selesaikan sendiri.

Wallahualam

Popular posts from this blog

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD