Skip to main content

Pindaan Perlembagaan PAS Yang Ingin Diusahakan Sebelum Ini

Merujuk kepada tulisan saya bertajuk ‘Ke Mana Hilangnya Kebijaksanaan dan Keikhlasan?’, saya telah berjanji untuk mendedahkan cadangan pindaan perlembagaan yang telah diusahakan untuk PAS tempoh hari. Presiden PAS telah menuduh bahawa pindaan ini bertujuan untuk mengambil alih kuasa Al-Quran dan Sunnah yang berada dengan Majlis Syura Ulama. Ia kononnya bertujuan untuk menjadikan PAS sebuah parti sekular.

Sepertimana saya sebutkan sebelum ini, saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS, tetapi memandangkan tuduhan ini merupakan satu pembohongan yang bertujuan untuk memburukkan kami supaya tindakan menjatuhkan kami dapat diterima ahli PAS; maka penjelasan adalah diperlukan bagi menangkis pembohongan ini.

Untuk mendedahkan perkara ini, saya telah meminta Saudara Asmuni Awi untuk menyerahkan kepada saya segala nota yang ada pada dirinya berhubung pindaan yang ingin dicadangkan. Saudara Asmuni adalah pengerusi JK pindaan perlembagaan tempoh hari. Saya sertakan sebahagian dari cadangan berkenaan di penghujung tulisan saya ini sebagai rujukan. Keseluruhan cadangan pindaan yang telah disiapkan adalah 74 dari 88 fasal.

Sebelum ada pihak bijak-pandai mula bertanya, maka elok saya jelaskan bahawa cadangan pindaan ini bukan ‘rahsia parti’ kerana ianya persoalan Perlembagaan yang mencakupi pentadbiran biasa parti.

PINDAAN YANG INGIN DILAKUKAN

Perlu difahami bahawa keputusan membentuk JK Pindaan Perlembagaan dan perlantikan Saudara Asmuni sebagai Pengerusinya adalah keputusan AJK PAS Pusat. Begitu juga perkara yang ingin dipinda telah dibincang secara umum dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Cadangan pindaan itu apabila siap hendaklah dikemukakan kepada AJK PAS Pusat untuk persetujuan. Selepas dipersetujui AJK PAS Pusat, ianya hendaklah dibawa ke muktamar untuk kelulusan. Oleh itu pindaan perlembagaan ini bukanlah satu konspirasi atau usaha rahsia yang boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan persetujuan ahli parti sendiri.

Di antara perkara yang ingin dipinda adalah tempoh pemilihan pimpinan yang ingin dilanjutkan kepada setiap 3 tahun dan bukan setiap 2 tahun seperti sekarang. Ini terdapat dalam fasal 25 (2).

Begitu juga jumlah AJK PAS Pusat yang dipilih ingin ditambah dari 18 ke 24 orang. Jumlah AJK PAS Pusat yang dilantik turut ingin ditambah dari 6 ke 8 orang. Ini bermakna jumlah AJK PAS Pusat keseluruhannya ditambah dari 24 ke 32 orang. Ini terdapat dalam fasal 25 (5).

Maka kesemuanya merupakan perkara biasa, tiada perubahan dasar, sepertimana boleh dibaca di dalam lampiran yang disertakan.

Selain dari itu, turut ditimbulkan untuk dipinda adalah keanggotaan Ahli Majlis Syura Ulama (Fasal 8). Perkara yang ingin dilakukan adalah untuk menentukan mereka yang dilantik oleh AJK PAS Pusat bukan terdiri dari AJK PAS Pusat itu sendiri. Begitu juga yang dilantik oleh Dewan Ulama Pusat semestinya selain dari anggota Dewan Harian Dewan Ulama Pusat. Ini bertujuan untuk mengelak dari berlakunya pertindihan dan ‘conflict of interest’ atau pertembungan kepentingan.

Pindaan lain yang ingin dilakukan jelas berhubung penggunaan bahasa yang lebih semasa atau kontemporari agar mudah difahami.

PENJELASAN DIPOHON

Berdasarkan semua yang dijelaskan dan nota cadangan pindaan yang dikemukakan, adalah dipohon supaya Presiden PAS memberikan bukti terhadap pertuduhan berat yang beliau lemparkan terhadap kami. Sekiranya beliau tidak mampu maka amat jelas beliau bercakap tanpa usul periksa demi tercapai matlamat yang diingini beliau. Ini yang dikatakan “matlamat menghalalkan cara”.

