Skip to main content

SPRM Mahukan Jawapan Rakyat Mahukan Penjelasan


Kesedihan menyelubungi mereka yang menanti kenderaan yang membawa jenazah Teo Beng Hock di Taman Peringatan Nirvana , Semenyih. Jenazah mendiang sebelum itu dibawa balik ke Melaka bagi membolehkan acara sembahyang dan memberi penghormatan terakhir di kampong halamannya. Pakatan Rakyat dan DAP khasnya kehilangan seorang anak muda yang sungguh berdedikasi terhadap perjuangan membela rakyat

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama pemimpin Pakatan Rakyat dilihat hadir memberi penghormatan kepada mendiang dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Turut hadir Tn. Hj. Mohd Sabu, YB Dr. Shafie Abu Bakar, YB Dr. Abd. Rani, YB Khalid Samad, YB Lee kim Sin.

En. Chan seorang ahli DAP dari Pulau Pinang yang turut hadir menyatakan kekesalannya terhadap cara SPRM bertindak.

Tambah beliau dengan penuh semangat,"Sebagaimana SPRM mahukan jawapan dari ADUN Pakatan Rakyat begitulah juga rakyat mahukan penjelasan dari SPRM bagaimana mereka yang masih dibawah siasatan SPRM menemui maut. Bezanya rakyat tidak berupaya mengheret mereka kesatu tempat lain dan disoal berterusan tanpa mengira waktu. Rakyat menunggu penjelasan dari SPRM dalam batas waktu dan tempat yang bergantung sepenuhnya kepada SPRM."


Gambar dan berita ihsan YB Dr. Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi, YDP PAS Serdang)
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

saji said…
Salam YB Khalid,

Jika kita (pihak yang beria2 mengesan punca kematian Teo Beng Hock) terus gunakan pandangan mata kita sahaja untuk membuat andaian punca yang menyebabkan kematian Beng Hock, kita akan hanya nampak benda2 yang kita dapat lihat oleh mata kasar kita sahaja iaitu SPRM, UMNO, Khir Toyo, kongsi gelap dsb, dan ianya bergantung kepada nilai yang kita pengang serta kepentingan kita daripada kematian Beng Hock itu.

Kalau kita gunakan pandanagan akal atau logik akal pula, kita akan nampak benda2 yang mampu dilihat oleh akal kita sahaja iaitu SPRM double standard, SPRM kuda tungangan UMNO, DAP bersekongkol dengan kongsi gelap untuk alih perhatian atau tutup rahsia dsb dan ianya juga bergantung kepada nilai yang kita pengang serta kepentingan kita daripada kematian Beng Hock itu.

Maksud saya, jika kita pandang ke laut, mata kita akan mengatakan, yang namapak hanya gelombang, ombak, kapal dan sampah sarap. Sementara akal kita mengatakan, yang nampak hanya ikan, sotong, plengkton dan lain2 hidupan laut.

Maksudnya, penggunaan pandangan mata atau pandangan akal atau kedua2nya untuk mengesan punca yang menyebabkan kematian Beng Hock itu akan hanya mendedahkan benda2 yang tersurat sahaja yang menjelaskan ia bukan punca yang menyebabkan kematian Beng Hock,tetapi kesan daripada puncanya yang kita dan pihak Polis sebenarnya maih tercari2.

Tetapi, kalau kita gunakan pandangan mata hati, mata hati kita akan mengatakan, di bawah dasar laut rupa2nya ada minyak. Dengan kata lain, hanya penggunaan pandangan mata hati mampu menampakan benda2 yang tersirat yang akan menjelaskan punca yang menyebabkan kematian Beng Hock itu.
Sagaladoola said…
This is my opinion

Title : Teoh Beng Hock’s Funeral, Vigil and Public Concerns

http://sagaladoola.blogspot.com/2009/07/teoh-beng-hock-funeral-vigil-and-public.html
Amzah said…
Assalamualaikum wm wb. YB khalid:

Kalau di imbas kembali sejarah2 kejatuhan sesebuah negara atau pemerentah di bumi Allah ini, adalah di sebabkan kezaliman terhadap rakyatnya. Dan rakyat akan mencari dahan yang boleh menyelamatkan nya. Begitu juga di negara kita ini, BN telah sampai dipenghujug usianya. Dan rakyat telah mandapat dahan yang kuat utk berpaut. Jadi gunakan masa ini untuk memperkukuhkan pakatan pembakang bagi melindungi rakyat dibumi bertuah ini. InsyaAllah pilihan raya ke13 nanti , BN akan berkubur.
moloyue said…
Saya sangat kesal dng kenyataan Ibrahim Ali dlm Utusan Malaysia yg menyalahkan pembangkang "mempolitikkan" isu kematian Teoh ini. Beliau juga mengatakan tiada suruhanjaya ditubuhkan bila polis melayu mati. Adakah polis2 melayu yg mati itu dibunuh oleh pembangkang?

Keduanya, Ibrahim Ali adalah seorang "racist" yg mengaitkan kematian Teoh dng isu perkauman.
Mentaliti beliau adalah mentaliti totok UMNO.

Ibrahim Ali memandang ringan seorang rakyat malaysia mati dlm tahanan pihak berkuasa. Di manakah akal pertimbangan waras beliau?

Sementara semua parti2 lain mendesak suruhanjaya diraja ditubuhkan termsuk MCA dan MIC, pemimpin UMNO terus mempersalahkan pembangkang.

Popular posts from this blog

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak seba

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadan

Peta Lokasi Berhubung Kuil Seksyen 19

Memandangkan persoalan kuil Seksyen 19 yang ingin dipindahkan telah menjadi isu Nasional, saya sertakan di sini peta-peta yang menunjukkan kedudukan lokasi-lokasi yang relevan berhubung persoalan ini. Oleh yang demikian, tuan-tuan boleh menilai sendiri samada tapak cadangan di Seksyen 23 adalah wajar atau sebaliknya. [PETA 1 - Seksyen 19,20,22 dan 23] Peta pertama menunjukkan kedudukan Seksyen 19, 20, 22 dan 23 serta kedudukan kuil di Seksyen 19, tapak cadangankan asal oleh BN di Seksyen 22 dan tapak yang dicadangkan di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa Seksyen 22 merupakan kawasan Industri berat (berwarna gelap) tanpa adanya rumah berhampiran sepertimana peta yang kedua. Dakwaan Seksyen 22 adalah kawasan majoriti masyarakat India adalah dakwaan palsu. [PETA 2 - Seksyen 22] Peta ketiga menunjukkan ‘close-up’ Seksyen 19 dan bagaimana Kuil berkenaan dikelilingi rumah. Jarak di antara rumah terdekat dan Kuil adalah lebih kurang 20 kaki iaitu selebar jalan. [PETA 3 - Seksyen