Harap maklum bahawa Presiden PAS telah menuduh kami “ingin pinda perlembagaan sehingga hilang kuasa Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas dalam PAS”. Sedangkan apabila dilihat kepada cadangan pindaan berhubung ‘Hukum dan Kekuasaan’ iaitu Fasal 7, kedudukan Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas kekal sebagai hukum tertinggi. Adakah mungkin Presiden PAS berbohong apabila tuduhan itu dibuat? Atau mungkin juga beliau dibohongi dan tanpa usul periksa memanjangkan fitnah tersebut?

Sila kemukakan bukti untuk menyokong tuduhan tersebut. Amat besarlah harapan agar tidak digunakan pula hujah “saya tak sebut nama”, bagi menghalalkan cara tersebut.

KESIMPULAN

Sekali lagi saya nyatakan, perbezaan antara kami yang telah memilih Amanah dan PAS adalah soal pendekatan bukan aqeedah. Akan tetapi pendekatan baharu yang ingin dibawa Presiden PAS dan kumpulannya tidak mampu dipertahankan melalui perbahasan dan penghujahan. Oleh itu memerlukan pendekatan fitnah dan berbohong untuk digunapakai?

Sila rujuk kepada cadangan pindaan yang disertakan untuk dimuat turun bagi mendapat bukti muktamad dalam persoalan ini. Sekira ada fasal tertentu yang ingin dirujuk, sila tuliskan dalam bahagian komen dan akan cuba saya sertakan.

Cadangan Pindaan Perlembagaa Fasal 1 - 9
Cadangan Pindaan Perlembagaan Fasal 25 - 27

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Haha.., dh bertahun sy x komen dlm blog nie..., last komen saya kpd khalid samad nie agak keterlaluan..., sbb sy menuduh dia munafik....
tapi ternyata tuduhan saya dulu benar. ;-)

dulu blog nie x perlu approval utk komen.., sekarang perlukannya..., hehe
mus said…
Assalamualaikum,

Sdr Salleh - Putrajaya, mohon penjelasan; apa alasan tuan menuduh beliau munafik? Adakah kerana komen perlu approval dah jatuh munafik?
Pok Li said…
Munafik? Macam mana tu?
Izuddin said…
haha...bertahun merajuk
Unknown said…
ermm suatu penjelasan kalopun bukan pencerahan, di parti mana tuan -khalid brada, perjuangkanlah suatu murni dn baik, abaikan komen2 negatif ,,eg from Salleh - Putrijaya, he's nothing, dia cuma nk tumpang publisiti je tu.
wargabebas said…
Kamu ni siapa? Kalau pandai tolong beri fakta. Menuduh tanpa fakta itu tidak laku.
Rez said…
Yang saya x faham, Khalid samad ni dah macam barua DAP dengan hanya menyerang presiden PAS. Sehinggakan membawa usul hudud pun yg diserang adalah President sedangkan yg meluluskan di peringkat Negeri adalah Kelantan, dan mmg menjadi perjuangan Arwah Tok Guru Dato' Nik Aziz!!
Izuddin said…
Zuhdi ni berlagak macam macai umno dalam pas. Dia tak setuju dgn tindakan pkr bentang placard lepas najib habeh bajet.

Bajet 2016 utk tekan rakyat supaya najid terus jadi KING OF CASH.

Pas melalui tun inrahim kata pakatan rakyat masih hidup. Itu adalah satu usaha adu domba yang dibisik kpd pas kononya pakatan rakyat boleh dihidup semula tanpa dap dan seterusnya bertujuan utk matikan PAKATAN HARAPAN

Pas mesti faham betoi2 pasai pa pkr mau pas dalam pakatan harapan....supaya pas tak hanyut dibadai adu domba oleh umno.
Unknown said…
Jangan tuduh org munafik..rugi diri sendiri
Unknown said…
Setuju dgn yb khalid
Unknown said…
Setuju dgn yb khalid
Dia pertahankan diri dari serangan presiden pas yg menuduhnya munafik dan barua.. maaf.. anda tak hadam bila membaca...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.